Halal Malaysia Semakin Hilang Integriti Malaysia Kehilangan Pelabur Siapa Perlu Bertanggungjawab




Keyakinan terhadap jenama sektor halal Malaysia semakin menurun ekoran beberapa isu integriti membabitkan industri tersebut di dalam negara, menurut Majlis Ekonomi Halal dan Keusahawanan Ummah Malaysia (MEH)

Setiausaha Agungnya, Dr Helmi Ibrahim berkata, antara isu besar mencalarkan imej industri halal negara adalah beberapa pendedahan mengenai status daging halal import yang diragui

Beliau mendakwa, kerajaan dilihat masih belum menangani perkara tersebut secara menyeluruh bagi membolehkan keyakinan bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga antarabangsa dapat dipulihkan

Jelas beliau, situasi itu juga secara langsung menjejaskan jenama sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Kalau dulu orang tengok sijil halal Malaysia orang hormati dan yakin, tetapi sekarang ini sudah berkurang. Sebabnya adalah kita ada isu integriti dan kelompongan tentang kesahihan dan keabsahan tentang sijil halal ini gagal ditangani oleh kerajaan sebelum ini

“Kedudukan negara seperti Indonesia dan Singapura ketika ini contohnya menunjukkan peningkatan prestasi lebih baik daripada Malaysia ketika ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pendedahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pada Sabtu yang mengesan adanya daging diimport dicampur dengan daging kerbau atau daging babi

Melalui laporan sama, jabatan berkenaan turut memaklumkan ada mengesan wujud ejen atau syarikat sering menggunakan taktik yang sama untuk cuba menyeludup masuk daging sejuk beku tidak halal ke negara ini.
Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, Maqis mendedahkan bahawa syarikat terlibat dalam kegiatan penipuan itu turut menciplak label, pemalsuan cap serta menjalankan pembungkusan semula daging sejuk beku import

Sementara itu, Helmi berkata, kemerosotan imej industri halal ekoran daripada beberapa insiden tersebut sememangnya menyebabkan kerugian terhadap ekonomi negara terutamanya daripada segi keupayaan untuk menarik pelaburan baharu

“Sebelum ini syarikat banyak datang ke Malaysia untuk melabur sebab dia nak sijil halal Jakim. Tapi sekarang ini bila perkara ini berlaku dia tidak perlulah nak labur di Malaysia sebab lebih baik pergi dekat Indonesia yang sijil halal tidak diragui langsung,” tegasnya.
Bagi mengatasi isu tersebut, Helmi berkata, kerajaan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar perlu mengadakan perbincangan bersama dengan pemegang taruh industri halal di dalam negara bagi menyelesaikan isu integriti itu secara menyeluruh

“Kita nak mencari penyelesaian yang konklusif terhadap isu daging tidak halal yang boleh masuk ke pasaran di dalam negara,” ujarnya yang turut berharap agar perbincangan itu dapat dibuat dalam masa terdekat

Pada masa sama, beliau yang juga ahli jawantakuasa Pasukan #RasuahBusters turut mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pendedahan terbaharu yang dbuat oleh Maqis itu

Sinar Harian pada 2 Disember 2020 mendedahkan mengenai taktik jahat kartel yang menyeludup sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia

Antara isu besar mencalarkan imej industri halal negara antaranya adalah beberapa pendedahan mengenai status daging halal import yang diragui



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/12/halal-malaysia-semakin-hilang-integriti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makluman 11 Juta Data Whatsapp Bocor Rakyat Malaysia Terdedah Dengan Ancaman Siber Ikuti Langkah Langkah Keselamatan

Makluman 11 Juta Data Whatsapp Bocor Rakyat Malaysia Terdedah Dengan Ancaman Siber Ikuti Langkah Langkah Keselamatan

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 109 hits
MAKLUMAN 11 Juta Data Whatsapp Bocor Rakyat Malaysia Terdedah Dengan Ancaman Siber Ikuti Langkah langkah Keselamatan Dimaklumkan bahawa terdapat satu kebocoran data WhatsApp rakyat Malaysia sebanyak 11 juta yang didakwa tersebar di laman pl...
Beri Pengecualian Pengeluaran Kwsp Utusan Malaysia 15 12 2022

Beri Pengecualian Pengeluaran Kwsp Utusan Malaysia 15 12 2022

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 139 hits
PETALING JAYA Kerajaan Perpaduan perlu memberi pengecualian pengeluaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kepada golongan yang memerlukannya Bercakap kepada Utusan Malaysia Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nad...
The Masked Singer Malaysia Musim 3

The Masked Singer Malaysia Musim 3

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 264 hits
The Masked Singer Malaysia Musim 3 bakal menyaksikan penglibatan 8 orang personaliti yang terdiri daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk 7 muka baharu Bersiaran secara rakaman selama 10 minggu p...
Siaran Lansung Perlawanan Penentuan Tempat Ketiga Croatia Vs Morocco Dalam Piala Dunia Fifa Qatar 2022 Waktu Malaysia

Siaran Lansung Perlawanan Penentuan Tempat Ketiga Croatia Vs Morocco Dalam Piala Dunia Fifa Qatar 2022 Waktu Malaysia

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 217 hits
Tahniah Argentina dan France berjaya mara ke peringkat Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 Selepas pusingan berakhir perlawanan akan berehat sehari sebelum perlawanan penentuan tempat ketiga pada hari sabtu 17 Disember 2022 pukul 11 00 malam ...
Awani Ringkas Ekonomi Malaysia Kembali Mengukuh Pasca Covid 19

Awani Ringkas Ekonomi Malaysia Kembali Mengukuh Pasca Covid 19

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 188 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Rasmi Intipati Sidang Media Kementerian Pendidikan Malaysia 2022

Rasmi Intipati Sidang Media Kementerian Pendidikan Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 153 hits
RASMI INTIPATI SIDANG MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 Baru sahaja berlangsung petang tadi sidang media kementerian pendidikan Malaysia yang pertama selepas pembentukan kerajaan perpaduan yang disidangkan oleh Yb Fadhlina Sidek Me...
Malaysia S New Poor Facing A Dilemma Study Finds

Malaysia S New Poor Facing A Dilemma Study Finds

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 237 hits
After years of serving as the nation s economic majority the Malaysian middle class or M40 is now losing ground Based on the Household Income and Basic Amenities Survey Report 2020 conducted by the Department of Statistics Malaysia 20 per c...
Pizza Hut Malaysia Reveals Next Gen Thin And Crunch Pizza Crust

Pizza Hut Malaysia Reveals Next Gen Thin And Crunch Pizza Crust

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 347 hits
Pizza Hut Malaysia introduces new innovative thin crust pizza New Crackin Thin Crust 0 5cm thinner cheesier PIZZA HUT MALAYSIA NEW THIN CRUSTPIZZA HUT MALAYSIA has announced a new innovative thin crust pizza aimed at the younger audience Th...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

Spiritual Leader Indians May Vote For Bersatu Candidate Because Of Pas

The Houston Hemp Flower Community Connecting With Like Minded Users

Rumah Terbuka Di Rumah Baru Cyra



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Crisis Management 101

Elok Kita Saja Yang Tanam Bawang Harian Metro 09 05 2024

Tarikh Bayaran Gaji Ogos 2024

Sophia Liana Mahal Chord

Beratnya Tantangan Rusaknya Moral Dari Luar Dan Dalam By Dr Hm Rakib S

Euro Berjaya Melepasi Cabaran