Dewan Ulamak Pas Kritik Kenyataan Hamid Bador



(Harakah) – Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) merakamkan ucapan sekalung tahniah buat warga pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), atas pelantikan Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani selaku Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu berkuat kuasa 4 Mei 2021, kata Ketua Penerangannya, Ustaz Mohd Nor Hamzah.
Pelantikan tersebut merupakan lantikan KPN yang ke-13 dan ia telah diumumkan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bagi menggantikan Ketua Polis Negara (KPN) sekarang, Tan Sri Hamid Bador dalam satu majlis khas.
Beliau berkata, DUPP juga mengkritik ucapan Hamid Bador, KPN sekarang ekoran kenyataan terbukanya dalam satu sidang berkenaan maklumat yang diperolehi dengan mendakwa terdapat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang membabitkan rasuah kalangan ahli politik tertentu secara terbuka di hadapan para wartawan.
“Adakah beliau telah lupa terhadap Akta Polis Sek 4 (1) di mana dia sebagai KPN adalah bertanggung jawab kepada Menteri Dalam Negeri,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini
Sehubungan itu, katanya sikap Hamid hanya membawa cerminan buruk dengan semata-mata dakwaan.
Menurutnya, jika benar sebagaimana dakwaan yang dilontarkan tersebut, maka mengapa tidak diambil tindakan susulan semasa beliau masih menjawat KPN dengan membuat laporan agar penyiasatan dilakukan dan dibawa ke muka pengadilan untuk diadili bagi dihukum menerusi lunas perundangan yang ada dalam negara ini.
“Tidak wajar individu seperti beliau iaitu orang yang tahu prosedur undang-undang dan menjaga keadilan negara, tidak menggunakan saluran yang ada namun hanya beremosi dalam ucapan sehingga mengundang sangkaan berunsurkan fitnah dan dakyah terhadap politik semasa dengan timbulnya persepsi jahat kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang ini kerana sikap yang beliau tunjukkan adalah mengenepikan nilai undang-undang.
“Sebagai sebuah negara yang ada undang-undang dan sistem, kita ada saluran dan peruntukan bagi setiap sesuatu dakwaan,” ujar Ustaz Mohd Nor lagi.
Beliau menambah, Malaysia bukan negara cowboy dan jangan pula bersikap dengan mainan persepsi iaitu menjatuhkan hukuman sebelum diadili dan diputuskan hukuman oleh pihak mahkamah.
“Jangan pula disebabkan lantikan beliau sebelum ini oleh kerajaan PH, beliau hilang pertimbangan dalam bersikap adil dengan terikut rentak politik PH sehingga menggunakan kedudukan beliau sekarang ini untuk meracuni pemikiran rakyat dengan mainan persepsi semata-mata sebagaimana yang diamalkan oleh politik PH,” katanya.
Beliau menegaskan, DUPP sangat bertegas dalam soal yang membabitkan integriti kerana tanpa integriti ia akan mengakibatkan negara menuju kemusnahan.
Namun, katanya dalam soal pendakwaan, hendaklah setiap pendakwaan mengikuti saluran menurut lunas perundangan agar siasatan dapat dijalankan dan seterusnya diadili di mahkamah untuk dijatuhi keputusan dan hukuman.
“Bukannya dengan bermain persepsi dan menjadikan negara ini seperti negara cowboy,” ujarnya yang juga Exco Kerajaan Terengganu.
Beliau turut memetik firman Allah SWT di dalam Surah An-Nahl, ayat 90 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/05/01/dewan-ulamak-pas-kritik-kenyataan-hamid-bador/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abdul Hamid Bador Belasah Ulama Pas

Abdul Hamid Bador Belasah Ulama Pas

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 297 hits
Adakah para ulama politik tidak faham penjelasan saya Abdul HamidMalinda Abdul MalikGEORGE TOWN Wahai para ulama politik sekalian sila buka mata dan dengar tentang penjelasan diberikan sebelum mengkritik tindakan saya dedahkan campur tangan...
Video Panass Lokman Adam Mengamok Nama Saja Dewan Ulamak Pas Tapi Peranga Patut Mewah Masa Pilihanraya Dulu

Video Panass Lokman Adam Mengamok Nama Saja Dewan Ulamak Pas Tapi Peranga Patut Mewah Masa Pilihanraya Dulu

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 354 hits
W FAUDZINKita syak lama dah Tapi bila Lokman Adam mengharamjadahkan Dewan Ulamak Pas maka terdedah rupa rupanya ada orang tanggung perbelanjaan muktamar Pas Tapi siapa ye Waktu PRU14 dulu memang kita lihat jentera Pas amat mewah dlm kempen ...
Zahid Hamidi Tolak Sangkaan Ketua Dewan Ulamak Pas

Zahid Hamidi Tolak Sangkaan Ketua Dewan Ulamak Pas

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 406 hits
Zahid Hamidi Tolak Sangkaan Ketua Dewan Ulamak PAS Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tidak mudah untuk parti itu kembali ke meja rundingan dengan Bersatu seperti sangkaan dibuat Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Antara lain kata Ahmad Z...
Tan Sri Abdul Hamid Bador Serah Tongkat Kuasa Ketua Polis Pada Datuk Seri Acryl Sani

Tan Sri Abdul Hamid Bador Serah Tongkat Kuasa Ketua Polis Pada Datuk Seri Acryl Sani

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 341 hits
1 153 total views 1 153 views today Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyerahkan tugas dan Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman di Kuala Lumpur Majlis serah terima tug...
Hamid Bador Had Nothing Under Control

Hamid Bador Had Nothing Under Control

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 394 hits
It is all under control I know who they are and what they are doing and I will take action Abdul Hamid BadorYou have to give it to Abdul Hamid Bador he is going out with a bang You have to wonder with the way the PDRM is conducting business...
Video Sidang Media Pkr Dakwaan Hamid Bador Kalau Sprm Pilih Berdiam Diri Malang Buat Negara

Video Sidang Media Pkr Dakwaan Hamid Bador Kalau Sprm Pilih Berdiam Diri Malang Buat Negara

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 364 hits
PKR hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat unsur rasuah di sebalik tindakan sejumlah ahli parlimen yang melompat parti yang dibangkitkan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador Jumaat lalu Setiausaha Agung PKR Saifu...
Hamid Bador Must Reveal Who Interfered In The Police Investigation On 1mdb

Hamid Bador Must Reveal Who Interfered In The Police Investigation On 1mdb

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 383 hits
A very powerful politician had interfered in the police investigation on the 1MDB matter and had ordered Hamid to drop the case against Zeti and just pursue the case against Najib Who was this powerful politician And the MACC also knows abo...
Hamid Bador Tidak Sambung Tugas

Hamid Bador Tidak Sambung Tugas

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 411 hits
Tan Sri Hamid Bador bukan meletak jawatan atau tidak disambung kontrak nya Tetapi beliau memilih untuk tidak menyambung tugas sebagai KPN pada tarikh 3 mei 2021 2 tahun selepas tarikh sebenar persaraan beliau Kenapa ada pihak yg kritik tind...
Bom Jangka Hamid Bador Isyarat Hilang Keyakinan Kepada Kerajaan Pn Rci Kini Diperlukan

Bom Jangka Hamid Bador Isyarat Hilang Keyakinan Kepada Kerajaan Pn Rci Kini Diperlukan

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 321 hits
1 KPN bakal bersara Abdul Hamid Bador telah meledakkan bom jangka yang telah menggegarkan negara berkait tuduhan rasuah untuk membeli MP dan Adun yang menjadi katak katak yang melompat Walaupun tidak menyebut nama umum maklum tuduhan itu di...
Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya

Selepas Himpunan Turun Anwar Apakah Ada Langkah Seterusnya

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

Rush To Build In Penang High Density Projects Sprouting Without Gazetted Local Plan

Allah Tahu Segalanya Walau Tak Pernah Kita Luah

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Kesihatan Lelaki Cabaran Kesedaran Dan Langkah Penjagaan Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi 7 Perusahaan Sosial Ayuh Malaysia Mula Operasi September

Bayi Berusia Setahun Menggigit Seekor Ular Tedung Hingga Mati

Mrsm Seluruh Negara Diisytihar Cuti Esok

Turun Anwar A Protest That Stirs Headlines

Should Motorcyclists Be Exempt From Highway Tolls

Holiday For Mara Junior Colleges After Rugby Championship Victory