Hampir Tiap Malam Bayi Tu Datang Muka Macam Tak Cukup Bulan Bekas Kelasi Kapal Dedah Misteri Mistik Di Laut


Sebagai umat Islam, kita wajib percaya kewujudan alam ghaib kerana ia sebahagian rukun iman. Namun, ketakutan melampau terhadap makhluk lain sehingga menjurus kepada amalan khurafat dan syirik ditegah sama sekali seperti pemujaan roh dan penggunaan tangkal.
Kewujudan kisah-kisah mistik merupakan pengajaran mengenai kewujudan makhluk lain selain kita, di muka bumi ini. Malah, menurut Mufti Wilayah Persekutuan, jin dan syaitan sememangnya mampu menyerupai manusia dan haiwan untuk menakut-nakutkan manusia.
Baru-baru ini, seorang bekas kelasi kapal berkongsi pengalamannya bekerja di atas kapal di lautan. Tanggungjawabnya membuatkan Asrie Laut perlu mengembara ke seluruh penjuru dunia. Sepanjang bekerja, Asrie berkongsi pengalaman seram dialami kelasi-kelasi kapal ketika pelayaran mereka di lautan.
Menurut Asrie, dia telah menyertai akademi maritim selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tamat pembelajaran, dia telah menyertai sebuah syarikat perkapalan yang belayar di seluruh dunia seperti mana yang diimpikannya. Tanpa buang masa, jom kita baca perkongsiannya.
Dari Barat ke Timur dan dari Selatan ke Utara melepasi Garisan Artik.. Dari lautan panas ke lautan berais.. Kapal kargo pukal pula kalau masuk pelabuhan lama tak macam kapal-kapal lain, satu minggu dua minggu biasa la. Ada juga sampai 3 minggu. Ok lah itu kisah pasal aku serba sedikit.. Selama belayar tu macam-macam benda pelik kami temui.. Ikan paus tu biasa la tapi duyung tak pernah pulak aku jumpa hahaha..
Korang tau sebab apa kapal jadi berhantu?? Salah satunya masa kapal dibina, contoh dibina di Yokohama, Jepun. Masa kapal nak lancarkan dari dok (dock), ada sami-sami Jepun ni naik kapal baca mantera mereka. Selalu akan letak patung, kadang berbentuk wanita yang berbaju kimono cantik setinggi satu kaki setengah dalam bekas kaca.
Gambar hiasan. (Kredit: Google) Pernah terjadi ada hamba Allah ni masa kapal selesai berlabuh di pelabuhan, dia telah mengubah patung ni dari tempat asal letak dalam stor.
Kau tau apa jadi?? Kapal tiba-tiba berlaku litar pintas. Enjin semua tak berfungsi. Kren semua tak jalan. Kebetulan masa tu kat Jepun, kami panggil pakar Jepun datang baiki tak boleh juga. Dah habis ikhtiar tak hidup juga.
Ada kawan Jepun tu (mungkin dah ada pengalaman) tanya ada usik barang apa-apa tak yang asal diletakkan sebagai kenangan masa kapal dibina. Terus jawab hamba Allah ni,
“Ada tadi ubah patung masuk dalam stor.”
Jepun tadi marah sambil suruh letak ditempat asal kembali. Bila letak saja tempat asal terus ada lampu dan semua berfungsi seperti biasa. Periksa kat bawah patung dan meja tak ada pulak suis rahsia ke kat bawah tu. Mungkin banyak juga iblis yang berumah dalam tu.. Wallahualam.
Sesaji Pernah dengar pasal Rencak tak?? Kalau Indonesia panggil sesaji ka tah pa benda tuu.. Macam kapal tapi kecil panjang ada yang 2 kaki, ada yang 5 kaki. Ada yang buat dari papan, ada yang dibuat dari batang pisang. Atas bot atau rakit ni ada macam-macam benda berbentuk rumah kecil pun ada. Ada lilin, ayam panggang, telur, buah-buahan, beras, takar kecil dan entah apa mak nenek lagi..
Benda ni sebenarnya jadi rutin sesetengah negara untuk buang saka, jin dan sebagainya. Bila hanyut, di lautan kapal langgar. Seronok la jin saka tu dapat ‘rumah baru’ yang besar gedabak. Mula la dia main “Aci-aci buka pintu ats tu”..
Pembuatan sesaji. (Kredit: Kampung Gedung Jaya) Segi Tiga Bermuda Selama aku berkerja di laut ni banyak kali sangat kami lalui Bermuda Triangle untuk hantar kargo ke New York, -New Orlean, Texas, Alabama, Quebec, Kanada dan macam-macam bandar lagi la di situ..
Masa lalu tak pernah pula jumpa benda pelik-pelik yang macam dalam filem tu. Cuma suasana berkabus, penglihatan terhad dan gangguan radio. Bila lalu saja kawasan tu memang radio bunyi lain macam. Lagi tak habis kawasan tu, berbunyi sentiasa. Tak pasti pula sebab apa..
Kadang-kadang ombak menggila seperti bukit, siang boleh terasa seperti malam. Bunyi angin seperti salakan anjing. Kadang-kadang laut jadi tenang setenangnya seperti dalam kolam tapi kabus tetap ada. Kalau kabus tebal kami akan bunyikan hon (foggy horn signal).
Di kawasan ini, kami lebih berwaspada. Maklum la jarak penglihatan terhad apa lagi dari sejarah tempat ini sendiri yang diakui terkenal dengan puaka serta tempat tinggal bagi jin dan syaitan.
Kredit: Adventure/How Stuff Works Laut Sunda Indonesia Ada sekali tu kami lalu Selat Sunda. Malam tu bulan terang. Aku bertugas 8 hingga 12 malam. Kawan aku bertugas 12 hingga 4 pagi. Kes ni terjadi masa syif kawan aku. Yang terkena tu 3 orang kawan aku, pegawai kedua (second officer) dan kapten. Selat Sunda ni memang salah satu laut yang berpuaka (dengar cerita orang-orang di kawasan itu juga banyak amal ilmu hitam).
Dalam pukul 2 pagi, kapten dengan pegawai kedua sedang berbual-bual dekat Bridge Wing (seperti dalam gambar yag bawah, ada bot penyelamat tu). Mereka rancak berbual dekat Bridge Wing tu. Maklum la malam tu bulan terang. Kawan aku dalam bridge tengah tengok radar dalam bilik navigasi. Kapten dengan dua pegawai masih berbual di luar dalam samar-sama malam.
Tiba-tiba kawan aku nampak di sebelah belakang diaorang ada bola api bulat besar, berdiameter dalam 7 hingga 9 kaki terapung-apung merah membara. Tapi bola api tu cahayanya tak macam lampu. Cahaya sekitar bola tu saja seakan-akan biji mata raksasa.
Kawan aku jerit pada kapten dan pegawai, “Tengok belakang tuuu benda apa tuuu.”
Kapten dan pegawai tengok-tengok terus lari masuk dalam bilik navigasi. Bola api terapung-apung disitu sebentar kemudian bergerak berpusing ke depan bridge (bilik navigasi seperti dalam gambar). Terapung-apung pula di depan bridge kemudian terus bergerak ke haluan kapal sambil berubah bentuk seakan-akan burung api. Esoknya kecoh satu kapal cerita pasal benda tu.
Gambar hiasan. (Kredit: Google) Bayi datang waktu tidur Kes ini terjadi pada pegawai ketiga aku. Dia cerita mula-mula aku tak percaya, tapi bila dia balik aku belum balik lagi pegawai ketiga yang baru pula cerita pada aku benda yang sama. Dia sempat tidur semalam saja. Esok tu dia terus tukar bilik tak sanggup katanya.
Menurut cerita dia dan kawan dia sebelum tu yang sama tinggal bilik dia tu, bila dia baring nak tidur, bila tutup saja lampu, baring sekejap ada bayi kecil datang bawa macam tempurung. Tadah tempurung depan-depan muka dia.
Hampir setiap malam bayi itu datang. Wajah bayi seperti tak cukup bulan tu semacam sedih macam mengharapkan sesuatu. Kawan yang sebelum tu cerita tapi kawan tu kuat semangat. Selimut tutup baca ayat Kursi terus pejam mata. Tapi kawan yang baru on ni kena satu malam terus lari. Tak sanggup siap demam lagi.
Kapten mati Pernah terjadi kapten meninggal atas kapal (bangsa asing) terlebih minum, overdose. Mati kat tengah laut. Seminggu lagi baru sampai pelabuhan terdekat. Mayatnya dimasuk dalam bilik sejuk beku. Barang-barang makanan lain seperti daging, ikan dialih ke bilik sayur untuk sementara waktu. Malam tu hantu kapten tu berjalan-jalan kat laluan kapal, mengetuk-ngetuk bilik kru.
Gambar hiasan. (Kredit: Google) Bila buka saja pintu nampak jasad kapten tu berdiri depan pintu. Sebelum tu satu bilik untuk seorang dah jadi 5 orang satu bilik hahaha.
Hantu kapten ni bukan saja kacau bilik, dia meronda-ronda dalam bilik enjin. Ada budak yang hampir pengsan nampak kapten berdiri depannya dalam gelap ketika tengah buat kerja dalam bilik enjin. Dalam galley (dapur) pintu galley tutup, tapi dengar orang memasak mengoreng. Tapi bila dibuka tiada sesiapa. Dapur kemas tak berusik.
Yang paling sedih dekat dalam bridge dah la terpaksa bekerja dalam gelap sebab kalau cerah malam-malam nak tengok kapal macam mana. Atas tu pula bukan ramai, dua orang ja yang bertugas. Seorang buat chart correction dalam bilik cerah, seorang dekat tempat gelap tempat radar, steering dan telegraf dan ada kerusi pilot tempat gelap tu.
‘Kapten’ tu boleh duduk atas kerusi pilot dalam gelap tu samar-samar nampak. Dia kemudian kadang-kadang kat bridge wing terpacak berdiri di situ malam-malam. Sesudah mayat dihantar kedarat pun masih lagi ‘hantu’ dia mengganggu budak-budak kapal. Ok la kot untuk kali ini. Jom sedia buka puasa. Jumpa lagi..
Sumber: Asrie Laut, Mufti Wilayah Persekutuan
The post “Hampir Tiap Malam Bayi Tu Datang, Muka Macam Tak Cukup Bulan”, Bekas Kelasi Kapal Dedah Misteri & Mistik Di Laut appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/19/hampir-tiap-malam-bayi-tu-datang-muka-macam-tak-cukup-bulan-bekas-kelasi-kapal-dedah-misteri-mistik-di-laut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walau Umur Bayi Dah Cukup 6 Bulan Tak Perlu Tergesa Gesa Cuba Semua Makanan Pejal Ikut Langkah Tepat

Walau Umur Bayi Dah Cukup 6 Bulan Tak Perlu Tergesa Gesa Cuba Semua Makanan Pejal Ikut Langkah Tepat

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 388 hits
Tidak dinafikan bila usia bayi sudah masuk enam bulan ibu sudah mula teruja untuk mencuba kesemua jenis makanan pejal baik bubur atau beraneka puri untuk diberikan kepada anak Terujaan itu perlu namun mak ayah jangan gopoh dan tergesa gesa ...
Kerja 18 Jam Sehari Selama 8 Bulan Di Kapal China Safri Yang Jenazahnya Dibuang Ke Laut Itu Hanya Digaji 6 Juta

Kerja 18 Jam Sehari Selama 8 Bulan Di Kapal China Safri Yang Jenazahnya Dibuang Ke Laut Itu Hanya Digaji 6 Juta

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 370 hits
Keluarga WNI yang meninggal dunia dan dilarung ke laut dari kapal berbendera China kecewa dan sedih karena mendapatkan informasi yang berbeda dari yang disampaikan PT Karunia Bahari Samudera Tragisnya lagi keluarga hanya menerima gaji dari ...
Hampir Tiba Di Penghujung Ini Amalan Soleh Malam Malam Terakhir Bulan Ramadhan

Hampir Tiba Di Penghujung Ini Amalan Soleh Malam Malam Terakhir Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 402 hits
Menurutr memburu Lailatul Qadr yang merupakan sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan adalah satu perbuatan yang dituntut Memperbanyakkan amalan soleh terutama di malam malam terakhir Ramadan adalah digalakkan untuk kita melakukannya...
Media Korea Dedah Rakaman Video Mayat Anak Kapal Indonesia Dibuang Ke Laut

Media Korea Dedah Rakaman Video Mayat Anak Kapal Indonesia Dibuang Ke Laut

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 323 hits
Tular rakaman sebuah video menunjukkan sekumpulan individu dipercayai bekerja di sebuah kapal nelayan China mencampakkan bungkusan misteri dikatakan jenazah anak kapal ke dalam laut Video tersebut didedahkan media Korea Selatan MBC News Men...
Bayi 28 Hari Tersedak Susu Muka Biru Tak Cukup Nafas Doktor Pesan Tolonglah Beringat

Bayi 28 Hari Tersedak Susu Muka Biru Tak Cukup Nafas Doktor Pesan Tolonglah Beringat

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 349 hits
Kes bayi meninggal akibat tersedak susu selalu berlaku Bagaimanapun masih ramai lagi ibu bapa yang kurang peka mengenai hal ini dan ambil mudah Ingat jika perkara ini nak berlaku sekejap saja tanpa ada sebarang isyarat Menerusi apa yang dik...
Macam Mana Jaga Hubungan Dengan 2 Bekas Suami Ini Tip Hana Azraa

Macam Mana Jaga Hubungan Dengan 2 Bekas Suami Ini Tip Hana Azraa

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 330 hits
Bekas isteri pendakwah bebas Pencetus Ummah Abu Sufyan dalam perkongsian terkini mendedahkan dia masih berhubung baik dengan PU Abu serta bekas suami pertamanya Berkongsi perkara itu menerusi IG Storynya Hana Azraa bagaimanapun menjelaskan ...
Di Kapal China Abk Indonesia Dikasih Makan Umpan Ikan Bau Dan Daging 13 Bulan Dari Freezer

Di Kapal China Abk Indonesia Dikasih Makan Umpan Ikan Bau Dan Daging 13 Bulan Dari Freezer

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 348 hits
Berita tentang perbudakan anak buah kapal asal Indonesia di kapal Long Xing 629 mengusik rasa kemanusiaan Selain jam kerja yang edan edanan para ABK juga mendapat perlakuan diskriminatif dalam urusan makanan Hal ini disampaikan oleh kuasa h...
Lirik Lagu Malam Bulan Dipagar Bintang P Ramlee Saloma

Lirik Lagu Malam Bulan Dipagar Bintang P Ramlee Saloma

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 674 hits
Lirik Lagu Malam Bulan Dipagar Bintang P Ramlee Saloma Malam bulan dipagar bintang Makin indah jika dipandang Bagai gadis beri senyuman Pada bujang idaman Belai kasih ingin dimanja Dengan cumbuan mesra Untuk pelipur lara Penawar dik asmara ...
Hiburan Bertuah Bella Dally Dedah Pernah Jumpa Malam Lailatul Qadar

Hiburan Bertuah Bella Dally Dedah Pernah Jumpa Malam Lailatul Qadar

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 387 hits
Setiap Muslim pasti ingin mengejar segala fadhilat yang memenuhi bulan Ramadan Bahkan yang paling ditunggu ialah 10 hari terakhir di mana salah satu malam ganjilnya akan terselit Lailatul Qadar Perlukan persediaan yang rapi dan teliti jikal...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities