Mat Sabu Minta Parti Amanah Sedia Terima Ahli Baru Lepas Hadi Batal Saman




Tiga hari selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang menarik balik saman terhadap Sarawak Report, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menyeru ahli partinya di setiap peringkat membuat persediaan untuk mengalu-alukan ahli baru.

Mohamad berkata demikian dalam kenyataan media hari ini yang menjemput ahli PAS yang kecewa dengan keputusan Presiden PAS Abdul Hadi Awang menarik balik saman fitnah berkenaan.

"Amanah sangat terbuka untuk menerima ahli dari mana-mana parti termasuk PAS. Walaupun pernah berselisih faham sebelum ini, tiada dendam daripada ahli-ahli Amanah kepada ahli-ahli PAS yang ingin berhijrah.

"Mengambil semangat Malaysia Baru, kita semua perlu berganding bahu bersama kerajaan Pakatan Harapan untuk melakukan perubahan demi kebaikan rakyat dan negara dan bukan bersama Umno yang telah terbukti merosakkan negara sejak sekian lama," katanya.

Jelas Mohamad, dia dan beberapa pemimpin Amanah sejak beberapa hari lalu menerima mesej dari rakan-rakan mereka di PAS yang meluahkan kekecewaan terhadap keputusan PAS untuk tidak meneruskan saman fitnah berkenaan.



"Bagi mereka, keputusan bersifat 'pusingan u' itu tidak boleh diterima dalam keadaan seluruh ahli telah diyakinkan dengan panafian demi penafian oleh pemimpin tertinggi parti itu bahawa mereka tidak pernah menerima wang seperti yang didakwa.

"Bagi Amanah, keputusan PAS ini suatu detik penting kepada kepincangan berterusan yang berlaku dalam parti itu sejak 10 tahun lalu. Ia juga sekaligus mengesahkan wujud jalinan 'hubungan gelap' parti itu yang turut melibatkan unsur-unsur penerimaan wang.

"Dengan perkembangan terbaru ini, saya mengalu-alukan ahli dan pimpinan PAS untuk menyertai Amanah. Sudah tiba masanya untuk kita sama-sama kembali berganding bahu di dalam satu wadah untuk membangunkan Malaysia," katanya.

Tambah Mohamad atau Mat Sabu lagi, perubahan yang dihasratkan berpuluh tahun di dalam PAS sebelum ini tertangguh sekian lama akibat tindakan beberapa kerat pimpinan yang melakukan "hubungan gelap" dengan parti lawan.



Jelasnya, PAS adalah sebuah parti yang hidup dengan budaya syura termasuk ketika memutuskan untuk menjalinkan hubungan dengan Parti Melayu Semangat 46, DAP dan PKR.

"Namun sangat aneh, dalam hal menjalin hubungan dengan Umno, ia hanya ditentukan oleh beberapa kerat pemimpin sahaja," katanya.

Pada 1 Feb lalu, media melaporkan Abdul Hadi menarik semula saman fitnahnya terhadap Sarawak Report untuk penyelesaian luar mahkamah.

Saman fitnah berkenaan berhubung laporan portal berkenaan yang disiarkan pada Ogos 2016 yang mendakwa Umno memberi wang kepada pemimpin PAS untuk mendapatkan sokongan.

Sumber : malaysiakini.com © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/02/mat-sabu-minta-parti-amanah-sedia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Rakaman Audio Nik Abduh Muncul Semula Lepas Hadi Batal Saman

Isu Rakaman Audio Nik Abduh Muncul Semula Lepas Hadi Batal Saman

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 439 hits
Malaysiakini 4 nbsp Feb 2019 nbsp nbsp Selepas kes saman fitnah Presiden PAS Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report ditarik semula untuk penyelesaian luar mahkamah isu rakaman audio yang didakwa milik Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad A
Ahli Pas Yang Kecewa Dengan Hadi Boleh Masuk Pan Mat Sabu

Ahli Pas Yang Kecewa Dengan Hadi Boleh Masuk Pan Mat Sabu

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 775 hits
PETALING JAYA Mohamad Sabu mengajak ahli ahli PAS yang kecewa dengan Datuk Seri Hadi Awang menyertai partinya mengatakan sekarang masanya untuk ahli ahli parti parti Islam bersatu dalam PAN Presiden PAN itu berkata demikian susulan penyeles...
Baru 3 Tahun Kahwin Anak Dah Masuk Dua Lepas 10 Tahun Dapat 6 Atau 7 Anak Syatilla Terima

Baru 3 Tahun Kahwin Anak Dah Masuk Dua Lepas 10 Tahun Dapat 6 Atau 7 Anak Syatilla Terima

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 589 hits
Bab ingat tarikh penting orang perempuan yang selalu alert Tak kiralah sebelum berkahwin dah berkahwin atau ada anak pun Mungkin ni satu kelebihan buat wanita walaupun dah bergelar ibu Tapi kadang kadang ada suami yang memang lupa kerana pa...
Dok Tak Dok Abdul Hadi Batal Saman

Dok Tak Dok Abdul Hadi Batal Saman

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 495 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Kata menang tapi pasal a...
Hadi Terima Penyelesaian Luar Mahkamah Kes Saman Fitnah Terhadap Claire Rewcastle Brown

Hadi Terima Penyelesaian Luar Mahkamah Kes Saman Fitnah Terhadap Claire Rewcastle Brown

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 517 hits
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat ketetapan untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dalam kes saman beliau terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown Setiausaha politik presiden PAS Syahir Sulaiman dalam k...
Umno Terengganu Sedia Terima Bekas Ahli

Umno Terengganu Sedia Terima Bekas Ahli

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 477 hits
Wartawan Watan Online UMNO Terengganu terbuka untuk menerima semula bekas pemimpin dan ahlinya yang bertindak keluar parti sebelum ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata pimpinan parti di peringkat neg...
Apa Berlaku Dalam Pas Hingga Hadi Tarik Balik Saman

Apa Berlaku Dalam Pas Hingga Hadi Tarik Balik Saman

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 593 hits
BORHAN AHMAD Habuan daripada musuh sebelum perang haram namanya rasuah Habuan daripada musuh selepas perang halal namanya ghanimah kata Zaharudin menantu Hadi Apakah yang berlaku dalam Pas sehingga Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi A...
Kes Saman Sarawak Report Raja Kamarul Tanya Apa Hadi Sorok

Kes Saman Sarawak Report Raja Kamarul Tanya Apa Hadi Sorok

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 420 hits
Oleh Aliff Fikri AzizDatuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata penyelesaian luar mahkamah kes saman PAS terhadap Sarawak Report menimbulkan pelbagai persoalan Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA TERENGGANU 3 Feb Pengerusi Parti Amanah Nega...
Husam Saran Dedah Terma Penyelesaian Saman Hadi Clare

Husam Saran Dedah Terma Penyelesaian Saman Hadi Clare

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 497 hits
MALAYSIAKINI Naib Presiden Amanah Husam Musa mencadangkan agar terma penyelesaian luar mahkamah kes saman Presiden PAS Abdul Hadi Awang terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brow didedahkan Menurutnya pendedahan itu bagi memudahkan...
Myanmar Data Lawsuit Hits Telenor Raising Questions For Celcomdigi

Assalammualaikum Ya Rasulullah Assalammualaikum Ya Kekasih Allah

Best Beef Tallow Recipe Ideas

Lirik Lagu Akhirnya Kamu Bella Astillah Ft Daniesh Suffian

Koleksi Video Lawak Kucing Ai

Buy Gmail Accounts Indian Whatsapp 91 8586875020

Gambaran Yang Diberi Dalam Keputusan Fifa Tak Tepat Fam

Kerajaan Cadang Naikkan Cukai Vape Daripada 40 Sen Kepada Rm4 Per Mililiter


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Printing Kotak Packaging Premium Sesuai Untuk Produk Anda Tak Kira Besar Atau Kecil

Gachawin 16 September Gachawin Top 92 By Collin

Westbluez 24 Westbluez Top 51 By Chau

Senarai Marathon Amp Fun Run 2025 Untuk Anda Lace Up Tahun Ini

Pemimpin Tak Perlu Tunggu Pilihan Raya Untuk Bertindak Pm Anwar

Cemas Belum Sempat Naik Bas Ardell Rebah