Shahaniza Wanita Hebat Biar Pun Kesihatan Tidak Mengizinkan Namun Terus Turun Padang Santuni Rakyat

MARAN: Biar pun kesihatan tidak mengizinkan, namun ramai netizen hairan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Sri Shahaniza Shamsuddin terus turun padang menyantuni rakyat. Inilah bukti kehebatan 'Tok Ha' sebenarnya.
Menerusi hantaran difacebooknya pada Sabtu, beliau memaklumkan bahawa dia sudah dua hari demam dan tidak dapat menjawab sebarang panggilan atau mesej daripada mana-mana pihak.
"Dah 2 hari demam. Maaf jika ada yang call, mesej saya tak jawab," kata kenyataannya.
Mesej tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mendoakan kesihatan Penyelaras DUN Chenor itu.
"Rehatlah.kita pun baru baik.tapi kerja jugak ni.baik pun masa kerja jugak," kata Razlina Razak.
"Kuat sangat kerja bos," kata netizen bernama Mohd Yussainy Md Yusop.
"Moga cepat sembuh DSSS.. Kuat kerja tu, sesekali berehat..." komen Egy Azly Norzan.
"Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya dan boleh kembali berbakti kpd masyarakat," komen Abd Rahman Mat Salleh.
Rata-rata netizen melontar komen yang menunjukkan keprihatinan mereka terhadap Shahaniza, lantaran wanita itu terlalu kuat bekerja sehingga menjejaskan kesihatan beliau baru-baru ini.
Tambah pilu apabila Shahaniza membuat posting tersebut dengan menaikkan gambar 'bubur nasi' yang sedang di makannya pada Jumaat.

Namun sungguh mengejutkan, pada keesokan harinya Shahaniza dilihat masih sanggup turun padang melaksanakan tugasan beliau biar pun dalam keadaan kesiahatan yang tidak mengizinkan ketika itu.
"Walaupun badan masih lemah, kepala berdenyut, gagahkan juga bangun bersiap ke Persidangan Agong Tahunan Cawangan Kg Teluk Melati sebab dah berjanji dengan Tok4 Zul Ketua Cawangan.
"Terpaksa berucap sambil duduk sahaja tapi bila KC menyerahkan borang ahli baru , terus rasa segar sikit. Untuk kampung kecil seperti Kg Teluk Melati ni, dapat menambah 10 ahli pun dah kira ramai," kata kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut sungguh meruntun jiwa mereka yang mengikuti facebook Shahaniza. Apa tidaknya dalam keadaan kesihatan beliau yang sebegitu namun masih menjalankan amanah turun padang melaksanakan tugasan.
Bukan itu saja, Shahaniza juga turut dilihat hadir pada satu majlis lain di Chenor Seberang.
"Saya kemudiannya menunaikan tanggungjawab sebagai Ketua Umno Cawangan Chenor Seberang untuk menyempurnakan Persidangan Agung Tahunan Cawangan. Alhamdulillah kehadiran sangat memberansangkan seperti tahun lepas juga.

"Terimakasih kepada semua ahli yang bermesyuarat dengan lancar. Semua usul disampaikan dengan ringkas tetapi sampai.
"Syukur walaupun tak sihat, dapat juga saya selesaikan amanah dan tanggungjawab hari ini. Esok saya MC lagi ya 🙏," kata kenyataan posting beliau itu.
Apapun, sikap yang ditunjukkan oleh Ketua UMNO Bahagian Maran itu sungguh luar biasa dan menakjubkan. Biar pun beliau tewas pada pilihan raya umum lalu, namun sikap yang ditunjukkan itu jelas sekali dia 'move on' dan tidak tertekan dengan kekalahan tersebut.
Sikap sebeginilah yang wajar dilaksanakan oleh setiap orang politik, jangan bila kalah mula menyendiri dan menjauhkan diri daripada tanggungjawab kepada ahli-ahli lain.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Datuk Sri Shahaniza Shamsuddin. Semoga sikap yang ditunjukkan ini akan menjadi inspirasi kepada pemimpin muda untuk lebih bersemangat lagi melaksanakan tanggungjawab di masa hadapan. #PahangDailyhttp://www.pahangdaily.blogspot.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pahangdaily.blogspot.com/2025/05/ds-shahaniza-wanita-hebat-biar-pun.html