Hadi Dakwa Dap Sambung Usaha British Mahu Hapus Ketuanan Melayu Bumiputera


bharian.com.my
Oleh Ahmad Suhael Adnan
[email protected] 8, 2023 @ 4:16pm
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi menyerang DAP menggunakan retorik kaum dan agama, dengan mendakwa parti itu memiliki agenda perkauman Cina serta menyambung usaha penghapusan ketuanan Melayu serta Bumiputera yang dirancang penjajah British.

Tindakan Abdul Hadi itu dilihat bertentangan dengan saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, yang mengingatkan semua pihak tidak memainkan isu sensitif, khususnya 3R (agama, bangsa dan raja) ketika berkempen untuk pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Presiden PAS itu antaranya mendakwa DAP mahu mengekalkan maksud Islam dalam Perlembagaan mengikut acuan penjajah dengan mempertahankan konsep liberalisme dan kebebasan yang diperjuangkan Barat.

Beliau juga mendakwa DAP menggunakan jurubicara dalam kalangan orang Melayu untuk mencapai agenda parti itu, manakala parti lain yang bekerjasama dengan DAP hanya menumpang pengaruhnya untuk menang.

"DAP mempunyai tujuan politik bagi perkauman Cina dengan usaha mendapat undi tambahan Melayu dan kaum lain bagi mencapai cita-citanya itu.

"DAP tidak perlu bersuara kuat lagi, hanya sekali-sekala sudah cukup. Ini kerana mereka berjaya melantik jurubicara dalam kalangan Melayu yang lupa akan kemelayuannya dan lalai akan keislamannya, malah menganggap Melayu sangat rasis apabila bersuara membela Melayunya, atau Islamnya fanatik jika bercakap mengenai Islam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Razarudin mengingatkan semua pihak tidak memainkan isu sensitif termasuk 3R, malah ketika tempoh berkempen, pihaknya mempunyai pasukan perakam dan pegawai penyiasat bermula pada hari penamaan calon hingga pasca hari mengundi.

Beliau berkata, polis akan menyiasat sesiapa juga sama ada orang awam, ahli politik atau ahli perniagaan jika ada keterangan yang mereka menyentuh isu sensitif seperti 3R.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi juga mendakwa tindakan pimpinan DAP yang menentang penguatkuasaan hal ehwal Islam di negeri pimpinan PAS, menunjukkan sikap DAP yang mahu mengekalkan pelaksanaan Islam mengikut acuan penjajah.

Antaranya, beliau mendakwa DAP pernah menyatakan tidak senang dengan larangan arak kepada penganut Islam di Kelantan, selain berusaha menghalang usaha memperkukuh bidang kuasa Mahkamah Syariah menerusi Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355).

Ahli Parlimen Marang itu juga membidas tindakan pemimpin DAP yang menentang penguatkuasaan menutup aurat bagi orang Islam dan berpakaian sopan bagi orang bukan Islam di negeri ditadbir PAS, dengan menyifatkan DAP hanya mempertahankan budaya Barat yang tiada kaitan dengan kaum Cina atau India.

"Isu hiburan bebas yang bukan budaya kita, tiba-tiba DAP dan rakan-rakannya turut membuat kenyataan yang melonjak-lonjak dan mempertahankan konsep liberalisme atas nama kebebasan Barat yang sudah terbabas daripada fitrah kemanusiaan.

"Terakhir ialah pindaan Kanun Keseksaan sangat longgar bagi membebaskan percubaan bunuh diri yang diharamkan Islam terhadap semua rakyat tanpa mengira agama.

"Bersama konsep 'Malaysian Malaysia', bermakna hak Melayu dan Bumiputera cuba dirungkaikan ikatannya dalam Perlembagaan Persekutuan oleh DAP melalui banyak kenyataan dan tindakan yang tidak boleh dinafikan," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/07/hadi-dakwa-dap-sambung-usaha-british.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Islamofobia Gelar Kejayaan Pas Sebagai Gelombang Hijau Kata Hadi

Dap Islamofobia Gelar Kejayaan Pas Sebagai Gelombang Hijau Kata Hadi

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 208 hits
DAP Islamofobia gelar kejayaan PAS sebagai gelombang hijau kata Hadi Dikemas kini 11 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Jun
Dap Kerap Ugut Dr M Ketika Jadi Pm Dakwa Pemimpin Bersatu

Dap Kerap Ugut Dr M Ketika Jadi Pm Dakwa Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 255 hits
Razali Idris berkata DAP juga mendesak Dr Mahathir Mohamad menyalurkan peruntukan sama rata kepada semua rumah ibadat tanpa mengira agama PETALING JAYA Seorang pemimpin Bersatu mendakwa DAP bukan saja tidak menghormati Dr Mahathir Mohamad k...
Melayu Ni Mudah Ja Mahathir Dia Guna Bangsa Dan Kali Ni Dia Bagi Hadi Main Isu Agama

Melayu Ni Mudah Ja Mahathir Dia Guna Bangsa Dan Kali Ni Dia Bagi Hadi Main Isu Agama

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 308 hits
Tak mampu serang dasar Kerajaan Perpaduan tak mampu cari kelemahan pentadbiran DS Anwar jadi yang ada hanya satu pilihan tanamkan rasa benci orang Melayu kepada DAP Caranya Dengan main sentimen agama dan kaum Hakikatnya negara ini memang ne...
Pemuda Umno Bidas Guan Eng Tapi Zahid Pertahan Dakwa Cuba Burukkan Dap

Pemuda Umno Bidas Guan Eng Tapi Zahid Pertahan Dakwa Cuba Burukkan Dap

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 167 hits
agendaily com09 7 2023Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan kenyataan Lim Guan Eng Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan Pengerusi DAP Lim Guan Eng yang didakwa sengaja membangkitkan isu 3R iaitu agama raja da...
Finnet Indonesia Anak Usaha Telkom Luncurkan Finpay Link

Finnet Indonesia Anak Usaha Telkom Luncurkan Finpay Link

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 285 hits
Finpay Link adalah web link atau URL unik yang dibuat oleh sistem Finpay untuk memfasilitasi transaksi pembayaran Cara ini mampu memberikan kemudahan dalam melakukan pembayaran dari pelanggan atau klien tanpa memerlukan dedicated payment ga...
Benarkah Selangor Halang Usaha Dakwah

Benarkah Selangor Halang Usaha Dakwah

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 153 hits
Mohd Fauzi FadzilTuduhan yang melampau terus dilemparkan terhadap kerajaan Selangor menjelang pilihanr raya negeri dijangka sekitar Ogos nanti Sebelum ini kerajaan negeri dituduh cuba menghalang usaha dakwah apabila beberapa penceramah dita...
Dah Pandai Sebut Nama Penuh Sendiri Bukan Main Petah Sambung Ayat Ibu Ramai Geram Tengok Fatima

Dah Pandai Sebut Nama Penuh Sendiri Bukan Main Petah Sambung Ayat Ibu Ramai Geram Tengok Fatima

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 406 hits
Tempias populariti ibu dah ayahnya Nur Fatima Aisya anak kesayangan pelakon Fazura dan Fattah Amin sentiasa menjadi perhatian ramai Kepetahan anak kecil itu yang kini berusia dua tahun lebih itu sentiasa buat wargamaya terhibur Ada sahaja j...
Anwar Malaysia Tolak Sekularisme Ras Adiba Bisik Sambung Jawatan Ki

Anwar Malaysia Tolak Sekularisme Ras Adiba Bisik Sambung Jawatan Ki

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 178 hits
Jul 11 2023 Antara yang menarik pagi ini 1 PM Anwar akan jadikan Tun M tak relevan 2 Tak pelik Anwar Zahid sembunyikan DAP 3 Sekularisme sepenuhnya tidak diterima di Malaysia 4 Tiada keadilan buat Najib penyokong protes PRN 5 Sanusi Rafizi ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba