Ngo Suri Rumah Rahmah Malaysia Persatuan Sokongan Khas Buat Kaum Wanita Bergelar Suri Rumah


Suri rumah rahmah yang saya maksudkan ini bukan menu rahmah atau apa-apa berkaitan tajuk rahmah yang digunakan dalam kerajaan madani sekarang ni tahu. Sebenarnya yang saya maksudkan pada posting ini ialah sebuah persatuan wanita yang menyokong dan memberdayakan semua surirumah di Malaysia. Teruskan membaca untuk memahami apakah sebenarnya suri rumah rahmah atau gelaran pendek SRR.



Alkisahnya, pada awal tahun 2023 saya mencari rakan suri, persatuan, group atau mana-mana bantuan untuk dijadikan support group kerana saya mula merasakan sendirian sebagai seorang suri rumah ini amatlah mencabar. Apabila saya mula tertekan dengan kesukaran membesarkan anak-anak kecil yang ramai, menguruskan mereka dan rumah, pada masa sama saya berniaga dan freelance kan, nak imbangkan kesemua ini sekaligus adalah satu struggle yang mula memakan diri. Lalu saya terfikir, ada ke support di luar sana yang boleh bantu saya? 
Paling tidak la untuk saya luahkan perasaan, kemudian kita sama-sama berkongsi rasa, emosi, you all as suri rumah zaman kini yang kita ni serba serbi melakukan semua aktiviti di rumah, rasa tak apa saya rasa?
Kesukaran saya makin terasa apabila saya disahkan menghidapi GAD (Generalize Anxiety Disorder) dan Panic Attack, saya jadi sukar untuk fokus, income kejap ada kejap tiada. Akhirnya selain berjumpa dengan doktor untuk rawatan, saya amat-amat memerlukan group support. Bukan main tala je nak support dengan sesiapa, tetapi yang khusus, yang memahami masalah yang kita hadapi sebagai seorang housewife, yang boleh beri galakan, bantuan, idea, Masya Allah, wujud ke mereka ni?
Wujud ya rakan-rakan. 

Saya akhirnya bertemu mereka di Facebook melalui akaun CikYa (Mari Melukis Bersama Cikya - Durioo) ha, jangan tak tahu beliau juga salah seorang ahli SRR, masa tu naik pula FB beliau dan beliau mention SRR. Saya sangat tertarik dan terus search apa sebenarnya SRR ni. Tak berfikir panjang, saya sign up as ahli, dan Masya Allah setelah beberapa bulan saya bersama mereka, sungguh kagum dengan support yang diberikan, dari pihak admin hingga rakan-rakan ahli suri kesemuanya POSITIF dan SUPPORTIVE. 
Hang down ka, hang terbalik ka, mereka sentiasa ada ayat yang encourage your spirit. Malah banyak aktiviti yang dijalankan oleh SRR itu khas untuk para surirumah menjadi lebih intelek, berdaya saing, positif dan paling penting, kita jadi insan yang menghargai diri sendiri sebagai seorang wanita yang menguruskan rumah, tidak bekerja, duduk di rumah sepanjang hari, mengasuh anak-anak sendiri, yakni berstatus surirumah. 
PengenalanPersatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR) merupakan sebuah NGO yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfokus kepada pelatihan, pembangunan, kajian dan advokasi yang berkaitan dengan suri rumah.
Suri Rumah Rahmah Malaysia akan menjadi platform bagi suri rumah muda dan pertubuhan berkaitan untuk bersama dibawah satu payung bagi memartabatkan dan meningkatkan nilai tambah dalam diri suri rumah di seluruh Malaysia.
Persatuan SRR mencorak aktiviti-aktivit mengikut tiga (3) teras iaitu Suri dan Diri, Suri dan Keluarga, Suri dan Masyarakat. Sepanjang pertubuhan, SRR banyak menjalankan aktivit secara fizikal dan atas talian. 
Visi SRRWadah pilihan pemberdayaan suri rumah muda


Misi SRR1) Menerajui pemberdayaan suri rumah muda yang berkemahiran dan berketrampilan
2) Mengajak dan membimbing suri rumah muda untuk berperanan dalam masyarakat


4 Nilai Teras (Core Values) Yang Diamalkan Oleh Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR)1) Pemberdayaan
2) Komuniti
3) Sistem sokongan
4) ‘Go Green


Syarat Keahlian Persatuan SRR MalaysiaPersatuan SRR adalah NGO berdaftar di Malaysia, oleh itu ada beberapa syarat yang harus dipatuhi. Syarat untuk menjadi Ahli SRR ialah:-1) Warganegara Malaysia
2) Umur minima 25 tahun - maksima 45 tahun
3) Tinggal di Malaysia
4) Melayu
5) Perempuan
6) Islam
7) Seorang suri rumah atau 
8) Berpengalaman sebagai suri rumah minima 3 tahun (jika telah kembali bekerja)
Aktiviti-Aktiviti Anjuran SRR Tahun 2023Saya kongsikan aktiviti yang telah dijalan oleh pihak SRR tahun ini. Untuk info penuh anda boleh lihat program mereka anjurkan di website rasmi Aktiviti SRR. 
Ada dua jenis program SRR iaitu khas buat ahli dan awam. Program awam ini boleh disertai oleh semua suri secara percuma atau berbayar, bergantung kepada program tersebut ya
Program khas untuk ahli SRR
Program yang dibawakan untuk semua suri / wanita
Nak Jadi Ahli SRR Ada Yuran Tak?Ada. Disebabkan berada dalam kelompok ahli SRR, pihak SRR mengadakan pelbagai program anjuran mereka berbentuk motivasi, memperdaya diri, dan pelbagai aktiviti yang suri boleh sertai sama ada secara fizikal atau online. Maka, ada yuran yang disediakan sebagai NGO berdaftar ya. Ada dua jenis yuran iaitu tahunan (RM 7.00) dan seumur hidup (RM 15.00).
Murah sahaja sebenarnya kan dengan apa yang anda bakal miliki?
Cara Nak Daftar Sebagai Ahli Suri Rumah RahmahBerminat nak jadi ahli SRR sama seperti saya dan ramai lagi suri di Malaysia? Tahniah. Jomlah join, ada group support di Whatsapp tau. Tak aktif pun tak mengapa, mereka juga sediakan group support SRR melalui daerah / negeri. 
Cara untuk daftar ahli SRR sila klik link ini : Pendaftaran Ahli Suri Rumah Rahmah SRR


Apa Kata Suri Yang Telah Menyertai Ahli SRRSaya dah pun kongsikan testimoni saya sendiri sebagai ahli SRR, saya nak jugalah kongsikan apa kata ahli suri yang lain kan. Sama-sama kita bersama dalam satu komuniti sihat sebagai pengurus rumah tangga masing-masing. Insya Allah







Persidangan Suri Rumah Kebangsaan 2023 (KONSURI)



Terkejut tak? Pertama kali saya sendiri baru tahu suri-rumah juga ada konvensyen khas. Selama ini kita lihat ahli usahawan, para akademik sahaja yang ada konvensyen ni. Terakhir saya hadiri konvensyen semasa saya sambung master di UMP beberapa tahun lalu. Kini sebagai seorang wanita yang tidak bekerja malah menguruskan keluarga ada sebuah program seminar yang gah dan bakal menaikkan taraf martabat seorang wanita sebagai suri sekaligus menjadikan kesemua yang hadir ini sebagai wanita luar biasa. 
Eh, mestilah luar biasa. Anda bukan lagi semata-mata duduk dirumah, buat kerja melipat, membasuh, menyapu, mengasuh anak dengan sia-sia, tetapi anda menjadi seorang isteri dan ibu yang ada matlamat baru setelah menyertai Konvensyen Suri Rumah 2023 yang bakal berlangsung di UTM KL pada 28 Oktober 2023. Program ini merupakan program kali kedua anjuran SRR dan merupakan salah satu aktiviti utama Persatuan Suri Rumah Rahmah

Konvensyen Suri 2020
Konvensyen Suri 2018

Untuk info lanjut, saya nak ajak semua rakan suri untuk terus baca di website rasmi KONSURI

Perkhidmatan Kaunseling SRR


Ya. Salah satu kelebihan yang terdapat di SRR ialah anda boleh mengambil satu sesi kaunseling secara percuma maksimum 45 minit, manakala sesi susulan seterusnya adalah berbayar sebanyak RM35 bagi satu sesi. Alhamdulillah, kini anda boleh ada sesi kaunseling dari kaunselor bertauliah yang memahami diri kita sebagai housewife. Barulah saling memahami gitu kan
Info Rasmi SRRBerminat nak berkenalan dengan NGO Persatuan Suri SRR dengan lebih dekat? Ikuti mereka melalui website dan akaun social media kay. Jangan lupa follow!
Website : https://www.surirumahrahmah.com/
Facebook Page : https://www.facebook.com/surirumahrahmah
Youtube Channel : https://www.youtube.com/@surirumahrahmah2461
Instagram : https://www.instagram.com/suri.rumah.rahmah/


KesimpulanKita semua boleh memilih untuk menjadi sekadar surirumah atau menjadi suri rumah yang dapat memberi impak kepada rakan suri yang lain. Ianya bagus untuk diri kita kerana sifat seseorang yang berdaya saing ialah untuk sentiasa menjadi yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Setelah kita belajar tinggi-tinggi ya, atau tak tinggi mana tetapi ada kemahiran yang bagus apa salahnya jika kita kongsikan kepada orang ramai? Tak nak kongsi kepada seluruh dunia pun tidak mengapa, tetapi why not dengan wanita sama seperti kita

Bukan sahaja menjadi ahli SRR ini membentuk peribadi sahsiah yang unggul, namun menjadikan kita insan yang lebih bersyukur, lebih menghargai status kita sebagai pengurus rumahtangga dan bangga to be a housewife

Jika anda mencari di manakah platform untuk memajukan diri anda pada ketika ini, jawapan saya, marilah kita bersama-sama sertai Persatuan Suri-Rumah Rahmah hari ini. Insya Allah, anda akan dapat jawapannya. Jika tak dapat tak mengapa, duduk dulu, jika tak berkenan boleh je left kay. No worries, all positive minded here, full of love from suri to suri


See you suri! Jika posting ini bermanfaat, sila kongsikan ya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/07/suri-rumah-rahmah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dj Wanita Terkejut Ada Lelaki Tak Dikenali Tinggal Dalam Rumah Tapi Security Cakap Salah Dia Siapa Suruh Cantik

Hiburan Dj Wanita Terkejut Ada Lelaki Tak Dikenali Tinggal Dalam Rumah Tapi Security Cakap Salah Dia Siapa Suruh Cantik

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 306 hits
Video dimuat naik oleh seorang DJ wanita Emely Poon di Facebook meraih perhatian ramai warganet selepas dia mendedahkan tentang roommate yang tidak diketahuinya Menerusi rakaman itu Emely didengari menjerit meminta bantuan selepas dia menda...
Hiburan Pelawak Wanita Bergelar Janda Kini Bersuamikan Pengkid Dulu Rajin Minta Sumbangan Rakan Artis

Hiburan Pelawak Wanita Bergelar Janda Kini Bersuamikan Pengkid Dulu Rajin Minta Sumbangan Rakan Artis

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 697 hits
Khabarnya seorang pelawak dan pelakon yang dahulunya pernah meminta sumbangan daripada kawan kawan artis sudah bersuamikan seorang pengkid Memetik Utusan pelawak itu yang bergelar ibu tunggal itu sering saja mengelak daripada rakan rakan se...
Persatuan Sains Dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia Anjur Imtc Dan Ictc Di Upm

Persatuan Sains Dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia Anjur Imtc Dan Ictc Di Upm

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 264 hits
Laporan Dr Nur Adilah Roslan Pensyarah Kanan Jabatan Fizik Fakulti Sains UPM Pertandingan International Materials Technology Challenge dan Pertandingan Innocreative Technology Challenge buat julung kalinya telah diadakan pada 22 Jun 2023 be...
Penyamun Pecah Masuk Rumah Libas Wanita Dengan Parang

Penyamun Pecah Masuk Rumah Libas Wanita Dengan Parang

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 248 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang wanita cedera di dagu akibat dilibas parang oleh lelaki bertopeng yang memecah masuk rumahnya sebelum melarikan rantai tangan emas dipakainya dalam kejadian di Felda Air Tawar 4 Kota Tinggi Kejadian berlak...
Hadiah Anwar Tak Jamin Tarik Sokongan Peneroka Muda Felda Kata Ngo

Hadiah Anwar Tak Jamin Tarik Sokongan Peneroka Muda Felda Kata Ngo

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 223 hits
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan berpandangan pelbagai hadiah diumumkan kerajaan minggu lalu tidak menjamin sokongan peneroka muda Felda kepada pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim Penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Maz...
Payung Rahmah Jaya Grocer Grab Malaysia Jadi Rakan Strategik Kpdn

Payung Rahmah Jaya Grocer Grab Malaysia Jadi Rakan Strategik Kpdn

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 131 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri memperkukuh lagi inisiatif Payung Rahmah apabila menjalin kerjasama dengan dua syarikat gergasi iaitu Jaya Grocer dan Grab Malaysia Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kehadiran jenama besar it...
Dap Mahu Jadikan Malaysia Negara Sekular Berbagai Kaum Mahathir

Dap Mahu Jadikan Malaysia Negara Sekular Berbagai Kaum Mahathir

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 225 hits
agendaily com03 07 2023Mahathir beliau mempersoalkan sama ada tindakannya mempertahankan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia telah menyalahi undang undang DAP mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berbagai kaum dan sekular dakwa...
Rupa Izara Aishah Berusia 18 Tahun Alyssa Idola K Pop Wanita Pertama Dari Malaysia Tular

Rupa Izara Aishah Berusia 18 Tahun Alyssa Idola K Pop Wanita Pertama Dari Malaysia Tular

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 443 hits
Selain Isaac Voo sepertinya kita akan ada idola K Pop baru yang berasal dari Malaysia ARTIKEL BERKAITAN Kelmarin telah mendedahkan barisan peserta untuk pertandingan survival idola Universe Ticket Bukan sahaja dari Korea malah dari 41 peser...
Seramai 419 Individu Di Tahan Dalam Ops Tapis Khas Se Malaysia Di Pahang

Seramai 419 Individu Di Tahan Dalam Ops Tapis Khas Se Malaysia Di Pahang

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 351 hits
KUANTAN Polis menggempur 20 sarang dan 30 lokasi hotspot penagihan dadah di negeri ini dalam Ops Tapis Khas Se Malaysia yang dijalankan pada Isnin hingga Rabu lalu Hasil operasi selama tiga hari itu seramai 419 individu disyaki penagih dada...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner