Had Umur Kahwin Di Johor Ditetapkan Minimum 18 Tahun Bagi Lelaki Dan Wanita


Bernama Had umur perkahwinan di Johor ditetapkan minimum 18 tahun bagi lelaki dan perempuan beragama Islam dan bukan Islam. - Gambar hiasan  
JOHOR BAHRU: Had umur perkahwinan di Johor ditetapkan minimum 18 tahun bagi lelaki dan perempuan beragama Islam dan bukan Islam seperti diselaraskan peringkat pusat.

Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata sebelum ini, usia perkahwinan di negeri ini dibenarkan minimum 18 tahun untuk lelaki manakala 16 tahun untuk perempuan.

Beliau berkata bagaimanapun, perkahwinan di bawah 18 tahun masih boleh diberi kelonggaran untuk dilakukan dengan mengikut alasan munasabah selain perlu mendapat kelulusan menteri besar.

"Dalam mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang lepas (16 Okt di Putrajaya), kita (kerajaan) sudah tetapkan perkahwinan tidak kira Islam atau bukan Islam berumur 18 tahun ke atas tetapi boleh diberi kelonggaran, mestilah munasabah.

"Dibolehkan juga berkahwin di bawah umur 18 tahun tetapi dengan mendapat kelulusan menteri besar atau ketua menteri," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perdana Belia Negara 2018 peringkat Johor di sini pada Ahad.

Osman berkata had umur minimum 18 tahun tersebut juga sudah dibincangkan dengan Peguam Negara.

Sementara itu, mengenai Bajet Johor 2019 yang dijadual dibentang 29 Nov ini, beliau berkata ia akan berlandaskan lapan teras di bawah Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 yang merangkumi melaksanakan pembangunan lestari, demokrasi dinamik dan kesaksamaan sosial, urus tadbir cekap, berintegriti dan demokratik, penggerak zon perdagangan dan komuniti digital serta memperkasa sistem pendidikan Islam, modal insan dan warisan Johor.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan meneliti inti pati Bajet 2019 yang akan dibentang Perdana Menteri, 2 Nov ini supaya sebarang rancangan di negeri ini selari dengan pusat.

Ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri yang meminta cadangan daripada rakyat dalam merangka inti pati Bajet Johor, beliau berkata ia bagi memastikan kerajaan mendengar idea yang baik daripada rakyat.

"Badan bukan kerajaan (NGO) dan media juga, kalau ada idea, boleh bantu kita (kerajaan negeri). Ini bukan semata-mata idea dan kehendak kerajaan, kita mendengar idea yang baik daripada rakyat," katanya.

Sementara itu, pada majlis itu, lapan pemenang Anugerah Perdana Belia Negara 2018 peringkat Johor membawa pulang wang tunai keseluruhan RM43,000, piala iringan dan sijil penghargaan antaranya Fauzi Faizal dari Kelab Belia Sungai Tiram yang memenangi kategori belia lelaki, Nor Latifah Ali Syaiful dari Persatuan Belia Bintang Selatan memenangi kategori wanita manakala Majlis Belia Daerah Segamat memenangi kategori Badan Gabungan Terbaik Majlis Belia Negeri Johor. -- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/10/had-umur-kahwin-di-johor-ditetapkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Kahwin Gadis Johor Bawah 18 Tahun Perlu Kelulusan Menteri Besar Atau Ketua Menteri

Nak Kahwin Gadis Johor Bawah 18 Tahun Perlu Kelulusan Menteri Besar Atau Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 695 hits
Kenapa perkahwinan perlu dibuat had umur Bukankah ia satu diskriminasi terhadap nafsu seks samada lelaki atau perempuan Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju Secara normal jarang kita tanya gadis yang umur 18 tahun pada hari ini bersedi...
Mukhriz Tak Mungkin Dr Mahathir Jadi Pm Sampai Umur 100 Tahun

Mukhriz Tak Mungkin Dr Mahathir Jadi Pm Sampai Umur 100 Tahun

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 296 hits
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz MahathirALOR SETAR Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberi tempoh untuk mentadbir dan membersihkan sistem kerajaan terlebih dahulu sebelum menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Menteri Be...
Jadikan Tidur Siang Rutin Buat Anak Walaupun Dah Umur 3 Tahun Ke Atas 20 Minit Pun Dah Memadai

Jadikan Tidur Siang Rutin Buat Anak Walaupun Dah Umur 3 Tahun Ke Atas 20 Minit Pun Dah Memadai

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 377 hits
Apabila anak umur 3 tahun ke atas tidur siang seolah olah dah tak jadi rutin buat anak anak Ibu bapa mula bagi kelonggaran dan tak paksa pun mereka tidur Maksudnya usia anak waktu ini mereka di beri kebebasan sama ada nak tidur atau tak Nam...
Avicii Mati Pada Umur 28 Tahun Di Oman

Avicii Mati Pada Umur 28 Tahun Di Oman

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 376 hits
Avicii yang merupakan DJ musik elektronik telah disahkan mati di Oman Pada 20 April 2018 Punca kematiaan masih tidak diketahui Tetapi ramai yang tahu bahawa Avicii memang mempunyai masalah kesihatan semenjak 2016 lagi Sehingga dia terpaksa ...
Rahsia Panjang Umur Tun Mahathir Masih Sembahyang Berdiri Walau Umur Lebih 90 Tahun

Rahsia Panjang Umur Tun Mahathir Masih Sembahyang Berdiri Walau Umur Lebih 90 Tahun

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 509 hits
Tun Mahathir telah mencipta sejarah yang besar dalam arena politik Malaysia dan dunia Baru baru ini Tun Mahathir telah menjadi Perdana Menteri ke 7 Malaysia walaupun pada usia 92 tahun Apa rahsia panjang umur Tun Mahathir ni ye Tun Mahathir...
Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal Cucu Zahid Hamidi Baru Umur 9 Tahun Tapi Sudah Pandai Mengugut

Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal Cucu Zahid Hamidi Baru Umur 9 Tahun Tapi Sudah Pandai Mengugut

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 432 hits
Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal Cucu Zahid Hamidi baru umur 9 tahun tapi sudah pandai mengugut Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal Cucu Zahid Hamidi baru umur 9 tahun tapi sudah pandai mengugut
Wanita Mintak Cerai Selepas Seminggu Kahwin Kerana Pistol Suaminya Terlalu Besar

Wanita Mintak Cerai Selepas Seminggu Kahwin Kerana Pistol Suaminya Terlalu Besar

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 273 hits
NIGERIA Walaupun baru seminggu mendirikn rumahtangga seorang wanit yang dikenali sebagai Aisha Dannupawa telah memohon suaminya Ali Maizinari mencerai beliau kerana sudah tidak tahan lagi Aisha memohon cerai kerana tidak tahan melakukan hub...
Tahun Ni Saya Hairan Raja Zarith Ikut Saya Sepanjang Jalan Sultan Johor

Tahun Ni Saya Hairan Raja Zarith Ikut Saya Sepanjang Jalan Sultan Johor

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 1255 hits
Tahun ni saya hairan Raja Zarith ikut saya sepanjang jalan Begitu titah Sultan Johor apabila Raja Zarith Sofiah sanggup menemainya memandu kereta beroda tiga Morgan itu ketika program KMJ berdua duaan Baginda ditemani anakanda anakanda bagi...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti