Industri Halal Malaysia Teratas Di Dunia Bukan Memalukan Negara


harakahdaily.net
September 7, 2024
KUALA LUMPUR: Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin menyifatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai ‘bila mulut lebih laju dari otak’

Tempelakan Hanif itu ekoran kenyataan pemimpin DAP tersebut bahawa ‘mewajibkan sijil halal akan tambah beban peniaga, memalukan negara’ seperti laporan media, semalam.

Hanif berkata, mencari yang halal adalah wajib bagi setiap orang Islam dan ia adalah perintah Allah kepada semua orang Islam.

“Begitu juga orang yang terlibat dalam proses menyediakan makanan kepada orang Islam juga wajib atau mesti memastikan makanannya halal.

“Ia tiada kena mengena dengan orang bukan Islam. Mengapa mesti melenting,” persoal beliau dalam satu hantaran di media sosial miliknya.
Muhammad Hanif JamaluddinMengulas berkenaan ‘tambah beban peniaga’, beliau berkata, sepanjang tahun 2023, sebanyak 15,605 jumlah permohonan direkodkan dan sebanyak 8,509 permohonan diluluskan manakala sebanyak 132,106 pelbagai produk telah diberikan sijil halal.

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Adakah yang dibimbangkan ialah peniaga-peniaga bukan Islam yang cuba mengaburi pelanggan Islam tanpa berusaha untuk mendapatkan sijil halal?” persoal beliau.

Manakala berkenaan ‘memalukan negara’, beliau memaklumkan bahawa industri halal Malaysia berada di tempat pertama daripada 81 buah negara selama 10 tahun berturut-turut.

Berdasarkan laporan dikeluarkan State of Global Islamic Economy (SGIE) oleh Dinar Standards, Malaysia berada di tempat pertama bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) 2023.

Hanif berkata, industri halal antarabangsa yang bernilai USD2 trilion dijangka akan meningkat sehingga USD4.96 trilion pada tahun 2030.

“Industri halal terbukti menjadi salah satu sektor paling kompetitif dan pantas di dunia.

“Pasaran halal berkembang dengan pesat disebabkan saiz pasaran pengguna di seluruh dunia yang besar,” terang beliau.

Beliau berkata, dianggarkan sebanyak 25 peratus penduduk dunia adalah beragama Islam manakala 42 peratus penduduk di Asia Tenggara adalah beragama Islam.

“So, adakah pasaran halal ini akan memalukan negara? Nah boleh baca link dari MKN ini berkaitan peranan industri halal yang sangat besar. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2024/06/26/peranan-industri-halal/

“Jangan malas membaca, nanti bebal,” kata beliau. 
– HARAKAHDAILY 7/9/2024

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/industri-halal-malaysia-teratas-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bank Dunia Saran Malaysia Hapus Skim Pencen Sebagai Usaha Reformasi Fiskal Negara

Bank Dunia Saran Malaysia Hapus Skim Pencen Sebagai Usaha Reformasi Fiskal Negara

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 314 hits
Bank Dunia Saran Malaysia Hapus Skim Pencen Sebagai Usaha Reformasi Fiskal Negara Malaysia Hapus Skim Pencen Bank Dunia baru baru ini mencadangkan kepada Malaysia untuk mempertimbangkan penghapusan skim pencen sebagai sebahagian daripada us...
Malaysia Kini Dalam Senarai 15 Negara Miliki Internet Mudah Alih Terpantas Di Dunia

Malaysia Kini Dalam Senarai 15 Negara Miliki Internet Mudah Alih Terpantas Di Dunia

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 61 hits
Berdasarkan semakan data terkini Speedtest setakat bulan Julai 2024 mendapati Malaysia naik 5 anak tangga dalam Indeks Global Speedtest berbanding kedudukan sebelum ini Sekali gus meletakkan Malaysia di tangga ke 14 dengan merekodkan kelaju...
10 Mooncake Halal Malaysia Yang Sedap Pelbagai Perisa

10 Mooncake Halal Malaysia Yang Sedap Pelbagai Perisa

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 65 hits
Adakah terdapat mooncake halal Malaysia yang boleh anda beli pada tahun 2024 ini Dalam artikel ini kami akan kongsikan 10 mooncake halal Malaysia terbaik untuk memeriahkan anda menyambut Perayaan Kuih Bulan yang akan tiba tidak lama lagi Ba...
Jakim Perlu Agresif Beri Penerangan Isu Sijil Halal Ppim Malaysia Gazette 11 09 2024

Jakim Perlu Agresif Beri Penerangan Isu Sijil Halal Ppim Malaysia Gazette 11 09 2024

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 78 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia lebih agresif menjelaskan kepada umum makna sebenar halal Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Othman berkata perkara tersebut penting agar orang ramai faham ...
5 Premis Makanan Popular Dan Terkenal Di Malaysia Bukan Pemegang Sijil Halal Jakim

5 Premis Makanan Popular Dan Terkenal Di Malaysia Bukan Pemegang Sijil Halal Jakim

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 103 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Baru baru ini tular satu surat yang dijana melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam JAKIM bahawa 5 premis makanan popular dan ...
Sijil Halal Malaysia Beenilai

Sijil Halal Malaysia Beenilai

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 58 hits
Che Ibrahim Ambo pernah jumpa seorang pelabur China nak buka kilang daging di Malaysia utk pasaran antarabangsa lembu daging dibawa masuk dari Brazil Australia dll Dan diproses di kilang tersebut Ambo Tanya sebab apa pilih Malaysia Kelantan...
Wajibkan Sijil Halal Akan Tambah Beban Peniaga Malukan Negara

Wajibkan Sijil Halal Akan Tambah Beban Peniaga Malukan Negara

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 95 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 6 2024 6 15 PMCadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi serta alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk melibatkan rib...
Memalukan Malaysia

Memalukan Malaysia

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 62 hits
Nik HasyudeenKes 1MDB ini benar benar menyebabkan nama Malaysia disebut sebut disebabkan benda yang salah memalukan dan mengaibkan Mengambil hak manusia secara batil ini memang satu perkara yang besar dalam agama Ini juga adalah bukti hiday...
4fingers Celebrates 10 Years Of Excellence In Malaysia With Nationwide Halal Certification

4fingers Celebrates 10 Years Of Excellence In Malaysia With Nationwide Halal Certification

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 81 hits
4Fingers strengthens its commitment to quality and inclusivity with the achievement of JAKIM Halal certification in over 90 of its restaurants in Malaysia Puan Zarina Binti Mohamad Saad Halal Committee Chairman of 4Fingers Crispy Chicken Ma...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Pas Bantah Tanah Melayu Jadi Milik Bukan Melayu Ibrah Nasib Palestin

Manfaat Susu Ikan Keajaiban Dari Laut Yang Mulai Dikenal

Purnawirawan Jenderal Israel Kita Kalah Perang

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital

Buat Buat Bodoh Lebih Senang Dapat Perhatian

Self Love Learning To Value And Appreciate Yourself


echo '';
Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna


Bola Sepak Mssm 2024

Lirik Lagu Dusta Ukays

Makanan Yang Meredakan Emosi

Valdy Nyonk Mengapa Kau Berubah Chord

Chella Julia Enda Sanggup Agi Chord

Nota Grammar Paling Mudah