Dap Kerap Ugut Dr M Ketika Jadi Pm Dakwa Pemimpin Bersatu


 
Razali Idris berkata, DAP juga mendesak Dr Mahathir Mohamad menyalurkan peruntukan sama rata kepada semua rumah ibadat tanpa mengira agama.PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu mendakwa DAP bukan saja tidak menghormati Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri buat kali kedua pada 2018, bahkan mengugutnya sehingga menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris mendedahkan DAP kerap mengancam pentadbiran Mahathir ketika itu dengan pelbagai ugutan, termasuk memaksanya membina lebih banyak sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).
“Contoh paling nyata semasa pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai. Salah satu DUN ialah Pekan Nanas, masa ini ADUN itu daripada DAP dan Lim Guan Eng (setiausaha agung DAP ketika itu) datang jumpa Tun dan berkata sekiranya tak dirikan SJKC di Pekan Nanas, orang Cina DAP takkan sokong calon PH di Tanjung Piai.
Ads by Kiosked“Demi menarik undi dan menjaga hati rakan kongsinya, Mahathir terpaksa akur dengan desakan DAP membina SJKC di Tanjung Piai dan akhirnya PH kalah besar dalam PRK itu,” katanya yang ketika itu ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.
Razali memberitahu FMT, Bersatu yang juga sekutu PH ketika itu tidak senang dengan pelbagai ugutan DAP terhadap pentadbiran Mahathir.
Antara yang tegas membantah “permintaan” DAP ialah Menteri Pendidikan ketika itu, Maszlee Malik yang tidak mahu mendirikan SJKC atau sekolah jenis kebangsaan Tamil baharu.
Katanya, DAP juga mendesak Mahathir menyalurkan peruntukan sama rata kepada semua rumah ibadat tanpa mengira agama.
“Peruntukan untuk surau dah ada dalam bajet setiap tahun, tetapi peruntukan untuk rumah ibadat bukan Islam ini adalah ehsan kerajaan kerana rumah ibadat bukan Islam tak banyak seperti masjid dan surau.
“Tapi Guan Eng buat desakan juga, ugut bermacam-macam minta peruntukan mesti sama rata…jadi Tun agak susah menangani DAP ketika dia jadi PM kali kedua.
Ads by Kiosked“Sebenarnya, banyak lagi desakan atau ugutan yang DAP buat ketika itu,” katanya mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook menyangkal dakwaan Mahathir bahawa parti itu tidak pernah mengugut dan menarik sokongan sepanjang 22 bulan PH berkuasa.
Ia menyusul kenyataan Mahathir mendakwa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim “terpaksa mengikut manifesto DAP” akibat pengaruh parti itu ke atas kerajaan.
Bekas ahli MPT Bersatu, Zuraida Kamaruddin turut mendedahkan DAP secara terang-terangan mengugut Mahathir di pentas ceramah PRK Sandakan pada Mei 2019, dengan Lim Kit Siang memberi amaran akan melepaskan jawatan penasihat DAP sekiranya Mahathir tidak menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar.
“Kenyataan daripada pemimpin DAP paling berpengaruh ketika itu telah menyebabkan banyak pihak dalam PH merasa tidak selesa dan mula mempertikaikan niat sebenar DAP.
“Oleh itu, saya ingin mengingatkan Loke dan pemimpin DAP lain tidak bersikap ‘lempar batu sembunyi tangan’ berkaitan peletakan jawatan Mahathir setelah 22 bulan memerintah negara.
“Sikap DAP yang tidak ikhlas dalam menyokong pentadbiran Mahathir ketika itu secara langsung turut menyumbang kepada peletakan jawatan perdana menteri ketujuh ketika itu,” katanya dalam kenyataan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/07/dap-kerap-ugut-dr-m-ketika-jadi-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Youtuber Dakwa Pemimpin Pas Ambil Video Tanpa Kebenaran Beri Gambaran Salah

Youtuber Dakwa Pemimpin Pas Ambil Video Tanpa Kebenaran Beri Gambaran Salah

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 216 hits
Cha Zhi TingSeorang pencipta kandungan di Youtube membuat laporan polis mendakwa Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari mengambil dan memberi gambaran yang salah terhadap salah satu videonya Pemilik saluran Youtube Ah Yau Talks Politics Tang ...
Dakwa Sanusi Ugut Boikot Prn Kerana Mukhriz Tak Logik Kata Setpol

Dakwa Sanusi Ugut Boikot Prn Kerana Mukhriz Tak Logik Kata Setpol

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 266 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Setiausaha politik kepada menteri besar Kedah menepis dakwaan bahawa majikannya Sanusi Md Nor mengugut akan memboikot PRN tidak lama lagi disebabkan anak bekas perdana menteri Mukhriz Mahathir Hilmi Abd Wahab berk...
Pemimpin Ahli Muda Yang Enggan Bersama Syed Saddiq Diajak Sertai Dap

Pemimpin Ahli Muda Yang Enggan Bersama Syed Saddiq Diajak Sertai Dap

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 204 hits
Ilah Hafiz Azizillahhafiz abdulaziz bh com myKUALA LUMPUR DAP hari ini mempelawa pemimpin dan ahli Parti Ikatan Demokratik Malaysia yang tidak bersetuju dengan pendirian kepemimpinannya bertanding solo dalam Pilihan Raya Negeri kelak untuk ...
Kompaun Seluar Pendek Pemimpin Bersatu Kecam Mpkb

Kompaun Seluar Pendek Pemimpin Bersatu Kecam Mpkb

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 195 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang pemimpin Bersatu mengecam Majlis Perbandaran Kota Bharu kerana mengeluarkan kompaun terhadap seorang wanita bukan Islam susulan berpakaian tidak sopan selain menganggap tindakan itu salah dan menyalahi und...
Bukan Semua Ahli Pemimpin Dap Setuju Kerjasama Dengan Umno

Bukan Semua Ahli Pemimpin Dap Setuju Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 161 hits
Kenyataan dibuat bekas Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menunjukkan bukti jelas bukan semua ahli akar umbi atau pemimpin parti itu bersetuju keputusan bekerjasama dengan Umno membentuk Kerajaan Perpaduan Penganalisis politik Dr Mohammad Ta...
Hadi Dakwa Dap Sambung Usaha British Mahu Hapus Ketuanan Melayu Bumiputera

Hadi Dakwa Dap Sambung Usaha British Mahu Hapus Ketuanan Melayu Bumiputera

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 234 hits
bharian com myOleh Julai 8 2023 4 16pmPresiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang Gambar failKUALA LUMPUR Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi menyerang DAP menggunakan retorik kaum dan agama dengan mendakwa parti itu memiliki agenda...
Ibu Dakwa Guru Kerap Gigit Anak Di Sekolah Kini Trauma

Ibu Dakwa Guru Kerap Gigit Anak Di Sekolah Kini Trauma

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 243 hits
Imej hiasanPETALING JAYA Seorang murid enam tahun berasa trauma setiap kali ke sekolah gara gara sering digigit oleh gurunya Perkara itu didedahkan oleh ibunya sendiri menerusi hantaran di Facebook semalam Kata wanita yang menggunakan akaun...
Pemuda Umno Bidas Guan Eng Tapi Zahid Pertahan Dakwa Cuba Burukkan Dap

Pemuda Umno Bidas Guan Eng Tapi Zahid Pertahan Dakwa Cuba Burukkan Dap

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 160 hits
agendaily com09 7 2023Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan kenyataan Lim Guan Eng Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan Pengerusi DAP Lim Guan Eng yang didakwa sengaja membangkitkan isu 3R iaitu agama raja da...
Jangan Hina Penjawat Awam Ahmad Fadhli Bidas Zahid Dakwa Ada Kacang Hantu

Jangan Hina Penjawat Awam Ahmad Fadhli Bidas Zahid Dakwa Ada Kacang Hantu

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 221 hits
agendaily com05 07 2023Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari membidas kenyataan Zahid Hamidi Penghinaan terhadap penjawat awam dengan dakwaan kononnya terdapat kacang hantu di dua jabatan kerajaan dikecam Pemuda Pemuda Perikat...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp