Halia Bara Kandungan Nutrisi Dan Khasiat Untuk Kesihatan


Halia bara atau halia merah semakin dikenali kerana khasiatnya yang luar biasa untuk kesihatan.
Dengan kandungan nutrien yang tinggi dan rasa yang lebih kuat berbanding halia biasa, ia sering digunakan dalam rawatan tradisional untuk menambah tenaga dan merawat pelbagai penyakit.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda beberapa khasiat menarik halia bara yang berguna untuk anda amalkan di rumah.
Baca juga: Cendawan Shitake : Kandungan Nutrisi dan Khasiat Untuk Tubuh
Apa itu Halia Bara? Kredit: Wikiparfum Halia bara, juga dikenali sebagai Zingiber officinale var. rubrum atau halia hitam, merupakan sejenis varieti halia yang terkenal dengan warna rimpangnya yang kemerahan atau merah gelap berbanding halia biasa.
Ia tergolong dala keluarga Zingiberaceae dan sering digunakan dalam perubatan tradisional Melayu dan Asia Tenggara.
Tumbuhan ini mempunyai aroma yang lebih kuat, rasa yang lebih pedas dan hangat, serta kandungan bahan aktif yang lebih tinggi seperti gingerol dan shogaol, menjadikannya sangat berkesan sebagai agen anti-radang, antioksidan dan penggalak tenaga.
Beli Halia Bara Segera Di Sini : SERBUK HALIA BARA SEGERA
Kandungan Nutrisi Berdasarkan Pakej Teknologi Halia Bara Jabatan Pertanian, berikut adalah perbezaan kandungan nutrisi halia bara dan halia biasa untuk setiap 100 gram:
KandunganHalia BaraHalia Biasa (Bentong)Air88.83 g86.1 gProtein0.47 g2.1 gSerat3.05 g1.7 gAbu0.53 g0.5 gLemak0.40 g1.0 gKarbohidrat9.77 g8.6 gTenaga50.66 Kcal52.0 KcalVitamin C13.90 mg5.3 mgKalsium2.50 mg17.0 mgBesi9.65 mg2.5 mgMagnesium41.31 mgTiada maklumatPotasium91.60 mgTiada maklumat Beza Halia Biasa dan Halia Bara CiriHalia BiasaHalia BaraNama lainHalia, GingerHalia hitam, Halia merah, Red gingerWarna rimpangKuning pucatMerah gelap atau kemerahanRasaPedas sederhanaLebih pedas dan kuatAromaWangi dan lembutLebih tajam dan menyengatKandungan aktifGingerol, shogaolGingerol, shogaol dalam kepekatan lebih tinggiKegunaanMasakan dan perubatan tradisional ringanPerubatan tradisional untuk penyakit lebih kronikKesan kesihatan utamaMelegakan sakit tekak, kembung, loyaAnti-radang, melancarkan peredaran darah, penambah tenagaRupa luaran rimpangLebih gemuk dan cerahLebih kecil, tirus, dan berwarna gelapPenggunaan dalam makananKerap digunakan dalam masakan harianJarang digunakan dalam masakan, lebih kepada perubatanPopularitiSangat meluas di seluruh duniaLebih popular di kalangan pengamal perubatan tradisional Khasiat Halia Bara 1. Meningkatkan Kesihatan Sistem Penghadaman Halia bara terkenal dengan kemampuannya untuk menyokong dan meningkatkan kesihatan sistem penghadaman.
Kandungan gingerol dan shogaol dapat melegakan perut, merangsang enzim pencernaan dan kurangkan masalah seperti kembung, loya dan pedih ulu hati.
Beberapa kajian dari World Journal of Gastroenterology dan Food, Science & Nutrition juga menunjukkan bahawa, pengambilan halia termasuk halia bara, boleh membantu merawat masalah indigestion atau ketidakhadaman, iaitu keadaan di mana makanan mengambil masa terlalu lama untuk dicerna.
Sifat anti-radang dan pencernaannya menjadikannya pilihan semula jadi yang baik untuk penghadaman harian.
2. Melawan Selesema, Demam dan Jangkitan Khasiat yang seterusnya adalah membantu melawan selesema, demam dan jangkitan pertumbuhan kuman.
Ia juga kaya dengan anti-radang dan antioksidan yang menguatkan sistem imun. Amalan pengambilannya secara konsisten boleh lindungi tubuh daripada virus dan penyakit ringan seperti batuk dan selesema.
Khasiat Halia Bara #3. Melindungi Paru-Paru Tumbuhan ini juga bukan saja baik untuk penghadaman dan imuniti, tapi juga bantu jaga kesihatan paru-paru. Kandungan gingerol dan shogaolnya melindungi tisu paru-paru daripada keradangan dan jangkitan.
Kajian pada 2018 menunjukkan halia boleh kurangkan kerosakan paru-paru akibat oksigen berlebihan. Ia sesuai sebagai sokongan semula jadi untuk mereka yang ada masalah pernafasan atau terdedah kepada pencemaran.
4. Melegakan Loya Bagi wanita yang ingin mengurangkan rasa loya pada waktu pagi, pengambilan halia bara mungkin membantu.
Hal ini kerana, ia mengandungi gingerol yang menenangkan saluran pencernaan dan mengurangkan mual.
Dengan kandungan aktif yang lebih tinggi daripada halia biasa, halia bara lebih berkesan sebagai rawatan semula jadi. Kajian dari Integrative Medicine Insights, juga mengesahkan keberkesanannya untuk loya akibat kehamilan atau kemoterapi. Teh atau air rebusan halia bara boleh diamalkan untuk atasi masalah ini.
Khasiat Halia Bara #5. Mengurangkan Keradangan Khasiat seterusnya adalah dapat mengurangkan keradangan iaitu membantu kurangkan sakit dan bengkak pada sendi serta otot.
Kandungan gingerol dan shogaolnya berkesan untuk masalah seperti artritis dan osteoartritis. Jika diamalkan secara konsisten, ia boleh melegakan keradangan kronik dan menyokong kesihatan sendi, terutamanya bagi warga emas dan mereka yang aktif.
6. Menyokong Kesihatan Jantung dan Darah Menurut kajian olah Iranian Journal of Pharmaceutical Research dan International Journal Cardiology, menunjukkan ia membantu turunkan gula darah dan kolesterol jahat (LDL), dua punca utama penyakit jantung.
Dengan kesan menstabilkan gula dan kolesterol, halia bara jadi pilihan semula jadi untuk menjaga jantung secara berpanjangan.
7. Meningkatkan Fungsi Sel yang Sihat Kandungan herba ini yang kaya dengan sebatian gingerol dan zingerone, ia berupaya bertindak sebagai antioksidan kuat yang membantu melindungi sel tubuh daripada kerosakan radikal bebas iaitu punca utama penyakit kronik seperti kanser.
Menariknya, kajian dari Chinese Journal of Natural Medicines mencadangkan pengambilan halia bara secara konsisten mampu mengurangkan risiko kanser dengan menggalakkan fungsi sel yang sihat.
Jadi, halia ini bukan sekadar herba biasa, sebaliknya adalah pelindung semula jadi tubuh yang menyokong kesihatan dari dalam.
8. Menyokong Sistem Imun Tubuh Rasa pedas dan hangat yang dihasilkan herba ini bukan sekadar unik, malah bantu kuatkan sistem imun. Ia merangsang peredaran darah dan memanaskan badan, sesuai diamalkan ketika cuaca sejuk.
Teh halia bara bukan sahaja menghangatkan, tetapi juga membantu tubuh lawan jangkitan. Dengan kandungan antioksidan dan anti-radang, ia bantu tingkatkan daya tahan badan secara semula jadi.
9. Membantu Menurunkan Berat Badan Bagi yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, pengambilan herba ini mungkin membantu. Hal ini kerana, ia mampu meningkatkan metabolisme dan pembakaran kalori melalui kesan pemanasan gingerol.
Bahkan ia juga membantu cegah obesiti dan kawal berat badan. Amalkan dalam bentuk teh atau campuran makanan untuk hasil yang lebih sihat dan berkesan.
Khasiat Halia Bara #10. Melegakan Kesakitan Salah satu kegunaan tradisional yang paling popular bagi halia bara adalah sebagai agen semula jadi untuk melegakan kesakitan, terutama senggugut dan sakit otot.
Kandungan gingerol dan shogaol bertindak sebagai anti-radang semula jadi yang bantu kurangkan ketegangan otot. Kajian moden turut mengesahkan keberkesanannya, menjadikannya alternatif semula jadi yang selamat tanpa kesan sampingan.
11. Meningkatkan Fungsi Otak dan Melindungi daripada Penyakit Alzheimer Berdasarkan kajian dari National Center for Biotechnology Information, pengambilan halia bara boleh membantu meningkatkan daya ingatan, memperbaiki fungsi kognitif, serta melancarkan peredaran darah ke otak, yang seterusnya menyokong kesihatan mental secara menyeluruh.
Kandungan aktif seperti gingerols dan shogaols dalam halia bara telah terbukti mampu melindungi sel-sel otak dengan mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif, dua faktor utama yang menyumbang kepada penyakit Alzheimer dan kemerosotan kognitif.
Cara Menggunakan Halia Bara Kredit: WebTeb 1. Melegakan Lenguh Badan Cara 1 (Johor): Rizom halia bara dibersihkan dan direbus. Air rebusan ini diminum sekali sehari sehingga sembuh. Cara 2 (Kedah): Rizom halia bara diracik, ditimbang, dan dicampur bersama bahan lain, kemudian dimasak dengan minyak masak selama 30 minit. Minyak ini digunakan untuk mengurut badan apabila diperlukan. 2. Ramuan Majun (Kedah) Rizom halia bara sebesar ibu jari kaki dicampur dengan tiga pokok kancing baju, kunyit terus, tongkat ali (masing-masing sebesar ibu jari kaki), 100g lada hitam, dan 100g daun lemuni. Semua bahan dikisar sehingga lumat dan dicampur dengan madu lebah. Majun ini dimakan sekali sehari selepas sarapan untuk meningkatkan tenaga dan kesihatan dalaman. 3. Melegakan Sakit Sendi Cara (Johor): Rizom halia bara direbus dan airnya diminum sekali sehari sehingga rasa sakit berkurangan.
4. Meredakan Bengkak Kaki (Selangor) Seruas halia bara ditumbuk bersama daun ganda rusa, tutup bumi, pokok dewa, kulit jebak rimba, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat. Ramuan ini kemudian ditempel pada bahagian kaki yang bengkak. 5. Merawat Patah (Kedah) Rizom halia bara ditumbuk bersama kunyit hitam, daun gandarusa dan jintan hitam. Campuran ini digaul dengan putih telur dan disapu pada bahagian yang patah, lalu dibalut dengan kain. Balutan dibuka selepas beberapa hari; diamalkan sekali sahaja. 6. Merawat Gout (Pahang) Rizom halia bara ditumbuk bersama halia biasa, cekur dan jerangau (masing-masing sebesar ibu jari). Ramuan ini direbus dan dicampur dengan dua sudu cuka. Air rebusan diminum sekali sehari sehingga sembuh. 7. Mengawal Tekanan Darah Tinggi Cara 1: Halia bara diracik halus, digoreng tanpa minyak hingga garing dan dikisar menjadi serbuk jamu. Campurkan dengan satu sudu asam jawa dan larutkan dalam air. Diminum tiga kali sehari. Cara 2 (Kedah): Rizom halia bara yang telah dikeringkan disukat 200g, dibungkus dalam kain kasa, dan direbus. Air rebusan digunakan untuk mandi 2–3 kali sehari sehingga keadaan bertambah baik. 8. Rawatan Komplementari Masalah Buah Pinggang (Pahang) Rizom halia bara, buah petai belalang, lobak putih dan kunyit hitam dibersihkan dan dipotong. Dimasak dalam empat gelas air sehingga tinggal segelas. Sediaan ini diminum empat kali sehari. 9. Membuang Angin Badan Cara 1 (Kedah): Rizom halia bara direbus bersama secubit jemuju, jintan putih, jintan manis dan sedikit halia makan. Air rebusan diminum dua kali sehari. Cara 2 (Pahang): Halia bara dicampur dengan suntun, habbatus sauda, kunyit, serai wangi dan lada hitam. Semua bahan dikeringkan, diracik halus dan dimasak menggunakan minyak kelapa selama satu jam. Minyak ini digunakan untuk urutan seluruh badan. Baca juga: Pak Choy : Khasiat, Kandungan Nutrisi dan Kesan Sampingan
Kesimpulan Kesimpulannya, halia bara merupakan herba bernutrisi tinggi dengan pelbagai khasiat kesihatan seperti melancarkan penghadaman, menguatkan imun, melegakan keradangan dan melindungi jantung serta otak.
Digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, ia terbukti berkesan sebagai rawatan semula jadi. Mengamalkannya secara berkala boleh menyokong kesihatan tubuh secara menyeluruh.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/halia-bara/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=halia-bara

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lobak Putih Kandungan Nutrisi Dan Khasiat Untuk Kesihatan

Lobak Putih Kandungan Nutrisi Dan Khasiat Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 25/5/2025 - jumlah : 49 hits
Lobak putih atau dikenali juga sebagai white carrot atau daikon merupakan sejenis sayuran akar yang semakin mendapat perhatian kerana kandungan nutrisinya yang mengagumkan Rasanya yang manis dan teksturnya yang lembut menjadikannya pilihan ...
Kopi Vs Matcha Mana Satu Lebih Baik Untuk Kesihatan Anda

Kopi Vs Matcha Mana Satu Lebih Baik Untuk Kesihatan Anda

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 100 hits
KOPI VS MATCHA MANA SATU LEBIH BAIK UNTUK KESIHATAN ANDA Ketika populariti matcha meningkat anda mungkin tertanya tanya adakah lebih baik menggantikan kopi dengan matcha sebagai minuman berkafein harian Matcha ialah minuman berasaskan serbu...
Shahaniza Wanita Hebat Biar Pun Kesihatan Tidak Mengizinkan Namun Terus Turun Padang Santuni Rakyat

Shahaniza Wanita Hebat Biar Pun Kesihatan Tidak Mengizinkan Namun Terus Turun Padang Santuni Rakyat

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 129 hits
MARAN Biar pun kesihatan tidak mengizinkan namun ramai netizen hairan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Sri Shahaniza Shamsuddin terus turun padang menyantuni rakyat Inilah bukti kehebatan Tok Ha sebenarnya Menerusi hantaran difacebook...
Pantang Larang Makanan Penyakit Saraf Elak 8 Makanan Ini Demi Kesihatan Saraf

Pantang Larang Makanan Penyakit Saraf Elak 8 Makanan Ini Demi Kesihatan Saraf

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 133 hits
Pantang larang makanan penyakit saraf merupakan aspek penting yang sering dipandang ringan dalam penjagaan kesihatan sistem saraf Sistem saraf yang merangkumi otak saraf tunjang dan saraf periferi bertanggungjawab mengawal fungsi asas badan...
Warna Najis Bayi Dan Kesihatan Normal Atau Tanda Bahaya

Warna Najis Bayi Dan Kesihatan Normal Atau Tanda Bahaya

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 98 hits
Warna najis bayi yang sering menjadi petunjuk awal kepada tahap kesihatan mereka terutamanya dalam bulan bulan pertama Bagi ibu bapa baru perubahan warna najis mungkin menimbulkan rasa risau atau kekeliruan Mengetahui perbezaan antara najis...
Pokok Lidah Jin Kelebihan Mudarat Kepada Kesihatan

Pokok Lidah Jin Kelebihan Mudarat Kepada Kesihatan

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 133 hits
Pokok lidah jin merupakan pokok yang popular dan sering didapati ditanam di perkarangan rumah atau bangunan Pokok ini ditanam sebagai daripada hiasan untuk mencantikkan kawasan rumah dan tampak lebih hijau Selain itu pokok ini mempunyai kha...
Pokok Lidah Buaya Khasiat Ciri Dan Kegunaannya

Pokok Lidah Buaya Khasiat Ciri Dan Kegunaannya

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 99 hits
Pokok Lidah Buaya atau lebih dikenali sebagai Aloe vera merupakan sejenis tumbuhan yang amat popular dalam dunia perubatan tradisional dan moden Ia tergolong dalam keluarga Asphodelaceae dan berasal dari kawasan tropika dan separa gersang s...
Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

papar berkaitan - pada 25/5/2025 - jumlah : 110 hits
Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia terkenal dengan rasa pahitnya yang kuat namun ia juga digelar sebagai salah satu sayuran paling berkhasiat di dunia Walaupun ramai kurang menggemarinya kerana rasa yang tajam sayur ini sebena...
Bagaimana Pencipta Kandungan Kekal On Trend Tanpa Berbelanja Besar

Bagaimana Pencipta Kandungan Kekal On Trend Tanpa Berbelanja Besar

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 142 hits
Bijak Bergaya dan Berbelanja Bagaimana Pencipta Kandungan Kekal On Trend Tanpa Berbelanja BesarGaya dan Bijak Berbelanja Fesyen Mampu Milik dengan Strategi PintarDalam dunia fesyen yang sentiasa berubah mengikut arus semasa kekal bergaya sa...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

Kemenangan Nurul Izzah Dan Implikasi Politik Dalaman Pkr

Siapa Hidup Dengan Suami Npd Dia Akan Tahu Siti Jamumall Tekad Mulakan Hidup Baru

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat

Heard Of The Giant Pig Island In Malaysia

Rafizi S Star Wanes But At Least He Won The Hearts Of Netizens

Program Cuti Sekolah 2025 Esq For Kids

Percubaan Menanam Pokok Bunga Rain Lily