Hampir Separuh Kes Covid 19 Ada Kaitan Perjalanan Ke Sabah


MALAYSIAKINI


Kira-kira separuh kes Covid-19 yang dicatatkan di luar Sabah mempunyai kaitan dengan penularan wabak dari negeri itu, berdasarkan kiraan Malaysiakini melalui maklumat yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.
Ia berikutan lonjakan kes Covid-19 di Sabah dan peningkatan perjalanan ke negeri tersebut susulan pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini.
Berdasarkan kiraan, terdapat 142 kes Covid-19 di Malaysia dari Sabah sejak 20 Sept lalu.
Berdasarkan sidang media harian dari Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, 94 daripada jumlah kes tersebut merupakan penularan tempatan, di mana 49 daripadanya mempunyai kaitan dengan perjalanan ke Sabah.
Ini termasuk kluster Setapak di Kuala Lumpur (tiga kes) dan kluster Jalan Apas (lapan kes) di Klang, di mana pelancong yang pulang dari Sabah didapati telah menyebarkan jangkitan tersebut kepada ahli keluarga dan rakan serumah yang tidak mempunyai rekod perjalanan ke Sabah.
Antara kes yang mendapat perhatian ialah ahli majlis tertinggi Umno Mohd Razlan Rafii dan Timbalan Ketua Pemuda Umno Shahril Hamdan, yang dikesan positif ketika kembali daripada berkempen di Sabah.
KKM memberikan amaran mengenai kes Covid-19 yang berlaku dalam kalangan mereka yang melakukan perjalanan ke Sabah pada 25 Sept.
Menurut Noor Hisham, 10 kes dilaporkan antara 20 Sept dan 25 Sept. 
Pada keesokan harinya, dilaporkan bahawa 11 lagi kes telah dikenalpasti.
Noor Hisham ketika itu berkata, bagi mereka yang menunjukkan gejala Covid-19 selepas berkunjung ke kawasan zon merah (Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna) perlu menjalani saringan Covid-19.
Mereka yang tidak bergejala pula digalakkan menjalani saringan tersebut dan menjalani kuarantin kendiri.
Pada 26 Sept, yang juga merupakan hari mengundi bagi PRN Sabah, Noor Hisham juga ada menyebut mengenai kes-kes baru yang dikesan melalui saringan terhadap individu yang pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
Berkuatkuasa dari 27 Sept hingga 10 Okt, pelawat yang baru tiba dari Sabah diwajibkan menjalani ujian saringan dan tempoh kuarantin sehingga keputusan ujian saringan tersebut diketahui.
Kerajaan semalam mengumumkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentabdiran di empat daerah di Sabah (Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna) yang berkuat kuasa tengah malam tadi.
Lonjakan kes Covid-19 di Sabah berlaku sejak awal bulan ini, selepas kluster Benteng LD dikesan pada 1 Sept.
Sehingga semalam, kluster Benteng LD mencatatkan 873 kes. 
Daripada jumlah tersebut, 675 merupakan banduan dan tahanan lokap, 25 merupakan anggota polis dan pegawai penjara dan 31 adalah anggota keluarga kakitangan dan tahanan.
Bagaimanapun, kategori kedua terbesar bagi kluster Benteng LD merupakan kontak dengan kes berkenaan di mana 142 kes dikesan positif Covid-19 setakat ini.
Untuk rekod, sejak kluster Benteng LD dilaporkan, terdapat sembilan lagi kluster yang dikenalpasti di negeri itu, menjadikan ia sebanyak 1,189 kes.
Terdapat 1,352 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah sejak 1 Sept. 
Ini bermakna 163 kes tidak berada dalam mana-mana kluster tersebut.
Walaupun sebilangan kes itu merupakan kes import, banyak kes dikesan ketika pesakit datang untuk melakkukan pemeriksaan saringan.
Jika dibuat perbandingan, hanya 342 kes dilaporkan di seluruh Malaysia sejak 1 Sept termasuk kes import.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/hampir-separuh-kes-covid-19-ada-kaitan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Malaysia Catat 57 Kes Baharu Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini

Covid 19 Malaysia Catat 57 Kes Baharu Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 402 hits
KUALA LUMPUR Kes baharu COVID 19 hari ini mencatat sedikit peningkatan kepada 57 kes berbanding 52 semalam dengan 51 jangkitan tempatan dan enam kes import Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Sabah kekal sebagai...
124 Kes Covid Semalam 27 09 2020 Di Sabah Meningkat

124 Kes Covid Semalam 27 09 2020 Di Sabah Meningkat

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 396 hits
124 Kes Covid Semalam 27 09 2020 Di Sabah Meningkat Mungkin ada yang dah lupa dengan isu covid 19 yang melanda dunia Namun masih adakah lagi yang mengamal skop seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan Kini Malaysia telah mencapai 10K kes...
Pm Muhyiddin Akui Kempen Prn Sabah Antara Punca Peningkatan Kes Covid 19

Pm Muhyiddin Akui Kempen Prn Sabah Antara Punca Peningkatan Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 459 hits
25 total views 25 views today KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kempen Pilihan Raya Negeri Sabah menjadi antara punca peningkatan kes COVID 19 di negara ini sejak beberapa minggu lepas Bagaimanapun beliau menjel...
Dulu Jemaah Tabligh Dikecam Kini Jemaah Prn Sabah Lonjak Kes Covid 19

Dulu Jemaah Tabligh Dikecam Kini Jemaah Prn Sabah Lonjak Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 372 hits
RAYUSA SAYA menulis artikel ini pada lewat 2 Oktober selepas terkejut dengan jumlah kes baharu Covid 19 hari tersebut iaitu 287 Apabila menyambungnya pada lewat 3 Oktober pula catatan bukan sahaja memeranjat malah merisau dan menyedihkan Se...
2 Di Sabah Amp 1 Di Kedah Kes Kematian Covid 19 Meningkat Ketara Hari Ini

2 Di Sabah Amp 1 Di Kedah Kes Kematian Covid 19 Meningkat Ketara Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 361 hits
Walaupun tiada sidang media dilaporkan pada hari ini berkenaan Perkembangan Covid 19 di Malaysia namun Kementerian Kesihatan Malaysia dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Datuk Sri Dr Nor Hisham Abdullah masih memuat naik laporan t...
3 Kes Covid 19 Di Sarawak Dijangkiti Di Sabah

3 Kes Covid 19 Di Sarawak Dijangkiti Di Sabah

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 465 hits
KUCHING Tiga daripada empat kes positif COVID 19 di Sarawak pada 30 September lalu dikesan dijangkiti individu yang balik dari Sabah Salah seorang mangsa terbaharu itu adalah anggota pasukan keselamatan yang baru balik ke negeri ini selepas...
Hampir Seluruh Negara Dijangkiti Covid 19 Dari Sabah

Hampir Seluruh Negara Dijangkiti Covid 19 Dari Sabah

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 315 hits
PUTRAJAYA Hampir keseluruhan negeri dan wilayah di negara ini dijangkiti wabak koronavirus dari Sabah Menerusi data terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia antara negeri yang merekodkan jangkitan dari Sabah adalah Kedah...
Kes Zahid Ditangguh Bagi Tunggu Keputusan Ujian Covid 19

Kes Zahid Ditangguh Bagi Tunggu Keputusan Ujian Covid 19

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 273 hits
KES ZAHID Perbicaraan kes rasuah pengubahan wang haram dan pecah amanah terhadap Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Yayasan Akalbudi ditangguhkan sementara menunggu keputusan ujian kedua Covid 19 bekas timbalan perdana menteri itu Penguam bela Ha...
Covid 19 52 Kes Baharu 27 Daripadanya Kes Baharu Kluster Benteng Ld

Covid 19 52 Kes Baharu 27 Daripadanya Kes Baharu Kluster Benteng Ld

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 342 hits
Dr Noor Hisham Abdullah KUALA LUMPUR Kluster Benteng LD hari ini menyaksikan peningkatan apabila sebanyak 27 kes baharu dilaporkan di Sabah Ia merupakan sebahagian daripada 52 kes baharu positif Covid 19 yang dilaporkan setakat 12 tengahari...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

Tak Berlubang Bukan Tayar Pecah Ahmad Maslan Tepis Dakwaan Jalan Lokasi Nahas Upsi Rosak

Menjelang Muktamar Pas Selepas Diserang Geng Ustaz Ini Pendirian Sanusi Terhadap Abdul Hadi