Gyumon Halal Ramen Asakusa Taito City Tokyo
CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI KEDUA - KHAMIS, 5 DISEMBER 2024
Sambungan dari catatan terdahulu --> Bahagian 2 | Melawat Perkampungan Warisan Budaya di Oshino Hakkai, Oshino
Jalan-jalan cari makan merupakan antara fokus utama trip kami ke Tokyo. Makanan adalah jendela bagi mengenali budaya tempatan. Jadinya, setiap hari kami akan berusaha makan di tempat berbeza bagi menikmati variasi makanan Jepun. Sebolehnya kami elak makan makanan seperti kebab sebab ia bukan makanan Jepun. Tempat makan ketiga yang kami kunjungi - Gyumon Halal Ramen yang terletak di Asakusa ini merupakan hasil cadangan Encik M. Ia terletak di tepi sebuah jalan besar, mudah nampak.

Bahagian hadapan restoran. Unik dan menarik dekorasinya
Kami tiba di sini kira-kira pukul 7.10 malam, mulanya tak ramai pelanggan lain tapi tak lama kemudian ruang dalam restoran ini dipenuhi pelanggan

Pilihan menu ditawarkan

Ramen pun ada macam-macam pilihan

Siap ada pilihan tahap pedas bagi menu spicy ramen. Ada kos tambahan bagi setiap tahap pedas yang kita mahu, bukan percuma ya. Nampaknya Indonesia paling tahan pedas - level 9 dan 10 😀
Urusan membuat pesanan makanan jadi mudah sebab yang melayan kami merupakan orang Malaysia - seorang penuntut lelaki di sebuah universiti yang buat kerja part time di sini. Cakap Melayu jelah

Minuman kami - green tea dan Japanese soda. Kalau tak beli minuman pun boleh, nanti akan diberi air kosong

Makanan pilihan saya - spicy wagyu ramen. Walaupun saya suka makanan pedas, tapi saya cuma berani ambil level 2 je. Boleh makan dengan santai tak payah lap hingus dek kepedasan dan dapat lebih menikmati rasa ramen

Encik Suami memilih menu set, entah set apa saya tak pasti

Encik Suami mula memasak potongan daging lembu di atas grill pan. Ramen kuah putih tu pula, makanan pilihan Encik M
Sedang Encik Suami menikmati potongan daging pertama, pelayan restoran menghampiri meja kami dan memaklumkan tersilap hantar set makanan. Bukan tertukar makanan dengan pelanggan lain, tapi dia tersilap tulis order. Lebih kurang gitulah yang saya faham
Encik Suami kata, tak kisah pun sebab memang nak mencuba apa-apa makanan Jepun. Tapi rupa-rupanya tak boleh begitu, pelanggan mesti dapat pesanan makanan yang betul. Jadinya, makanan Encik Suami diambil semula walaupun dah makan satu potong daging. Harapnya gaji pelayan tadi tak dipotonglah, kasihan pula

Tak lama menunggu, tibalah set makanan Encik Suami. Lagi banyak makanannya - siap ada nasi dan ramen 😄
Mujurlah ada Encik M boleh bantu makan. Saya memang tak mampu makan banyak dalam satu masa, saya cuma boleh habiskan makanan saya je. Makanan Encik Suami saya jamah sedikit sekadar merasa

Ehh...Encik Suami pandai guna chopstick rupanya 😀. Padahal sebelum ni sama macam saya - tak pandai guna. Malam ni terus jadi pandai sebab nak memasak daging atas grill pan. Tapi kalau makan mi, masih tak mahir guna chopstick
Kami berada di sini lebih kurang sejam. Kalau tadi semasa masuk kedai, kami disambut meriah dengan ucap selamat datang - agaknyalah, sebab saya tak faham bahasa Jepun 😂. Semasa nak keluar kedai pun meriah juga, mereka beramai-ramai ucap 'arigato gozaimasu' - yang ni saya fahamlah. Terasa sangat dihargai
Sebelum beredar sempat juga Encik Suami minta berfoto bersama seorang lelaki Jepun yang berpakaian tradisional Jepun lengkap dengan pedang tersisip di pinggang - mungkin bos di sini sebab tugasnya menyambut mesra pelanggan dan nampak sibuk memberi arahan
Jika kalian berkunjung ke Tokyo, bolehlah cuba makan di sini. Carian Google Maps - Gyumon Halal Ramen Asakusa.
Dari Asakusa, Encik M hantar kami pulang ke hotel penginapan di Nippori.

Rekod hari kedua - 6,212 langkah sahaja sebab seharian bergerak menaiki kenderaan sewa
Tamat sudah catatan hari kedua trip saya ke Jepun. Esoknya hari Jumaat, hari yang saya nantikan kerana kami akan berkunjung ke Tokyo Camii seterusnya menunaikan solat Jumaat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2025/03/gyumon-halal-ramen-asakusa-taito-city.html