Daun Ketum Kegunaan Dan Kesan Pada Kesihatan


Berasal dari rantau Asia Tenggara khususnya di Malaysia, Thailand dan Indonesia, daun ketum telah lama digunakan secara tradisional oleh masyarakat setempat bagi meningkatkan tenaga dan meredakan keradangan.
Walau bagaimanapun, daun ini cukup sinonim dengan kes ketagihan dan risiko penyalahgunaan dadah kerana bahan psikoaktifnya.
Oleh itu, isu mengenai daun ini terus menjadi perdebatan antara keperluan perubatan serta kawalan undang-undang.
Apa itu Daun Ketum? Pokok ketum atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa merupakan tumbuhan liar yang hidup di persekitaran kampung dan kawasan hutan.
Ia turut dikenali dengan nama lain seperti Kratom dan Biak.
Antara kawasan tumpuan bagi tumbuhan ini adalah di negeri-negeri utara dan pantai timur semenanjung Malaysia.
Pokok yang mempunyai batang berkayu keras dan bercabang ini boleh mencapai ketinggian sehingga 25 meter.
Bahagian yang digunakan daripada tumbuhan ini adalah daunnya.
Sumber : Caring Pharmacy Sumber : Berita Harian Kegunaan Dalam Rawatan Tradisional Daun ketum telah digunakan secara turun temurun bagi mengeluarkan angin dalam badan. Ia juga dipercayai dapat meningkatkan tenaga untuk melakukan kerja berat.
Air daun ketum ini turut digunakan secara tradisional bagi merawat beberapa penyakit seperti merawat sakit belakang, demam, batuk, penyakit cacing serta penawar kepada darah tinggi, diabetis dan sebagainya.
Biasanya daun ini digunakan dengan cara merebus daunnya. Air rebusan inilah yang mengandungi bahan psikoaktif iaitu mitragynine.
Sumber : Caring Pharmacy Penyalahgunaan Daun Ketum Di negara kita, penggunaan daun ini masih dikawal ketat di bawah undang-undang.
Ini disebabkan oleh penyalahgunaan air rebusan daun ketum oleh segelintir masyarakat, khususnya dalam kalangan penagih dadah.
Daun yang mengandungi bahan psikoaktif mitragynine ini boleh menghasilkan kesan stimulan, sedatif dan euforia yang boleh menjurus kepada ketagihan sekiranya diambil tanpa kawalan.
Sumber : Facebook Public Health Malaysia Kesan Pengambilan Air Ketum Kesan Jangka Masa Pendek
Sekiranya ketum diambil secara berlebihan, ia boleh membuatkan seseorang berasa khayal, pening, mengantuk dan rasa mual.
Kesan Jangka Masa Panjang
Sekiranya diambil secara berterusan, daun ini boleh mengakibatkan :
Masalah ketagihan Bibir dan kulit menjadi kehitaman seperti kesan terbakar dan lebam terutama di bahagian pipi Kulit menjadi kering Kerap sembelit Sukar untuk tidur atau insomnia Kesan Pengambilan Ketum Secara Berlebihan Jika pengambilan daun ketum tidak dikawal, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, antaranya:
Mengalami kemurungan sistem saraf seperti rasa mengantuk yang berpanjangan dan keadaan khayal. Kesan sedatif yang keterlaluan hingga menyebabkan individu menjadi lesu dan tidak bermaya. Berisiko mengalami stupor, iaitu keadaan hampir tidak sedarkan diri. Terdapat juga laporan berlakunya sawan selepas pengambilan air ketum secara berlebihan (melebihi 15 mg). Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia Komplikasi Dalam kes yang lebih teruk, pengambilan ketum yang berlebihan boleh mengakibatkan gangguan atau komplikasi kesihatan yang serius iaitu :
1.Gangguan Hormon Tiroid
Pengamal daun ketum yang kronik berisiko untuk mengalami masalah fungsi hormon tiroid, khususnya hipotiroidisme, iaitu satu keadaan di mana paras hormon tiroksin dalam badan menjadi rendah, seterusnya menjejaskan metabolisme dan kesihatan keseluruhan.
2. Kerosakan Hati
Pengambilan ketum dalam dos yang terlalu tinggi boleh membawa kepada kerosakan hati yang serius.
Malah, terdapat kes kematian yang dilaporkan akibat pengambilan berlebihan, di mana hasil bedah siasat menunjukkan kandungan mitragynine yang tinggi dalam darah mangsa.
Undang-Undang dan Kawalan Mitragynine, bahan aktif utama dalam daun ketum, diklasifikasikan sebagai bahan psikotropik dan dikawal di bawah Akta Racun 1952.
Ia disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun (Bahan-Bahan Psikotropik). Mengikut Seksyen 30 Akta Racun 1952, sebarang aktiviti melibatkan pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan atau pemilikan bahan ini adalah satu kesalahan.
Jika disabitkan, individu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000, penjara sehingga empat tahun, atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 30(5) akta yang sama.
Kesimpulannya, walaupun daun ketum mempunyai potensi dalam bidang perubatan tradisional, penggunaannya yang tidak terkawal boleh membawa kepada pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan fizikal dan mental.
Ketagihan, kerosakan organ, serta risiko perlanggaran undang-undang menjadikan pengambilan ketum suatu isu yang perlu diberi perhatian serius.
Oleh itu, kesedaran masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan ketum perlu dipertingkatkan, di samping penguatkuasaan undang-undang yang tegas bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Sumber : Facebook Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Majlis Keselamatan Negara
Baca Juga : Potensi Tongkat Ali Pada Kesihatan Tubuh


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/daun-ketum/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=daun-ketum

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Berus Gigi Dengan Betul Dan Tips Kesihatan Gigi

Cara Berus Gigi Dengan Betul Dan Tips Kesihatan Gigi

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 159 hits
Menjaga kebersihan mulut adalah salah satu aspek penting dalam kesihatan diri Walaupun memberus gigi dilihat sebagai rutin harian namun ramai yang tidak mengetahui teknik memberus gigi yang betul Ini seterusnya boleh menyebabkan masalah sep...
Kesihatan Ustaz Haslin Semakin Baik

Kesihatan Ustaz Haslin Semakin Baik

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 91 hits
Alhamdulillah Segala puji bagi Allah Tuhan yang Maha Menyembuhkan segala penyakit Assalamualaikum semua saya ialah Ustaz Haslin Baharim ingin berkongsi satu kisah yang benar benar saya alami dalam 2 bulan lepas Sebagai seorang ustaz yang se...
Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Seorang Remaja Lelaki Dilaporkan Hilang Sejak Sabtu Lalu Di Kuantan

Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Seorang Remaja Lelaki Dilaporkan Hilang Sejak Sabtu Lalu Di Kuantan

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 117 hits
KUANTAN Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Mas Rayyan Riqqin Abdullah yang berkulit put...
Bayi 13 Bulan Cedera Disyaki Didera Pengasuh Banyak Kesan Lebam Pada Tubuh

Bayi 13 Bulan Cedera Disyaki Didera Pengasuh Banyak Kesan Lebam Pada Tubuh

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 112 hits
Bayi 13 bulan cedera disyaki didera pengasuh banyak kesan lebam pada tubuh Seorang bayi lelaki berusia 13 bulan dilaporkan mengalami kecederaan fizikal yang dipercayai akibat didera oleh pengasuhnya dalam satu kejadian di Seri Iskandar Pera...
Halia Bara Kandungan Nutrisi Dan Khasiat Untuk Kesihatan

Halia Bara Kandungan Nutrisi Dan Khasiat Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 25/5/2025 - jumlah : 288 hits
Halia bara atau halia merah semakin dikenali kerana khasiatnya yang luar biasa untuk kesihatan Dengan kandungan nutrien yang tinggi dan rasa yang lebih kuat berbanding halia biasa ia sering digunakan dalam rawatan tradisional untuk menambah...
Lobak Putih Kandungan Nutrisi Dan Khasiat Untuk Kesihatan

Lobak Putih Kandungan Nutrisi Dan Khasiat Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 25/5/2025 - jumlah : 116 hits
Lobak putih atau dikenali juga sebagai white carrot atau daikon merupakan sejenis sayuran akar yang semakin mendapat perhatian kerana kandungan nutrisinya yang mengagumkan Rasanya yang manis dan teksturnya yang lembut menjadikannya pilihan ...
Pokok Lidah Jin Kelebihan Mudarat Kepada Kesihatan

Pokok Lidah Jin Kelebihan Mudarat Kepada Kesihatan

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 185 hits
Pokok lidah jin merupakan pokok yang popular dan sering didapati ditanam di perkarangan rumah atau bangunan Pokok ini ditanam sebagai daripada hiasan untuk mencantikkan kawasan rumah dan tampak lebih hijau Selain itu pokok ini mempunyai kha...
Pantang Larang Makanan Penyakit Saraf Elak 8 Makanan Ini Demi Kesihatan Saraf

Pantang Larang Makanan Penyakit Saraf Elak 8 Makanan Ini Demi Kesihatan Saraf

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 205 hits
Pantang larang makanan penyakit saraf merupakan aspek penting yang sering dipandang ringan dalam penjagaan kesihatan sistem saraf Sistem saraf yang merangkumi otak saraf tunjang dan saraf periferi bertanggungjawab mengawal fungsi asas badan...
Shahaniza Wanita Hebat Biar Pun Kesihatan Tidak Mengizinkan Namun Terus Turun Padang Santuni Rakyat

Shahaniza Wanita Hebat Biar Pun Kesihatan Tidak Mengizinkan Namun Terus Turun Padang Santuni Rakyat

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 186 hits
MARAN Biar pun kesihatan tidak mengizinkan namun ramai netizen hairan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Sri Shahaniza Shamsuddin terus turun padang menyantuni rakyat Inilah bukti kehebatan Tok Ha sebenarnya Menerusi hantaran difacebook...
Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Gunung Rinjani Sejarah Harga Tiket Laluan Pendaki

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Memperkenalkan Cream O Strawberi Serba Baharu Berry Onz Dengan Setiap Gigitan

Totiq Dan Kanvas Bdq Tadabbur Yang Mengubah Cara Saya Melihat Al Quran

Pertama Kali Melihat Telur Ayam Penelur

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

Resipi Tuna Puff Yang Rangup Ringkas Enak

Monolog Berdiri 2