Total Lockdown Jom Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak Anak Ketika Dirumah Dengan 5 Aktiviti Menarik Ini


Total Lockdown? Jom Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak-Anak Ketika Dirumah Dengan 5 Aktiviti Menarik Ini!  |  Pejam celik pejam celik, sudah setahun lebih kita berhadapan dengan covid-19.. Sehingga ke hari ini kita masih berjuang membebaskan diri dari pandemik ini dan untuk kali keduanya kita melalui 'total lockdown'.. Sebut sahaja 'total lockdown', dah terbayang betapa bosan dan stressnya duduk berkurung di rumah sahaja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tanpa boleh kemana-mana.
Bukan kita yang dewasa ini sahaja merasa bosan, tetapi anak-anak juga dah mula meluahkan rasa bosan dek kerana tak dapat nak ke sekolah bermain dengan kawan-kawan dan tak boleh keluar bersiar-siar seperti sebelumnya.. Bila anak-anak dah mula meluah rasa bosan, kita sebagai ibu bapa perlulah merancang sesuatu bagi menghilangkan rasa bosan anak-anak agar mereka tidak berada dalam keadaan yang tertekan. Apa yang boleh kita lakukan adalah luangkan masa berkualiti bersama anak-anak ketika di rumah dengan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan.
5 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Ketika Di Rumah Bersama Anak-Anak
Dalam tempoh PKP ni, sekolah ditutup dan PdPR kembali dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.. Selain menghabiskan masa menyiapkan tugasan sekolah, aku selitkan juga aktiviti yang menarik dan menyeronokkan buat anak-anak aku supaya mereka tidak kebosanan mengadap kerja sekolah semata..
Kalau nak diikutkan, banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak sebenarnya.. Tapi, manalah sempat untuk kita lakukannya dalam masa satu hari kan.. So, kenalah pandai rancang.. Mungkin setiap hari tu kita boleh lakukan aktiviti yang berbeza-beza.. Yang penting, pilihlah aktiviti bukan sahaja menyeronokkan tetapi dapat juga memberi faedah kepada anak-anak kita.. 
Ok, di sini aku nak share dengan korang 5 aktiviti yang selalu aku lakukan bersama anak-anak aku sepanjang musim PKP ini.. 5 aktiviti ini merupakan aktiviti kegemaran anak-anak aku yang selalu mereka request di waktu terluang..
1.    Menampal dan Mewarna
Aktiviti mewarna dan melukis ni merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan bagi kanak-kanak.. Dengan berbekalkan pencil warna, crayon dan pelbagai alatan mewarna menjadikan mereka lebih bersemangat dan seronok untuk melakukan aktiviti ini.. Aktiviti ini dapat merangsang kreativiti anak-anak disamping dapat membantu meningkatkan daya tumpuan serta membentuk kordinasi tangan-mata anak-anak.. 
Terdapat pelbagai alatan mewarna serta buku mewarna dijual di pasaran sekarang.. Macam aku sendiri, aku lebih suka membeli buku mewarna untuk anak-anak aku dalam pelbagai jenis supaya mereka tidak bosan.. Lagi pun buku mewarna lebih mudah didapati di kedai-kedai dan banyak pilihan.. Untuk alatan mewarna pula aku lebih prefer pencil warna kerana mereka masih dalam fasa belajar.. Pencil warna lebih kemas bagi aku.. Sambil mereka mewarna, sambil mereka belajar tentang warna.. 
2.    Permainan Blok / Lego
Rasanya permainan ni tak asing lagi dikalangan kanak-kanak.. Kalau di pasaran sekarang ni pelbagai jenis permainan blok ada dijual.. Ada yang mahal dan ada yang murah.. So, boleh ikut kemampuan masing-masing.. Yang penting, manfaatnya sama saja.. 
Permainan blok ini sangat disarankan kepada anak-anak kerana ia dapat meningkatkan daya kreativiti anak-anak disamping mereka dapat berimaginatif dan belajar menyelesaikan masaalah semasa mereka membina sesuatu dari permainan ini.. Permainan ini juga dapat melatih daya konsentrasi dan koordinasi tangan dan mata kanak-kanak.
Terbaru aku belikan anak-anak aku permainan blok dalam bentuk yang sedikit berbeza dari kebiasaannya.. Ini juga mengelakkan dari mereka bosan dengan permainan blok dari bentuk yang sama.. Dengan pelbagai warna, menjadikan mereka lebih bersemangat untuk bermain sambil berfikir untuk membina sesuatu yang menarik.. 
3.    Playdoh



Satu lagi aktiviti yang dapat membina kreativiti anak-anak iaitu Playdoh.. Playdoh ni pun mudah didapati di kedai-kedai.. Ada juga yang lebih suka buat sendiri adunan Playdoh ini untuk anak-anak bermain dengan menggunakan beberapa bahan sahaja..
Selain dapat membina kreativiti anak-anak, Playdoh ini juga dapat melatih anak-anak dalam membina huruf atau abjad disamping dapat mengenal warna juga.. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh membina pelbagai bentuk lagi seperti haiwan, bangunan, tumbuhan dan sebagainya mengikut kreativiti mereka sendiri.. Dari sini mereka dapat berfikir dan membina imaginasi kreatif mereka serta membentuk keyakinan diri..
4.    Bina Benteng/Kubu/Rumah


Banyak istilahnya bagi permainan yang satu ni.. Haha.. Permainan ni memang setiap hari anak-anak aku akan lakukan.. Sebelum mereka mula, mereka akan minta kebenaran aku dulu untuk buat rumah katanya.. Mungkin risau aku marah sebabnya akan mengakibatkan rumah bersepah.. Tetapi selalunya aku membenarkan sahaja mereka melakukan aktiviti ini kerana aku tahu aktiviti ini sedikit sebanyak memberi pelajaran kepada mereka..
Dengan menggunakan bantal, selimut, kusyen, kotak dan sebagainya, mereka akan membina rumah, kubu atau benteng. Kadang kala aku juga akan dijebakkan bersama mereka membina bila mereka memerlukan pertolongan yang tak mampu mereka lakukan sendiri.. Bagi aku permainan ini dapat membantu mereka menjadi lebih kreatif dan menghilangkan rasa bosan mereka. Selain itu dapat meningkatkan daya imaginasi mereka dalam membina sesuatu.
5.    Bermain Online Game Untuk Relax Minda
  Sebut saja tentang online game ni, dah terbayang keseronokan bermainnya.. Bukan kita yang dewasa ni sahaja yang seronok bermain online game tetapi anak-anak juga.. Tidak salah untuk mereka bermain online game tetapi haruslah ada pemantauan dari kita sebagai ibubapa supaya tidak berlakunya ketagihan gadget.. 
Macam aku sendiri, aku akan bagi masa untuk mereka layan online game ini.. Selalunya dalam sehari aku akan benarkan mereka bermain online game 2 kali selama 1 jam sahaja untuk mereka relaxkan minda dengan permainan atas talian ini dan selepas itu aku akan pastikan mereka melakukan aktiviti lain pula supaya mereka tidak kebosanan.. Apa yang penting, aku  akan memilih game yang sesuai untuk mereka dan memberi impak yang positif kepada mereka..
Sekarang ni pun, telah banyak online game mesra kanak-kanak yang dapat membantu meningkatkan kecergasan minda mereka.. Selain sebagai hiburan, ada juga yang bersifat pendidikan.. Jadi, kenalah pandai memilih yang bersesuaian dengan anak kita..    
Game Online Free Untuk Kanak-Kanak di Plays.org
Baru minggu lepas aku perasan satu website online game free untuk kanak-kanak. Bukan apa, dari masa ke semasa aku akan mencari sesuatu yang bermanfaat untuk anak aku.. Kalau bermain game, aku mahukan mereka bermain sambil belajar.. Bukan hanya untuk keseronokan semata.. Jadi, aku rasa game online free di Plays.org ni sangat sesuai untuk aku masukkan dalam jadual aktiviti harian anak-anak aku di musim PKP ini.. 
Kalau korang nak tahu, Plays.org ini merupakan sebuah website yang menawarkan lebih daripada 100 FREE game untuk kanak-kanak dan yang paling best ianya tidak perlu dimuat turun, boleh dimainkan secara terus di website tersebut. Hanya perlu ke website Plays.org dan terus je boleh main game. Tak perlu nak download bagai.. Mudah kan!
Apa yang menariknya lagi, games di website Plays.org ini juga sentiasa dikemaskini dan diupload dengan games yang terkini. So, banyaklah pilihan yang ada.. Tidaklah hanya bermain game yang sama sahaja setiap hari.. 
Games di Plays.org Sesuai Untuk Kanak-Kanak Seawal Usia 4 Tahun
Bila dilihat kepelbagaian games yang ada di website Plays.org ini, bagi aku ianya juga sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 4 tahun kerana terdapat pelbagai kategori yang boleh dipilih mengikut kesesuaian umur.. Di Plays.org, ia bukan semata-mata games untuk keseronokan tetapi ia juga untuk pembelajaran kerana ada juga education game yang dapat membantu anak-anak bermain sambil belajar.. 

Ini adalah antara kategori yang boleh korang pilih.. Pelbagai kategori ada.. Sesuai untuk semua peringkat umur.. Yang penting pandai pilih.. Hehe.
Untuk anak aku Aqiff dan Qhaliff yang berumur antara 4 dan 6 tahun, aku lebih tekankan mereka bermain games dalam kategori kids dan education. Sebenarnya banyak lagi games yang sesuai untuk mereka tetapi aku lebih tekankan 2 kategori ini untuk mereka bermain sambil belajar.. Dengan adanya kategori di Plays.org ni, dapatlah kita kawal jenis game yang anak kita main di website ini agar bersesuaian dengan umur mereka.
Antara game yang menjadi pilihan Aqiff dan Qhaliff di Plays.org..
1.    Duck Shot - Carnival Shooting Gallery Game
Kalau mereka main game ni mesti riuh satu rumah dok berusaha tembak itik.. Biasanya mereka akan bertanding siapa yang menang.. Kalau yang menang tu mesti menjerit kemenangan.. Maka gamatlah satu rumah.. Haha.. Game duck shot ni bagi aku dapat memberikan daya fokus yang tinggi kepada mereka.

2. Flintstones Yabba Dabba Dinasaour Kids Jigsaw Puzzle Game
Game kedua pilihan mereka adalah dari jenis puzzle.. Bagus tau game macam ni kerana dapat membantu anak-anak berfikir dan menyusun strategi dalam menyelesaikan masalah

3.    Connet the Dots Game for Kids With Lever Timer
Ok, untuk game ini pula memerlukan anak-anak aku menepati masa.. Mereka akan berusaha sedaya upaya dalam mencantumkan dots menjadi bentuk penuh mengikut masa yang diberikan.. So, dalam game ini selain membuatkan mereka fokus, dapat juga mereka menepati masa.. 
Banyak lagi sebenarnya game favourite anak-anak aku.. Ada game berbentuk kuiz seperti Aliens Vs Math Practice Game for Kids.. Yang ini kebiasaannya aku praktikkan untuk Qhaliff supaya mahir dalam subjek matematik.. Bagus tau game ni untuk anak pandai matematik.. Walaupun nampak simple tetapi ia membantu untuk anak belajar tambah, tolak, darab dan sebagainya.


Ada masa aku bagi juga mereka peluang untuk berseronok dengan shooting games.. Aku tahu mereka memang suka games yang sedikit mencabar.. Cumanya aku kena pantaulah dari segi pemilihan shooting games tersebut supaya tidak keterlaluan.. Tapi dalam Plays.org ni aku rasa banyak shooting games yang sesuai untuk kanak-kanak.. Kebanyakannya masih berbentuk atau lebih tepat bergrafik kartun.

Untuk keselesaan mereka, aku lebih suka mereka menggunakan tab ataupun pc kerana lebih besar bukaan screennya.. Kalau pakai smartphone, boleh membuatkan mata mereka cepat letih kerana screennya lebih kecil dan memerlukan tumpuan yang lebih kepada screen.. 
Plays.org Jadikan Aktiviti Anak-Anak Lebih Menyeronokkan

Alhamdulillah, jumpa juga aktivti yang menarik buat anak-anak aku di musim PKP ni.. Yelah, aku sebagai ibu berusaha sedaya mungkin merancang jadual harian anak aku di musim pandemik ni dengan aktiviti yang menarik supaya mereka tidak dilanda kebosanan.. Bila duduk terperap aje dekat rumah, buatkan minda mereka kurang berkembang.. Sebab itulah, aku perlu rancang aktiviti menyeronokkan untuk mereka selepas mereka penat belajar dan menyiapkan kerja sekolah

Bagi aku, games percuma di website Plays.org ni sangat membantu mengembangkan pemikiran kreatif, penyelesaian masalah dan penaakulan anak-anak aku.. Bukan kanak-kanak sahaja tau, ianya sesuai juga untuk kita orang dewasa ni.. Haha.. Sekali sekala layan games budak-budak, ok jugak ataupun lebih menarik, bermain bersama-sama mereka.. Tentu mereka lebih seronok.


Lepas ni aku dah tak perlu risau kalau anak aku request nak main games kerana games di Plays.org ni sangat sesuai untuk umur seperti mereka.. Lagi pun, secara tidak langsung mereka dapat bermain sambil belajar.. Cara ini lebih bagus sebenarnya untuk anak-anak kerana konsep bermain sambil belajar ini membuatkan pembelajaran anak lebih menyeronokkan.

Sebelum mereka main game dalam Plays.org ni, aku terlebih dahulu cuba setiap games yang ada.. Bukan apa, senang aku nak guide mereka.. Cumanya mereka ni cepat belajar.. Ajar sekali pun dah tau cara nak main.. Budak-budak zaman sekarang, lain macam sikit ye 'pick up' mereka.. Hehe.. Dalam pada aku guide tu, dapat la juga aku main dan belajar bersama mereka dan secara tak langsung, ia akan menjadi masa berkualiti bersama anak-anak aku.. 

Oklah, bagi korang yang ingin luangkan masa berkualiti bersama anak-anak, bolehlah layari laman web Plays.org untuk mencuba sendiri keseronokan bermain games yang ada di dalam website ini.. Yang penting dapat manfaatkan masa yang ada dengan permainan yang bukan sekadar untuk keseronokan tetapi untuk pembelajaran juga.. Sekali gus, dapat peluang untuk bonding bersama anak-anak bagi mengeratkan lagi hubungan.

Bagi korang yang kaki game juga bolehlah cuba bermain games free di website Plays.org ni.. Sesuai untuk semua peringkat umur.. Yang penting tak perlu download dan boleh main dimana sahaja korang berada asalkan ada smartphone dan talian internet.. Haha.. Korang pasti sukakannya kerana banyak pilihan dan online games yang ada pun best-best belaka.. 
Jom layari Plays.org sekarang guys dan rasai keseronokkannya.. :)







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.leaazleeya.com/2021/06/luangkan-masa-berkualiti-bersama-anak-dengan-lima-aktiviti-menarik-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Sehari Di Hulu Langat Selangor Jom Tengok Apa Yang Menarik

Aktiviti Sehari Di Hulu Langat Selangor Jom Tengok Apa Yang Menarik

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 412 hits
Aktiviti Sehari Di Hulu Langat Selangor Jom tengok Apa Yang Menarik Hulu Langat merupakan daerah yang paling sesuai digambarkan oleh ungkapan kampung di tengah bandar besar Ia disebabkan suasana tradisi dan keindahan kampung yang tetap wuju...
Jom Ajak Anak Bermain Video Game Secara Online Ketika Mco 3 0

Jom Ajak Anak Bermain Video Game Secara Online Ketika Mco 3 0

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 273 hits
Total lock down atau MCO 3 0 akan diteruskan penguatkuasaan sehingga 28 jun 2021 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia Dato Sri Ismail Sabri Yaakob Sudah pasti ibu bapa pening kepala dengan kerenah dan ragam yang buat oleh...
Terkini Pemuda Rakam Video Kilang Arak Berasap Ketika Total Lockdown Disiasat Polis

Terkini Pemuda Rakam Video Kilang Arak Berasap Ketika Total Lockdown Disiasat Polis

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 172 hits
June 20 2021 Polis mengesahkan kilang minuman keras di Seksyen 15 di sini tidak beroperasi seperti didakwa seorang individu melalui video tular di media sosial Jumaat lalu Justeru Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Ma...
Mak Jom Ajar Anak Tengok Didik Tv

Mak Jom Ajar Anak Tengok Didik Tv

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 372 hits
Masa tengah scroll FB tadi ternampak jadual waktu Didik TV kawan FB share di profail dia Nasib baik kawan share di profailnya kalau tak memang mama tak perasan langsung jadual baru ni Baru je si Ali tanya tadi hari isnin tak ada zoom kelas ...
Ini Waktu Sesuai Latih Anak Tidur Barulah Tak Meragam Masa Bangun Nanti

Ini Waktu Sesuai Latih Anak Tidur Barulah Tak Meragam Masa Bangun Nanti

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 246 hits
Sedang merancang untuk melatih anak tidur sendiri Tetapi tidak pasti batas usia anak yang sesuai untuk memulakannya Umumnya masa yang sesuai untuk setiap anak adalah berbeza Pun begitu berikut beberapa cadangan yang mungkin boleh dijadikan ...
Total Lockdown Extension Expected As Phase 2 Targets Unmet

Total Lockdown Extension Expected As Phase 2 Targets Unmet

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 254 hits
The total lockdown or Phase 1 of the government s exit plan for the Covid 19 pandemic is set to expire on Monday However with less than 54 hours to go the outlined targets set by Putrajaya for the country to move into Phase 2 of the Nationa...
Aktiviti Yang Sesuai Dilakukan Bersama Anak Anak Di Rumah

Aktiviti Yang Sesuai Dilakukan Bersama Anak Anak Di Rumah

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 349 hits
Aktiviti Yang Sesuai Dilakukan Bersama Anak Anak Di Rumah Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua Sejak Perintah Kawalan Pergerakan bermula di negara kita banyak masa kita dihabiskan di rumah bersama suami dan anak anak Jika dulu kalau st...
Tak Gengsi Minta Peran Figuran Demi Nafkahi Anak Istri Sultan Djorghi Ceritakan Masa Sulit

Tak Gengsi Minta Peran Figuran Demi Nafkahi Anak Istri Sultan Djorghi Ceritakan Masa Sulit

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 192 hits
Saking sepinya job Sultan cuma punya saldo Rp 5 000 00 aja Perjuangannya untuk bangkit pun nggak tanggung tanggung Salut
Hiburan Kemurungan Lihat Berita Orang Susah Sepanjang Lockdown Karl Shafek Mula Aktiviti Berkebun Dan Melukis

Hiburan Kemurungan Lihat Berita Orang Susah Sepanjang Lockdown Karl Shafek Mula Aktiviti Berkebun Dan Melukis

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 337 hits
Pelakon dan juga pengacara yang sebelum ini menyepikan diri agak lama daripada industri hiburan dipercayai mengalami masalah kesihatan mental Karl Shafek mempunyai inisiatif sendiri bagi merawat kemurungan yang dialami sepanjang tempoh Peri...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16