Rasuah Salah Guna Kuasa Dan Ekonomi Hitam Vs Hamid Ayob Azam Dan Rakyat


Datuk Dr. Hasan Mad AYOB KHAN MYDIN PITCHAY dan ABDUL HAMID BADOR Pada 27 April 2021, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay sekali lagi menyuntik semangat rakyat sekalian untuk bangkit memberikan sokongan kepada PDRM dalam usahanya membenteras gejala rasuah, salah-guna kuasa dan memutuskan rangkaian gerakan ekonomi hitam.
Kali ini, beliau mengumumkan penahanan 12 pegawai polis dan pegawai SPRM yang disyaki menjadi tali barut geng Nicky.
Beliau berani bertindak sedemikian pastinya mendapat isyarat lampu hijau dari bosnya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
AZAM BAKI Susulan pendedahan itu, keesokan harinya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki pula tampil membuat pengesahan penangkapan dua pegawainya, seperti mana yang dinyatakan oleh Ketua Polis Johor.
Sebelum ini ada terdengar cerita tudingan jari di antara PDRM dan SPRM apabila geng Nicky berjaya meloloskan diri dari tahanan pihak SPRM. Tudingan itu malah bukan setakat isu geng Nicky saja. Konon katanya dalam PDRM ada macam-macam kartel.
Dalam SPRM juga ada kartel itu dan ini. Yang lebih mencemaskan rakyat ialah apabila diumpat konon katanya di antara kedua-dua agensi itu berkawan macam kucing dengan anjing.
Alhamdulillah sempena Ramadan, bulan mulia ini satu episod baharu bermula dan hendaknya berkekalan. Terima kasih kepada geng Nicky, kerananya Hamid, Ayob dan Azam tampil me UTUSAN TVmbuang yang keruh di antara mereka dan menangguk yang jernih.
Ketiga-tiga wira ini sepakat menerajui usaha PDRM-SPRM mencabut duri-duri dalam kalangan mereka yang sekian lama menikamnya dari dalam, malah mencucuk duri melaga-lagakan di antara mereka.
Ketiga-tiga wira ini bertekad melipatgandakan usaha dan keberanian membuka lembaran baharu bagi membebaskan negara ini dari tiga gejala itu, dengan pada masa yang sama: membersihkan institusi tersebut dari duri dan najis yang mencemari imej dan reputasi mereka, dan mengeratkan kerjasama di antaranya dalam memerangi gejala-gejala itu.
Pun begitu, masih belum kedengaran suara dari lain-lain agensi untuk bersama kedua-dua agensi ini memerangi gejala-gejala tersebut yang meruncingkan kemakmuran, keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyatnya ketika ini. Malah di peringkat kementerian itu sendiri pun terus sepi.
Jika inilah dramanya di antara agensi dan kementerian, sekalipun di bawah satu bumbung yang sama, tiada pilihan bagi rakyat sekalian. Rakyat wajib tampil, melalui komuniti masing-masing, memberikan sokongan dan kerjasama kepada kedua-dua agensi ini meneruskan peranan dan tanggung-jawab mereka memerangi ketiga-tiga gejala itu secara bersepadu.

Di saat kita semua melambaikan tangan mengucapkan selamat bersara kepada Hamid sebagai KPN, hendaknya kerjasama erat yang telah terbina antara SPRM-PDRM akan terus dikekalkan rentaknya.
Memang, di peringkat awal pelantikan beliau sebagai KPN banyak pihak termasuk kami di MPM pun meragui akan kewibawaan beliau menerajui PDRM. Pun begitu dan terutama dalam setahun kebelakangan ini, beliau berjaya memperbetulkan persepsi itu, malah tampil dengan beberapa pendirian serta pendedahan yang berani bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada institusi ini.
Untuk itu, MPM mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi penghargaan kepada beliau dan mendoakan persaraannya kali kedua ini lebih sejahtera.
Apa pun, baik SPRM, PDRM mahupun rakyat sekalian, sayugia diingatkan, sekali PDRM dan SPRM mengembangkan sayapnya cuba menumpaskan kubu kuat sarang ekonomi hitam, bukan bermakna mereka telah berjaya ditumpaskan. Tertangkapnya tali barut mereka dalam kalangan penjawat awam juga bukan bermakna yang lain itu akan insaf.
Percayalah dan bersedialah akan kemungkinan backlash yang jauh lebih ganas yang akan mereka ini lakukan.
Maknanya, jika rakyat tidak tampil berjihad dan komited bekerjasama membantu membanteras gejala-gejala ini, sekuat mana sekalipun PDRM dan SPRM berusaha dan bertungkus-lumus cuba membanterasnya, ia sukar untuk berjaya. Pelbagai helah akan mereka lakukan untuk mengalihkan keutamaan kedua-dua agensi ini dari terus menghambat mereka.
Macam-macam taktik berbentuk ‘diversion and subversion’ akan mereka lakukan untuk mengalih perhatian dan keutamaan pihak berkuasa agar tidak terus menerus memfokus kepada mereka.
InsyaAllah selepas sambutan Aidilfitri ini, MPM akan berurusan dengan PDRM dan SPRM untuk secara bersama melancarkan Gerakan Jihad Rakyat, bagi mengajak semua lapisan rakyat berjihad menentang ketiga-tiga gelaja ini yang bergerak secara berangkai di antara mereka.
Mereka akan lebih memperkemaskan rantaian untuk tidak dapat ditumpaskan. Hatta, rakyat juga wajib membina rantaian bersama PDRM dan SPRM untuk meneruskan jihad menentang mereka. UTUSAN TV

(*) Datuk Dr. Hasan Mad, Setiausaha Agung MPM
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/rasuah-salah-guna-kuasa-dan-ekonomi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Semuanya Sudah Porak Peranda Ketidakstabilan Politik Ekonomi Merudum Rasuah Di Puncak Kuasa Goyah Menangani Covid

Apa Semuanya Sudah Porak Peranda Ketidakstabilan Politik Ekonomi Merudum Rasuah Di Puncak Kuasa Goyah Menangani Covid

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 380 hits
Adakah institusi kita terjejas selepas 60 tahun pemerintahan Umno BN By ZUNARThings fall apart the centre cannot hold Mere anarchy is loosed upon the world The blood dimmed tide is loosed and everywhereThe ceremony of innocence is drowned T...
Penahanan Fahmi Reza Buka Ruang Pendakwaan Terpilih Salah Guna Kuasa Kata Ngo

Penahanan Fahmi Reza Buka Ruang Pendakwaan Terpilih Salah Guna Kuasa Kata Ngo

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 273 hits
April 24 2021 Centre for Independent Journalism dan ARTICLE 19 Malaysia berkata penahanan pereka grafik Fahmi Reza tidak perlu dan tidak seimbang dengan perbuatan PETALING JAYA Sebuah gabungan organisasi masyarakat sivil membantah penahanan...
Hamid Bador Sudah Terlambat Beraninya Hanya Setelah Tiada Kuasa

Hamid Bador Sudah Terlambat Beraninya Hanya Setelah Tiada Kuasa

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 178 hits
Meskipun apa yang diperkatakan oleh Hamid Bador dalam sidang media terakhirnya sebagai Ketua Polis Negara semalam berkaitan campurtangan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin dalam pasukan polis dan gesaannya supaya SPRM menyiasat amalan ra...
Mahathir Salah Tafsir Mengenai Rakyat

Mahathir Salah Tafsir Mengenai Rakyat

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 209 hits
Mahathir Salah Tafsir Mengenai Rakyat Bukan Mahu Jadikan Dia PM Lagi Bekas Perdana Menteri Ke 7 Tun Mahathir salah tafsir mengenai kemarahan rakyat terhadap kerajaan Beliau yang menyatakan rakyat marah kepada Institusi Raja Raja Melayu cuba...
Saman Masjid Zuharnan Tidak Salah Jawatan Kuasa Covid Daerah Putuskan Tindakan Saman

Saman Masjid Zuharnan Tidak Salah Jawatan Kuasa Covid Daerah Putuskan Tindakan Saman

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 623 hits
Ketika ini ramai yang mengecam tindakan yang dilakukan oleh Pegawai Kesihatan yang bernama Zuharnan Rashid kerana mengeluarkan kompaun kepada Pengerusi Masjid Sri Maulana Pekan atas sebab tidak menyediakan QR Code MySejahtera dan buku penda...
Politik Undang Darurat Ekonomi Membosankan Rakyat Malaysia

Politik Undang Darurat Ekonomi Membosankan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 456 hits
Sesuai masa dan tenaga difokuskan kepada yang lebih positif Bukankah Kita sepatutnya mempunyai sebuah kerajaan yang boleh tangani Krisis dan memenuhi HASRAT budaya lazim rakyat
Denda Rm50 Ribu Kepada Peniaga Kecil Selain Menekan Rakyat Dan Tertinggi Di Dunia Semua Ini Salah Mahiaddin

Denda Rm50 Ribu Kepada Peniaga Kecil Selain Menekan Rakyat Dan Tertinggi Di Dunia Semua Ini Salah Mahiaddin

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 286 hits
Barangkali di ketika seluruh dunia dilanda wabak Covid19 sekarang ini hanya Malaysia satu satunya negara di mana kerajaan yang berkuasa sampai hati mendenda rakyatnya sendiri setinggi RM50 ribu hanya atas kesalahan melanggar SOP Lebih buruk...
Tan Sri Abdul Hamid Bador Serah Tongkat Kuasa Ketua Polis Pada Datuk Seri Acryl Sani

Tan Sri Abdul Hamid Bador Serah Tongkat Kuasa Ketua Polis Pada Datuk Seri Acryl Sani

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 286 hits
1 153 total views 1 153 views today Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyerahkan tugas dan Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman di Kuala Lumpur Majlis serah terima tug...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities