Hadi Kritik Pendekatan Asabiyyah Melayu Mahu Kembalikan Umno Ke Pangkal Jalan


 
PAS tidak pernah sekali-kali berputus asa untuk menyelamatkan keadaan, walaupun beberapa kali bersama Umno yang masih lagi tidak insaf terhadap kesilapannya, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.PETALING JAYA: Sudah terang lagi bersuluh bahawa PAS mahu mengembalikan Umno ke pangkal jalan bagi perpaduan Melayu, tanpa meninggalkan masyarakat majmuk dalam Perikatan Nasional (PN), termasuk dalam Muafakat Nasional (MN) dan Bersatu, kata Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS berkata, parti itu juga pernah menyelamatkan negara apabila bersama menubuhkan Barisan Nasional (BN) selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969.
“Hal ini disebabkan gabungan Parti Perikatan sudah tidak relevan lagi dalam konteks masyarakat majmuk pada waktu itu.
“Adapun Umno yang tersungkur di Singapura pula terus berkubur di sana, dan tersingkirnya Singapura daripada bersama Malaysia merupakan dosa Umno,” katanya dalam kenyataan disiarkan Harakah.
Hadi berkata, PAS tidak pernah sekali-kali berputus asa untuk menyelamatkan keadaan, walaupun beberapa kali bersama Umno yang masih lagi tidak insaf terhadap kesilapannya, tetapi masih mahu memaksa PAS dengan pendekatannya yang salah.
“Akan tetapi, Umno masih lagi membawa pendekatan asabiyyah Melayu yang hanya melibatkan Umno dan PAS sahaja serta meminggirkan sahabatnya sendiri daripada kalangan Bersatu,” katanya.
Beliau ketika mengulas lanjut berkata pendekatan BN dianggap sudah tidak lagi relevan.
“Semua mengetahui mengapa Umno mahukan PAS sahaja dan PAS sekali-kali tidak boleh diperbodohkan dalam politik yang sempit,” katanya.
Hadi berkata, dalam pendekatan yang berjaya menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, PAS terlebih dahulu mengadakan hubungan dengan Bersatu yang ketika itu masih berada dalam kerajaan, sebelum Umno turut bersama selepas pilihan raya umum ke-14 baru sahaja berlangsung.
“Demikian itu, disebabkan oleh kedudukan sebahagian pemimpin Bersatu sebelumnya bersama Umno yang bertindak keluar daripada parti itu, ketika Umno sedang bermasalah dalam pentadbiran kerajaannya sehingga jatuh kerajaan itu,” katanya.
Katanya, PAS menolak tawaran untuk bersama PH yang salah hala tujunya. Malah, tidak bersama Umno melalui pendekatan BN yang telah bocor bahteranya kerana PAS tidak mahu tenggelam bersama.
“Walaupun terdapat segelintir ahli PAS yang digoda supaya mengubah ‘road map’ dan hala tuju PAS, namun yang tergoda itu akan kembali ke pangkal jalannya, atau terpelanting jatuh disambar jerung, atau tenggelam dalam gelombangnya sepertimana mereka yang pernah melakukannya dahulu,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/02/hadi-kritik-pendekatan-asabiyyah-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amaran Dari Haji Hadi Buat Umno

Amaran Dari Haji Hadi Buat Umno

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 200 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini memberikan amaran terhadap strategi politik mencetuskan pilihan raya negeri didalangi kluster mahkamah Umno dalam sebuah kenyataan paling keras sejak Muafakat Nasional termeterai antara PAS dan parti k...
Cubaan Untuk Main Dua Kolam Tak Dapat Sambutan Umno Hadi Cuba Buar Gempar

Cubaan Untuk Main Dua Kolam Tak Dapat Sambutan Umno Hadi Cuba Buar Gempar

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 188 hits
PRN HANYA MENYUSAHKAN RAKYAT HADI AWANG MARANG 28 Jan Pas menyifatkan pilihan raya negeri adalah stategi yang tidak sihat dan tindakan itu hanya menyusahkan rakyat Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata usaha itu dilakukan oleh mereka...
Apa Pandangan Hadi Terhadap Umno Yang Sekarang Sombong Dan Banyak Syarat Selepas Terasa Kuat

Apa Pandangan Hadi Terhadap Umno Yang Sekarang Sombong Dan Banyak Syarat Selepas Terasa Kuat

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 199 hits
PAS perlu mempunyai mekanisme dan kekuatan strategi untuk memastikan umno Jangan sombong diri untuk perpaduan ummah Sepatutnya tiada syarat ketat untuk bersama bukan sahaja dengan PAS tetapi umno mesti terima perpaduan dengan parti Melayu d...
Akhirnya Haji Hadi Mengakui Pas Lah Yang Memberi Tongkat Kepada Umno

Akhirnya Haji Hadi Mengakui Pas Lah Yang Memberi Tongkat Kepada Umno

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 243 hits
Malaysiakini Itik kaki patah ini bila sembuh nak berenang sendiri Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengumpamakan Umno seperti itik patah kaki yang mahu berenang sendiri setelah sembuh Dia berkata demikian ketika mengulas tindakan Umno memutusk...
Umno Veep Politely Taunts Pas After Hadi Vents About Johor Polls

Umno Veep Politely Taunts Pas After Hadi Vents About Johor Polls

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 270 hits
After PAS lashed out at Umno for refusing to cooperate in the Johor polls Umno vice president Mohamed Khaled Nordin responded by seemingly complimenting while also taking a dig at the Islamist party Noting PAS president Abdul Hadi Awang s b...
Tok Mat Bidas Hadi Umno Bangkit Bukan Kerana Pas

Tok Mat Bidas Hadi Umno Bangkit Bukan Kerana Pas

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 218 hits
Tok Mat bidas Hadi UMNO bangkit bukan kerana PAS Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menegaskan Umno berjaya bangkit semula selepas kekalahan besar pada pilihan raya umum ke 14 lalu bukan kerana ubatan mujarab PAS tetapi kerana dukungan or...
Jangan Buat Prn Lagi Jika Tidak Kita Bertindak Balas Hadi Beri Amaran Kepada Umno

Jangan Buat Prn Lagi Jika Tidak Kita Bertindak Balas Hadi Beri Amaran Kepada Umno

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 175 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa PAS dan Perikatan Nasional mempunyai kekuatan tersendiri untuk bertindak balas terhadap strategi Umno mencetuskan pilihan raya di Johor dan sebelum ini di Melaka Beliau turut menuduh kalan...
Kah Kah Sebenarnya Dua Dua Parti Penipu Melayu Pas Kata Umno Umno Kata Pas Dua Dua Hampas

Kah Kah Sebenarnya Dua Dua Parti Penipu Melayu Pas Kata Umno Umno Kata Pas Dua Dua Hampas

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 197 hits
Rundingan kerusi PRN Johor Pas kata Umno menipuJanuary 27 2022 PAS berpendapat sebarang dakwaan daripada parti lain mengenai rundingan pembahagian kerusi melibatkan mereka di Johor adalah suatu pembohongan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Mu...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


From Startup To Unicorn Status

Mocha Cafe Parit Buntar 2025 Part 2

Sambut Raya Aidiladha Di Bandar

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Hukum Dan Adab Korban Dalam Islam Panduan Lengkap Untuk Ibadah Raya Haji