Hadi Tarik Saman Ke Atas Clare Saat Perbicaraan Kan Mula
PAS tewas kepada Sarawak Report...
Dalam satu tindakan mengejut dan tiba-tiba, Presiden Pas Hadi Awang dilapor menawarkan penyelesaian luar mahkamah dalam saman yang difailkannya terhadap Sarawak Report. Penyelesaian luar mahkamah yang diterima dan disambut baik oleh Sarawak Report itu secara muktamadnya memutuskan:-
Hadi Awang menarik balik tuntutan terhadap defendan;
a. Clare Rewcastle selaku defendan menarik balik tuntutan balas terhadap Hadi Awang;
b. Tiada perintah berkaitan kos; dan
c. Kedua-belah pihak adalah tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian itu. Penjelasan mengenai penyelesaian luar mahkamah ini terkandung dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Hadi Awang, Syahir Sulaiman.
Kepada yang mungkin terlupa, saman yang difailkan oleh Hadi Awang terhadap Sarawak Report dan Clare Rewcastle Brown adalah berhubung laporan portal tersebut yang mendakwa Pas menerima RM90 juta daripada Najib Razak.
Wang tersebut dikatakan diterima oleh Pas berikutan kesediaannya berbaik-baik dengan Najib dan UMNO menjelang PRU14 yang lalu. Sebagai tindakan menafikan pernah menerima wang tersebut, Pas dan Hadi Awang telah memfailkan saman fitnah di mahkamah London terhadap Sarawak Report dan Clare Rewcastle Brown.
Saman tersebut sudah pun berjalan, malah sebagai usaha membiayai yuran guaman yang dilaporkan mencecah jutaan ringgit, kutipan derma daripada ahli-ahli Pas telah pun digerakkan bagi tujuan itu.
Dalam beberapa kenyataan oleh beberapa pemimpin Pas kemudiannya, mereka juga melahirkan keyakinan dapat memenangi saman tersebut kerana kononnya ia adalah fitnah yang terang lagi nyata.
Tetapi, apa sudah jadi dengan penyelesaian luar mahkamah yang dilakukan oleh Hadi secara tiba-tiba ini? Jika sejak awal begitu yakin dakwaan Sarawak Report itu suatu fitnah, mengapa meminta penyelesaian luar mahkamah?
Apakah Pas tidak yakin lagi untuk memenangi saman tersebut? Adakah Pas sudah tidak mampu membiayai yuran guamannya dan tidak mahu terus membebankan ahli-ahlinya dengan kutipan derma demi kutipan derma?
Ataukah kerana hubungan kerjasama Pas dengan UMNO sekarang sudah menjadi bukan lagi rahsia, maka Hadi Awang beranggapan tiada keperluan lagi meneruskan saman? Habis, bagaimana dengan dakwaan menerima wang RM90 juta itu?
Walaun kena kencing tin MILO...
Yang menghairankan di sini ialah penyelesaian luar mahkamah itu tidak terkandung sama sekali apa-apa persetujuan yang menghendaki Sarawak Report menarik balik laporan atau memohon maaf kepada kepada Pas dan Hadi Awang berkaitan dakwaan menerima wang RM90 juta daripada Najib itu.
Secara langsung bererti laporan Sarawak Report berkenaan dengan dakwaan RM90 juta itu adalah kekal berada dalam talian dan boleh dibaca oleh sesiapa juga sehinggalah ke hari kiamat nanti.
Secara tidak langsung dari segi tanggapan umum, dengan tindakan menarik balik saman ini, ia bermakna Sarawak Report dianggap menang, manakala Pas telah kalah, tewas dan kecundang dalam perjuangannya menegakkan kebenaran berhubung dakwaan menerima wang RM90 juta daripada Najib.
Hadi Awang, melalui penyelesaian luar mahkamah ini jelas dilihat tidak sedia dan tidak mampu mempertahankan hujah bahawa beliau dan Pas tidak pernah menerima wang tersebut dan keadaan ini tentunya akan memerangkap parti itu dalam pelbagai andaian yang berterusan berkaitan dengan penerimaan wang tersebut. - ShahbudinHusin
Sapa yang tarik balik tu Eddy?...Ramalanku benar belaka...
Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata beliau sudah menjangkakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang akan menarik balik saman fitnah terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Hanipa yang juga merupakan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas keputusan Abdul Hadi menyelesaikan kes saman yang difailkan pada 2017 itu di luar mahkamah.
"Dari awal saya dah ramal beliau akan tarik balik saman itu.
