Hadiah Dap Madani Naik Cukai Turun Subsidi Padan Muka


 

Belanjawan 2024 naikkan cukai, turunkan subsidi
KUALA LUMPUR: Fokus Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada petang ini seharusnya untuk menurunkan dan mengawal kos sara hidup yang kian meningkat.

Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, belanjawan MADANI yang mencatatkan belanjawan terbesar dalam sejarah negara menyaksikan, Belanjawan 2024 merupakan belanjawan menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi.

Belanjawan 2024 menunjukkan sebanyak RM393.8 bilion, meningkat sebanyak dua peratus daripada tahun lepas.

Didapati, belanjawan mengurus adalah RM303.8 bilion, menunjukkan peningkatan 5 peratus. Manakala belanjawan pembangunan adalah RM90 bilion, yang menunjukkan penurunan sebanyak 8 peratus.
Beliau berkata, sepatutnya Perdana Menteri perlu memberi fokus untuk meningkatkan pendapatan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
“Namun begitu, didapati cukai perkhidmatan dinaikkan dari 6 peratus kepada 8 peratus, kecuali makanan, minuman dan telekomunikasi.

“Secara realistik, akan berlaku rantaian kenaikan cukai kerana kos pengangkutan, kos logistik dan kos bahan mentah akan meningkat dan seterusnya menyebabkan kos makanan, minuman dan telekomunikasi turut akan meningkat,” jelas beliau kepada HarakahDaily.

Tambahnya, dari sudut ekonomi global pula, nilai Ringgit Malaysia (RM) kian jatuh ke paras terendah iaitu RM3.75 setiap 1 Dolar Amerika (AS$). 

Shahir Adnan
“Walaupun negara kita adalah pengeluar minyak dunia, namun, kebergantungan kita kepada bahan-bahan import menyebabkan harga bahan mentah bakal meningkat dengan mendadak. 
“Akibatnya, harga makanan turut akan menerima tempias. Kita lihat, masih samar lagi usaha-usaha yang mahu dilakukan oleh Kerajaan Madani untuk mengukuhkan Ringgit dalam Belanjawan 2024,” ujarnya.
Oleh itu, beliau yang juga merupakan Pengerusi IKATAN Negeri Kelantan turut mencadangkan tiga langkah jangka pendek bagi mengukuhkan nilai Ringgit, agar dibahaskan di Parlimen oleh wakil-wakil rakyat. 
“Pertama, pergiatkan kempen pembelian barangan buatan tempatan. Kedua, rancakkan lagi sektor pelancongan dalam negara. 
“Ketiga, melaksanakan kawalan Ringgit dengan pengeksport menukarkan hasil mereka dalam mata wang asing kepada ringgit,” hujahnya.
Katanya lagi, ini semua adalah antara langkah yang dilihat mampu menyokong sementara permintaan terhadap ringgit.
Sementara, berkenaan isu cukai baharu yang diperkenalkan, ujar beliau, Kerajaan Madani perlu memperincikan pengurusan hasil cukai yang diambil daripada rakyat. 

Dari sudut subsidi, Belanjawan 2024 tidak jelas mengenai isu subsidi minyak dan diesel yang mahu ditarik balik atau melaksanakan subsidi bersasar. (FOTO HIASAN)
“Pastinya memperkenalkan cukai baharu, iaitu cukai mewah pada kadar 5 hingga 10 peratus adalah satu tindakan yang wajar kerana ia tidak membabitkan golongan berpendapatan rendah atau miskin tegar. 
“Pada masa yang sama, kerajaan perlu memberikan pengecualian cukai kepada ibu bapa dan penjaga untuk yuran latihan sukan bagi menggalakkan penglibatan sukan oleh anak-anak dan pengecualian cukai untuk sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi menggalakkan penglibatan ibu bapa bersama-sama pembangunan sekolah anak-anak. 
“Sekarang ini, peruntukan untuk sekolah-sekolah daripada kerajaan adalah tidak mencukupi,” tegasnya..
Justeru dari sudut subsidi, tidak jelas mengenai isu subsidi minyak dan diesel yang mahu ditarik balik atau melaksanakan subsidi bersasar. 
“Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan sekadar menceritakan bahawa minyak dijual di negara kita adalah antara terendah di dunia. 
“Seolah-olah memberi bayangan secara halus bahawa akan berlaku perubahan kepada subsidi minyak, seterusnya minyak RM 1.50 seliter sekadar menjadi retorik janji palsu waktu pilihan raya,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/10/2023 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hadiah DAP madani, naik cukai turun subsidi. Padan muka!
Lihat komen ini..
(i) K'jaan DAP madani, tiada hati perut, tindas rakyat. Belanjawan 2024 tidak hargai keringat pesawah.

Abdul Rahman Yunus
Di Kota Bharu, impian pesawah untuk menikmati semula harga belian padi RM1,700 satu tan tidak menjadi kenyataan apabila kerajaan hanya menetapkan lantai belian padi RM1,300 per tan.
Kadar harga itu tidak jauh berbeza dengan harga belian ditetapkan pengilang sekarang iaitu RM1,250 satu tan yang diturunkan kira-kira dua minggu lepas.
Kadar ditetapkan kerajaan pada Belanjawan 2024 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini hanya RM1,300.
Ini bermakna berlaku kenaikan harga lantai sebanyak RM50, jauh daripada sasaran yang dihasratkan pesawah iaitu lebih kurang RM1,500 bagi setiap tan metrik.
Menurut Perdana Menteri kerajaan memutuskan untuk meningkatkan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per tan demi membantu pendapatan pesawah.
Katanya, langkah tersebut dibuat susulan rungutan pesawah yang berhadapan dengan masalah jualan padi. (Sila rujuk Abdul Rahman Yunus T/Exco N/K'tan – HARAKAHDAILY 13/10/2023) 
(ii) Palestin, Malaysia perlu bertindak lebih tegas, kerajaan DAP madani bacul? Setuju cadangan Ahmad Fadhli Shaari.

Ahmad Fadhli Shaari
Dewan Pemuda PAS Malaysia mencadangkan tindakan susulan lebih tegas daripada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung nasib umat Islam di Palestin yang menjadi mangsa keganasan Zionis Israel.
Ia termasuk menghantar nota bantahan kepada kedutaan-kedutaan negara di Malaysia yang jelas menyokong Israel.

Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata, tuntutan tersebut terkandung dalam ketetapan tujuh perkara yang akan dilaksanakan segera dalam usaha membantu nasib umat Islam di Palestin.
Jom sokong!
(iii) Ini sikit berita lawak. Tertekan pedal minyak, kereta rempuh kedai nombor ekor, berita celaka buat k'jaan DAP madani, sue?  


Di Butterworth, sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga emas terperosok dalam sebuah kedai menjual nombor ekor sehingga merempuh seorang pekerja wanita di situ, dalam dalam kejadian di Taman Molek, di sini hari ini. 
Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku, apabila pemandu lelaki warga emas berusia 65 tahun dipercayai tertekan pedal minyak kereta Proton Saga dipandunya, sehingga merempuh masuk kedai tersebut dan melanggar ruang kaunter di situ.
Begitu.
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/10/hadiah-dap-madani-naik-cukai-turun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Padan Muka Hangpa

Baru Padan Muka Hangpa

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 165 hits
Ni la padahnya ambik lebai bengong jadi MP Bikin kecoh dalam dewan reti la Tapi kesusahan rakyat bukan dia peduli Ada MB pun tau sembang je Dah 66 tahun merdeka ohn masih ada masalah begini Nasib la Lain kali nak mengundi tu gunakan akal Gu...
Pas Pn K Sama S Pura Tapi Dap Madani Beruk Atas Canggung

Pas Pn K Sama S Pura Tapi Dap Madani Beruk Atas Canggung

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 181 hits
Potensi kerjasama Singapura dengan 4 negeri PNKUALA LUMPUR PAS membincangkan potensi kerjasama Singapura dengan negeri Kelantan Terengganu Kedah dan Perlis yang berada di bawah pentadbiran PAS dan Perikatan Nasional Perkara itu dinyatakan o...
Dap Madani Tiru Strategi Israel Hancurkan Palestin

Dap Madani Tiru Strategi Israel Hancurkan Palestin

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 187 hits
Kenapa perisikan Israel gagal hidu serangan Hamas Kami tidak tahu bagaimana ini boleh berlaku Itulah reaksi yang diberikan pegawai Israel kepada BBC apabila ditanya kepada mereka bagaimana dengan segala sumber perisikannya yang dikatakan pi...
Aku Nak Ucapkan Padan Muka Hang Sanusi

Aku Nak Ucapkan Padan Muka Hang Sanusi

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 182 hits
VINCENT TAN x SANUSIPertama kali dalam sejarah Malaysia Vincent Tan saman Menteri Besar Tak lain tak bukan Menteri Besar Kedah VT bukan saja minta tuntutan maaf Sekali mintak pampasan RM200 juta Sebelum masuk Mahkamah Sanusi masa tu kata di...
Dua Dua Kena Tarik Padan Muka Orang Cerdik Dah Oiii Tak Cerdik Ja Dengar Hangpa

Dua Dua Kena Tarik Padan Muka Orang Cerdik Dah Oiii Tak Cerdik Ja Dengar Hangpa

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 162 hits
Razmi Mat Nor Ustaz yang suka buat fitnah sebarkan pada orang ramai memang patut ditarik balik tauliah mengajarnya
Israel Tembak Sekolah Palestin Dap Madani Lanyak Sekolah Agama S Gor

Israel Tembak Sekolah Palestin Dap Madani Lanyak Sekolah Agama S Gor

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 231 hits
Tentera Israel mengiringi murid Palestin menuju ke kelas pada hari pertama tahun baru akademik di sekolah mereka di kampung al Tuwani pada 19 Ogos 2022 Tentera Israel lepaskan tembakan di sekolah PalestinNABLUS Kesemua kelas di sebuah sekol...
Robot Hantar Makanan X Diperalat X Macam Dap Madani

Robot Hantar Makanan X Diperalat X Macam Dap Madani

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 180 hits
Ali Kashani di samping robot penghantaran makanan yng kini beroperasi di Los Angeles Amerika Syarikat Robot selamatkan diri diculik tangkap penculikLOS ANGELES Dua lelaki yang cuba menculik robot di bandar raya ini mendapati ia bukan sekada...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi