Beri Pengecualian Pengeluaran Kwsp Utusan Malaysia 15 12 2022


 

PETALING JAYA: Kerajaan Perpaduan perlu memberi pengecualian pengeluaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada golongan yang memerlukannya.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pengecualian itu perlu dipertimbang dengan mengambil kira keadaan semasa yang mendesak pencarum.
“KWSP ini kita faham bahawa dari segi dasarnya memang tidak membenarkan pengeluaran wang caruman, sakit ke apa ke memang tidak bagi.
“Tetapi kita perlu lihat yang perkara sebenarnya dalam keadaan berbeza. Contohnya jika pencarum itu sudah sampai nak diisytihar bankrap, (kalau tak dapat keluarkan caruman KWSP), sudah tentu boleh jadi bankrap.
“Jadi, bagi saya KWSP itu kena lihat keadaan semasa. Kalau ada keperluan, maka kena ada rasa pertimbangan dengan pencarum sebab kita kena tahu yang peraturan apa semua itu boleh diubah, itu bukan al-Quran,” katanya ketika dihubungi semalam.
Semalam akhbar ini melaporkan, seramai 320,000 pencarum merayu kerajaan mempertimbang pengeluaran khas caruman KWSP secara bersasar bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam fasa peralihan ke endemik ketika ini.
Gesaan tersebut diterima Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR) melalui borang secara dalam talian yang diusahakan persatuan itu sejak 5 Julai lepas.
Sebanyak 15 faktor utama dikenal pasti membelenggu mereka yang menuntut pengeluaran khas itu, yang merangkumi desakan hidup, pendapatan tidak seimbang dan tunggakan hutang pascapandemik Covid-19.
Dalam pada itu, pensyarah ekonomi Universiti Tun Abdul Razak, Prof. Dr. Barjoyai Bardai berkata, pengecualian pengeluaran caruman itu boleh dipertimbang kepada mereka yang kehilangan pekerjaan, tetapi dalam masa sama mempunyai simpanan besar.
Beliau berkata, ini kerana tuntutan itu sudah tentu sangat memerlukan untuk mereka berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi ketika ini.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan sebaiknya dapat memperincikan individu mana yang layak menikmati pengeluaran itu dan individu mana sebaliknya.
“Misalnya ia dibenarkan, ia perlu mengambil kira bahawa orang yang mengambil itu sudah cukup simpanan bersara, jika tidak, maka kita hanya memberikan harapan palsu kepada mereka.
“Selain itu, ia perlu mengambil kira juga umur (mereka yang mahu mengeluarkan wang caruman itu. Jika sekarang ini individu itu berusia 35 tahun dan mempunyai baki caruman RM150,000, maka mungkin boleh sempat kumpul RM250,000 untuk bersara.
“Sebab RM250,000 itu merupakan satu sasaran baru yang ditentukan KWSP bagi membolehkan pencarum dapat bersara dengan pencen bulanan RM1,000 sebulan.
“Tetapi, kena fikir juga adakah RM1,000 sebulan itu mencukupi? Hari ini pun (kadar itu) belum mencukupi kerana sekurang-kurangnya memerlukan RM3,000 sebulan bagi menampung kos sara hidup yang dianggarkan mencecah RM2,500 sebulan,” katanya.
Sementara itu, pakar ekonomi yang juga Pensyarah Kanan City University Malaysia, Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob pula berpandangan, pengeluaran caruman KWSP tidak wajar dipertimbang walaupun secara bersasar.
Beliau berkata, ia mengambil kira beberapa pengeluaran yang sudah diluluskan sebelum ini yang sudah tentu menyebabkan baki caruman simpanan mereka berkurangan.
“Kalau benarkan lagi, apa tinggal untuk hari bersara esok? Jadi bila masa mahu tambah semula caruman yang dikeluarkan? Bilakah individu yang keluar itu boleh dapat pendapatan tetap dan boleh bayar semula caruman?
“Kita kena tahu implikasinya iaitu tabungan itu akan menjadi kurang lagi dan memang susah mahu penuhkan semula sampai tahap sebelum ini. Kalau keluar RM10,000 pun ambil masa bertahun untuk (ganti semula), itu pun jika kita konsisten mencarum.
“Tetapi kalau sudah keluar selepas itu tidak diisi semula, hanya mengharapkan dividen tahunan KWSP, maka sampai bila mahu bertambah. Umur meningkat, tetapi kenaikan caruman perlahan.
“Oleh itu, bukan saya tidak simpati, tetapi kena fikir jangka masa panjang terutama mereka yang masih berkeluarga,” katanya.
Justeru, beliau mengharapkan mereka yang menuntut pengeluaran caruman itu dapat meneliti semula perbelanjaaan dan komitmen harian mereka agar sesuai dengan kos sara hidup pada masa ini.

Malah katanya, golongan itu juga perlu mencari pendapatan sampingan lain terutama menceburkan diri dalam gig ekonomi selain boleh mempelajari kemahiran lain untuk menambah pendapatan. – UTUSAN


Artikel oleh: Utusan Malaysia

BERI PENGECUALIAN PENGELUARAN KWSP
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/12/beri-pengecualian-pengeluaran-kwsp/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/12/beri-pengecualian-pengeluaran-kwsp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Artis Malaysia Paling Banyak Pengikut Di Instagram 2022

10 Artis Malaysia Paling Banyak Pengikut Di Instagram 2022

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 472 hits
Tahun 2022 bakal melabuhkan tirai jadi artikel kali ini admin nak senaraikan 10 Artis Malaysia Paling Banyak Pengikut Di Instagram 2022 10 Fazura Pelakon penyanyi dan usahawan popular Fazura menduduki tempat ke 10 artis Malaysia paling bany...
Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia Pm Anwar 2022

Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia Pm Anwar 2022

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 245 hits
Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022Senarai kabinet menteri baru malaysia Perdana Menteri Anwar IbrahimPerdana Menteri PM Anwar TIMBALAN PERDANA MENTERI TPM1 Menteri KPLB ZahidTPM2 Menteri Perladangan FadilahMenteri Pen...
Siaran Lansung Perlawanan Penentuan Tempat Ketiga Croatia Vs Morocco Dalam Piala Dunia Fifa Qatar 2022 Waktu Malaysia

Siaran Lansung Perlawanan Penentuan Tempat Ketiga Croatia Vs Morocco Dalam Piala Dunia Fifa Qatar 2022 Waktu Malaysia

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 294 hits
Tahniah Argentina dan France berjaya mara ke peringkat Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 Selepas pusingan berakhir perlawanan akan berehat sehari sebelum perlawanan penentuan tempat ketiga pada hari sabtu 17 Disember 2022 pukul 11 00 malam ...
Majalah Time Nobat Aktres Malaysia Michelle Yeoh Ikon 2022

Majalah Time Nobat Aktres Malaysia Michelle Yeoh Ikon 2022

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 209 hits
Pemilihan itu adalah berdasarkan pencapaian Yeoh sepanjang 40 tahun kerjaya lakonannya KUALA LUMPUR Majalah terkemuka antarabangsa TIME memilih anak kelahiran Ipoh Perak Tan Sri Michelle Yeoh sebagai Ikon 2022 pada edisi tahunannya tanda pe...
Rasmi Intipati Sidang Media Kementerian Pendidikan Malaysia 2022

Rasmi Intipati Sidang Media Kementerian Pendidikan Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 202 hits
RASMI INTIPATI SIDANG MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 Baru sahaja berlangsung petang tadi sidang media kementerian pendidikan Malaysia yang pertama selepas pembentukan kerajaan perpaduan yang disidangkan oleh Yb Fadhlina Sidek Me...
Siaran Lansung Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa Tier 1 Malaysia Vs Kemboja 9 Disember 2022

Siaran Lansung Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa Tier 1 Malaysia Vs Kemboja 9 Disember 2022

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 297 hits
Matchday Tonton siaran lansung Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa mempertemukan Malaysia menentang kemboja menerusi saluran TV9 Astro 149 Astro Arena 801 myFreeview 109 Juga boleh tonton Malaysia vs Kemboja secara online meneru...
Jadual Perlawanan Persahabatan Malaysia 2022 Tier 1

Jadual Perlawanan Persahabatan Malaysia 2022 Tier 1

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 256 hits
Pasti ramai yang sudah rindu akan pasukan bola sepak Harimau Malaya beraksi Malaysia akan mengharungi 2 perlawanan persahabatan iaitu menentang Kemboja pada 9 Disember 2022 dan Maldives pada 14 Disember 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil ...
Cptpp Satu Bentuk Penjajahan Import Akan Melebihi Eksport Malaysia Gazette 20 12 2022

Cptpp Satu Bentuk Penjajahan Import Akan Melebihi Eksport Malaysia Gazette 20 12 2022

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyifatkan ratifikasi Perjanjian Progresif dan Komprehensif Perkongsian Trans Pasifik yang dianggotai Malaysia adalah satu bentuk penjajahan Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata ini ker...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa