Had Umur Belia Jangan Diputuskan Dahan Sebelum Ranting Mampu Berteduh




Oleh: Tc Sivanesan Tamil Selvam, Exco Majlis Belia Malaysia
Sebagai seorang Exco Majlis Belia Malaysia dan aktivis yang telah menghabiskan lebih satu dekad dalam bidang pembangunan belia, saya menulis artikel ini dengan hati yang berat tetapi penuh keprihatinan. Keputusan untuk melaksanakan had umur belia kepada 30 tahun mulai 1 Januari 2026 bukanlah satu langkah kecil — ia adalah perubahan dasar yang akan mencorak masa depan kepimpinan negara di semua peringkat.
Saya mengiktiraf niat baik kerajaan untuk menyelaraskan definisi umur belia dengan piawaian antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Namun, realitinya, pendekatan satu acuan untuk semua ("one-size-fits-all") tidak sesuai dalam konteks Malaysia yang kaya dengan keunikan sosioekonomi, budaya dan sejarah.
kematangan seorang pemimpin tidak boleh diukur semata-mata pada nombor. Umur hanyalah angka, tetapi kebijaksanaan, pengalaman dan kestabilan hidup adalah hasil perjalanan. Ramai di antara kita mula benar-benar 'menemui diri' dalam pertengahan usia 30-an, ketika sudah stabil dalam kerjaya dan lebih bersedia untuk berbakti.
Bak kata peribahasa, “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas” – peranan dan nilai pertubuhan belia bukan sekadar bergantung kepada usia ahli-ahlinya, tetapi juga kepada daya tahan mereka dalam memperjuangkan suara anak muda merentasi zaman dan cabaran.
Jurang Kepimpinan dan Risiko Kehilangan Legasi
Jika had umur diturunkan secara mendadak, kita akan menyaksikan satu generasi pemimpin muda yang ‘terputus’ sebelum sempat mewariskan pengalaman dan kepakaran. Ini bukan sekadar soal kehilangan jawatan – ini soal kehilangan institusi pengetahuan dan kesinambungan. Seperti peribahasa Melayu, “bagai menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak,” – perubahan ini perlu dilaksanakan dengan cermat, agar kita tidak meruntuhkan struktur demi mengejar pembaharuan.
Sebagai negara membangun, kita harus lebih realistik. Data dan kajian menunjukkan bahawa ramai anak muda Malaysia mencapai kestabilan kerjaya hanya selepas umur 30 tahun. Jika kita mengehadkan had umur belia, kita sebenarnya sedang menyempitkan laluan penyertaan aktif dalam kepimpinan dan proses demokrasi.


Saya saranan  agar had umur diturunkan secara berperingkat, dengan usia transisi kepada 35 tahun sehingga selepas PRU-16. Ini akan memberi masa kepada pertubuhan belia untuk menyesuaikan diri, merancang pelan pewarisan kepimpinan, dan menyediakan generasi baharu untuk memikul amanah.
Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pendidikan juga wajar memberi ruang kepada pembentukan kelab belia di peringkat sekolah menengah – bermula dari Tingkatan Tiga. Proses membina pemimpin bermula dari bawah. Kita perlu menanam benih sebelum mengharapkan pokok yang rimbun.
Kita mahu membentuk pemimpin, bukan sekadar melantik mereka. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” – ya, tetapi jangan pula ditebang buluh yang sedang berkembang hanya kerana ingin melihat rebung baru tumbuh. Pemuda ialah tenaga negara, dan tenaga ini harus dibimbing, bukan dibataskan secara tergesa-gesa.
Saya berharap agar kerajaan melihat isu ini bukan dari kaca mata undang-undang semata-mata, tetapi dengan pandangan jangka panjang dan semangat kenegaraan. Kita mahu membina negara dengan belia sebagai tulangnya – dan untuk itu, ruang mereka perlu cukup luas untuk bertumbuh.
Tc Sivanesan Tamil Selvam
Exco Majlis Belia Malaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nesan03.blogspot.com/2025/05/had-umur-belia-jangan-diputuskan-dahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Marah Anak Sebelum Tidur Nanti Luka Tu Dibawa Dalam Mimpi

Jangan Marah Anak Sebelum Tidur Nanti Luka Tu Dibawa Dalam Mimpi

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 228 hits
Kadang kadang kita terlalu penat sampai tak sedar kita marah anak sebelum dia masuk tidur Kita rasa kita tengah ajar dia berdisiplin tapi dalam diam kita lukakan hatinya Sedihnya dia tidur dalam tangisan dengan hati yang rasa tak disayangi ...
Kena Bayar Untuk Masuk Jangan Sampai Tertipu Ini Peringatan Penting Sebelum Isi Borang Ketibaan Thailand

Kena Bayar Untuk Masuk Jangan Sampai Tertipu Ini Peringatan Penting Sebelum Isi Borang Ketibaan Thailand

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 227 hits
Melalui laporan Astro Awani pihak berkuasa di Thailand telah berjaya mengesan sebuah laman web palsu yang mirip dengan portal rasmi Kad Ketibaan Digital Thailand Wujud laman web palsu TDAC 8216 scam 8217 pelancong Difahamkan laman web palsu
Jangan Lagi Berdiam Diri Rakyat Wajib Tentang Fatwa Keliru Hadi Awang

Jangan Lagi Berdiam Diri Rakyat Wajib Tentang Fatwa Keliru Hadi Awang

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 144 hits
KENYATAAN MEDIAPEMUDA AMANAH NASIONALJANGAN LAGI BERDIAM DIRI RAKYAT WAJIB TENTANG FATWA KELIRU HADI AWANG Pemuda AMANAH menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam agar bangkit menolak dan membantah kenyataan tidak bertanggungjawa...
Woi Mat Niaga Jangan Pecah Market Lah Ngarut Harga Tu Lelaki Dedah Peniaga Lain Berang Sebab Jual Burger Murah Rm3 90

Woi Mat Niaga Jangan Pecah Market Lah Ngarut Harga Tu Lelaki Dedah Peniaga Lain Berang Sebab Jual Burger Murah Rm3 90

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 133 hits
Baru baru ini tular satu hantaran di platform Threads memaparkan luahan seorang peniaga burger mengenai peniaga burger lain yang mengurut dia menjual satu burger ayam crispy dengan harga RM3 90 Berang burger dijual dengan harga RM3 90 Dapat...
Mak Bapak Doa Hari Hari Jangan Berkira Usah Kedekut Ibu Ayah Magnet Rezeki Anak Anak

Mak Bapak Doa Hari Hari Jangan Berkira Usah Kedekut Ibu Ayah Magnet Rezeki Anak Anak

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 173 hits
Bila cakap pasal rezeki ramai antara kita terus bayangkan duit masuk sales padu atau job datang bertubi tubi Tapi kadang kadang kita lupa salah satu pintu rezeki paling powerful sebenarnya datang dari senyuman ibu dan reda seorang ayah Kong...
Sultan Pahang Bertitah Agar Pentadbir Tanah Jangan Jadi Boneka Undang Undang Tidak Boleh Dipilih Pilih

Sultan Pahang Bertitah Agar Pentadbir Tanah Jangan Jadi Boneka Undang Undang Tidak Boleh Dipilih Pilih

papar berkaitan - pada 20/4/2025 - jumlah : 229 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengingatkan semua pentadbir tanah semua peringkat negeri ini tidak menjadi boneka yang diperalatkan sebaliknya menjadi benteng hadapan negeri Baginda sehubungan i...
Jangan Bangun Tidur Lambat

Jangan Bangun Tidur Lambat

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 226 hits
1 Antara kesilapan terbesar sebahagian ibu bapa adalah membenarkan anak2 mereka bangun tidur lambat di hari tidak bersekolah 2 Ungkapan yang biasa didengari adalah Takpelah bangun lambat hari tak sekolah 3 Itu salah sekolah atau tak sekolah...
Jangan Lupa Doakan Ayah Ibu Bila Kami Tiada Ucapan Deep Tokti Untuk Birthday Afwa

Jangan Lupa Doakan Ayah Ibu Bila Kami Tiada Ucapan Deep Tokti Untuk Birthday Afwa

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 148 hits
Afwa Menyambut Ulang Tahun Kelahirannya yang Ke 4 Ulang tahun kelahiran anakanda tercinta Muhammad Afwa disambut penuh syukur dan haru oleh ibunya yang juga penyanyi tersohor negara Dato Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti D...
Penjelasan Rasmi Ali Batsyah Siapa Sebenarnya Jebat Derhaka

Misteri Identiti Mayat Terapung Dekat Tali Air Cetus Tanda Tanya Warga Seberang Perai

Hiburan Rezeki Untuk Dikongsi Fida Jungle Girl Sumbang Rm100 000 30 Smart Tv Amp Taja Murid Istimewa Ke Abu Dhabi

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2026 Pesara

Melayu Champa Kaum Utsul Di Pulau Hainan

Belanjawan Madani Keempat Belanjawan Rakyat

Pekerja Kedai Serbaneka Ditemui Mati Di Sungai Disahkan Dibunuh Oleh Penyelia Sendiri

Pm Anwar To Table Budget 2026 In Parliament This Afternoon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flavorful Healthy Recipes For Dinner Low Carb

Hujung Minggu Pun Tiba

Dutch Master 6 Customs From Powerbrick

Yuka Mawar Chord

Ramles Walter Unchosen Chord

Tahiyat Akhir Sujud Penyerahan Terakhir Seorang Hamba