Husam Saran Dedah Terma Penyelesaian Saman Hadi Clare


MALAYSIAKINI

   
Naib Presiden Amanah, Husam Musa, mencadangkan agar terma penyelesaian luar mahkamah kes saman Presiden PAS Abdul Hadi Awang terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brow didedahkan

Menurutnya, pendedahan itu bagi memudahkan semua perkara dan mengelakkan manipulasi berterusan terhadap isu tersebut dan ia bukanlah mustahil untuk dilakukan.

"Saya cadangkan terma penyelesaian luar mahkamah itu didedahkan kepada umum.

"Sesetengah pemimpin PAS nanti akan memberi alasan ia telah dipersetujui bersama sebagai sulit dan tidak boleh disiarkan.

"Hujah balas saya pula ialah, ia masih boleh dilakukan dengan persetujuan bersama kedua pihak.
Tidak ada masalah," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi menyelesaikan kes samannya terhadap Clare pada 2 Feb lalu.

Melalui penyelesaian itu, Abdul Hadi menarik balik tuntutannya terhadap Sarawak Report manakala Clare menarik balik tuntutan balas ke atas presiden PAS terbabit.

Tak ada sebab tolak
Selain itu, tiada perintah berkenaan kos dan kedua-dua pihak tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian itu.

Tindakan itu dikritik beberapa pihak, dengan ada yang menyifatkan ia menandakan dakwaan PAS menerima wang Umno itu memang benar-benar berlaku.

Penyelesaian itu juga dipercayai mencetuskan penularan semula isu audio ucapan seseorang didakwa Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam sebuah majlis tertutup sebelum ini.

Dipercayai ia dibangkitkan semula oleh satu kumpulan tertentu dalam PAS yang tidak berpuas hati dengan penjelasan mengenai tuduhan berkenaan.

Baca Isu rakaman audio 'Nik Abduh' muncul semula
Husam berkata, cara untuk mendedahkan terma itu cukup mudah

"PAS menulis surat kepada Clare untuk mendapat persetujuan beliau. Jika Clare enggan, dedahkan kepada umum keengganan Clare itu.

"Dengan cara itu, menunjukkan PAS telus dan bersikap bertanggungjawab kepada anggota parti dan rakyat Malaysia," katanya.

Husam yang juga bekas pemimpin kanan PAS berkata beliau yakin tidak ada sebab untuk Clare menolak persetujuan itu kalau diminta PAS.

"Lagi pun, sejak penyelesaian itu dimeterai di mahkamah London pada 1 Feb lalu, kedua-dua pihak membuat ulasan masing-masing, sebahagiannya kita dapati cuba mengelirukan dan tidak selari dengan fakta," jelasnya.

Sementara itu, Husam yang juga pengerusi PH Kelantan berkata, beliau sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kes dana didakwa diterima PAS berkenaan.

Katanya, skop penyiasatan kes tersebut mestilah luas.

"Kebanyakan transaksi adalah tunai tetapi SPRM sudah tentu ada caranya untuk mengesan ‘bekas’ dan ‘denai duit' tersebut.

"Punca dari mana wang berkenaan. Tiada siapa pernah menyatakan wang yang disalurkan hanya bersumber dari 1MDB.

"Tentulah tidak wajar saya tidak ikut memberikan kerjasama, setakat mana maklumat yang ada pada saya, " katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/husam-saran-dedah-terma-penyelesaian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Tarik Saman Ke Atas Clare Saat Perbicaraan Kan Mula

Hadi Tarik Saman Ke Atas Clare Saat Perbicaraan Kan Mula

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 801 hits
PAS tewas kepada Sarawak Report Dalam satu tindakan mengejut dan tiba tiba Presiden Pas Hadi Awang dilapor menawarkan penyelesaian luar mahkamah dalam saman yang difailkannya terhadap Sarawak Report Penyelesaian luar mahkamah yang diterima ...
Hadi Terima Penyelesaian Luar Mahkamah Kes Saman Fitnah Terhadap Claire Rewcastle Brown

Hadi Terima Penyelesaian Luar Mahkamah Kes Saman Fitnah Terhadap Claire Rewcastle Brown

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 494 hits
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat ketetapan untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dalam kes saman beliau terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown Setiausaha politik presiden PAS Syahir Sulaiman dalam k...
Hadi Selesai Kes Saman Editor Sarawak Report Di Luar Mahkamah

Hadi Selesai Kes Saman Editor Sarawak Report Di Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 386 hits
MALAYSIAKINI Presiden PAS Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown di luar mahkamah di London United Kingdom Hal ini dimaklumkan Setiausaha Politik kepada presiden PAS Sy...
Terkini Hadi Awang Tarik Balik Saman Sarawak Report

Terkini Hadi Awang Tarik Balik Saman Sarawak Report

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 582 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown di mahkamah di London Unied Kingdom Hal ini dimaklumkan Setiausaha Politik kepada presiden PAS Syahir Sulaiman Setel...
Jangan Kelirukan Ahli Siapa Bagi Rm2 5 Juta Soal Clare Kepada Hadi

Jangan Kelirukan Ahli Siapa Bagi Rm2 5 Juta Soal Clare Kepada Hadi

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 526 hits
REWCASTLE BROWN Tunjukkan ketelusan sebagai sebuah parti politik Gambar failKUALA LUMPUR Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown meminta supaya Pas menjadi sebuah parti yang telus bukan sahaja kepada rakyat Malaysia malah kepada ahli...
Clare Soal Hadi Siapa Yang Bagi Wang Tunai Rm2 5 Juta

Clare Soal Hadi Siapa Yang Bagi Wang Tunai Rm2 5 Juta

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 516 hits
PENGARANG Sarawak Report dilapor mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendedahkan siapa yang membayar wang tunai sebanyak RM2 5 juta kepada Pas Clare Rewcastle Brown juga meminta supaya Pas menjadi sebuah parti yang telus...
So Who Won Clare Brown Or Hadi Awang

So Who Won Clare Brown Or Hadi Awang

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 496 hits
Yes that s right Clare wants the police to arrest me if I ever mention her name or use her photographs in Malaysia Today But that is not bullying When you sue her though that is bullying So is Lim Guan Eng also bullying What about Anwar Ibr...
Clare Opens Hadi S Pandora S Box But Will It Matter To Malay Voters Who Have Long Been Immune To Corruption

Clare Opens Hadi S Pandora S Box But Will It Matter To Malay Voters Who Have Long Been Immune To Corruption

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 362 hits
Various parties have commented on the out of court settlement between PAS president Abdul Hadi Awang and Sarawak Report editor Clare Rewcastle Brown We can expect more lively and loaded commentaries in the days ahead Rewcastle Brown has sin...
By Withdrawing The Defamation Suit Against Clare Rewcastle Brown Hadi Awang Admits Guilt

By Withdrawing The Defamation Suit Against Clare Rewcastle Brown Hadi Awang Admits Guilt

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 462 hits
Tok Guru Hj Hadi Awang initiated the Defamation Suit in London against Clare Rewcastle Brown of Sarawak Report over her article that Hadi and some PAS leaders had received RM90 Million from former premier Najib Razak Hadi Awang has now with...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Cara Memasak Telur Separuh Masak

Importance Of Mobile Phones In Our Life

Akhir Sebuah Penipuan Cinta Kisah Benar Seorang Love Scammer Yang Terbongkar

The Science Behind Thermitight A Safe Path To Firmer Youthful Skin

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

Validating Startups Market Research


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Meerqeen Nafi Bercinta Dengan Qasrina Karim

2 Skim Perkhidmatan Tentera Gred Z Sspa Tahun 2024

Kadang Kadang

Barasuara Terbuang Dalam Waktu Chord

Yonnyboii Malique Tanya Tuhan Chord

Showpiece To The Street 5 Custom Motorcycles From Our Classifieds