Hampir Seluruh Negara Dijangkiti Covid 19 Dari Sabah



PUTRAJAYA –  Hampir keseluruhan negeri dan wilayah di negara ini dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) dari Sabah.
Menerusi data terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antara negeri yang merekodkan jangkitan dari Sabah adalah Kedah sebanyak dua kes, Selangor (lima), Johor (satu) dan Sarawak (tiga) kes.
Selain itu, Kuala Lumpur dan Terengganu merekodkan tiga kes positif yang turut melibatkan individu pulang dari Sabah manakala Pahang serta Perlis dua kes.
Empat negeri dan wilayah lain iaitu Labuan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perak masing-masing merekodkan satu kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sejak 20 September lalu, pihaknya merekodkan 88 kes positif dikesan dari Sabah.
“Hari ini sebanyak 25 daripada 86 kes penularan dalam negara dikesan mendapat jangkitan ketika berada di Sabah,” katanya.
Menurutnya, Sabah masih lagi negeri tertinggi merekodkan kes positif harian dengan 35 kes melibatkan rakyat tempatan.
“KKM mengesan 18 kes dalam saringan bergejala, sembilan kes positif daripada Kluster Bangau-Bangau dan tiga kes kontak rapat kepada kes positif.
“Selain itu, KKM turut mengenalpasti empat individu daripada Kluster Benteng LD didapati positif Covid-19.
“Satu kes saringan kematian di Hospital Tawau turut disahkan positif,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya merekodkan 13 kes di Kedah termasuk dua yang pulang dari Sabah.
“KKM mengesan lima kes saringan kontak rapat kepada kes positif iaitu kes ke-11,129 dan tiga daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata, dua individu bergejala yang disaring di negeri itu turut disahkan positif wabak itu.
“Kluster Sungai merekodkan satu kes baharu,” katanya.
Menurutnya, di Selangor, daripada lima kes lain dikesan, masing-masing dua kes bergejala dan saringan masuk kerja.
“Satu kes saringan sebelum pulang ke negara asal yang melibatkan warga asing,” katanya.
Katanya, di Johor pula, tujuh kes daripada Kluster Bakawali turut dikesan.
“Kes indeks kluster ini merupakan pasangan suami isteri yang pulang dari Sabah,” katanya.
Covid-19: Lebih 8,000 maut dalam 24 jam

Di Sarawak pula, katanya, satu kes lagi semasa saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dari Semenanjung melibatkan warganegara.
Sementara itu, di Kelantan, KKM mengesan dua kes hasil saringan kontak rapat kepada kes positif ke 11,132.
“Kesemua melibatkan warganegara,” katanya.
Selain 86 penularan dalam negara, KKM turut merekodkan tiga kes import yang mendapat jangkitan di Belanda dan Indonesia.
“Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 11,224 kes dengan kes aktif 1,121,” katanya.
Sehingga kini, terdapat 16 kes positif dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk tiga memerlukan bantuan pernafasan.Dua kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan
Pada perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata, KKM menerima dua laporan kematian berkaitan Covid-19.
“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di negara ini adalah sebanyak 136 kes bersamaan 1.21 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya.
Mengulas mengenai kes kematian ke-135, beliau berkata, pesakit berumur 46 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis, jantung dan buah pinggang.
“Dia mula bergejala pada 21 September sebelum mengalami sesak nafas tujuh hari kemudian,” katanya.
“Pesakit berkenaan kemudiannya di bawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.
“Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama jam 6.15 petang,” katanya.
Katanya, bagi ke kematian ke-136, ia merupakan warga emas berusia 70 tahun dan mempunyai penyakit barah peringat akhir.
“Pesakit lelaki berkenaan meninggal dunia di rumahnya pada 26 September. Hasil saringan didapati positif Covid-19,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, 28 individu disahkan pulih dan dibenar discaj hari ini.
“Jumlah kumulatif kes yang telah pulih adalah sebanyak 9,967 kes iaitu 88.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.
Nilai Rt Covid-19 di Selangor lepasi paras bahaya

The post Hampir seluruh negara dijangkiti Covid-19 dari Sabah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/30/hampir-seluruh-negara-dijangkiti-covid-19-dari-sabah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Kes Covid 19 Di Sarawak Dijangkiti Di Sabah

3 Kes Covid 19 Di Sarawak Dijangkiti Di Sabah

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 330 hits
KUCHING Tiga daripada empat kes positif COVID 19 di Sarawak pada 30 September lalu dikesan dijangkiti individu yang balik dari Sabah Salah seorang mangsa terbaharu itu adalah anggota pasukan keselamatan yang baru balik ke negeri ini selepas...
Hampir Separuh Kes Covid 19 Ada Kaitan Perjalanan Ke Sabah

Hampir Separuh Kes Covid 19 Ada Kaitan Perjalanan Ke Sabah

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 215 hits
MALAYSIAKINI Kira kira separuh kes Covid 19 yang dicatatkan di luar Sabah mempunyai kaitan dengan penularan wabak dari negeri itu berdasarkan kiraan Malaysiakini melalui maklumat yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Ia berikutan lonjakan ...
Rekod Tertinggi Sebanyak 691 Kes Baharu Covid 19 Di Catatkan Seluruh Negara Hari Ini

Rekod Tertinggi Sebanyak 691 Kes Baharu Covid 19 Di Catatkan Seluruh Negara Hari Ini

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR Kes baharu Covid 19 terus mencatat angka tertinggi hari demi hari Hari ini sebanyak 691 kes baru Covid 19 dicatatkan di Malaysia Kes paling banyak direkodkan di Kedah diikuti Sabah dan Selangor Ia kemudian diikuti oleh Perak Ne...
Terbukti Warisan Gagal Bela Nasib Rakyat Sabah Ketika Negara Dilanda Covid 19

Terbukti Warisan Gagal Bela Nasib Rakyat Sabah Ketika Negara Dilanda Covid 19

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 329 hits
Calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri Karamunting di Pilihan Raya Negeri Sabah yakin ramai pengundi Cina sudah kembali mempercayai hanya BN yang mampu membela nasib rakyat Datuk Chew Kok Woh berkata pandemik Covid 19 menjadi saksi ke...
Shahril Hamdan Positif Covid 19 Selepas Pulang Dari Sabah

Shahril Hamdan Positif Covid 19 Selepas Pulang Dari Sabah

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 298 hits
Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke 2 parti itu yang disahkan positif Covid 19 minggu ini selepas pulang dari Sabah Sumber parti itu pada Isnin lalu dilaporkan berkata Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Razlan Rafii yang p...
Pemuda Umno Sungai Besar Terlibat Prn Sabah Negatif Covid 19

Pemuda Umno Sungai Besar Terlibat Prn Sabah Negatif Covid 19

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 215 hits
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR Mohd Imran TamrinSUNGAI BESAR Keputusan ujian saringan Covid 19 terhadap semua jentera Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar yang terlibat kempen Pilihan Raya Negeri Sabah baru baru ini adalah negatif Ketuanya Datuk Moh...
Pdrm Tidak Pandang Ringan Maklumat Kemasukan Rakyat Negara Jiran Kacau Prn Sabah Acryl Sani

Pdrm Tidak Pandang Ringan Maklumat Kemasukan Rakyat Negara Jiran Kacau Prn Sabah Acryl Sani

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 327 hits
M Update 24 9 2020 Polis Diraja Malaysia tidak sesekali memandang ringan berhubung maklumat diterima berkaitan kemasukan beramai ramai rakyat negara jiran yang ingin membuat kekacauan ketika proses pengundian Pilihan Raya Negeri Sabah Sabtu...
Biadap Anak Mahathir Doakan Semua Pesakit Covid 19 Di Sabah Adalah Pengundi Bn

Biadap Anak Mahathir Doakan Semua Pesakit Covid 19 Di Sabah Adalah Pengundi Bn

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 233 hits
Biadap kurang ajar dan tidak berhati perut Apa lagi perkataan cukup untuk mengambarkan betapa tidak sensitifnya Marina terhadap isu Covid 19 ini Bukan semua perkara boleh dipolitikkan Sebelum ini cucu Mahathir biadap pada TMJ namun dilibas ...
Mp Make Arrangements To Let Covid 19 Patients In Sabah Vote

Mp Make Arrangements To Let Covid 19 Patients In Sabah Vote

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 170 hits
SABAH POLLS Petaling Jaya MP Maria Chin Abdullah has urged to Election Commission to make special arrangements to enable Covid 19 patients to vote in the Sabah state election She said while she agrees that those who tested positive for Covi...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

15 Easter Garland Designs To String Along The Spring Festivities

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Do You Know About Kuda Kepang Dance

Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened