Fasa Bulan Madu Kpm Berakhir Menteri Perlu Tunjuk Keupayaan Pakar Pendidikan


Imej hiasan
KITA sudah masuk tahun baharu hari ini, tetapi dalam konteks pendidikan, terutama kita perlu bermuhasabah mengenai apa yang berlaku sepanjang tahun lalu untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang bersifat holistik

Hakikatnya, sistem pendidikan negara mencipta sejarah tersendiri apabila Menteri Pendidikan wanita pertama dilantik di bawah Kerajaan Perpaduan

Fadhlina Sidek bermula dengan baik apabila dalam seminggu di Kementerian Pendidikan (KPM), beliau mengisytiharkan hala tuju kepemimpinan berasaskan Tujuh Teras Utama

Tujuh Teras Utama KPM ini adalah bidang tumpuan dijanjikan Fadhlina untuk dijayakan sepanjang menjadi Menteri Pendidikan. Walaupun di atas kertas, ia kelihatan selari dengan aspirasi sistem pendidikan negara, cabaran terbesar lebih tertumpu kepada sejauh mana keberkesanan pelaksanaan hingga dapat dirasakan akar umbi

Selepas setahun berlalu, rata-rata guru dan ibu bapa nampaknya masih berasakan ia agak asing, sekali gus tidak nampak secara jelas apakah keberhasilannya

Apatah lagi, sejak awal lagi KPM sendiri tidak pernah menyatakan apakah kayu ukur pencapaian tujuh teras utama terbabit

Misalnya, isu beban tugas guru berlebihan masih berterusan. Malah, apabila ditanya pada rakan guru, apakah mereka berasakan kelainan setahun ini berbanding sebelumnya, rata-rata memberi reaksi bahawa masih berasa pengalaman, persekitaran dan budaya kerja sama sahaja

Disebabkan tiada kayu ukur jelas untuk menilai pencapaian Tujuh Teras Utama KPM, tentu sukar untuk rakyat melihat sejauh mana pencapaian semua teras berkenaan

Semoga tahun baharu ini, kekurangan dapat diatasi dengan mewujudkan kayu ukur lebih jelas untuk menilai pencapaian Tujuh Teras Utama KPM

Di sebalik kekurangan itu, ada perkara terbaik juga berlaku kepada sektor pendidikan negara pada tahun lalu apabila Perdana Menteri sendiri turun padang dan mengarahkan masalah tandas sekolah diambil tindakan segera

Hari ini, kita bersyukur kerana lebih 90 peratus tandas sekolah sudah dinaik taraf dan murid sekolah juga sudah selesa menggunakan tandas sekolah serba baharu

Satu hal tidak boleh kita nafikan, Fadhlina banyak dibebankan dengan isu pendidikan diwarisi daripada sebelum ini. Isu pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), silibus dan beg sekolah berat, kekurangan guru serta sekolah daif sebenarnya terpaksa ditanggung kerana kepemimpinan terdahulu tidak berjaya menyelesaikan dengan baik

Ringankan beban tugas guru
Tahun lalu juga mencatatkan sejarah apabila Fadhlina berusaha meringankan beban tugas guru. Beliau bingkas mengarahkan Majlis Penasihat Pendidikan Negara (MPPK) meneliti isu beban tugas guru. Akhirnya, dokumen Tujuh Langkah Mengurangkan Beban Tugas Guru berjaya dihasilkan

Jelas, KPM sendiri terpaksa mengakui bebanan tugas guru memang perlu dikurangkan. Reaksi awal guru selepas pengumuman tujuh langkah mengurangkan beban tugas guru sangat positif dan menggembirakan seluruh warga pendidikan di negara ini

Malangnya, walaupun sudah ada arahan jelas mengurangkan beban tugas guru, pada peringkat pelaksanaan, rata-rata guru masih berpandangan tidak banyak perubahan signifikan terhadap beban tugas mereka

Mereka masih berasakan beban tugas kekal banyak seperti dahulu. Contohnya, walaupun sudah dinyatakan dalam dokumen tujuh langkah mengurangkan bebanan kerja guru bahawa mereka tidak lagi akan boleh diarahkan menjadi pengawas peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), realitinya tidak begitu. Ramai guru mengeluh apabila mereka dinamakan sebagai pengawas peperiksaan seperti tahun sebelumnya

Di sebalik pelbagai isu pendidikan negara belum dapat diselesaikan, dua kejayaan besar Fadhlina mesti diberikan ucapan tahniah ialah usaha menambahkan perjawatan guru baharu bagi memastikan sekolah mempunyai bilangan guru mencukupi

Kejayaan kedua adalah apabila beliau berjaya menyelesaikan penggubalan dan seterusnya melancarkan Dasar Pendidikan Digital

Bagaimanapun selain dua kejayaan itu, beberapa inisiatif lain nampaknya belum jelas keberkesanannya. Konsep Karamah Insaniah dipopularkan Fadhlina nampaknya masih perlu diperjelas dalam kalangan masyarakat

Walaupun idea membangunkan elemen Karamah Insaniah itu sejajar dengan prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan, konsep ini nampaknya belum difahami dengan baik dalam kalangan ahli masyarakat daripada pelbagai bahasa, budaya dan agama

Inisiatif lain masih samar ialah hasrat Kurikulum Baharu 2027 yang memberikan penekanan kepada komponen pendidikan karakter

Rakyat umumnya masih tertanya-tanya apakah kandungan pendidikan karakter dicadangkan dalam Kurikulum Baharu 2027 nanti akan jauh berbeza dengan kandungan sedia ada dalam silibus Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, penerapan nilai murni atau kegiatan kokurikulum sedia ada

Malah, guru juga seperti tertanya-tanya apakah bentuk pendidikan karakter inginkan dilaksanakan nanti? Adakah sebagai subjek berdiri sendiri, dalam bentuk amalan penerapan nilai merentas kurikulum atau akan dilaksanakan melalui pengalaman dalam aktiviti kokurikulum

Pelbagai isu perlu diselesai
Nampaknya 2023 bukanlah tahun 'memihak' kepada sektor pendidikan negara. Selain masih bergelumang dengan isu keciciran pembelajaran kesan pandemik belum pulih sepenuhnya, data rasmi pendidikan membuktikan prestasi sistem pendidikan kita masih tidak memuaskan. Misalnya, didapati ramai murid tidak berminat dengan aliran sains tulen apabila masuk ke Tingkatan Empat

Data rasmi Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2022 pula membuktikan prestasi sistem pendidikan negara secara keseluruhannya juga masih tidak memuaskan

Malah, lebih membimbangkan, prestasi pendidikan Malaysia merosot teruk dalam kemahiran Matematik, Sains dan Membaca di dalam pentaksiran PISA 2022 berbanding PISA 2018

Malah, Malaysia berada di tangga paling bawah dari segi kemerosotan skor untuk tiga kemahiran berkenaan dalam kalangan negara ASEAN mengambil bahagian dalam pentaksiran PISA 2022

Tahun 2024 pastinya memberikan cabaran lebih besar untuk sistem pendidikan negara. Pertama, Perdana Menteri sendiri mengungkapkan cabaran beliau kepada KPM untuk menjadikan 2024 sebagai tahun membina sistem pendidikan berkualiti

Kedua, selepas setahun Kerajaan Perpaduan memerintahkan negara, tentunya rakyat mula menilai kemampuan sebenar kepemimpinan pendidikan di bawah kerajaan

Pada rakyat biasa, fasa 'berbulan madu' dan fasa 'belajar' sudah tamat selepas setahun berlalu. Tahun 2024 adalah untuk kepemimpinan pendidikan negara diterajui Fadhlina menunjukkan keupayaan sebenar menerajui sistem pendidikan negara

Dr Anuar bin AhmadPenulis adalah Setiausaha Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2024/01/fasa-bulan-madu-kpm-berakhir-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fadhlina Perlu Bukti Keupayaan Tingkat Pendidikan Negara

Fadhlina Perlu Bukti Keupayaan Tingkat Pendidikan Negara

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 206 hits
Tahun kedua sebagai menteri Fadhlina Sidek akan berdepan kritikan lebih keras jika sektor pendidikan tidak bertambah baik pada 2024 Tahun kedua sebagai menteri Fadhlina Sidek akan berdepan kritikan lebih keras jika sektor pendidikan tidak b...
Hadkan Sbp Mrsm Untuk Tingkatan 4 Dan 5 Sahaja Pakar Pendidikan

Hadkan Sbp Mrsm Untuk Tingkatan 4 Dan 5 Sahaja Pakar Pendidikan

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 242 hits
PETALING JAYA Dasar pengambilan sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara perlu dirombak kata seorang pakar pendidikan yang mencadangkan kemasukan ke institusi itu hanya terhad untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 Anuar Ahmad berkata ...
Menara Milik Bekas Menteri Kewangan Disita Sprm

Menara Milik Bekas Menteri Kewangan Disita Sprm

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai di sini yang dikatakan milik keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Notis penyitaan bangunan setinggi 60 tingkat itu bertarikh 18 D...
Jangan Politikkan Isu Pindah Kuil Di Sentul Kata Menteri

Jangan Politikkan Isu Pindah Kuil Di Sentul Kata Menteri

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 181 hits
Jangan politikkan isu pindah kuil di Sentul kata menteri Dikemas kini 11 minit yang lalu Diterbitkan pada 23 Dec 2023 10 49P
Afrika Tengah Sedia Bincang Perlombongan Berlian Dengan Rusia Kata Menteri

Afrika Tengah Sedia Bincang Perlombongan Berlian Dengan Rusia Kata Menteri

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 210 hits
Afrika Tengah sedia bincang perlombongan berlian dengan Rusia kata menteri Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 23
Skmm Dibawah Siapa Ntah Bukan Bawah Menteri Lembab Tu Kah Sampai Rini Jkom Dah Jadi Hantu Kom Kom

Skmm Dibawah Siapa Ntah Bukan Bawah Menteri Lembab Tu Kah Sampai Rini Jkom Dah Jadi Hantu Kom Kom

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 138 hits
Fitfiramar FaizMasih tak serik dengan menggunakan DYMM Kenapa SKMM dan PDRM masih tak tangkap yg bermain 3r
Pum Mengalukan Pendirian Tegas Perdana Menteri Terhadap Kapal Dagangan Israel

Pum Mengalukan Pendirian Tegas Perdana Menteri Terhadap Kapal Dagangan Israel

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 267 hits
KENYATAAN MEDIA20 Disember 202307 Jamadil Akhir 1445HPUM MENGALUKAN PENDIRIAN TEGAS PERDANA MENTERI TERHADAP KAPAL DAGANGAN ISRAELPersatuan Ulama Malaysia mengalukan pendirian tegas YAB Perdana Menteri untuk tidak membenarkan kapal yang did...
Siapa Nak Bakar Menteri

Siapa Nak Bakar Menteri

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 115 hits
Rafizi RamliBerhari hari meroyan seorang aktivis maya pembangkang selepas kena cuit dengan saya Ada pelbagai reaksi kepada langkah saya melayan kandungan kandungan aktivis maya ini Sebahagian besar menyokong segelintir merasakan seorang men...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah