Tok Mat Bidas Hadi Umno Bangkit Bukan Kerana Pas
Tok Mat bidas Hadi, UMNO bangkit bukan kerana PAS
Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menegaskan Umno berjaya bangkit semula selepas kekalahan besar pada pilihan raya umum ke-14 lalu bukan kerana ubatan mujarab PAS, tetapi kerana dukungan orang Melayu terhadap parti itu.
Mohamad yang lebih dikenali dengan gelaran Tok Mat berkata kejayaan Umno ketika ini juga ekoran prestasi buruk kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.
“Bagi mereka yang menggelar Umno dengan pelbagai gelaran – itik, angsa, harimau dan sebagainya, gelarlah dengan pelbagai gelaran apa pun.
“Umno masih lagi parti Melayu terbesar. Malah parti politik terbesar di Malaysia. Kami bangkit semula bukan kerana ‘ubatan mujarab’ PAS. Tetapi kerana dukungan orang Melayu terhadap Umno, dan kerana buruknya prestasi kerajaan PH dan PN,” katanya di Facebook.
Kenyataan itu dipercayai bagi membidas dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang semalam yang menuduh kalangan pemimpin Umno sebagai “tidak bermaruah dan tidak betul” kerana mencetuskan PRN Johor.
Ahli Parlimen Marang itu juga mengingatkan bahawa PAS yang “menyelamatkan” Umno-Barisan Nasional apabila ia tumbang pada pilihan raya lalu namun jasa itu dilupakan, dan turut menggelar Umno sebagai “itik yang patah kaki”.
Mohamad berkata pada dasarnya PAS mengetahui bahawa parti itu tidak mampu kekal menjadi sebahagian dalam kerajaan pusat tanpa Umno selepas PRU nanti.
“Tanpa Umno, PAS juga tidak boleh menjadi sebahagian dari kerajaan persekutuan hari ini.
“Jika PAS merasakan BN itu tidak lagi relevan, kita pulangkanlah kepada rakyat untuk memutuskannya. Dan biarlah rakyat juga memutuskan sama ada PAS dan PN itu relevan lagi atau tidak,” katanya.
Mengenai dakwaan Hadi bahawa strategi Umno mencetuskan PRN Johor dan Melaka sebelum ini didalangi oleh kluster mahkamah dalam parti itu, Mohamad berkata PRN itu diadakan atas pelbagai sebab strategik dan bukan kerana kehendak “kluster” tertentu di dalam Umno.
“Menteri Besar Johor (Hasni Mohammad) mempunyai sebab tersendiri bagi mendapat mandat baru dan itu bukan urusan parti lain untuk mempersoalkannya.
“Beliau diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh parti untuk menasihati Sultan Johor, sesuai keadaan dan keperluan, bagi pembubaran DUN,” katanya.
“Menuduh ‘kluster’ itu dan ini sebagai penyebabnya adalah sangat tidak munasabah. Untuk makluman, istilah itu hanya ciptaan musuh Umno sahaja.” FMT
Tok Mat bidas Hadi, UMNO bangkit bukan kerana PAS
Baca Artikel Menarik :
Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami
Hadi ugut UMNO?
Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’
Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu
JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman
Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’
Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu
Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO]
‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”
Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]
Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis
The post Tok Mat bidas Hadi, UMNO bangkit bukan kerana PAS appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/29/tok-mat-bidas-hadi-umno-bangkit-bukan-kerana-pas/