Hamid Bador Sudah Terlambat Beraninya Hanya Setelah Tiada Kuasa


 
Meskipun apa yang diperkatakan oleh Hamid Bador dalam sidang media terakhirnya sebagai Ketua Polis Negara semalam berkaitan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dalam pasukan polis dan gesaannya supaya SPRM menyiasat amalan rasuah berhubung katak lompat parti dalam kerajaan adalah sesuatu yang baik, berani dan boleh diberikan pujian, tetapi tindakan beliau sebenarnya sudah pun terlambat.
Pendedahan dan gesaannya itu ketika tempatnya sebagai Ketua Polis Negara sudah diganti oleh Acyrl Sani Abdullah bermula 4 Mei nanti, dikira sudah tidak bermakna apa-apa lagi.
Ia hanya ibarat cakap kosong dan untuk melepaskan geram saja.
Jika Hamid mendakwa Hamzah sudah campurtangan dalam pasukan polis bermula sejak hari pertama dia dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, kenapa baru sekarang beliau mendedahkannya?
Sejak Hamzah dilantik pada 9 Mac 2020 hingga sekarang dan Hamid menyedari campurtangan Menteri Dalam Negeri dalam pasukan polis, apa yang Hamid telah lakukan sejak itu?
Cukupkah sekadar membangkitkannya kepada Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara saja dan setelah menyedari tiada apa-apa perkembangan mengenai aduannya, kenapa beliau tidak mendedahkannya secara terbuka sebagaimana dilakukannya semalam?


Dalam sidang medianya semalam, Hamid mengatakan beliau mendedahkannya semua ini bukan disebabkan khidmatnya sebagai Ketua Polis Negara tidak disambung, malah beliau hanya mengetahui nama penggantinya itu setelah ia diumumkan oleh Hamzah dua hari lalu.
Persoalan di sini, apakah Hamid akan menyerang Hamzah dan mendedahkan campurtangan menteri berkenaan kiranya khidmat beliau disambung lagi?
Mengapa hanya setelah tiada lagi kuasa dan menuju persaraan, baru jadi berani untuk bersuara?
Bukankah bersuara menegakkan kebenaran ketika ada jawatan dan kuasa akan menjadikan ia lebih bermakna serta disanjung tinggi?
Begitu juga dengan gesaan Hamid agar SPRM menyiasat tindakan lompat parti dalam kerajaan sekarang yang dikaitkannya dengan amalan rasuah yang mungkin berlaku.
Apa yang diperkatakan Hamid itu bukan baru berlaku semalam, malah telah difahami wujud sejak terbentuknya kerajaan PN pada 1 Mac 2020 lagi.
Kenapa selama ini Hamid tidak pernah menggesa SPRM melakukan siasatan berkaitan katak lompat parti dalam kerajaan PN?
Lebih daripada itu, jika diteliti, aktiviti katak lompat parti ini sebenarnya bermula sejak era Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada 10 Mei 2020 lagi.
Hamzah sendiri adalah ketua geng lompat parti daripada UMNO untuk menyertai Bersatu bagi mengukuhkan kedudukan Tun Mahathir dan bagi mengelakkan bekas Pengerusi Bersatu itu melakukan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.
Pernahkah Hamid bersuara tentang katak lompat parti dan kaitannya dengan rasuah pada ketika itu?
Kenapa setelah tiada lagi kuasa, baru berdentam-dentum bersuara menyerang katak lompat parti, tetapi ketika ada jawatan dan kuasa, diam membisu seribu bahasa?


 (ShahbudinHusin 01/05/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/hamid-bador-sudah-terlambat-beraninya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tan Sri Abdul Hamid Bador Serah Tongkat Kuasa Ketua Polis Pada Datuk Seri Acryl Sani

Tan Sri Abdul Hamid Bador Serah Tongkat Kuasa Ketua Polis Pada Datuk Seri Acryl Sani

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 316 hits
1 153 total views 1 153 views today Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyerahkan tugas dan Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman di Kuala Lumpur Majlis serah terima tug...
Hamid Bador Pernah Kena Pau Dengan Polis Fuhhh Kental Jiwa Yang Pau Tu

Hamid Bador Pernah Kena Pau Dengan Polis Fuhhh Kental Jiwa Yang Pau Tu

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 472 hits
Akhir akhir ini Tan Sri Hamid Bador mendedahkan pelbagai masalah dalam pasukan polis Dari kartel dan terbaru campur tangan Menteri dalam pengurusan PDRM Ada yang kata Tan Sri Hamid merajuk sebab tak disambung kontrak Sebab tu bersuara Mungk...
Dewan Ulamak Pas Kritik Kenyataan Hamid Bador

Dewan Ulamak Pas Kritik Kenyataan Hamid Bador

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 331 hits
Dewan Ulamak PAS Pusat merakamkan ucapan sekalung tahniah buat warga pihak Polis Diraja Malaysia atas pelantikan Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani selaku Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa 4 Mei 2021 kata Ketua Penerangannya Ust...
Hamid Bador Fought Hard To Stay On But Lost In The End

Hamid Bador Fought Hard To Stay On But Lost In The End

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 333 hits
After all was it not Hamid Bador himself who complained that the Cartel is the real power behind PDRM And is Hamzah not doing Hamid a favour by taking away the power of promotions and transfers of police officers from the hands of the Carte...
Dua Tahun Sudah Cukup Kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador

Dua Tahun Sudah Cukup Kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 407 hits
1 906 total views 1 550 views today Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador memberitahu tempoh dua tahun sudah mencukupi bagi beliau untuk mengemudi pasukan Polis Diraja Malaysia Menurut beliau dia sudah bersedia untuk mengundurkan dir...
Hamid Bador Bersara Before The Emergency Was Declared

Hamid Bador Bersara Before The Emergency Was Declared

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 374 hits
Abdul Hamid Bador did not bersara He had already bersara earlier before the Emergency was declared He was then called back to service under contract and his contract has expired So according to the contract Hamid Bador automatically ceases ...
Kerajaan Mesti Jawab Dakwaan Hamid Bador Anwar

Kerajaan Mesti Jawab Dakwaan Hamid Bador Anwar

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 227 hits
Saya ikuti pendedahan yang dibuat Tan Sri Abdul Hamid Bador tempoh hari terkait Institusi Kepolisian negara Pendedahan tersebut amat mendukacitakan serta telah mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia Sebagai sebuah badan utama negara da...
Rasuah Salah Guna Kuasa Dan Ekonomi Hitam Vs Hamid Ayob Azam Dan Rakyat

Rasuah Salah Guna Kuasa Dan Ekonomi Hitam Vs Hamid Ayob Azam Dan Rakyat

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 367 hits
Datuk Dr Hasan Mad AYOB KHAN MYDIN PITCHAY dan ABDUL HAMID BADOR Pada 27 April 2021 Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay sekali lagi menyuntik semangat rakyat sekalian untuk bangkit memberikan sokongan kepada PDRM dalam usahanya ...
Hamid Bador Tidak Sambung Tugas

Hamid Bador Tidak Sambung Tugas

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 382 hits
Tan Sri Hamid Bador bukan meletak jawatan atau tidak disambung kontrak nya Tetapi beliau memilih untuk tidak menyambung tugas sebagai KPN pada tarikh 3 mei 2021 2 tahun selepas tarikh sebenar persaraan beliau Kenapa ada pihak yg kritik tind...
Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dah Lama Pendam Abby Abadi Dakwa Pernah Dipukul Norman Hakim Separuh Nyawa

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Melamun Mana Lagi

Bn Menang Besar

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Rm20 Million Spent On Kl Tower Repairs Upgrades