Hala Tuju Sambung Belajar Selepas Spm
Hala Tuju Sambung Belajar Selepas SPM
Hala Tuju Sambung Belajar Selepas SPM
Credit pic : SUMBER
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat adik-adik lepasan SPM. Pertama kali ...Tahniah buat adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Buat adik-adik yg dpt keputusan biasa2 pun diucapkan Tahniah. Jangan susah2 hati adik2.
Samada keputusan cemerlang mahupun biasa2 atau cukup2 makan, adik2 perlu tahu ini baru saja peringkat permulaan. Banyak cabang2 pengajian dlm pelbagai bidang yg boleh adik2 melanjutkan pelajaran.
Kebanyakkan pelajar-pelajar lepasan SPM masih mencari dan tercari-cari halatuju kerjaya masing2 selepas SPM. Disini terdapat beberapa pilihan untuk adik2 menyambung pelajaran dan kerjaya.
1. STPM (Tingkatan 6)
- Bagi pilihan ni, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau dipanggil Pra-Universiti. Adik2 juga boleh menyambung pelajaran ke universiti dengan menggunakan keputusan SPTM. Laluan STPM ni juga merupakan laluan 'Fast Track' ke peringkat Ijazah kerana STPM ni dh setaraf diploma dan juga cepat.
- Kelebihan masuk Tingkatan 6 (F6) ni terus sambung ijazah. Selain itu, tempoh masa pengajian hanya setahun setengah sahaja berbanding diploma selama 3 tahun. Seterusnya, yuran pengajian STPM juga murah berbanding diploma.
- Dan paling menarik, adik2 boleh ulang subjek yang gagal atau kurang memuaskan dan adik2 jangan risau...peluang pekerjaan untuk STPM juga ada.
2. STAM (Tingkatan 6)
- Bagi pilihan ini pula, Sijil Tertinggi Agama Malaysia (STAM) lebih tertumpu kepada adik2 yang khususnya aliran agama. Adik2 jangan risau, dengan menggunakan STAM juga adik2 juga dpt menyambung peringkat universiti awam malahan adik2 boleh belajar di luar negara sebagai contoh Mesir, Jordan dan Turkey.
- STAM juga sama seperti SPTM dimana hanya 1 tahun sahaja tempoh pengajian. Selain itu, STAM juga setaraf diploma dan juga boleh repeat paper jika ada subjek yang kurang memuaskan.
- Dan masih ada peluang pekerjaan yang banyak dengan menggunakan STAM ni.
3. Matrikulasi
- Bagi laluan ni pula sngt popular untuk pelajar lepasan SPM kerana hanya pelajar cemerlang sahaja ditawarkan di Matrikulasi. Jika adik2 ditawarkan Matrikulasi secara automatiknya tingkatan 6, adik2 x akan dpt. Terdapat beberapa kursus yg ditawarkan seperti aliran kejuruteraan, perakaunan dan aliran sains tulen.
- Adik2 akan ditempatkan di matrikulasi di seluruh Malaysia bukan di sekolah lagi. Tempoh program matrikulasi ini bergantung kepada kos yg di ambil samada 1 ke 2 tahun. Dengan keputusan Matrikulasi ini juga, adik2 boleh menempatkan diri di universiti-universiti awam di Malaysia.
4. Universiti (IPTA)
- Untuk adik2 yg ingin melanjutkan pelajaran mengikut kos yang diminati, ini adalah pilihan yg tepat bagi adik2. Pelbagai kursus yg ditawarkan di universiti-universiti awam Malaysia dan terdapat juga pelbagai universiti yg adik2 boleh pilih.
- DI universiti juga terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat riadah, kompleks sukan, pusat islam atau masjid, koperasi, pusat kesihatan universiti, perpuskataan, wifi free dan juga kolej kediaman.
- Untuk diploma universiti, tempoh pengajian adalah selama 3 tahun. Jadi adik2 akan belajar di universiti tersebut selama 3 tahun.
5. Politeknik
- Ok baik...Politeknik juga adalah pilihan yg tepat bagi adik2 yg minat apa2 jua kemahiran. Politeknik juga menawarkan pelbagai kos seperti Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Elektrik, Diploma Pemasaran, Diploma Dandanan Rambut dan banyak lagi,
- Peluang pekerjaan untuk graduasi politeknik juga luas kerana di politeknik terdapat program latihan industri selama 6 bulan. Ini dapat meluaskan lagi pengalaman dan didedahkan seperti alam pekerjaan yg sebenar.
- Tempoh pengajian di Politeknik adalah selama 3 tahun. Yuran pengajian juga murah berbanding universiti awam. Politeknik ini juga Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
6. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
- Bagi adik2 yg meminati bidang perguruan, adik2 boleh memohon PISMP ni. Berumur tidak lebih dari 20 tahun. Adik2 ada peluang 3 kali untuk memohon PISMP ni di peringkat Ijazah.
- Program ni dikhususkan untuk melatih bakal2 guru lepasan SPM di Institut Pendidikan Guru (IPG). Terdapat pelbagai program yg boleh adik2 pilih seperti Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan lain-lain lagi. Tempoh pengajian adalah selama 4 tahun atau 8 semester di IPG yang ditetapkan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Jadi bila tamat pengajian, adik2 akan mengajar di sekolah kebangsaan mengikut bidang yang adik ceburi.
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di web rasmi PISMP. Bagi pemohon yang pertama kali perlulah mendaftar terlebih dahulu. Jadi adik2 x perlulah membeli no pin.
7. Asasi
- Program asasi ni juga seperti matrikulasi. Yang membezakannya adalah asasi dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Bagi pelajar yg mendapat program asasi ini, majoriti universiti ada menyediakan tempat khas untuk lepasan asasi universiti ini.
- Jadi sebelum memilih asasi, pastikan adik2 tentukan dahulu kos degree yang adik2 minati.
8. Latihan Separa Perubatan
- Bagi adik2 yg minat bahagian separa perubatan ni, boleh la mohon separa perubatan ni di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Segala kos pembelajaran ditanggung sepenuhnya oleh kementerian. Terdapat 13 kursus latihan yang ditawarkan seperti latihan penolong pengawai farmasi, latihan penolong pengawai perubatan, latihan kejururawatan dan lain2 lagi. Tempoh pengajian kursus Latihan Separa Perubatan adalah selama 3 tahun bagi diploma manakala 2 tahun bagi sijil.
- Tamat sahaja latihan, akan terus ditawarkan pekerjaan. Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun. Bagi pemohon yang baru pertama kali perlulah mendaftar terlebih dahulu di web rasmi SPA. Di SPA juga terdapat pelbagai jawatan lain seperti diperingkat PMR, SPM, Diploma/STPM mahupun Ijazah.
9. Latihan Kemahiran Malaysia
- Bagi adik2 yg meminati bidang pelbagai kemahiran, adik2 boleh memohon samada Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kolej Komuniti, Akademi Binaan Malaysia, Giatmara dan banyak lagi. Kursus juga banyak ditawarkan seperti automotif, menjahit, memasak dan lain2 lagi.
Kepada adik2 lepasan SPM, diingatkan supaya membuat penilaian atau kaji selidik dahulu atas minat adik2 semua sebelum melangkah ke peringkat seterusnya agar tidak kecundang di separuh jalan. Akhir kata. Selamat Maju Jaya dalam apa jua bidang yg diceburi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://dakcaii.blogspot.com/2019/02/hala-tuju-sambung-belajar-selepas-spm.html