"Nampaknya betul ramalan saya kali ini. Kenapa saya ramal begitu, maaf tak boleh cakap di sini," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Tambah Hanipa, kes berkenaan yang ditarik balik tanpa perintah membayar kos bererti segala bayaran yang dibayar kepada peguam Abdul Hadi tidak akan dipulangkan. Selain itu, kata Hanipa, dengan perkembangan terbaru berhubung perkara itu, laporan yang disiarkan Sarawak Report tidak boleh dikatakan fitnah.
"Bila kes tak jalan dan ditarik balik maknanya itu bukan dikira menang. Bila tak menang maknanya tak boleh kata apa yang disiarkan oleh Sarawak Report adalah sebagai fitnah.
"Apatah lagi dalam terma penyelesaian yang saya baca, tiada pun sebaris ayat Sarawak Report tarik balik tuduhan atau minta maaf yang mungkin boleh ditafsir sebagai satu concession atau pengakuan apa yang disiarkan oleh Sarawak Report adalah fitnah.
Rakaman audio Nik Abduh yg telah disahkan sebagai audio tulen dari suara beliau oleh pihak Forensik di UK sebagai persediaan bukti melawan saman Hj Hadi.
"Bila tarik balik kes dalam keadaan sebelum ini dilapor media audio "ana tahu" tidak dibantah jadi keterangan ia menimbulkan spekulasi bahawa isi audio itu mungkin sahaja tiada yang lain kecuali benar belaka," katanya merujuk rakaman suara yang didakwa sebagai 'bukti' penyaluran wang oleh Umno kepada parti itu.
Terdahulu, Setiausaha Politik kepada presiden PAS, Syahir Sulaiman yang memaklumkan perkembangan saman fitnah itu berkata, antara penyelesaian luar mahkamah yang dibuat adalah Abdul Hadi Awang menarik balik tuntutan terhadap Clare.
Sementara Clare sebagai defendan menarik balik tuntutan balas terhadap Abdul Hadi. Ketika dihubungi Malaysiakini awal hari ini, Clare berkata, dengan penyelesaian luar mahkamah itu, rencana yang menjadi pertikaian dalam kes saman itu tidak akan ditarik balik.
Rencana yang disiarkan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 itu merupakan subjek pertikaian dalam kes saman yang difailkan Abdul Hadi pada 21 Apr 2017. Rencana itu mendakwa pemimpin PAS menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno. PAS bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menyaman Sarawak Report.
Perkembangan terbaru ini hadir meski awal bulan lalu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad membuat rayuan kepada anggota dan penyokong parti itu supaya menghulur derma bagi membantu menyelesaikan kos guaman saman Abdul Hadi itu.
Mengulas lanjut, Hanipa berkata, dengan penyelesaian luar mahkamah itu, ahli PAS yang mahu kes itu terus dibicarakan akan kecewa.
"Saya rasa ahli PAS yang mahukan kes itu dibicarakan tapi nampak kini harapan hanya tinggal harapan. Tak apa derma untuk perjuangan Islam atas ruh wala' akan dikira satu amalan baik," katanya. - mk
Penjelasan isu 90juta Affin Bank oleh Dato Husam Musa
S'wak Report editor pleased article on PAS' RM90m stays despite settlement..
Sarawak Report editor Clare Rewcastle-Brown said today that she is satisfied with the settlement in PAS' defamation suit, noting that the article over which she was sued remains unaltered and unretracted.
"I want to thank all the people who supported me in standing up to this attempt at legal bullying by PAS.
"I stood my ground and the article remains online and unaltered, despite the attempts to silence and discredit me before the last election.
"I could not be more satisfied with this outcome, although it would have been good to have seen them all in court," she told Malaysiakini.
Rewcastle-Brown said she regarded the settlement as a "total victory and vindication," but said she cannot reveal its terms, as both parties agreed to keep it confidential.
The Sarawak Report editor, who first broke the story of the 1MDB scandal, claimed in the Aug 6, 2016 article that Najib was wooing PAS ahead of the general election, and that RM90 million had flowed into the accounts of its top leaders.
Hadi then sued Rewcastle-Brown for libel in London on April 21, 2017 over the allegation that his party received the RM90 million to ensure the party's support for BN and Umno.
With the article still intact, it appears to not have been part of the settlement.
Hadi's political secretary Syahir Sulaiman earlier today said he had consented to undisclosed terms of the settlement with Rewcastle-Brown.
"It is informed that Hadi has made a decision to finalise an out-of-court settlement through a consent order dated Feb 1 at the London High Court of Justice, Queen’s Bench Division," he said in a statement today.
Syahir added that Hadi also consented to withdraw his claims against Rewcastle-Brown, as the defendant was said to have similarly withdrawn her counterclaims. No order was made as to costs. - mk
Hadi's Lawyers Accept Nik Abduh Recording Is Genuine After All
cheers.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://alditta.blogspot.com/2019/02/hadi-tarik-saman-ke-atas-clare-saat.html