Hambat Kerbau Pulang Ke Kandang Budak Perempuan Lima Tahun Ini Viral Kerana Keberaniannya
Keterujaan anak-anak ketika pertama kali melihat haiwan sangat mencuit hati ibu ayah. Telatah dan reaksi mereka sama ada berminat dengan haiwan tersebut atau sebaliknya membuatkan orang disekeliling mereka terhibur.
Siapa sangka, mula dengan sering membawanya ke kandang ternakan kerbau sejak kecil oleh bapanya, Afina Aqila Azman menunjukkan minat bermain dan bermesra dengan haiwan itu sejak berumur tiga tahun.
Afina yang kini sudahpun berusia lima tahun, mampu mengawal 17 kerbau di ladang milik datuknya di FELDA Lepar Hilir 2, Gambang di Kuantan, seperti pengembala berpengalaman menggunakan kepetahannya berbicara.
Menurut bapanya, Azman Umar, 28, anak tunggalnya yang mesra dipanggil ‘Che Tam’ oleh keluarganya itu sering dibawa ke kawasan kandang pada sebelah petang selepas menghabiskan sesi pembelajaran prasekolah.
Malah, Afina juga mengajaknya ke kandang kerbau setiap hari bagi bermain dan menghambat kerbau ternakan mereka pulang ke kandang.
“Pada usia tiga tahun dia dah tunjuk minat dengan kerbau dan sering berkomunikasi dengan haiwan itu. Kini dia sudah mempunyai keberanian untuk tunggang di belakang kerbau dan cekap menghambat semua kerbau masuk ke kandang.
“Afina mempunyai dua kerbau kesayangan iaitu kerbau betina yang diberi nama Atan dan Zack. Setiap hari dia akan menunggang Atan dan menyuruh haiwan itu membawanya menyusuri kawasan ladang kelapa sawit,” tambahnya.
Bimbang Haiwan Ternakannya Bertindak Agresif
Sebagai seorang bapa, mesti akan ada rasa kebimbangan jika haiwan ternakannya bertindak agresif terhadap Afina. Bagaimanapun, semua kerbau yang dibela tidak bertindak agresif sebaliknya akan bermanja dan menunjukkan reaksi positif sekiranya melihat kelibat Afina di ladang sawit.
Kisah Afina mula tular di media sosial baru-baru ini apabila beberapa video dimuat naik Azman ke laman sosial Facebook (FB) menunjukkan telatah anak perempuannya yang sedang menghambat kerbau kembali ke kandang sambil menunggang haiwan itu.
Dalam video berdurasi 40 saat itu memaparkan Afina berbaju kurung sedang memberi arahan kepada beberapa kerbau dengan menjerit ‘balik’ beberapa kali sebelum menarik perhatian warganet yang menyifatkan kanak-kanak itu mempunyai keberanian.
Anak Tak Berkembang Kalau Asyik Duduk Rumah, Jangan Simpan Anak Di Rumah, Cuba Rangsang Tubuh Anak Jadi Lebih Kuat!
Ibu bapa jangan amalkan sikap simpan anak di rumah, takutkan dunia luar supaya tidak berjangkit dengan penyakit yang tidak diingini. Berilah pendedahan kepada persekitaran luar yang akan merangsang ketahanan tubuh yang lebih kuat serta mengimbangi bakteria baik dan jahat.
Apa mak ayah patut lakukan?
1. Bawa anak nikmati alam, taman rekreasi, hutan dan bukit.
2. Biarkan anak bermain dan menyentuh binatang dan haiwan peliharaan.
3. Banyakkan buah dan sayuran dalam menu harian.
4. Kerap bermain di luar rumah.
5. Elakkan penggunaan antibiotik secara kerap.
6. Dedahkan dengan cahaya matahari.
7. Wajib vaksin!
8. Pilih prebiotik dan Probiotik.
SUMBER: Harian Metro
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/09/hambat-kerbau-pulang-ke-kandang-budak.html