Bayi 28 Hari Tersedak Susu Muka Biru Tak Cukup Nafas Doktor Pesan Tolonglah Beringat


Kes bayi meninggal akibat tersedak susu selalu berlaku. Bagaimanapun masih ramai lagi ibu bapa yang kurang peka mengenai hal ini dan ambil mudah. Ingat jika perkara ini nak berlaku, sekejap saja tanpa ada sebarang isyarat.
Menerusi apa yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol, kes bayi tersedak susu ini berlaku atas beberapa faktor sama ada kecuaian ibu bapa itu sendiri atau tanpa sedar.
Malam tu saya dapat panggilan dari Jabatan Kecemasan.
Gambar Hiasan “Doktor, kami baru terima bayi umur 28 hari. Dia tersedak susu. Ibu dia kata muka terus jadi biru, nafas jadi laju dan lekuk di dada makin dalam.
Di sini, oksigen cuma tinggal 80%…”
Belum habis lagi bercakap, saya dan seorang lagi doktor terus bergerak pergi ke Jabatan Kecemasan.
Bila saya sampai, saya boleh lihat dada bayi berombak. Nampak susah sangat nak bernafas.
Saya jadi berdebar. Rasa darah panas mengalir di muka.
“Doktor, ni xray dada dia.”
Memang sah dia tersedak susu. Xray dada menunjukkan Aspiration Pneumonia.
Aspiration Pneumonia berlaku bila anak itu tersedak dan minuman yang sedang diminum itu terus masuk ke bahagian atas paru-paru.
ARTIKEL MENARIK [Biarkan Anak Berlari & Melompat Kalau Batuk Berhingus, Itu Bantu Mereka Keluarkan Kahak]
Bahagian ni kemudiannya akan meradang dan dijangkiti kuman, menyebabkan fungsi paru-paru merosot teruk.
Ia adalah satu keadaan yang sangat serius.
Untuk bayi ni, dia perlukan bantuan pernafasan dengan segera.
Sebab tu pada yang ada bayi, kena sentiasa beringat. Kes tersedak susu macam ni kerap berlaku pada bayi berusia 6 bulan ke bawah.
Ibu ayah boleh buat 4 perkara ni supaya bayi tak tersedak susu:
Tegakkan badan bayi selepas selesai menyusu. Saki baki susu yang ada di mulut akan ditelan oleh bayi.
Sendawakan bayi selepas menyusu. Amalan ni nampak remeh, tapi sebenarnya sangat penting.
Tepuk atau gosok perlahan-lahan belakang badan bayi dalam posisi sedikit menegak sehingga sendawa. Buat sekurang-kurangnya selama 5-10 minit.
Gambar Hiasan Jangan tinggalkan bayi bersendirian ketika sedang menyusu. Banyak kes berlaku bila mak ayah biarkan bayi pegang botol susu sendiri sampai tertidur.
Siap letakkan bantal di bawah botol susu supaya tak terjatuh. Bila susu masuk terlalu banyak dan laju ke dalam mulut, bayi tak dapat alihkan botol dan akhirnya dia sendiri jadi lemas.
Baringkan bayi dalam keadaan mengiring sebelah kanan selepas menyusu.
Jika bayi muntah, semuanya akan mengalir keluar dari tepi mulut. Jadi kuranglah susu yang berkumpul dalam mulut ketika muntah.
Bantu saya #sebarkan info penting ni pada ibu bapa yang lain. Kita cuma mahu susukan anak kita dalam keadaan yang selamat.
Sumber: Dr Redza Zainol

The post Bayi 28 Hari Tersedak Susu. Muka Biru & Tak Cukup Nafas. Doktor Pesan Tolonglah Beringat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayi-28-hari-tersedak-susu-muka-biru-tak-cukup-nafas-doktor-pesan-tolonglah-beringat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Ini Nasihatkan Ibu Bapa Mengenai Penggunaan Bedak Talkum Pada Muka Bayi

Doktor Ini Nasihatkan Ibu Bapa Mengenai Penggunaan Bedak Talkum Pada Muka Bayi

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 483 hits
Sudah menjadi satu norma dalam kebanyakan ibu bapa berkenaan mengenakan bedak talkum ke atas muka bayi selepas sahaja selesai memandikan mereka Namun begitu tahukah anda bahawa sebenarnya tindakan itu boleh menjejaskan kesihatan bayi terseb...
Walau Umur Bayi Dah Cukup 6 Bulan Tak Perlu Tergesa Gesa Cuba Semua Makanan Pejal Ikut Langkah Tepat

Walau Umur Bayi Dah Cukup 6 Bulan Tak Perlu Tergesa Gesa Cuba Semua Makanan Pejal Ikut Langkah Tepat

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 426 hits
Tidak dinafikan bila usia bayi sudah masuk enam bulan ibu sudah mula teruja untuk mencuba kesemua jenis makanan pejal baik bubur atau beraneka puri untuk diberikan kepada anak Terujaan itu perlu namun mak ayah jangan gopoh dan tergesa gesa ...
Hari 1st Anak Meninggal Wife Angkat Bantal Letak Didada Nak Bagi Susu Sebak Aku Tengok

Hari 1st Anak Meninggal Wife Angkat Bantal Letak Didada Nak Bagi Susu Sebak Aku Tengok

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 444 hits
Ujian sememangnya asam garam dalam kehidupan lebih lebih lagi bagi yang berumah tangga Terkadang ujian rumah tangga bukan hanya melibatkan masalah suami isteri tapi ada yang diuji tiada zuriat yang ada zuriat diuji dengan pemergian anaknda ...
Sahur Dengan Susu Lazz Sedap Dan Kenyang Sepanjang Hari

Sahur Dengan Susu Lazz Sedap Dan Kenyang Sepanjang Hari

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 451 hits
hai assalammualaikumSahur Dengan Susu Lazz Sedap Dan Kenyang Sepanjang Hari Susu Lazz memang susu kegemaran kami sekeluarga Dari dulu lagi nad dah minum susu Lazz ni Susu Lazz ni minuman berasaskan susu kambing memang elok diambil sebab sus...
Teruja Menanti Kelahiran Bayi Kembar Saat Tunggu Hari Ibu Ini Kehilangan Keduanya

Teruja Menanti Kelahiran Bayi Kembar Saat Tunggu Hari Ibu Ini Kehilangan Keduanya

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 407 hits
Bagi pasangan suami isteri yang menunggu hari untuk kelahiran cahaya mata pasti teruja dan berdebar debar Segala persiapan telah dibuat manakala mental fizikal telah bersedia untuk kehidupan baharu sebagai ibu ayah Namun sebaik baik peranca...
Walaupun Terpisah Dengan Bayi Susu Ibu Berjaya Dihantar Melalui Rentas Sempadan

Walaupun Terpisah Dengan Bayi Susu Ibu Berjaya Dihantar Melalui Rentas Sempadan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 412 hits
Ibu mana tidak sayangkan anak lebih lebih lagi tatkala bayi baru lahir memerlukan susu badan walhal kedua duanya terpisah akibat terkurung patuh perintah kawalan pergerakan Baca Terpaksa tinggal anak di Malaysia Itulah nasib sekumpulan kaum...
Ayuh Nyalakan Lampu Biru Tanda Terima Kasih Frontliner Mulai Hari Ini Hingga 3 Mei

Ayuh Nyalakan Lampu Biru Tanda Terima Kasih Frontliner Mulai Hari Ini Hingga 3 Mei

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 712 hits
Kempen Light it Blue di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan akan diterangi dengan lampu biru bermula hari ini 30 April sehingga 3 Mei sebagai tanda menghargai petugas barisan hadapan yang berkhidmat dalam mengekang wabak koronavirus Be...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah

The Day Niagara Falls Stopped A Forgotten Natural Phenomenon Of 1848

Hukum Membeli Perangkat Lunak Komputer Bajakan

Bot Terbalik Di Perairan Tanjung Harapan 3 Termasuk Bayi Maut Dan 2 Masih Hilang

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Aidil Adha

Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Kasih Tak Minta

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Dalami Erti Pengorbanan Pesan Sultan Pahang Tengku Ampuan Sempena Menyambut Hari Raya Aidiladha