Fitnah Media Sosial
Fitnah media sosial memang gila. Semakin hari macam macam cerita. Oklah, jom kita tengok beberapa cerita yang best pasal fitnah. Apapun jom baca dan klik iklan. Support sikit nak buat duit.
Maruah Penerima Bantuan Pakcik Tua
“Masa muda dahulu, menyesal tak tidak buat betul-betul? Masa muda dahulu menyesal tak banyak main? Korang bila tua nanti baru nak menyesal ke?”
Hari ni muncul lagi kisah. Pemberi bantuan memberi nasihat pedas kepada penerima. Mesejnya baik. Namun dalam majlis memberi sumbangan begini, sama sekali saya tidak bersetuju.
Menjatuhkan maruah itu satu hal. Mengaibkan dikhalayak itu pula satu hal.
Isu bagi bantuan lalu menjatuhkan air muka seseorang bukan kali pertama. Sebelum ni ada yang mengaku ustaz. Tengah sibuk bagi bantuan pun sempat lagi judge orang ni tak solat.
Orang ini begitu begini. Lalu angkat diri dan berbangga dirinya dan anaknya dah pergi umrah 2-3 kali. Dengar leteran dia berulang-ulang pun kita nak muntah.
Kawan-kawan. Saat ini jika kita berada di atas, sentiasalah ingat. Tidak selamanya kita akan berada di atas. Jika kita ada harta, tak selamanya harta itu akan kekal bersama.
Nabi SAW suka sangat pada yang memberi bantuan. Sabdanya,
“Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya).
Begitu tingginya darjat orang yang memberi.
Namun untuk mengaibkan, bertanya segala soalan berkait masa lampau seseorang tidak perlu ada
semasa memberi bantuan. Ia bukan dari ajaran Agama ini.
Jujur kita berharap, akan ada lebih ramai dermawan untuk terus memberi. Membantu saat perlu, memberi dengan penuh sudi. Bukan dengan leteran yang tak kena dengan situasi.
Nak beri berilah dengan baik. Tak nak beri berdiamlah dengan baik. Bak pesan guru saya,
Si miskin yang kotor mungkin menyakitkan mata. Tetapi si kaya yang sombong lebih menyakitkan jiwa.
Mari bersihkan ‘sampah’ di laman hati…
Arif Sukri
Memberi yang baik, buatlah baik-baik.
Fitnah Dajal
Dalam riwayat Muslim Rasulullah SAW bersabda: “Dajal itu buta pada mata sebelah kiri, berambut tebal serta mempunyai syurga dan neraka. Tetapi nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka.”
Dalam riwayat Muslim juga Rasulullah SAW bersabda: “Akulah yang paling mengetahui tentang Dajal. Dia membawa dua sungai yang mengalir, sungai yang pertama terlihat aliran air yang putih, sedangkan sungai kedua lagi terlihat aliran api yang berkocak. Oleh itu sesiapa yang berjumpa dengannya, hendaklah mendatangi sungai yang berupa api, lalu pejamkan matanya. Kemudian menunduk sambil meminumnya kerana sebenarnya ia adalah air yang terasa sejuk.”
Dalam riwayat Ibn Majah, Rasulullah SAW bersabda: “Antara fitnah yang dilakukan, Dajal berkata kepada seorang Arab Badwi: “Jika aku mampu membangkitkan semula bapa dan ibu kamu, adakah kamu bersaksi bahawa aku ini adalah tuhan kamu? Arab Badwi menjawab: “Ya! Kemudian datanglah dua syaitan yang menyerupai bentuk rupa ibu dan bapanya serta kedua-duanya berkata: “Wahai anakku, ikutilah dia (Dajal) sebab dia adalah tuhan kamu.”
Ada beberapa pesanan Rasulullah SAW supaya terselamat daripada fitnah Dajal. Antaranya Nabi mengajar doa yang dibaca dalam solat iaitu hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang kamu bertasyahud, maka hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah daripada empat perkara iaitu “Allahummainni a’uuzubika min ‘azaabi jahannama, wamin ‘azabil qabr, wamin fitnatil mahyawal mamaaat, wamin syarri fitnatil masih al-Dajjal.”
Baginda berpesan lagi: Sesiapa yang hafal sepuluh ayat daripada permulaan surah al-Kahfi, dia terpelihara daripada fitnah dajal.” (Riwayat Muslim)
Ini bermakna Surah al-Kahfi memang mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang luar biasa sehingga Baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya sehingga hari Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-Hakim)
Seronok Jadi Kaya
Seronoknya jadi orang kaya yang punya banyak masa untuk kejar akhirat.
Dah berpenat-penat kumpul harta dunia, kemudian masih punya banyak kelapangan untuk kejar pahala.
MasyaAllah.
Kehidupan yang sempurna.
Kalau boleh kita kejar kaya bukan untuk dunia semata-mata. Tapi dengan kaya tu lah kita boleh dekatkan diri lebih dengan Allah.
Kita boleh gunakan kekayaan di jalan yang Allah redha.
Teringat mentor bisnes berpesan tempoh hari.
Manusia yang merasa cukup dengan apa yang ada untuk diri semata-mata, adalah manusia bongkak yang pentingkan diri sendiri.
Sedangkan kita boleh usaha untuk beri kebaikan pada orang di sekeliling pula, itu yang dituntut dalam agama.
Malu je asyik cakap “cukup dengan apa yang ada”.
Senang sendiri, lepas tu merasa cukup. Sedangkan ramai orang yang masih memerlukan.
Ada adik beradik dan ahli keluarga yang perlu bantuan. Ada saudara seagama yang melarat tak cukup makan. Ada sesama insan yang perlu huluran tangan untuk teruskan kehidupan.
Alangkah indahnya kalau kita punya kemampuan kan? Ramai yang kita boleh bantu.
Lepas ni nak pasang impian lah. Nak senang supaya boleh senangkan orang di sekeliling sama.
Tak nak dah setakat senang untuk diri sendiri.
Tak nak pejam mata pada kesusahan orang lain.
Hidup hanya sekali, maka biarlah kita jalani hidup yang bermakna dan memaknakan pula kehidupan orang lain sama.
InsyaAllah. Moga Allah redha.
Filem Melayu Sampah ?
“SEBAB TU SAYA TAK TONTON FILEM MELAYU. FILEM MELAYU SAMPAH”
“DAH LAMA AKU STOP SUPPORT FILEM MELAYU. TAKDE KUALITI”
Kalau korang selalu berfikiran macam ni, maknanya korang ialah orang yang suka blame the whole thing sedangkan yang buat taik hanyalah segelintir.
Netizen semua,
Industri filem kita ni kalau diikutkan dah maju. Ada je filem kita yang berkualiti sampai tembus keluar negara. Tapi, sikap kita, bila ada je yang hentam sesebuah filem, habis satu industri kena.
Come on. Takde siapa lagi nak support industri filem Malaysia kalau bukan kita.
Tapi, kita kenalah jadi bijak. Pilih filem yang terbaik untuk ditonton dan disokong. Era kilang filem seperti Metrowealth dah berjaya dihentikan. Filem asal buat pun dah kurang. Semuanya sebab korang. Bagus. Itu petanda ada permintaan tinggi untuk filem berkualiti dari rakyat Malaysia.
Jangan bangga sebab tidak tonton filem Malaysia. Kerana satu hari nanti, bila filem Malaysia dah mula nampak taring, korang tak sedar bila taring tu tumbuh. Rugilah tak lihat sebuah revolusi kan…
Gambar sekadar hiasan.
Masalah UEL di GAZA
9 Rumusan dan Persoalan daripada pendedahan Nadir Al Nuri tentang UEL dan pasukannya ketika di Gaza.
1. Kenapa sikap ustaz Zul wakil UEL biadap? Selepas dapat kertas kerja terus diam.
2. Kenapa team Ebit mampu keluar bersiar siar tapi tak update apa apa selama sebulan Di Cairo?
3. Kenapa membazir beli barang di Cairo sedangkan barang boleh beli kat Gaza?
4. Apa bukti barang-barang yang dibeli berjaya masuk Gaza? Atau masih tersadai?
5. Kenapa biadap dalam layanan kepada wakil Malaysia yang sambut? Siap sound tak bagi buat live?
6.Apa keperluan bina rumah anak yatim?
7. Kenapa susahkan kerja-kerja NGO lain dengan buat pembayaran ratusan ribu dollar kepada syarikat Hala?
8. Duit pembayaran tu poket sendiri atau sumbangan?
9. Mana bukti audit perbelanjaan NGO Ebit?
Semoga pasukan UEL ada jawapan tuntas yang akan dipersembahkan kepada kita semua.
The post Fitnah Media Sosial appeared first on ANGGUR.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://anggur.uk/fitnah-media-sosial/