Tuuu Diaaa Duit Rakyat Duit Negara Macam Duit Mak Bapak Mereka Mereka Yang Bersalah


 


1MDB ditubuhkan sebagai dana politik BN, kata bekas KSN



Bernama -June 7, 2022 Bekas ketua setiausaha negara, Sidek Hassan, mendedahkan bahawa beliau menerima RM30,000 sebulan sebagai ahli Lembaga Penasihat 1MDB, sebelum dikurangkan kepada RM10,000 sebulan. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Bekas ketua setiausaha negara (KSN) Sidek Hassan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa mengikut pemahamannya syarikat pelaburan strategik 1MDB ditubuhkan untuk dijadikan dana politik kepada parti kerajaan ketika itu, iaitu Barisan Nasional (BN).
Sidek, 71, berkata, oleh sebab itu, beliau tidak pernah bertanya kepada bekas perdana menteri, Najib Razak atau mana-mana pihak dalam 1MDB berkenaan masalah yang berlaku dalam syarikat tersebut.
Menurutnya, isu-isu yang melanda 1MDB hanya diketahuinya melalui media massa seperti surat khabar dan bacaan di internet dan beliau mengetahui isu berkaitan dakwaan salah guna dana.
“Saya juga tahu bahawa adanya penyiasatan oleh agensi tempatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas 1MDB melalui pembacaan saya di surat khabar tempatan, namun saya tidak pernah ditaklimat atau diberitahu secara lanjut apakah butiran penyiasatan ke atas 1MDB.
“Saya sahkan Najib selaku perdana menteri (ketika itu) tidak pernah memberitahu saya berkenaan isu-isu yang berlaku dalam 1MDB, walaupun saya dilantik menjadi seorang daripada ahli Lembaga Penasihat 1MDB.
“Saya juga tidak pernah bertanya Najib kenapa tiada sebarang mesyuarat ahli Lembaga Penasihat 1MDB diadakan sepanjang tempoh saya menjawat jawatan itu dan tiada mana-mana wakil 1MDB melaporkan kepada saya tentang operasi dan pelaburan yang dibuat oleh syarikat tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi bekas perdana menteri itu.
Saksi pendakwaan ke-19 itu berkata, beliau beranggapan pelantikannya sebagai ahli Lembaga Penasihat 1MDB hanyalah untuk menambah pendapatannya sebagai KSN yang dianggap tidak setimpal oleh Najib.
“Ketika Najib menjadi perdana menteri, beliau pernah bertanyakan kepada saya tentang gaji yang saya terima selaku KSN dan beliau beranggapan gaji saya agak kecil,” katanya yang memegang jawatan KSN dari September 2006 hingga Jun 2012.
Menjelaskan mengenai pelantikan sebagai ahli Lembaga Penasihat 1MDB, Sidek berkata, ia dibuat secara rasmi melalui satu surat bertarikh 30 Ogos 2012 yang dikeluarkan oleh Najib.
“Walaupun saya dilantik menjadi ahli Lembaga Penasihat 1MDB, saya tidak pernah terlibat dalam sebarang mesyuarat atau perbincangan mengenai isu-isu syarikat itu dan tidak pernah dijemput hadir ke mesyuarat tahunan 1MDB.
“Selain itu, saya juga tidak pernah meminta Najib atau pihak 1MDB untuk dilantik menjadi ahli Lembaga Penasihat ini,” katanya.
Menurut Sidek, beliau menerima bayaran elaun sebanyak RM30,000 sebulan dalam tempoh lantikannya sebagai ahli Lembaga Ppenasihat 1MDB.
“Selepas saya bersara sebagai KSN, saya masih menerima pembayaran elaun sebanyak RM10,000 sebulan sehingga jawatan saya dalam 1MDB ditamatkan pada Jun 2015,” katanya.
Tambah Sidek, pada 2 Jun 2016 beliau menerima surat daripada Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berhubung pembubaran Lembaga Penasihat tersebut.
“Melalui surat ini, saya tidak diberitahu sebab-sebab pembubaran Lembaga Penasihat 1MDB dan saya tidak tahu kenapa ia diputuskan untuk dibubarkan. Saya juga tidak bertanya kepada Najib atau pihak 1MDB kenapa Lembaga Penasihat ini dibubarkan,” katanya.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan, iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan dijalankan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/tuuu-diaaaduit-rakyat-duit-negara-macam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Terkilan Dimaki Pemilik Kedai Takde Duit Jangan Bawa Mak Bapak Makan Di Kedai

Wanita Terkilan Dimaki Pemilik Kedai Takde Duit Jangan Bawa Mak Bapak Makan Di Kedai

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 211 hits
Sejak kecil lagi setiap orang diajar untuk saling menghormati sesama manusia tanpa mengira latar belakang seseorang Namun tidak semua orang masih mengamalnya pada hari ini terutama dari gaya pertuturan sehingga terguris perasaan seseorang A...
Kos Selanggara Istana Negara Cecah Rm519 Juta Netizen Persoal Adakah Duit Rakyat

Kos Selanggara Istana Negara Cecah Rm519 Juta Netizen Persoal Adakah Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 108 hits
Tular di media sosial Twitter baru baru ini apabila satu pendedahan mengenai kos penyelenggaraan Istana Negara telah ditawarkan pada sebuah syarikat dengan harga kontrak bernilai RM519 juta Berikutan itu Jabatan Kerja Raya telah tampil menj...
Takde Duit Jangan Bawa Mak Bapak Makan Viral Peniaga Restoran 35 Maki Pelanggan Di Melaka

Takde Duit Jangan Bawa Mak Bapak Makan Viral Peniaga Restoran 35 Maki Pelanggan Di Melaka

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 211 hits
Ini kedai saya saya punya pasal la saya nak ke tak nak jual demikian suara lantang dari pemilik kedai yang ditujukan kepada pelanggan dalam insiden yang dikatakan berlaku di Melaka nbsp Sebelum ini dikatakan kedai ini pernah tular dengan in...
Bukan Kerajaan Pn Tak Nak Dengar Kau Pelingkup Duit Negara Dan Merapu Sapa Nak Dengar

Bukan Kerajaan Pn Tak Nak Dengar Kau Pelingkup Duit Negara Dan Merapu Sapa Nak Dengar

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 106 hits
Saya beri amaran tentang krisis makanan tapi kerajaan PN tak layan kata Najib June 2 2022Najib Razak berkata beliau menggesa langkah memperkukuh keselamatan makanan di Dewan Rakyat lebih setahun lalu PETALING JAYA Bekas perdana menteri Naji...
Tuuu Diaaa Aihhhh Ni Fatwa Nih Apa Maciam Lebai

Tuuu Diaaa Aihhhh Ni Fatwa Nih Apa Maciam Lebai

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 90 hits
Ya ayyuhannas Hendaklah kamu memalingkan mukamu seraya berkata celakalah sekiranya kamu bertemu dengan si polan yg mengaku baik hati utk kaum nya sendiri sedangkan wang yg diterimanya adalah matawang asing dan tidak pernah dibelanjakan utk ...
Tuuu Diaaa Ada Kuasa Pun Tak Boleh Pakai

Tuuu Diaaa Ada Kuasa Pun Tak Boleh Pakai

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 109 hits
Saya tak setuju lakukan seks dengan pembantu ADUN Bersatu wanita beritahu mahkamah May 25 2022 Mohd Zulfahimin Mahdzir didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Sept 2021 atas pertuduhan merogol seorang wanita pada Disember 2020 PETALI...
Maju Singapura Rakyat Malaysia Tak Mahu Negara Maju Sebab Banyak Walaun Dan Mahacai Yang Tak Cerdik

Maju Singapura Rakyat Malaysia Tak Mahu Negara Maju Sebab Banyak Walaun Dan Mahacai Yang Tak Cerdik

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 156 hits
MAJU SINGAPURA Posting panjang Pohon tarik nafas dalam2 sebelum baca 1 Ada kawan tanya saya Kenapa kebanyakan Orang Melayu taknak Malaysia maju macam Singapura Saya jawab padanya Mereka takut orang lain memerintah dan Melayu terpinggir Sepe...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Pertahan Keharmonian Bagi Mengukuhkan Ekonomi Negara Mohamad Sabu

Jangan Nanti Plot Twist Didakwa Ambil Barang Terlarang Sarah Yasmine Tak Takut Buat Ujian Air Kencing

Cina Pun Main Sihir David Teo Hampir Mat Disantau Keluarga Terdekat Jumpa Ustaz Untuk Berubat