Covid 19 52 Kes Baharu 27 Daripadanya Kes Baharu Kluster Benteng Ld


Kumara Sabapatty Dr. Noor Hisham Abdullah KUALA LUMPUR – Kluster Benteng LD hari ini menyaksikan peningkatan apabila sebanyak 27 kes baharu dilaporkan di Sabah.
Ia merupakan sebahagian daripada 52 kes baharu positif Covid-19 yang dilaporkan setakat 12 tengahari tadi.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dengan kenaikan itu menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 10,219 kes.
Manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 734 kes dan mereka ini telah diasingkan serta diberi rawatan.
Dr. Noor Hisham memaklumkan daripada 52 kes baharu yang dilaporkan, 12 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara iaitu tiga warganegara dan sembilan sembilan warga asing.
“Memperincikan lanjut kes import berkenaan, lapan kes baru pulang dari India iaitu tiga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; tiga kes dilaporkan di Selangor dan dua kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan .
“Satu kes dari Indonesia dilaporkan di Selangor manakala tiga lagi kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang mana masing-masing datang dari Bangladesh, Yaman dan Rusia.
“Daripada 40 kes penularan di dalam negara, 26 kes adalah warganegara Malaysia dan 14 kes adalah warga asing,” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan terbaharu Covid-19 di negara ini.
Katanya, daripada 40 kes itu, majoritinya iaitu sebanyak 36 kes dilaporkan di Sabah, yang mana 27 kes daripadanya membabitkan kes baharu kluster Benteng LD iaitu 15 orang warga tempatan dan 12 warga asing.
Menurut beliau penambahan 27 kes baharu kluster Benteng LD menjadikan jumlah kes positif bagi kluster itu setakat ini adalah sebanyak 578 kes.
Ujarnya, dua kes daripada kluster Selamat melibatkan warga tempatan, satu kes penambahan kluster Pulau juga warga tempatan.
“Satu kes daripada Kluster Bakau yang melibatkan warga tempatan, satu kes saringan komuniti Semporna yang turut melibatkan warganegara, satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Lahad Datu yang melibatkan warga asing; satu kes saringan sebelum masuk kerja yang melibatkan warga asing dan dua kes saringan petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu yang melibatkan warga tempatan.
“Di Kedah tiga kes saringan komuniti di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran Daerah Kota Setar yang melibatkan tiga warganegara; dan satu kes daripada kluster Ara di Pulau Pinang juga membabitkan warga tempatan.
“KKM juga ingin memaklumkan terdapat 40 kes yang telah pulih  pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya  adalah sebanyak 9,355 kes (91.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” ujarnya.
Tegas Noor Hisham, sehingga kini, terdapat 10 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk dua kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia tidak merekodkan penambahan kes baharu dan kekal pada kadar 130 kes (1.27 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” tegasnya.-MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/covid-19-52-kes-baharu-27-daripadanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Malaysia Catat 57 Kes Baharu Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini

Covid 19 Malaysia Catat 57 Kes Baharu Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR Kes baharu COVID 19 hari ini mencatat sedikit peningkatan kepada 57 kes berbanding 52 semalam dengan 51 jangkitan tempatan dan enam kes import Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Sabah kekal sebagai...
Kes Baharu Covid 19 Melonjak Kepada 100 Kes Hari Ini Termasuk 85 Kes Tempatan

Kes Baharu Covid 19 Melonjak Kepada 100 Kes Hari Ini Termasuk 85 Kes Tempatan

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 264 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 12 kes yang telah pulih pada hari ini Ini menjadikan jumlah kumulatif bagi kes pulih adalah sebanyak 9 136 Menurutnya juga terdapat...
Malaysia Mencatatkan 100 Kes Baharu Covid 19 Manakala Sebanyak 12 Kes Pulih

Malaysia Mencatatkan 100 Kes Baharu Covid 19 Manakala Sebanyak 12 Kes Pulih

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 277 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan hari ini mencatatkan 100 kes baharu Covid 19 manakala 12 kes pulih Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 100 kes baharu itu membabitkan 85 penularan tempatan dan 15 kes importJumlah kematia...
Covid 19 Sebanyak 150 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini

Covid 19 Sebanyak 150 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 316 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 150 kes baharu dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah Sabah terus mencatatkan kes tertinggi dengan pertambahan jangkitan sebanyak 124 kes baru hari ini Sementara itu s...
Satu Kluster Baharu Dikesan Di Sabah Kes Indeks Kluster Pati Dari Filipina

Satu Kluster Baharu Dikesan Di Sabah Kes Indeks Kluster Pati Dari Filipina

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 318 hits
Menyusup masuk ke Sabah Namun demikian pada 5 September 2020 kes menyusup masuk ke Sabah dari Zamboanga Filipina melalui jalan tikus untuk melawat isteri Katanya dalam satu kenyataan hari ini isteri kes iaitu kes ke 9 860 pula dikesan posit...
Covid 19 Tiga Kematian 147 Kes Baharu

Covid 19 Tiga Kematian 147 Kes Baharu

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 206 hits
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah KUALA LUMPUR SEbanyak tiga kes kematian berkaitan Covid 19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 12 tengahari sekali gus menyaksikan jumlah kumulatif kes kematian akibat virus itu meningkat kepada 133...
Covid 19 Indonesia Catat 3 806 Kes Baharu 106 Kematian

Covid 19 Indonesia Catat 3 806 Kes Baharu 106 Kematian

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 283 hits
JAKARTA 12 SEPT Indonesia mencatatkan 3 806 kes positif baharu Covid 19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di republik itu kini 214 746 kes Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indone...
Kluster Benteng Lahad Datu Polis Tingkat Sop Kekang Covid 19

Kluster Benteng Lahad Datu Polis Tingkat Sop Kekang Covid 19

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 311 hits
KUALA LUMPUR 9 SEPT Polis Diraja Malaysia menggandakan tatacara operasi piawai dalam usaha mengekang penularan Covid 19 di Sabah termasuklah kluster benteng Lahad Datu terutama dalam menahan pendatang tanpa izin Ketua Polis Negara Tan Sri A...
Covid 19 Sebanyak 24 Kes Baharu Di Rekodkan 18 Kes Penularan Tempatan Dan Enam Kes Import

Covid 19 Sebanyak 24 Kes Baharu Di Rekodkan 18 Kes Penularan Tempatan Dan Enam Kes Import

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 306 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 24 kes baharu dicatatkan hari ini melibatkan 18 kes penularan tempatan dan enam kes import menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata kes baharu tertinggi dilaporkan dari Kluster Su...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara

Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Haniz Zalikha Pernah Makan Kat Ee Ji Ban Ya

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Kerana Rasuah Rm100 Pekebun Kena Denda Rm10 000

Effective Market Research On A Budget

Lirik Lagu Sulit Betrand Putra Onsu