Halal Haram Halal Haram


 

Tempoh hari diberitakan langkah menempatkan pegawai Jakim atau nama penuhnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di setiap kementerian kerajaan Madani. Lantas mencetus bantahan Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST)
Juga dikritik keras golongan yang disifatkan ‘liberal’ terdiri bukan sahaja masyarakat bukan Melayu bukan Muslim tetapi juga kalangan Melayu/Muslim. Saya tidak anggap ‘liberal’ dalam konteks ini sesuatu yang kotor, jijik atau anti Islam. Oleh itu saya tidak punya masalah jika dikaitkan atau digelar golongan ‘liberal’.
Dalam isu penempatan pegawai Jakim ke semua kementerian golongan membantah bimbang kerajaan sudah atau menuju ke arah pentadbiran Islam yang menjejas prinsip kebebasan beragama negara ini.
Dalam lain perkataan mereka bimbang negara ini akan diperintah ala Taliban. Saya sering bersetuju dengan pandangan dan pendirian golongan ‘liberal’. Kali ini saya kurang setuju.
Kita diingatkan oleh banyak pihak termasuk Timbalan Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa bahawa penempatan pegawai Jakim di kementerian ‘sudah menjadi amalan sejak 1980-an’ lagi demi memastikan dasar pentadbiran Islam peringkat persekutuan dirujuk kepada agensi diwujudkan atas kuasa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal di bawah naungan Majlis Raja-Raja Melayu.
Saya harian mengapa sesuatu yang membimbangan masyarakat bukan Islam perlu diulang umum sekarang padahal ia sudah dilaksanakan sekurang-kurangnya 40 tahun lalu. Apa pun berdasarkan penjelasan Mujahid , saya lihat negara ini tidak pula menjadi ‘a nation governed Taliban styled’ walaupun langkah penempatan pegawai Jakim sekian lama dijalankan.
Namun diakui pada peringkat negeri tertentu garis keras apa yang didakwa pentadbiran Islam sudah kelihatan. Meskipun dikatakan hanya membabitkan orang Islam tidak dinafikan ada juga orang bukan Islam yang terkena tempias secara langsung atau sebaliknya.
Bagaimanapun kritikan ke atas kewujudan Jakim dalam kementerian (dilihat sebagai campur tangan) hanya memberi modal kepada golongan ‘terpaling’ Islamik memomokkan dan menakutkan orang Melayu Muslim kononnya Islam di negara ini sedang ‘diancam dan terancam’.
Menurut panduan mengenai Jakim yang dilaporkan Malaysiakini, Jakim tidak berperanan dalam hal ehwal agama selain Islam. Jadi apa fungsinya? Mengikut panduan berkenaan, fungsi utama Jakim ialah penggubalan dan penyeragaman undang undang syarak, penyelarasan dan pembangunan pendidikan Islam dan penyelarasan pentadbiran Islam.
Kesimpulannya tanggungjawab dan tugas berat. Banyak kerja yang mesti dilakukan. Oleh itu saya tidak dapat elak bertanya mengapa ditambah ‘beban’ seolah-olah tidak cukup kerja ?
Umpamanya cadangan untuk meletakkan rokok dijual di seksyen barangan tidak halal ditempatkan di kedai. Cadangan timbul kerana rokok pernah difatwakan haram sejak 1995. Ertinya 29 tahun berlalu sejak rokok diisytihar haram tetapi bebas dijual di merata tempat tetapi tahun ini ada cadangan meletakkannya bersama babi dan arak.
Saya faham daging babi diletakkan di tempat berasingan kerana umat Islam bukan hanya dilarang memakannya malah tidak boleh menyentuh atau tersentuh.
Tetapi arak pada pandangan saya yang bukan agamawan, yang diharamkan ialah meminum bukan menyentuh secara sengaja mahupun tidak sengaja. Apa lagi rokok yang difatwakan haram ialah menghisap bukan memegang. Saya tahu langkah meletakkan rokok di tempat ‘khas’ ialah bagi memberitahu semua ia adalah haram.
Namun lebih afdal jika penerangan dilakukan meluas bagi memastikan perokok Islam menghentikan tabiat mereka kerana menerima keputusan majlis fatwa yang mengharamkan rokok.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar: 
Daripada perspektif kita ialah bahagian fatwa (pengharaman rokok). Jadi sejauh mana nak menentukan rokok duduk di seksyen halal atau tidak yang itu di bawah kuasa Kementerian Perdagangan Negeri dan Kos Sara Hidup. Jadi saya akan cuba bincang.
Maka bertambah kerja menteri, Jakim dan kakitangan kementerian. Adakah berbaloi mengambil kira tugas yang sedia ada? Baru-baru ini timbul lagi soal sijil halal yang dikeluarkan Jakim. Kali ini Jakim mempertimbangkan cadangan mewajibkan pensijilan halal untuk semua kedai dan restoran yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.
Kata Timbalan Menteri Agama Zulkifli Hassan cadangan itu memberi kelebihan dan nilai tambah kepada peniaga dan boleh menarik lebih ramai pelanggan. Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Umno Khairuddin Aman Razali setuju.
Bagaimanapun pun katanya cadangan mewajibkan sijil halal keatas peniaga dan syarikat milik orang Islam tidak sesuai kerana mereka pada asalnya terikat dengan hukum halal dan haram.
Bagi Ahli Parlimen Seputeh daripada DAP Teresa Kok pensijilan wajib berkenaan boleh menambah beban kepada perniagaan termasuk ribuan pengusaha restoran Melayu. Sememangnya ada kos untuk mendapatkan sijil dan bukan satu rahsia untuk mendapatkan sijil halal mengambil masa lama. Apa lagi membabitkan ribuan sijil yang mesti dikeluarkan. Maka saya setuju dengan pandangan pemimpin DAP itu.
Tetapi Kok juga dilapor berkata langkah itu bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara. Ini saya tidak setuju kerana sijil halal wajib hanya diulangi untuk premis yang tidak menghidang daging babi dan alkohol. Maksudnya bukan semua kedai dan restoran. Yang sedang menyaji makanan yang haram pada sisi orang Islam boleh teruskan amalan biasa.
Tidak memeranjatkan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad mendesak Kok memohon maaf dan menarik balik kenyataan. Jika tidak Bersatu akan buat aduan polis. Kata bekas menteri persekutuan Zaid Ibrahim 
Saya ingat Pemuda Bersatu lebih intelligent dan berbeza daripada Umno dan tidak lari kepada polis setiap kali mereka tidak setuju dengan seseorang. Saya setuju.
Saya setuju juga apabila beliau bertanya mengapa politikus Melayu Muslim beriya-iya ‘melindungi’ orang Islam dalam setiap aspek penghidupan seolah-olah orang Islam tidak mampu membuat keputusan sendiri apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh.
Kesimpulannya umat Islam boleh menentukan sendiri halal haram apabila pergi makan di kedai. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/09/halal-haram-halal-haram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Ramai Orang Melayu Xkisah Halal Haram Makanan

Dah Ramai Orang Melayu Xkisah Halal Haram Makanan

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 148 hits
Kalau tak tegur aku kena tanggung KOSMO Tangkap layar video perbualan yang dikongsikan penghantar terbabit di TikTok PETALING JAYA Seorang penghantar makanan terkejut apabila pelanggannya dengan selamba memberitahu dia sudah biasa memesan m...
Antara Halal Haram Sijil Halal Wajib Ada Sijil Halal Dan Lindungi Orang Islam Dari Kedai Haram

Antara Halal Haram Sijil Halal Wajib Ada Sijil Halal Dan Lindungi Orang Islam Dari Kedai Haram

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 139 hits
Penafian Apa yang ditulis ini bukan bertujuan untuk mengajar berdakwah mengkritik atau menentukan apa yang salah dan apa yang betul untuk pembaca ikut Isu lesen halal menarik minat saya untuk cuba berfikir tentangnya Untuk memaksa diri berf...
The Seaside Halal Songkhla Thailand

The Seaside Halal Songkhla Thailand

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 172 hits
Catatan Day Trip ke Wilayah Songkhla Ahad 25 Ogos 2024 Sedang elok konvoi kami tiga buah kenderaan bergerak meninggalkan hujan turun dengan lebatnya Destinasi kami seterusnya kedai makan halal Alhamdulillah kami ternampak sebuah kedai makan...
Tarik Balik Kenyataan Sijil Halal Dan Mohon Maaf Kata Pemuda Bersatu

Tarik Balik Kenyataan Sijil Halal Dan Mohon Maaf Kata Pemuda Bersatu

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 159 hits
suaramerdeka 7 September 2024PEMUDA Bersatu meminta Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya mengenai pensijilan halal untuk semua premis makanan yang tidak menghidangkan daging babi atau alkoh...
Industri Halal Malaysia Teratas Di Dunia Bukan Memalukan Negara

Industri Halal Malaysia Teratas Di Dunia Bukan Memalukan Negara

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 125 hits
harakahdaily netSeptember 7 2024KUALA LUMPUR Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin menyifatkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok sebagai bila mulut lebih laju dari otak Tempelakan Hanif itu ekoran kenyataan pem...
Wajibkan Sijil Halal Akan Tambah Beban Peniaga Malukan Negara

Wajibkan Sijil Halal Akan Tambah Beban Peniaga Malukan Negara

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 152 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 6 2024 6 15 PMCadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi serta alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk melibatkan rib...
What S Halal And Not Is No Simple Matter As Pointed Out By Netizens

What S Halal And Not Is No Simple Matter As Pointed Out By Netizens

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 114 hits
FOR restaurants and food distributors having a halal certificate goes a long way towards gaining more customers in Malaysia the malay muslims representing the majority of the population However this is one topic that leads down a deep rabbi...
Minyak Masak Thailand Mahal Status Halal Diragui Punca Seludup Berlarutan

Minyak Masak Thailand Mahal Status Halal Diragui Punca Seludup Berlarutan

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 170 hits
Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata minyak masak bersubsidi keluaran Malaysia yang diseludup ke Thailand akan dijual pada harga RM4 50 hingga RM5 KOTA BHARU Harga minyak masak di Thailand mahal sehingga mencecah RM8 sekilogram berba...
Jakim Mulls Mandatory Halal Certs For Eateries That Don T Serve Pork Alcohol

Jakim Mulls Mandatory Halal Certs For Eateries That Don T Serve Pork Alcohol

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 151 hits
Religious affairs minister Na im Mokhtar said obtaining halal certification was currently on a voluntary basis for food outlets SHAH ALAM The Malaysian Islamic development department is considering a proposal to make halal certification man...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip