Bersedia Hilang Pekerjaan



Kredit: Azizul Azli Ahmad
Petang tadi kelihatan Perdana Menteri buat pengumuman sekali lagi.
Ada keletihan ketara diwajahnya.
Paling penting adalahan pengeluaran RM500 sebulan selama 6 bulan.
Apa yang saya perasan kali ini, tak nampak bahawa tempoh perintah berkurung akan berakhir dalam waktu yang singkat.
Ya saya rasa akan dilanjutkan.
Indonesia mula ambil langkah lockdown selama 3 bulan.
Amerika sendiri percaya selepas setahun baru akan pulih.
Lebih penting jika kita rajin baca, kita akan jumpa banyak tulisan akan kejatuhan ekonomi akan jadi paling buruk dalam sejarah ketamadunan manusia.
Saya bukan nak takutkan, saya nak kita semua ada pemikiran ‘bersedia’.
Apa maksudnya?
Kita harus bersedia dibuang kerja, belanja simpanan yang ada dan urus ekonomi secara baik.
Saya perasan orang kita masih berbelanja seperti sedang bercuti selama 2 minggu.
Banyak jenis makanan sedang dicuba, malah sehari dua boleh viral kek dan buat kopi dalgona.
Kita tak risau dan kisah langsung bab makan dan kesihatan selama tempoh ini.
Kawan kawan yang baik,
Saya yakin bahawa kerajaan tak akan mampu menangung hidup kita lagi. Belanjawan kerajaan unjurkan pada harga minyak $60 setong, tapi hari ini dan berada dibawah $30 setong.
Kita sedang tak ada duit.
Kita bukan negara kaya yang boleh subsidikan semua penduduk dalam tempoh yang lama dan panjang.
Saya yakin akan ada pengurangan kepada penjawat awam, sektor utama seperti kesihatan sedang diutamakan sekarang.
Kerajaan perlu utamakan ekonomi negara terlebih dahulu.
Sebelum kerajaan umumkan langkah berkurung, saya sangat hati hati bab belanja.
Saya beli bihun plastik panjang macam orang berniaga, ia paling mudah nak masak dan selesa.
Kicap kami beli botol besar yang boleh isi semula sebagai stok. Kami jarang makan diluar sejak isteri saya jadi suri rumah sepenuh masa 3 tahun lepas.
Saya tingkatkan simpanan lebih hampir tiap bulan.
Apa yang saya nak sampaikan,
Didik keluarga kita dari sekarang, makan bukan untuk sedap tapi untuk kenyang.
Beli barang keperluan makanan yang asas, perkara ini kita perlu sampaikan buat keluarga kita semua.
Mungkin tak perlu ada udang, sotong dan ketam lagi.
Hari ini kita lebih nampak apa yang berlaku sebagai gelombang wabak sahaja. Tetapi kita tak bersedia dengan gelombang wabak ekonomi.
Kesannya lebih besar.
Tanya diri kita, kita ada simpanan 6 bulan kecemasan atau tidak? Jika tiada, saya sarankan mulakan catu atau jaga bahan makanan kita.
Manfaat duit RM500 KWSP untuk belian makanan dan perubatan keluarga kita dulu.
Saya bukan nak takutkan sesiapa, tetapi percayalah kita harus terima hakikat yang pahit ini.
Bersedia juga untuk terima hakikat hilang pekerjaan, memang ada jaminan kerajaan bahawa tiada pekerja akan dibuang. Tetapi kita tak boleh jangkaan apa akan berlaku sebulan kedepan.
Bersedia, kata kuncinya.
Saya agak lega bila masih selesa dengan kereta kecil viva saya kemana mana. Jimat dan mudahkan hidup saya.
Maklumkan kepada anak anak bahawa tahun ini tiada baju raya, tiada kuih raya dan kek raya, apatah lagi duit raya.
Bincang secara keluarga, ceritakan apa yang sedang berlaku didunia luar. Mereka kena sedia bukan hanya seronok bercuti dirumah sahaja.
Kenapa kita semua kena berjimat dan jaga keluarga serta belanja keluarga ini.
Kita bukan saja hadapi wabak, kita sedang bertarung dengan wabak ekonomi paling pelik dalam sejarah ketamadunan hidup manusia.
Kawan kawan yang mulia,
Jika kita makan KFC dan McD sebulan dua kali, kurangkan jadi dua bulan sekali.
Jika kita masih sambut harijadi dengan kek secret resipi, cukuplah buat kek sendiri dan raikan dengan kek sendiri.
Jika kita gaji selama ini T20 belajar hidup gaya M40, jika kita M40 belajar gaya hidup B40.
Belajar makan kicap, sos dan beras murah untuk hidup kita kini.
Ushakan ubah gaya hidup keluarga kita dengan belanja paling minimum mulai sekarang.
Hutang mana tak boleh uruskan, serah kembali pada bank. Kereta mahal kita, atau hartanah kita yang salah beli. Serahkan kembali.
Hidup sedehanalah mula sekarang kawan kawan.
Tulisan ini saya tulis lepas panggil dan buat perbincamgan keluarga.
Kami senaraikan apa yang kita tak akan belanja dan potong perbelanjaan kita, alhamdulilah anak anak faham.
Mohon maaf, saya bukan nak takutkan sesiapa. Saya juga bukan pakar.
Saya nak semua lihat, ini bukan wabak penyakit semata mata, ini juga wabak ekonomi terbesar yang kita sedang berjuang.
Moga Allah swt merahmati kita semua. Kekalkan hidup sederhana, berdoa dan sedekah untuk jaga ibadah kita.
 
#CatatanHariKe7
#StayAtHome
#Catatan Rabu pagi saya diundang bercakap di TV Alhijrah dan WHI TV3 secara online sahaja nanti. Makluman.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26832

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuntutan Insurans Pekerjaan Jika Anda Hilang Kerja

Tuntutan Insurans Pekerjaan Jika Anda Hilang Kerja

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 2037 hits
Sistem Insurans Pekerjaan adalah pelengkap jaringan keselamatan sosial yang bertindak membantu pekerja di Malaysia yang kehilangan pekerjaan yang akan diberikan bantuan kewangan segera bagi menampung kehidupan sementara mereka mencari peker...
Anwar Hilang Ingatan Ker Perhimpunan Sri Petaling Zaman Kerajaan Ph

Anwar Hilang Ingatan Ker Perhimpunan Sri Petaling Zaman Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 334 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai tidak masuk akal Bagi saya ini sebenarnya tidak masuk akal untuk mengerahkan tentera pada waktu polis masih boleh mengawal keadaan kat...
Kapal Kargo Tenggelam Di Perairan Manokwari Tambrauw Papua Barat Satu Kru Hilang

Kapal Kargo Tenggelam Di Perairan Manokwari Tambrauw Papua Barat Satu Kru Hilang

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 187 hits
Basarnas Manokwari mengerahkan KM Kumbakarna dan 25 personel untuk menolong kru kapal
Hilang Bitobeyto

Hilang Bitobeyto

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 445 hits
Hilang BitobeytoBegitu manisnya janji cintamuKau jaminkan kebahagianSumpahmu aku yang terakhirRupanya semua hanya dustaMudahnya kau meninggalkankuTanpa kau fikir perasaanku toMudahnya kau menggantikan kuHilang semuanyaPerasaan ku padamuHila...
Golongan Yang Telah Hilang

Golongan Yang Telah Hilang

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 262 hits
Sebelum PRU14 saya mempunyai ramai rakan rakan yang tanpa segan silu mengutuk kerajaan Barisan Nasional di media sosial ataupun di dunia sebenar Katanya kehidupan mereka susah kerana BN BN dikatakan sebagai korup salah guna kuasa kuat rasua...
Covid19 10 Menteri Kabinet Malaysia Hilang Dari Radar

Covid19 10 Menteri Kabinet Malaysia Hilang Dari Radar

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 266 hits
Oleh SEDANG MENCARI BEBERAPA ORANG MENTERI KABINET YANG TELAH HILANG DARI RADAR SEJAK 3 HARI LEPAS 1 Menteri Pengangkutan Mana kenyataan memberitahu rakyat bagaimana pergerakan rakyat dapat dibantu tanpa menambah risiko penularan wabak 2 Me...
Hanfu Pakaian Tradisi Cina Yang Hilang

Hanfu Pakaian Tradisi Cina Yang Hilang

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 760 hits
Sempena Tahun Baru Cina ramai akan mengenakan Cheongsam dan Samfu sebagai tanda meraikan tradisi atas tanggapan umum bahawa Cheongsam dan Samfu adalah pakaian tradisi Cina Malah di sesetengah pertunjukan budaya di Malaysia model lelaki yang...
Foto Kucing Anjing Jalanan Kelaparan Hilang Sumber Makanan Kedai Banyak Ditutup

Foto Kucing Anjing Jalanan Kelaparan Hilang Sumber Makanan Kedai Banyak Ditutup

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 341 hits
KETIKA kita sedang bergembira makan di rumah bersama keluarga ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini jangan dilupakan nasib haiwan haiwan jalanan di luar sana Kita masih punya dapur untuk memasak tapi mereka tiada apa apa makan pun b...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah