Hadiahkan Bayi Baru Lahir Dengan Personalised Baby Gifts Dari Raph Remy



Hadiahkan Bayi Baru Lahir Dengan Personalised Baby Gifts dari Raph & Remy 

Bila fikir bayi cepat je membesar, cepat je melangkah ke fasa baru, TB pun terfikir apa perlu disediakan untuk persediaan sebelum tiba fasa terbaru untuk bayi TB. Apa fasa terbaru tu ye? Haaa.. TB sebenarnya sedang memikirkan sesuatu yang perlu ada ketika bayi dah mula gatal gusi sebab nak tumbuh gigi.. Walaupun lambat lagi tumguh giginya, Tapi tak salah kalau buat persediaan awal kan, nanti tak perlu tercari-cari bila dah tiba masa

Hehe.. Rasanya semua ibu-ibu tahu simptom-simptom bayi yang mula nak tumbuh gigi ni kan.. Asyik meleleh air liur, asyik nak menggigit barang je.. kadang bantal pun digigitnya walaupun belum nampak lagi giginya, cuma gusi lagi, tapi aktviti menggigit tu semakin ketara.. Aduh! Hahaha.. Tiba-tiba je TB rasa seram.. sebab bila baby dah start menggigit mulalah teringat balik masa time harraz tumbuh gigi dulu,, Erghhh... Time menyusu dia suka menggigit.. Kadang luka jadinya. Seram.. 
Haa.. sebab tu kita kena sediakan sesuatu untuk bayi ni menggigit, tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada gusi yang nak ditumbuhi gigi tu.. theeter ni boleh menenangkan bayi juga... Haa.. TB saja survey teether yang OK dan selamat untuk bayi, dan scroll punya scroll terjumpalah website RAPH & REMY ni... 
Website ini diasaskan di Singapura yang menawarkan pelbagai koleksi hadiah bayi dan juga banyak pilihan yang menarik sangat sesuai untuk baby dan sangat menarik untuk dijadikan hadiah untuk ibu-ibu yang baru melahirkan.

Korang pernah dengar tak Raph & Remy ni? TB pun baru 1st time dengar. Haa.. Kalau korang nak tahu, RAPH & REMY adalah laman web yang merancang barang keperluan & hadiah bayi premium buluh yang diabadikan untuk ibu-ibu yang suka dengan sesuatu yang nampak bergaya dan moden. Apa yang menarik keluaran pakaian bayi mereka menggunakan kain organik bamboo yang sangat sesuai untuk dipakai oleh baby. Sememangnya barangan di RAPH & REMY sangat sesuai untuk dijadikan hadiah untuk baby baru lahir


Personalised Teethers
Haa.. pencarian TB terhenti di website Raph & Remy ni bila ternampak Teethers yang sangat comel dan bermutu serta selamat untuk bayi dan yang paling TB teruja apabila terbaca disitu mengatakan yang theeter tu boleh di personalised dengan ada nama bayi kita pada teether tu.. So, kalau ibu-ibu yang menghantar ank ke pengasuh ke, mainan bercampur ke apa.. dah tak risau sebab theeter ni dah tertulis nama bayi korang.. kannn. 
Teether RAPH & REMY ™ BubbleGummy ™ 
TB berkenan sangat Teethers ni sebab Teethers Raph & Remy ini adalah buatan tangan daripada manik silikon gred 100% berkualiti tinggi. Bebas daripada BPA dan kayu beech asli premium, tahan lama, lestari dan antibakteria semula jadi


Manik-manik silikon lembut adalah ukuran dan tekstur yang sempurna untuk menenangkan. Ianya mengurut lembut gusi sementara gelang kayu beech berganda memberikan permukaan keras yang memuaskan untuk bayi baru lahir mengasah gusi mereka.  Memang sesuai sangatlah untuk bayi kita yang baru nak tumbuh gigi.  Saiznya yang kecil dan comel membuatkan ia sesuai berada dalam genggaman tangan bayi.  Ditambah pula warna pastel yang indah yang menarik perhatian si bayi.  Wah.. tak boleh bayangkan reksi baby bila dapat teethers dari Raph & Remy ni kan, betapa geramnya diorang menggigit dengan puas sebab dapat asah gusi diorang.. hehe
Teether RAPH & REMY ™ BubbleGummy ™ adalah aksesori yang mesti dimiliki oleh mana-mana bayi yang tumbuh gigi



Kembali kepada cerita Website Raph & Remy tadi, Raph & Remy merupakan laman web Personalised Premium Bamboo untuk Keperluan Bayi & Hadiah Bayi. Bagi ibu yang bergaya dan moden, Raph & Remy merupakan pilihan yang terbaik kerana mengutamakan kualiti, memikirkan kesan terhadap alam sekitar dan mengutamakan keselesaan bayi. 
Raph & Remy yang menyediakan Personalised Baby Gifts. Banyak pilihan gift yang ada untuk dijadikan hadiah. Manakala penghantaran menggunakan perkhidmatan DHL dalam masa 1-3 hari dengan caj berpatutan

Paling TB teruja tengok ialah produknya premium dan eksklusif, buatan yang kemas, warna pastel yang menarik dan boleh custom made nama untuk diletakkan di baju, blanket ataupun tuala malah teether pun boleh juga! Produknya dibuat dari material buluh organik yang sangat lembut dan selesa


5 pilihan Personalised Baby Gifts 
Di Website Raph & Remy ini terdapat 5 Pilihan Personalised Baby Gifts untuk korang pilih untuk dijadikan hadiah istimewa buat bayi comel korang ataupun untuk dijadikan hadiah menarik dan lain dari yang lain buat rakan-rakan atau sahabat korang yang baru menerima cahayamata mereka.. Jom kita tengok kot memang kebetulan ada hadiahkan untuk mereka.. 

5 pilihan Personalised Baby Gifts



1) Organic Bamboo Cloud Cooling Blanket 
Blanket ini diperbuat daripada 100% material buluh organik yang sangat mesra alam dan lembut pada kulit bayi. Ia mempunyai pelindung UV semula jadi dan hypoallergenic – ia tidak akan menyebabkan reaksi alahan. Semestinya sangat selesa untuk bayi bagi pastikan mereka tidur lebih lena. 



Kesemua produk Raph & Remy menggunakan teknologi OEKO-TEX® yang diperakui,  dimana materialnya sangat lembut dan halus seperti sutera. Suka tengok blanket Raph & Remy tu, ianya Organic Bamboo Cloud Cooling Blanket yang sangat breathable, antibakteria dan tiga kali lebih menyerap daripada kapas organik terbaik. Kebolehan pelembapan semulajadi kain menjadikan bayi kering, bebas bau dan segar

Ianya secara semulajadi menjadi fungsi sebagai pelindung UV dan hypoallergenic - tidak akan menyebabkan reaksi alahan. Salah satu kain paling lembut di dunia, buluh organik adalah bebas racun perosak, lestari dan sumber yang boleh diperbaharui. Korang boleh dapatkan 4 warna pilihan iaitu biru, merah jambu, putih dan kelabu





2) Organic Bamboo Baby Towel & Mitt Set Raph & Remy Organic Bamboo Baby Towel & Mitt yang lembut dan mewah diperbuat daripada material bamboo organik berkualiti terbaik dengan tiga kali lebih serapan berbanding tuala kapas organik. Tuala ini mengeringkan kulit bayi dengan cepat sambil menjadikannya hangat dan sangat selesa. 
Manakala sarung tangan lembut sutera sesuai menjadikan pencucian pada waktu mandi mudah dan merangkumi gelung gantung yang mudah digunakan untuk pengeringan dan penyimpanan
Set ini diperbuat dengan mementingkan keselesaan kulit lembut si bayi. Sangat sesuai untuk kegunaan seharian, hadiah yang sangat praktikal dan ideal untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak sehingga 3 tahun. 

Pilihan mesra alam, Organik Bamboo Baby Towel & Mitt yang diperakui OEKO-TEX® dicampurkan dengan serat mikro untuk memberikan ketahanan, supaya tuala kekal lembut selepas dicuci dan juga tidak mudah berkedut. Bukan hanya salah satu kain yang paling lembut di dunia, ia juga merupakan sumber yang lestari dan boleh diperbaharui

Set ini sengaja dibuat dengan mempertimbangkan kulit sensitif bayi. Ianya Hipoalergenik, antibakteria dan anti racun perosak,  Untuk kegunaan seharian, ianya adalah hadiah yang sangat praktikal dan ideal yang bersaiz sempurna untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak sehingga tiga tahun. Menampilkan telinga yang lembut dan lembut di atas hooded serta perincian sulaman pada kedua tuala dan sarung tangan, Korang boleh dapatkan 3 warna pilihan biru, merah jambu, dan kelabu



3) BubbleGummy Teethers Haa.. yang ni seperti yang TB nyatakan di awal entri ini.. dimana ia adalah buatan tangan yang berkualiti diperbuat dari campuran manik silikon gred makanan 100% berkualiti tinggi yang bebas daripada BPA dan kayu premium natural beechwood yang tidak dirawat. Iaitu kayu keras yang tahan lama, lestari dan antibakteria semulajadi. 
Manik-manik silikon lembut adalah ukuran dan tekstur yang sempurna untuk menenangkan dan mengurut lembut gusi si manja. Rekaan nya juga memudahkan untuk bayi memegang dan menggigit lembut teether ini. 


4) Premium Bamboo Baby Swaddles Diperbuat dari 100% viscose buluh dan terdapat dalam pelbagai campuran warna khas. Kain Kashmir seperti kain buluh adalah pilihan terbaik dalam fabrik berkualiti. Selembut sutera dan unik, ianya adalah pilihan terbaik dalam fabrik berkualiti yang mana tiga kali lebih menyerap daripada kapas biasa. 
Ia juga merupakan sentuhan paling lembut untuk bayi . Sifat kain juga menjadikannya anti-bakteria, anti-kulat dan hypoallergenic. Pilihan fabrik yang sangat tahan lama dengan semua pelindung dijamin kekal lembut selepas dicuci. Mempunyai pelbagai fungsi, selain selimut ia jugak boleh menjadi nursing cover, alas bayi dan sebagainya. 
  5) SootherBuddy Security Blanket Sebelum ni TB tak berpa faham tentang kegunaan SootherBuddy Security Blanket ni, Tapi bila TB baca seterusnya baru TB faham.. Hehehe.. ia ibarat bantal busuk, selimut busuk, bear busuk anak-anak kita la jugak kan.. hahaha.. Tapi yang comel dan trendy..  TB suka.. heheh.. 
Lembut mewah, SootherBuddy ™ Security Blanket menawarkan keselesaan dan keselamatan kepada anak-anak kecil di seluruh dunia. Selalunya digunakan sebagai objek peralihan, reka bentuk asli Raph & Remy khas. Menenangkan, bayi ketika mereka berpisah daripada ibu bapa mereka dan menghadapi suasana yang tidak biasa



Pediatrik mengesyorkan agar bayi berusia enam bulan ke atas diberi objek keselamatan untuk membantu menghilangkan ketegangan dan kegelisahan mereka. Dibuat dengan velboa kelabu neutral yang sangat lembut dan dilapisi dengan satin sutera, SootherBuddy ™ terbuka di bahagian depan untuk snuggling yang selamat dan selesa. Ianya bergaya, berfungsi dan sentiasa menggayakan bahagiannya. Ini akan menjadi teman terbaik bayi yang selalu ada di sisi mereka


Pakaian Bayi /Apparel

1) Knotted gowns

haa.. yang ni TB suka sangat tengok.. Gaun Simpul Buluh Premium yang nampak mewah serta lembut atau nama comelnya Knotted gowns ni sangat selesa untuk bayi dan semestinya koleksi wajib dimiliki bayi yang baru lahir. Terdapat dalam pelbagai warna dalam ukuran 0-3 bulan. Ianya sangat premium, selesa dan berbutang untuk memudahkan dipakaikan kepada newborn baby. Bahagian bawahnya boleh diikat dan dibuka jika hendak memakaikan dan menukar diaper.



Kelebihan material Premium Bamboo dalam produk Raph & Remy ini ialah :Mempunyai serat semula jadi3 kali lebih banyak penyerapan daripada material kapasKeupayaan kelembapan semula jadiMaterial yang mudah bernafasTemperature regulatingAnti bakteriaAnti kulatHypoallergenic
2) Baby Onesies

Antara Item penting untuk setiap koleksi bayi baru lahir dan tersedia dalam pelbagai warna dalam saiz 0-3 bulan. Memberikan pengalaman yang menarik buat bayi baru lahir. Premium Bamboo Onesis Sangat lembut dan selesa. Terdapat 7 pilihan warna untuk dimiliki dan ditukar setiap hari

Memberikan pengalaman yang menarik buat bayi baru lahir. Onesies Buluh Premium adalah bersifat lembut. Sangat bergaya ketika digayakan untuk apa-apa majlis dan sesuai juga untuk waktu tidur dan bermain. Kain yang strecthable direka untuk mengikuti setiap pergerakan bayi baru lahir. 





Gift Sets

1) Newborn Essentials Collection Baby Gift Sets
Comel kan? Korang pilih je set yang ingin dijadikan hadiah untuk si manja. Pilih ikut keseuaian warna yang sesuai dan custome made mengikut nama bayi. Syok nya boleh custome made macam ni.. ada sentimental value buat baby bila dah besar nanti kan.. 
Hadiah yang ingin kita beri, boleh dipilih sendiri dan dikumpul serta dimasukkan dalam kotak yang sangat cantik ini. hanya pilih sahaja mana-mana set hadiah menarik untuk bayi baru lahir di Raph & Remy ini untuk dijadikan hadiah buat rakan korang yang baru menerima cahayamata. Siap disertakan kad lagi tau.

2) Newborn Essential Collection

Merupakan set lengkap bagi kepeluan bayi baru lahir. Semua barang keperluan baru lahir dalam satu set hadiah premium tanpa jantina. Ia termasuk Beg Canvas Tote Premium, untuk menjadikan semua keperluan lawatan ke hospital sangat istimewa, mudah! Semua item diperakui OEKO-TEX®

Menjimatkan 20% apabila kita membeli Koleksi Keperluan Baru Lahir ini sebagai satu set hadiah yang lengkap
Onesies Buluh Premium - Set Duo (0-3m)Gaun Rajutan Buluh Premium (0-3m)Pembalut Buluh PremiumSarung Buluh Premium - Set Duo (0-6m)Beanie Slouch Reversible Bambu Premium (0-6m)Booties Bayi Buluh Premium (0-6m)Stoking Bayi Buluh Premium - Set Duo (0-3 + 3-6m)Beg Tote Kanvas PremiumKad HadiahMemang sesuai untuk dijadikan hadiah untuk mereka yang baru menyambut baby baru. Lengkap dengan baju, sarung kaki/ tangan dan kotaknya sangat eksklusif.


Jom dapatkan Personalised Baby Essentials di Raph & Remy untuk dijadikan hadiah istimewa bakal ibu mahupun untuk bayi korang sendiri.. di Raph & Remy terdapat semua barang keperluan baru lahir dalam satu set hadiah premium tanpa jantina, dengan pilihan untuk menyesuaikan warna dan bahkan memperibadikan dengan nama khas

Malah merangkumi Beg Kanvas Tote Premium kami untuk menjadikan semua barang keperluan menjadi mudah!

Semua item diperakui OEKO-TEX® dan diperbuat daripada kain buluh yang indah, licin dan halus yang bernafas .

Jimat 20% apabila korang membeli Koleksi Keperluan Baru Lahir kami sebagai satu set hadiah yang lengkap


Kalau tak tahu nak pilih apa untuk mereka, korang hadiahkan aje egift card ni. biar mereka saja yang shopping apa yang mereka mahu di Raph & Remy ni.. hehehe.. 
 Untuk maklumat lebih detail.. sila lawati linklink dibawah :

Raph & Remy: 
Website : https://www.raphandremy.com/
Instagram : https://www.instagram.com/raphandremy/
Facebook : https://www.facebook.com/raphandremy/ 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.tengkubutang.com/2020/06/hadiahkan-bayi-baru-lahir-dengan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+SharingMyCeritera+(Sharing+My+Ceritera)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raph Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir

Raph Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 405 hits
hi semua ada tak sesiapa yang sedang mencari personalized baby gifts yang selesa dan cantik untuk dijadikan Mrs Pip nak introduce kat korang Raph and Remy yang pakar dalam personalized baby gifts dan lagi menarik semua keluaran pakaian bayi...
Special Gift For Newborn Baby By Collection Raph Remy Premium Bamboo Baby Gifts Essentials

Special Gift For Newborn Baby By Collection Raph Remy Premium Bamboo Baby Gifts Essentials

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 593 hits
Pening kepala tiba tiba terpaksa memikirkan hadiah apa yang akan diberikan kepada baby baru lahir ni Terlalu banyak sampai tak tahu nak pilih Nak sesuatu yang nampak ekslusif moden dan bergaya macam tu Search punya search tersangkut dekat w...
Hadiah Untuk Si Manja Bayi Atau Newborn Dari Raph Remy

Hadiah Untuk Si Manja Bayi Atau Newborn Dari Raph Remy

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 365 hits
Hadiah untuk Si Manja Bayi atau Newborn dari Raph Remy Kehadiran orang baru dalam keluarga semestinya satu anugerah yang sangat tidak ternilai Nak pula bila nak sambut anak sulung dan pastinya satu pengalaman baru yang sangat menyeronokkan ...
Selepas Lahir Bayi Akan Diletak Ke Atas Dada Ibu Ini 8 Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Antara Ibu Amp Baby

Selepas Lahir Bayi Akan Diletak Ke Atas Dada Ibu Ini 8 Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Antara Ibu Amp Baby

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 785 hits
Ada banyak manfaat sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi yang baru lahir bagi perkembangan si kecil selepas dilahirkan ke dunia Di masa inilah ibu harus memanfaatkan masa emas untuk bersama si kecil itu dan melakukan banyak kontak den...
Raph Remy Sediakan Hadiah Dan Keperluan Bayi Premium Yang Comel

Raph Remy Sediakan Hadiah Dan Keperluan Bayi Premium Yang Comel

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 394 hits
Hadiah untuk BayiApabila terbayang wajah bayi comel yang baru saja melihat dunia kita juga turut merasa gembira dengan kehadirannya bukan Kegembiraan ini jadi lebih bermakna dengan meraikan bayi baru lahir memberi hadiah kejutan yang akan m...
10 Fakta Menarik Mengenai Bayi Yang Baru Lahir

10 Fakta Menarik Mengenai Bayi Yang Baru Lahir

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 1787 hits
10 fakta menarik mengenai bayi yang baru lahir yang berkemungkinan anda tidak tahu atau lupa atau tidak ambil tahu 1 Semasa bayi baru lahir bayi menangis tanpa jemuBayi yang baru lahir tidak mengeluarkan air mata sehingga berumur beberapa m...
Bayi Baru Lahir Meninggal Dunia Disahkan Positif Covid 19 Di Indonesia

Bayi Baru Lahir Meninggal Dunia Disahkan Positif Covid 19 Di Indonesia

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 476 hits
Seorang bayi yang baru dilahirkan di Minahasa Tenggara Sulawesi Utara Indonesia dilaporkan meninggal dunia dan disahkan positif jangkitan wabak Covid 19 Menurut Pasukan Petugas Pengendalian Covid 19 negara itu hasil ujian yang dikeluarkan p...
7 Rekomendasi Sabun Bayi Baru Lahir Dan Sensitif Jangan Sembarangan Agar Kulitnya Nggak Iritasi

7 Rekomendasi Sabun Bayi Baru Lahir Dan Sensitif Jangan Sembarangan Agar Kulitnya Nggak Iritasi

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 662 hits
Jika si kecil ruam dan kulitnya kering pakai sabun bayi yang biasa di pasaran mungkin perlu beralih ke sabun untuk kulit sensitif ini Moms
Lucunya Bayi Singa Putih Pertama Yang Lahir Di Spanyol

Lucunya Bayi Singa Putih Pertama Yang Lahir Di Spanyol

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 711 hits
Lucunya Bayi Singa Putih Pertama yang Lahir di Spanyol Bayi singa putih bernama White King itu lahir di Guillena World Park Reserve Sevilla pada 31 Mei 2020 lalu
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai