Hadkan Sbp Mrsm Untuk Tingkatan 4 Dan 5 Sahaja Pakar Pendidikan




PETALING JAYA: Dasar pengambilan sekolah berasrama penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu dirombak, kata seorang pakar pendidikan yang mencadangkan kemasukan ke institusi itu hanya terhad untuk pelajar tingkatan 4 dan 5.

Anuar Ahmad berkata sistem sedia ada yang turut meliputi pelajar tingkatan 1 hingga 3 menyebabkan fokus melahirkan ramai graduan dalam bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) tersasar.

Setiausaha kluster pendidikan dan pembangunan modal insan Majlis Profesor Negara itu berkata STEM penting untuk membentuk kumpulan sumber manusia mahir dalam bidang itu bagi pembangunan negara jangka panjang.

Anuar menjelaskan pembelajaran tingkatan 1 hingga 3 meliputi pelbagai kategori subjek ketika ini tidak menyokong hasrat penubuhan SBP dan MRSM yang bermatlamat melahirkan pelajar mahir aliran sains tulen antaranya fizik, kimia serta biologi.

“Kalau ambil pelajar tingkatan 1 hingga 3, bilangan masuk ke tingkatan 4 jadi kurang (terhad) kerana tempat telah diisi oleh mereka.

“Aliran sains bermula di tingkatan 4, jadi tumpu dua tahun untuk murid yang benar-benar ada potensi dan bakat dalam aliran sains,” katanya kepada FMT mengulas statistik terkini hanya 15.2% atau 62,250 daripada 415,000 pelajar tingkatan 3 memilih aliran sains ke tingkatan 4 bagi sesi 2023/2024.

“Jadi kena betulkan dasar supaya boleh lahir lebih ramai pelajar cemerlang dalam aliran sains tulen untuk sambung pengajian ke peringkat universiti dan kemudian menyumbang kembali kepada kemajuan negara menggunakan kepakaran yang ada,” tambahnya.

Untuk rekod, SBP dikendalikan Kementerian Pendidikan (KPM) manakala Majlis Amanah Rakyat (Mara) bertanggungjawab bagi operasi MRSM.

Anuar turut mendakwa ketika ini berlaku masalah apabila ada pelajar SBP dan MRSM selepas tingkatan 3 tidak minat untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat seterusnya dalam aliran sains tulen sebaliknya sains gunaan.

“Bila ini berlaku mereka tak boleh masuk bidang perubatan, kejuruteraan dan beberapa bidang kritikal…sebab itu kita berdepan kekurangan lepasan yang masuk aliran sains tulen.

“Bimbang dalam jangka panjang kita berdepan kekurangan sumber manusia dalam bidang kritikal iaitu sains, ini tak baik untuk masa depan negara,” katanya.

Mengikut laman sesawang KPM, SBP berperanan membantu menjayakan Dasar Ekonomi Baharu yang memfokuskan keperluan tenaga kerja bidang sains serta teknologi.

MRSM yang ditubuhkan pada 1972 pula bertujuan menambah bilangan Bumiputera dalam sektor sama.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2024/01/hadkan-sbp-mrsm-untuk-tingkatan-4-dan-5.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fasa Bulan Madu Kpm Berakhir Menteri Perlu Tunjuk Keupayaan Pakar Pendidikan

Fasa Bulan Madu Kpm Berakhir Menteri Perlu Tunjuk Keupayaan Pakar Pendidikan

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 211 hits
Imej hiasanKITA sudah masuk tahun baharu hari ini tetapi dalam konteks pendidikan terutama kita perlu bermuhasabah mengenai apa yang berlaku sepanjang tahun lalu untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran yang bersifat holistik Hak...
Tempahan Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke 100 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tempahan Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke 100 Universiti Pendidikan Sultan Idris

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 347 hits
Embargo Untuk siaran segera18 Dis 2023Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke 100 Universiti Pendidikan Sultan Idris Duit syiling peringatan ini akan dikeluarka...
Siaran Tertunda Program Pelaksanaan Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi K

Siaran Tertunda Program Pelaksanaan Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi K

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 194 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Program Pelaksanaan Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi 2024 di World Trade Center Kuala Lumpur
Murid Berusia 13 Hingga 15 Tahun Tidak Sesuai Ditempatkan Di Asrama Penuh Pakar

Murid Berusia 13 Hingga 15 Tahun Tidak Sesuai Ditempatkan Di Asrama Penuh Pakar

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 231 hits
Kuala Lumpur Remaja berusia 13 hingga 15 tahun atau pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 tidak sesuai untuk ditempatkan di sekolah berasrama penuh kerana mereka masih mentah dan belum bersedia dari segi psikologi untuk berdepan sebarang c...
Rangka Hala Tuju Pendidikan Tinggi Negara Jom Semak Objektif Wacana Strategi Kpt

Rangka Hala Tuju Pendidikan Tinggi Negara Jom Semak Objektif Wacana Strategi Kpt

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 200 hits
Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 5 hingga 6 Januari 2024 telah dirasmikan oleh Perdana nbsp Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini Pelaksanaan program itu sejajar d
Perkembangan Psikologi Remaja Terbantut Jika Masuk Asrama Pakar Kaunseling

Perkembangan Psikologi Remaja Terbantut Jika Masuk Asrama Pakar Kaunseling

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 282 hits
Imej hiasan via Bing Image CreatorKUALA LUMPUR Perkembangan psikologi remaja berusia 13 hingga 15 tahun atau pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 boleh terbantut jika terpaksa tinggal dalam persekitaran baharu yang bermasalah Persekitaran...
Doktor Pelik Kenapa Buruh Binaan Bangladesh Ini Pakar Dengan Jenis Ubat Rupanya Ahli Farmasi Di Bangladesh

Doktor Pelik Kenapa Buruh Binaan Bangladesh Ini Pakar Dengan Jenis Ubat Rupanya Ahli Farmasi Di Bangladesh

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 349 hits
Seorang pekerja asing warga Bangladesh datang ke klinik Dia memakai pakaian lusuh mukanya berjerawat dan kelihatan tidak kemas Dia masuk ke bilik perundingan dengan memakai kasut air kuning milik Phua Chu Kang Dia mengadu kepada saya bahawa...
Dasar Pendidikan Digital Kepentingan Amp Teras Pendidikan

Dasar Pendidikan Digital Kepentingan Amp Teras Pendidikan

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 269 hits
Dasar Pendidikan Digital merupakan satu dasar yang diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melahirkan generasi fasih teknologi Hal ini demikian kerana pada zaman sekarang kemahiran teknologi sangat penting dalam pembangunan sesebuah...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

Patutkah Kami Terima Keadaan Begini Atuk Mengadu Penat Jaga 4 Orang Cucu Hanya Terima Rm400 Sebulan

Serangan Terhadap Iran Apa Yang Berlaku Setakat Ini

Find Your Unique Selling Point