Hakim Tegur Anak Zahid Komen Kes Bapanya Di Media Sosial


 

September 8, 2021 Hakim Mahkamah Tinggi hari ini memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang komen di media sosial berkaitan perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berlangsung.
Amaran itu dikeluarkan Datuk Collin Lawrence Sequerah setelah Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Datuk Raja Rozela Raja Toran memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak perempuan Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah telah membuat hantaran mengenai kes bapanya di Instagram.
“Mahkamah perlu memberi amaran tentang komen seperti itu yang boleh membawa kepada sub-judice. Komen seperti itu tidak boleh dibuat semasa perbicaraan sedang berlangsung,” kata Hakim Sequerah.
Terdahulu, Raja Rozela berkata pihak pendakwaan percaya Nurulhidayah membuat hantaran berhubung isu imuniti semalam di Instagramnya, nurul.zahid.
“Kami percaya penulisnya ialah anak perempuan Ahmad Zahid. Komen ini tidak berasas dan prejudis. Tidak adil bagi pihak pendakwaan kerana kes ini masih berjalan.
“Saya tidak diarahkan supaya memulakan prosiding menghina tetapi memadai memaklumkan orang ramai supaya supaya tidak membuat sebarang komen berhubung prosiding ini,” katanya dan menambah bahawa mahkamah perlu melarang penulis (Nurulhidayah) dan orang ramai daripada membuat sebarang komen mengenai kes itu.
Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid kemudiannya bangun dan memberitahu mahkamah bahawa beliau akan meminta penulis (Nurulhidayah) supaya menarik balik komen tersebut.
“Pertamanya, kami memohon maaf kepada mahkamah. Kami akan meminta penulis supaya memadam hantaran itu jika mahkamah mahu ia dikeluarkan,” kata peguam itu.
Semakan Bernama di Instagram Nurulhidayah mendapati beliau telah memadamkan hantaran berkenaan dan memuat naik catatan baharu yang meminta maaf kepada mahkamah mengenai perkara tersebut.
“Saya tidak sepatutnya berkongsi atau komen apa yang berlaku semasa prosiding. Ini tidak akan berlaku lagi,” katanya.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan melibatkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan kesnya kini di peringkat penghujahan pihak pembelaan di akhir kes pendakwaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/hakim-tegur-anak-zahid-komen-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sajat Sedih Pembuli Anak Di Media Sosial

Sajat Sedih Pembuli Anak Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 167 hits
Sajat Sedih Pembuli Anak Di Media Sosial Usahawan kontroversi Muhammad Sajjat Kamaruddin atau Sajat sedih dengan pembuli siber yang mengatanya dengan ayat dan perkataan yang tidak elok kerana semua itu sudah boleh difahami oleh dua anak kem...
Tegur Kabinet Adakah Zahid Ingin Tunjuk Kuasa Presiden Kepada Naib Presiden

Tegur Kabinet Adakah Zahid Ingin Tunjuk Kuasa Presiden Kepada Naib Presiden

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 245 hits
agendadaily com1 9 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegur Kabinet kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Lain macam sahaja kenyataan Presiden UMNO kepada kerajaan pimpinan Naib Presidennya hari ini apabila ...
Akal Anak Nombor 2 Dah Tegur Buat Lagi Aksi Comel Alisa Main Lampu Siap Gelak Gelak

Akal Anak Nombor 2 Dah Tegur Buat Lagi Aksi Comel Alisa Main Lampu Siap Gelak Gelak

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 156 hits
Bila ditanyakan kepada ibu ayah rata rata akan bersetuju yang anak kedua ni lain macam sikit auranya Yang paling sensitif paling suka kacau orang paling banyak akal paling suka buat kita naik angin memang dia lah Tapi sebenarnya tanpa anak ...
Pembelajaran Tatap Muka Kurangi Risiko Dampak Sosial Negatif Untuk Anak

Pembelajaran Tatap Muka Kurangi Risiko Dampak Sosial Negatif Untuk Anak

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 208 hits
Dia mengatakan PTM terbatas perlu dipercepat karena pelaksanaan Pembelajaran Jarak Jauh yang berkepanjangan berisiko memberi dampak negatif pada anak Setidaknya terdapat tiga alasan utama yang menjadi dasar pelaksanaan PTM terbatas
Kes Ahmad Zahid Hamidi Sebuah Kes Persepsi Politik

Kes Ahmad Zahid Hamidi Sebuah Kes Persepsi Politik

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 252 hits
Oleh Sirajuddin AhmadRamai juga yang bertanya apa kah jika yang dipanggil mengadap Tun Mahathir adalah Hishamuddin Hussein Khairy Jamaluddin Ismail Sabri atau Annuar Musa apakah hasil atau outcome pertemuannya akan sama juga Atau mungkin in...
Fitnah Media Sosial

Fitnah Media Sosial

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 212 hits
Fitnah media sosial memang gila Semakin hari macam macam cerita Oklah jom kita tengok beberapa cerita yang best pasal fitnah Apapun jom baca dan klik iklan Support sikit nak buat duit Maruah Penerima Bantuan Pakcik Tua Masa muda dahulu meny...
Hiburan Kena Buatan Orang Syafiqah Aina Mohon Maaf Jika Entri Media Sosial Buat Orang Tak Senang

Hiburan Kena Buatan Orang Syafiqah Aina Mohon Maaf Jika Entri Media Sosial Buat Orang Tak Senang

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 805 hits
Usahawan kosmetik dan juga personaliti media sosial Hafiz Mahamad menerusi sesi live di Instagram mengaku isterinya Syafiqah Aina terkena buatan orang Kini isterinya dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan dengan ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat