Hamid Bador Mula Mengecewakan Malaysia Baru


Apabila Abdul Hamid Bador dilantik sebagai Ketua Polis Negara, rata-raya orangramai menyambut baik perlantikan itu melihat kepada intergriti yang dimilikinya sebelum ini.Abdul Hamid adalah watak yang tidak sanggup bersekongkol dalam skandal 1MDB ketika beliau menganggotai pasukan petugas khas pada 2015 dengan mendedahkan wujud perbuatan cuba menyembunyikan saksi dalam siasatan yang dijalankan pasukan itu.Beliau seterusnya bersuara agar siasatan dijalankan secara telus agar kebenaran mengenai 1MDB dapat diketahui dan dibuktikan.Akibat daripada itu, beliau telah dipindahkan ke JPM yang merupakan tindakan “menyejuk-bekukannya”.Beliau yang merupakan Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman ketika itu lantas mengambil keputusan berhenti daripada jawatannya.Abdul Hamid kemudian menulis surat terbuka yang panjang kepada kerajaan dengan menyasarkan Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar, Peguam Negara Apandi Ali dan pegawai-pegawai SPRM dalam kritikannya berhubung siasatan 1MDB, sambil mengingatkan kesan perbuatan di hari muka nanti.Ramai yang memuji tindakan beraninya bersuara dan menulis surat terbuka itu lantaran tidak ramai yang ada keberanian seperti itu.Mudah kata, beliau adalah seorang yang berpegang kepada prinsip kebenaran, ada intergriti, tidak tunduk kepada tekanan dan sentiasa yakin Tuhan adalah saksi kepada segala kejadian.Selepas bersara, Abdul Hamid mengambil keputusan balik kampung dengan mengusahakan tanaman sayur-sayuran di kampung halamannya di Rembau, Negeri Sembilan.Dalam fasa mahu menyingkirkan Najib dan menumbangkan BN, beliau diketahui umum mempunyai hubungan yang rapat dengan Tun Mahathir dan sering berkunjung serta bertukar-tukar pandangan dengan Pengerusi PH itu.Nama beliau mendadak muncul semula apabila PH menang PRU14 lalu.Meski sudah bersara, Abdul Hamid dipanggil mengisi jawatan Pengarah Cawangan Khas, kemudian memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara dan seterusnya Ketua Polis Negara melalui lantikan kontrak bagi tempoh dua tahun.Dengan latarbelakang itu, kepercayaan, keyakinan serta harapan umum terhadapnya adalah tinggi agar PDRM yang dipimpinnya tidak tunduk kepada mana-mana tekanan sepertimana sebelum ini.Bagaimanapun, dalam kes video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin Ali, harapan orangramai mula terhakis terhadap Abdul Hamid.Kenyataannya yang mengesahkan hasil analisis CyberSecurity bahawa video tersebut adalah tulen tetapi dalam masa yang sama mengatakan pelakunya adalah individu yang tidak dikenali, dengan segera mengundang kritikan dan kekecewaan ramai.Kenyataan beliau itu menimbulkan kehairanan kerana ia bukan saja dilihat bersifat kenyataan politik untuk melindungi seseorang, malah kelihatan cuba untuk nampak selari dengan pendirian awal Tun Mahathir yang mengatakan video itu adalah palsu.Selain itu, lebih keinginan pihak polis untuk mencari dalang dengan mendedahkan kononnya ada pakatan melibatkan habuan wang ringgit dalam penyebaran video itu terus menambahkan lagi kritikan umum terhadap Abdul Hamid.Mengapakah hanya dalang dan mereka yang menyebar dicari, tetapi pelaku dalam video seolah-olah cuba disembunyi?Apakah polis di bawah era Abdul Hamid ini tidak banyak berbeza dengan PDRM sebelum ini yang mudah tunduk kepada tekanan atau campurtangan politik?Jika begitu, di manakah prinsip, intergriti dan paksi kebenaran yang menjadi pegangan Abdul Hamidi selama ini?Apakah ianya sudah luntur apabila memegang jawatan IGP?Apa pun, belum terlambat untuk Abdul Hamidi berbuat sesuatu dan menunjukkan dirinya tetap seperti dulu – baik dalam kes 1MDB atau video seks – yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.Jangan sampai rakyat kecewa dengan melihat polis di era BN dan Malaysia Baru seolah-olah sama saja. (Shahbudindotcom 20/07/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/07/hamid-bador-mula-mengecewakan-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Transwoman Dilantik Ikon Baru Kementerian Kesihatan Gadis Malaysia Dah Pupus Ker

Transwoman Dilantik Ikon Baru Kementerian Kesihatan Gadis Malaysia Dah Pupus Ker

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 358 hits
Akhirnya segala persoalan telah terjawab Undian demi undian percalonan demi percalonan serta ujian demi ujian telah berjaya ditempuhi Hari ini perlantikan rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia telah dinoktahkan Saya dilantik sebagai TG ...
Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam

Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 747 hits
Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam Ingat tak dulu kecoh pasal logo Visit Malaysia 2020 To be honest logo Visit Malaysia 2020 dulu bagi Fadzi memang buruk dan tak nampak moden langsung Memang wajar kena kecam So hari ni logo Tourism ...
Menu Baru Discover The World Mcdonald S Malaysia Portuguese Chicken Burger

Menu Baru Discover The World Mcdonald S Malaysia Portuguese Chicken Burger

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 752 hits
Menu Baru Discover the World McDonald s Malaysia Portuguese Chicken BurgerMenu Baru Discover the World McDonald s Malaysia Portuguese Chicken Burger Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Baru sahaja mengejutkan kita dengan kehadiran Spicy Ko...
Mahathir And Hamid Bador Should Stop Insulting The People S Intelligence

Mahathir And Hamid Bador Should Stop Insulting The People S Intelligence

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 363 hits
As expected Inspector General of Police Abdul Hamid Bador declared that an explosive gay sex video implicating Economic Affairs Minister Azmin Ali is genuine but the identities of the two men in the clips cannot be determined It would certa...
Hamid Bador Mengeluarkan Kenyataan Bodoh

Hamid Bador Mengeluarkan Kenyataan Bodoh

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 270 hits
Dato Hamid Bador Ketua Polis Negara hari ini sekali lagi mengeluarkan kenyataan bodoh Kali ini beliau sekali lagi membuktikan bahawa beliau tidak layak memegang jawatan sebagai IGP Dalam kenyataan beliau hari ini kepada Malaysiakini Datuk H...
Igp Hamid Bador Concealing Evidence Says Lokman Adam

Igp Hamid Bador Concealing Evidence Says Lokman Adam

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 324 hits
IGP REPORT POLIS ATAS LOKMAN LOKMAN ADAM DEDAH SATU LAGI BUKTI PENIPUAN IGP
Selamat Pengantin Baru Tuanku Ydpa Tuanku Permaisuri Agong Malaysia

Selamat Pengantin Baru Tuanku Ydpa Tuanku Permaisuri Agong Malaysia

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 2644 hits
Selamat Pengantin Baru Tuanku YDPA Tuanku Permaisuri Agong Malaysia First time kan dengar Sultan Permaisuri Agong Malaysia ada akaun twitter hahaha Saya pun terkejut Pagi tadi terrjumpa satu tweet dari akaun username azizah iskandar yang me...
Logo Baru Visit Malaysia 2020 Vm2020

Logo Baru Visit Malaysia 2020 Vm2020

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 646 hits
AssalamualaikumBismillah Sumber Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan logo baharu bagi Visit Malaysia 2020 dengan corak batik Malaysia Logo baharu Tahun Melawat Malaysia 2020 ini mempunyai ikon seperti Burung Kenyalang Bunga Raya Paku p...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids