Perkembangan Psikologi Remaja Terbantut Jika Masuk Asrama Pakar Kaunseling


Imej hiasan via Bing Image Creator
KUALA LUMPUR: Perkembangan psikologi remaja berusia 13 hingga 15 tahun atau pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3, boleh terbantut jika terpaksa tinggal dalam persekitaran baharu yang bermasalah

Persekitaran baharu itu antaranya boleh membabitkan perbuatan buli dalam kalangan pelajar di asrama yang mampu membuatkan tahap psikologi remaja merudum teruk dengan kemungkinan gagal untuk bangun semula dan berdepan pelbagai masalah lain di alam dewasa

Kaunselor keluarga, Dr Robiah K Hamzah, berkata psikologi remaja pada peringkat usia berkenaan akan sangat menderita sekiranya mereka terbabit dengan masalah dan sukar mendapat sokongan ahli keluarga terdekat yang tidak bersama

"Apabila dibuli, psikologi mereka akan sangat menderita sehingga lambat untuk 'bangun' dan tidak berkembang seperti remaja biasa. Rata-rata pelajar Tingkatan 1, sememangnya berdepan masalah ini jika masuk asrama berbanding pelajar yang masuk asrama ketika Tingkatan 4

"Ini memang berlaku, malah buli ini seakan tradisi sehingga anak ini sebenarnya sangat menderita dan hanya mahu bersama keluarga mereka. Dari segi psikologi, anak usia ini akan jadi begitu pendiam dan malu melalui zaman remaja mereka

"Psikologi mereka akan rosak teruk kerana bukan setakat disuruh, contohnya untuk basuh baju sahaja, sebaliknya juga dibuli secara fizikal dan mental," katanya kepada BH, semalam

Kaunselor keluarga, Dr Robiah K Hamzah. - Foto fail NSTP
Semalam, BH melaporkan remaja usia 13 hingga 15 tahun tidak sesuai untuk ditempatkan di sekolah berasrama penuh kerana mereka masih mentah dan belum bersedia dari segi psikologi untuk berdepan cabaran hidup

Dirujuk 'usia emas', lingkungan umur berkenaan dikatakan tempoh remaja mengalami pelbagai perubahan fizikal, emosi dan psikologi dengan pakar pendidikan awal kanak-kanak menyifatkannya usia mengenali diri dan amat memerlukan bimbingan ibu bapa bagi membentuk dan memantapkan acuan diri

Tahap mental, emosi berbeza
Robiah berkata, tahap mental dan emosi pelajar yang masuk asrama pada usia 13 tahun berbeza dengan pelajar yang masuk ketika usia 16 tahun

"Mereka yang dibuli ketika usia 13 tahun akan mengalami masalah mental dan emosi yang teruk sehingga sukar untuk bangun semula. Ia menyebabkan kemahiran yang sepatutnya dibina pada usia-usia remaja juga akan sangat terjejas

"Oleh demikian, saya lebih yakin sekiranya ibu bapa mahu anak mereka masuk asrama juga, masukkan anak itu semasa Tingkatan 4 ketika kematangan emosi mereka lebih meyakinkan berbanding di Tingkatan 1," katanya

Beliau yang pernah menjadi tenaga pengajar dan warden asrama sekolah, mengakui pada tempoh usia 13 hingga 15 tahun, tempat paling sesuai adalah bersama keluarga dan bukannya berada di asrama dengan harapan dipantau oleh guru sekolah

Katanya, peraturan sekolah atau arahan yang sudah ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) sebenarnya tidak menjamin dapat mengelak salah laku buli dalam kalangan pelajar kerana kawalan pihak sekolah bukan sepenuhnya

"Guru dan warden tidak tinggal bersama mereka dan pelajar menghabiskan masa bersama rakan-rakan di asrama. Di situlah kehidupan yang terpaksa mereka tempuhi walaupun sudah ada peraturan yang ketat di sekolah

"Kita juga tahu banyak isu yang perlu ditangani guru dan warden yang sibuk dengan pelbagai urusan. Peraturan itu sudah ada, tetapi pelaksanaannya sukar di asrama menyebabkan ada kes remaja dibuli dengan teruk," katanya

Kaji semula objektif asrama
Bekas Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr Hazli Zakaria, bersetuju tujuan utama anak dimasukkan ke asrama perlu dilihat semula oleh semua pihak, khususnya ibu bapa memandangkan objektif dan nilai sekolah berasrama tidak lagi seperti dulu

Katanya, berbanding zaman lalu, sekolah asrama diwujudkan untuk menyediakan ruang persekitaran kondusif bagi kanak-kanak membesar berbanding keadaan di rumah, manakala sekarang, lebih ke arah mendapatkan keputusan akademik yang bagus

"Jadi nilai sekolah berasrama ini tidak sama seperti dulu. Sekarang seolah-olah trend atau alma mater ibu-bapa. Ada anak-anak yang sebenarnya tidak mahu pun ke asrama kerana lebih selesa dan mampu mendapat peluang melalui hidup selesa di rumah

"Situasi ini kadang-kadang membuatkan mereka memberikan masalah, bukan sahaja buli, malah masalah sekolah yang lain. Malah ada juga yang ke asrama kerana pengaruh rakan-rakan dan situasi ini juga menyumbang kepada terjadinya buli," katanya

Pakar psikoterapi ini berkata, tiada guna ibu bapa menghantar anak ke asrama sekiranya mereka terganggu dengan tahap keselamatan di institusi itu

"Ibu bapa perlu tahu, remaja pada usia sedemikian masih sedang mengenal diri dan tidak tahu ke mana meminta bantuan sekiranya berlaku ketidakadilan atau mereka perlu mempertahankan diri. Jika mereka sudah mengerti, kenal diri dan ada sikap kendiri, memang sesuai dihantar ke asrama," katanya

Dalam kes buli di asrama, beliau berkata, pelajar yang menjadi saksi atau pemerhati perlu diberi perhatian dan dididik supaya mempertahankan rakan yang menjadi mangsa

"Didik anak-anak ini untuk speak up (bersuara) kerana sikap berdiam diri ramailah, kes buli berterusan," katanya

'Sentuhan' ibu bapa bentuk masa depan anak
Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) percaya 'sentuhan' ibu bapa ketika alam persekolahan remaja menjadi faktor kritikal dalam menjana pembangunan modal insan negara

Presidennya, Prof Dr Ahmad Ismail, berkata nilai kehidupan rakyat Malaysia bergantung kepada hasil didikan dan bimbingan keluarga terdekat, khususnya ibu bapa yang sentiasa bersama dan memberi sokongan sepenuhnya ketika anak di usia awal remaja

Prof Dr Ahmad Ismail. - Foto fail NSTP
Beliau percaya usia 12 hingga 17 tahun adalah tempoh yang sangat kritikal untuk setiap anak mengenal diri dan nilai-nilai yang diperoleh itu akan dibawa hingga ke alam pekerjaan dan dewasa kemudiannya

"Jadi, kami sokong pandangan pakar perkembangan kanak kanak dan remaja yang mengatakan, golongan usia itu memerlukan lebih sentuhan ibu bapa dan keluarga, selain sokongan komuniti sepanjang perkembangan mereka, berbanding berada di asrama bersama rakan sebaya

"Jika umur 12 atau 13 tahun sudah masuk asrama dan usia 17 hingga 18 tahun baru keluar, mereka akan terlepas bimbingan orang terdekat, sekali gus nilai yang sepatutnya digunakan ketika dewasa dan alam pekerjaan tidak dapat disemai

"Lebih membimbangkan, mereka yang melangkah ke alam universiti dan pekerjaan akan hilang sebahagian besar tradisi kehidupan bermasyarakat," katanya kepada BH sambil menambah sebahagian hasil program pendidikan negara selama ini dapat dilihat semua pihak sekarang

Katanya, sebahagian remaja yang ditempatkan di asrama akan meneruskan pengajian peringkat tertinggi dan mungkin ke luar negara, namun mempersoalkan apakah nilai budaya dan kemasyarakatan yang mereka warisi

"Hari ini juga, mereka sudah berada di peringkat pembuat dasar, pelaksanaan dasar kerajaan dan dalam badan korporat," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/12/perkembangan-psikologi-remaja-terbantut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Murid Berusia 13 Hingga 15 Tahun Tidak Sesuai Ditempatkan Di Asrama Penuh Pakar

Murid Berusia 13 Hingga 15 Tahun Tidak Sesuai Ditempatkan Di Asrama Penuh Pakar

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 189 hits
Kuala Lumpur Remaja berusia 13 hingga 15 tahun atau pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 tidak sesuai untuk ditempatkan di sekolah berasrama penuh kerana mereka masih mentah dan belum bersedia dari segi psikologi untuk berdepan sebarang c...
Prabowo Hobi Joget Pakar Psikologi Khawatir Jadi Senjata Makan Tuan

Prabowo Hobi Joget Pakar Psikologi Khawatir Jadi Senjata Makan Tuan

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 117 hits
Reza mengingatkan strategi branding lewat joget juga berpotensi menjadi senjata makan tuan
Jangan Masuk Sebagai Pelancong Berakhir Sebagaj Pati

Jangan Masuk Sebagai Pelancong Berakhir Sebagaj Pati

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 255 hits
Che Ibrahim Huh Ramainya pelancong ke Malaysia Ambo bimbangnya mereka mari dengan visa pas pelancong tapi akhirnya jadi PATI tak balik dan buat macam macam kerja di Malaysia
Ugut Terjun Dari Bumbung Selepas Gagal Pecah Masuk Rumah

Ugut Terjun Dari Bumbung Selepas Gagal Pecah Masuk Rumah

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 268 hits
HADI AB MANAPSUSPEK berusia 31 tahun berada di atas bumbung sebuah rumah di Taman Pertam Jaya Melaka MELAKA Suasana di Taman Pertam Jaya di sini kecoh apabila seorang lelaki warga Myanmar mengugut untuk terjun dari bumbung sebuah rumah dala...
Mufti Pulau Pinang Jangan Peluk Islam Macam Masuk Pawagam

Mufti Pulau Pinang Jangan Peluk Islam Macam Masuk Pawagam

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 161 hits
Zuhainy Zulkiffliam hmetro com myGeorgetown Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan undang undang berkaitan memeluk agama Islam perlu disemak semula bagi tujuan penambahbaikan khususnya Enakmen Pentadbiran Agama Isl...
Cerita Mayjend Tni Farid Makruf Angkut 30 Galon Tiap Hari Jadi Inspirasi Masuk Militer

Cerita Mayjend Tni Farid Makruf Angkut 30 Galon Tiap Hari Jadi Inspirasi Masuk Militer

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 158 hits
Cerita Mayjend TNI Farid Makruf angkut 30 galon tiap hari jadi inspirasi masuk militer
Spark 20 Smartphone Power Harga Marhaen Dah Masuk Malaysia

Spark 20 Smartphone Power Harga Marhaen Dah Masuk Malaysia

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 280 hits
Spark 20 Specs Gaming Harga Marhaen Tecno kini mengumumkan ketersediaan rasmi Spark 20 di Malaysia dengan harga jualan RM499 Sebanyak dua pilihan warna disediakan yang meliputi Gravity Black dan Cyber White Anda yang berminat boleh mendapat...
Isham Jalil Harus Cepat Masuk Bersatu Masa Depan Politiknya Cerah Di Situ

Isham Jalil Harus Cepat Masuk Bersatu Masa Depan Politiknya Cerah Di Situ

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 205 hits
Walaupun belum ada pengumuman rasmi lagi sehingga ini Isham Jalil sebenarnya sudah pun dipecat daripada UMNO Beliau dipecat dalam mesyuarat MT UMNO yang tidak dihadirinya pada malam semalam Selain beberapa ahli MT UMNO yang hadir dalam mesy...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik