10 Omakase Di Kuala Lumpur Muslim Friendly Halal Certified


10+ Omakase di Kuala Lumpur – Muslim Friendly & HALAL Certified
Kalau anda tengah cari idea untuk sambut anniversary, hari jadi atau apa saja hari istimewa dengan insan tersayang, apa kata anda cuba pengalaman pergi makan bersama di tempat yang lebih eksklusif dan unik – iaitu omakase!
Di Kuala Lumpur, ada banyak restoran omakase yang menawarkan menawarkan pengalaman omakase dengan hidangan berkualiti tinggi dari bahan segar yang diimport terus dari Jepun. Harganya pun berpatutan dan paling penting mesra muslim dan halal certified.
Tunggu apa lagi, jom kita terokai beberapa restoran omakase halal dan mesra Muslim di KL yang anda memang kena cuba!
BACA JUGA: 15+ Kafe di Kuala Lumpur, Top Rated di Google Review!
Apa Itu Omakase? Omakase (お任せ) adalah konsep menjamu selera yang popular dalam kalangan orang Jepun. Maksud OMAKASE tu sebenarnya “saya serahkan kepada anda” dalam bahasa Jepun. 
Ia merujuk kepada pengalaman makan di mana pelanggan menyerahkan pilihan hidangan sepenuhnya kepada chef untuk menyediakan hidangan terbaik berdasarkan bahan yang segar dan bermusim.
Setiap hidangan disediakan dengan teliti dan disajikan secara langsung kepada pelanggan disertai dengan penerangan mengenai bahan-bahan dan teknik penyediaan yang digunakan oleh chef yang bertugas. 
Anda bukan sekadar menikmati makanan, tetapi juga berpeluang mempelajari sesuatu sekaligus menghargai keahlian chef dan keaslian bahan-bahan yang digunakan.
15+ Restoran Omakase di Kuala Lumpur 2025 (HALAL) 1. Teng Yu Omakase Lokasi: L3-14A, Level 3, Avenue K, 156, Jln Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia Waktu Operasi: 11 AM–3 PM, 6–10 PM Instagram: @tengyuomakase Range Harga: RM268-RM1000 Teng Yu Omakase adalah salah satu pilihan halal omakase di Kuala Lumpur yang popular dan digemari ramai. Buat pelanggan muslim, restoran ini menyediakan hidangan HALAL. 
Restoran ini menawarkan 5 jenis set omakase yang anda boleh pilih berdasarkan bajet dan selera anda. Menu omakase mereka menampilkan menu istimewa menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi seperti yukke wagyu, tenderloin steak, lobster Hokkaido dan sebagainya. 
Dengan chef berpengalaman dan terlatih, anda pasti kagum dengan cara penyediaan makanan mereka. Sangat eksklusif!
Sebelum datang, pastikan anda membuat tempahan di laman web Teng Yu Omakase terlebih dahulu. 
2. Issen Wagyu Omakase (Sachi Dining) Lokasi:14, Lorong Datuk Sulaiman 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Waktu Operasi: 11 AM–2 PM, 6–10.30 PM Instagram:@ issen_wagyuomakase Range Harga: RM300-RM860 Seperti kebanyakan restoran omakase, Issen Issen Wagyu Omakase menawarkan pengalaman makan yang eksklusif dengan chef yang berkemahiran tinggi, Master Chef Nagayama. 
Terdapat tiga jenis set omakase yang anda boleh pilih dengan range harga yang berpatutan. Selain itu, ada juga menu makan tengah hari dengan harga serendah RM30.
Setiap hidangan menampilkan kualiti dan rasa unik daging wagyu yang disediakan dengan teliti. Sebagai pelanggan, anda boleh melihat pelbagai teknik memasak dari sashimi wagyu yang halus hingga potongan panggang yang sempurna. 
Tempahan boleh dilakukan di pautan berikut: https://issen.com.my/ 
3. Kampai KLCC Lokasi: Lot 139, First Floor, Park Side, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia Waktu Operasi: 12 PM–3 PM, 6–10 PM- 3pm , 6pm-10pm12pm – 3pm , 6pm-10pm Instagram:@kampaiklcc Range Harga: Bermula RM298 ++ Kampai KLCC juga salah satu restoran omakase di Kuala Lumpur yang menyediakan hidangan halal-certified dan berkualiti tinggi. 
Restoran ini menawarkan tiga jenis pengalaman omakase dalam satu lokasi iaitu Teppanyaki Omakase, Sushi Omakase dan Yakiniku Omakase. 
Kampai KLCC menekankan penggunaan bahan-bahan segar dan premium termasuk daging wagyu A5 Miyazaki dan makanan laut dari Hokkaido. Menariknya lagi, restoran ini menawarkan pemandangan indah KLCC Park. 
Tempahan boleh dilakukan di laman web berikut: https://www.kampaiklcc.com/ 
InshaAllah worth a try!
4. KOBU Kuala Lumpur by Wagyu Tavern Lokasi: 46 Jalan Utara Imbi, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia Waktu Operasi: Selasa-Jumaat (6 PM-12 AM), Sabtu & Ahad (12 PM-4.30 PM & 6 PM – 12 AM), Isnin tutup Instagram:@kobubywagyutavern Range Harga: Bermula RM888++/pax KOBU by Wagyu Tavern juga antara destinasi pilihan omakase halal-certified di KL yang popular bagi peminat makanan Jepun, terutamanya mereka yang mencari pengalaman omakase yang eksklusif dan tak kisah keluarkan duit lebih. 
Restoran ini menawarkan pengalaman makan yang istimewa dengan fokus pada daging wagyu berkualiti tinggi dan makanan laut premium. 
Keunikan KOBU terletak pada konsep “unlimited” atau makan sepuas-puasnya untuk beberapa hidangan premium yang ditawarkan dalam tempoh masa 120 minit. 
Suasana restoran yang mewah menawarkan persekitaran yang selesa untuk pengalaman makan bersama insan istimewa bagi meraikan hari istimewa.
Untuk tempahan, anda boleh layari pautan berikut: Kobu Kuala Lumpur
5. Wagyu Dojo (Chef Table) @ Kuala Lumpur JAKIM Halal Certified Lokasi: Bandar Park, 48 Komplek Bandar Park Jalan Mega Mendung, off, Jln Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur Waktu Operasi: Ada tiga slot tempahan dibuka iaitu 12 PM, 5.30 PM atau 8 PM. Instagram:@wagyudojo Range Harga: Bermula RM388++ Seterusnya, restoran pilihan omakase halal di Kuala Lumpur yang anda boleh cuba ialah Wagyu Dojo. Restoran ini telah disahkan halal oleh JAKIM menjadikannya pilihan yang sesuai bagi pelanggan Muslim. 
Ia juga merupakan salah satu restoran yang di Malaysia yang diiktiraf secara rasmi oleh Jepun untuk mengendalikan daging Kobe tau!
Restoran ini menawarkan beberapa course utama antaranya ialah Premium Yakiniku Menu, Chef’s Special Yakiniku Menu, Chef’s Testing Menu, Bespoke Yakiniku dan Yakiniku Kids’ Club. 
Menariknya lagi, restoran ini menawarkan menu “Eat Them All”. Anda boleh mencuba kesemua 42 bahagian wagyu dalam tiga kunjungan. 
Maksudnya, anda boleh datang balik sesi lain untuk cuba bahagian wagyu yang lain sehingga habis 42 bahagian. Tunjukkan sahaja kad yang diberikan. 
Satu lagi keunikan restoran Wagyu Dojo ini adalah ia turut menawarkan pelbagai hidangan wagyu seperti sandwich daging wagyu, sup miso wagyu dan kari daging wagyu. 
Untuk tempahan, anda kena bayar deposit RM50 per pax masa tempah. Kalau cancel last minute (kurang 72 jam), deposit hangus, so plan elok-elok!
Tempahan boleh dilakukan di pautan berikut: https://www.tableapp.com/partner/wagyu-dojo-yakiniku-dojo-chef-table-kl#/ 
6. Manten Omakase Lokasi: Tower 2 No, Rooftop, Star Residence, Level 88, 1, Jalan Yap Kwan Seng, 53300 Kuala Lumpur, Waktu Operasi: 11:30 AM–10:30 PM Instagram:@manten_omakase Range Harga: Bermula RM388++ Manten Omakase Kuala Lumpur (KL) adalah restoran yang menawarkan pengalaman omakase moden dengan pemandangan bandar yang menakjubkan. 
Terletak di bahagian roof top bangunan, Manten Omakase memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati pemandangan panorama langit Kuala Lumpur sambil menikmati hidangan omakase yang ekslusif. 
Kalau nak buat tempahan, anda boleh terus ke laman web berikut: https://www.mantenomakase.com.my/menu 
Menu Lunch Menu Dinner 7. TTDI Chakuro Yakiniku By Meat Point  Lokasi: 36, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia Waktu Operasi: 12 PM – 11PM Instagram:@chakuroyakiniku Range Harga: RM385++ TTDI Chakuro Yakiniku ni memang popular terutamanya dalam kalangan penggemar daging. Ia menawarkan pengalaman yakiniku halal yang berkualiti tinggi dengan hidangan daging Wagyu A5 dan Marble 8-9 dari Jepun dan Australia. 
Menu di sini juga  merangkumi set Omakase yang membolehkan pelanggan menikmati daging Wagyu Jepun terbaik serta hidangan istimewa seperti nasi goreng bawang putih Wagyu dan sate Wagyu Chakuro. 
Menariknya lagi, restoran ini juga mengadakan program buy 1 feed 1. Maksudnya setiap pembelian customer akan disumbangkan kepada insan yang memerlukan. 
Tempahan boleh dilakukan di pautan  berikut: Chakuro TTDI. Anda boleh pilih tarikh, masa serta nak booth seats atau private room. 
8. Iki Omakase Lokasi: 16, Jalan Kamuning, Off Jln Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia Waktu Operasi: 12–2:30 PM, 6–8 PM, 8:30–10:30 PM Instagram:@ikiomakasekl Range Harga: Bermula RM238++ Iki Omakase Kuala Lumpur menawarkan pengalaman merasai makanan Jepun yang autentik dengan sentuhan moden. 
Terdapat 7 jenis set omakase yang anda boleh pilih mengikut selera dan bajet anda. Ada juga set khas yang disediakan sempena perayaan/musim tertentu. 
Dengan suasana restoran yang mewah, ia menambah lagi pengalaman eksklusif anda menjamu selera bersama orang tersayang. Anda boleh pilih nak counter seat atau private seat. Tempat umum pun ada. 
Untuk menempah, anda boleh layari pautan berikut: https://ikiomakase.com/ 
9. NIKAKU by Azabu  Lokasi: 4th floor Isetan, Lot 10 shopping center, 50, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur Waktu Operasi: 12–3 PM, 6–11 PM Instagram:@nikaku.kl Range Harga: Bermula RM168++ NIKAKU by Azabu menawarkan pengalaman omakase yang unik dengan fokus pada bahan-bahan tempatan Malaysia. Terletak di tingkat 4 Isetan The Japan Store di Lot 10, Bukit Bintang, NIKAKU merupakan jenama kedua dari Azabu KLCC. 
Restoran ini menawarkan pengalaman makan mesra Muslim di bawah pimpinan chef Jepun Muslim, Masaki Arakawa. 
NIKAKU menawarkan tiga pilihan menu omakase: Nikaku Sushi Course, Lunch Omakase dan Malaya-Mae Omakase. 
Buat tempahan di sini: https://www.tableapp.com/partner/nikaku-by-azabu-isetan-lot-10#/ 
10. AO Omakase KL Lokasi: L-2-2 Level 2, Bangunan Ahp, 2, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur Waktu Operasi: 11:30 AM–2:30 PM, 6–10:30 PM Instagram:@ao_omakase Range Harga: Bermula RM388++ AO Omakase terkenal dengan tema underwater yang cukup unik dan eksklusif. Ini menjadikan pengalaman makan di sini lebih daripada sekadar hidangan yang lazat.
Restoran ini menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi yang diimport dari seluruh dunia mengikut musim. Chef-chef yang berpengalaman menyediakan hidangan yang bukan sahaja lazat tetapi juga menarik dari segi visual. 
@danieldineskl Recommend it for modern style Japanese omakase 📍AO Omakase, Bangunan Ahp, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur (pork free serves alcohol) #aoomakase #omakase #klfood #makanlokal
♬ Chill Day – LAKEY INSPIRED Untuk pencinta makanan Jepun dan mereka yang mencari pengalaman makan yang istimewa di Kuala Lumpur, tempat ni memang highly recommended!
Nak buat tempahan? Layari pautan berikut: https://aoomakase.my/ 
11. Aburii Yakiniku KL Lokasi: TTDI, 5, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Waktu Operasi: 12–2:30 PM, 6–10:30 PM (Isnin tutup) Instagram:@ Range Harga: Bermula RM380++ (omakase) Aburii Yakiniku, satu lagi restoran omakase di Kuala Lumpur yang mesra muslim. Ia menawarkan pengalaman yakiniku dan omakase yang premium dengan fokus utama pada daging Wagyu A5 Miyazaki halal yang diimport dari Jepun setiap dua minggu. 
Selain daging Wagyu, restoran ini juga menyajikan hidangan makanan laut segar dan menu fusion yang menarik seperti rendang daging Wagyu A5 Jepun. 
Sempena ramadan, Aburii Yakiniku KL juga menawarkan set Yakiniku feast dengan harga serendah RM266 untuk 2 orang dan RM 466 untuk 4 orang. 
Tempahan boleh dilakukan di sini: Aburii TTDI
BACA JUGA: 10+ Pilihan Restoran Pizza di Kuala Lumpur untuk Peminat Pizza!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/omakase-di-kuala-lumpur/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=omakase-di-kuala-lumpur

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 179 hits
Hihh panjangnya tajuk hahahaItu semua poyo Mama Yan dan keluarga singgah makan kat sini 2 minggu yang lalu Masa nak hantar Mak Mama Yan balik ke Raub Duduk rumah kami dalam sepuluh hari aje rasanya Lepas tu abah Mama Yan dah suruh hantar is...
Sunway Mega Roadshow 2025 Hits Sunway City Kuala Lumpur

Sunway Mega Roadshow 2025 Hits Sunway City Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 150 hits
The second leg of Sunway Mega Roadshow 2025 was officially launched here today showcasing the best of what Sunway cities and the conglomerate s diverse business divisions have to offer all under one roof Sunway Group deputy presidents Evan ...
A Roadmap To Congestion Pricing In Kuala Lumpur

A Roadmap To Congestion Pricing In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 96 hits
From Boo Jia CherIn my previous letter I transport minister Loke Siew Fook s claim that Kuala Lumpur s public transport system isn t ready for congestion pricing The real issue is not the inadequacy of public transport but the overwhelming ...
Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 196 hits
HUAWEI Mate XT Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur Assalamualaikum semua Huawei baru baru ini melancarkan HUAWEI Mate XT dengan revolusi ultimate tri fold yang menandakan babak baharu untuk jenama itu Berikutan ...
Huawei Mate Xt Takes Spotlight At Pavilion Kuala Lumpur With Groundbreakingtri Fold Innovation

Huawei Mate Xt Takes Spotlight At Pavilion Kuala Lumpur With Groundbreakingtri Fold Innovation

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 179 hits
Hello Everyone Huawei recently launched its revolutionary ultimate tri fold HUAWEI Mate XT marking an exciting new chapter for the brand Following this launch Huawei unveils its largest Innovative Foldable Pop up Store yet at Pavilion Kuala...
Jakim After Revocation Imports Of Products Certified By Three Halal Bodies From China Croatia And France Banned

Jakim After Revocation Imports Of Products Certified By Three Halal Bodies From China Croatia And France Banned

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 130 hits
Jakim says it has give three certification bodies time to make the necessary improvements and corrections Picture by Sayuti ZainudinKUALA KANGSAR March 1 Products certified halal by three foreign halal certification bodies whose recognition...
Ngos To Organize Al Quds Day Rally In Kuala Lumpur Deliver Protest Note To Us Embassy

Ngos To Organize Al Quds Day Rally In Kuala Lumpur Deliver Protest Note To Us Embassy

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 73 hits
A coalition of Malaysian Islamic organizations has announced plans to hold an International Al Quds Day rally outside the United States Embassy on 28 March the last Friday of Ramadan The Malaysian Consultative Council of Islamic Organizatio...
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur

Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 143 hits
Sumber https www malaymail com Lokasi Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur Alamat 41 Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur Waktu 9 00 pagi 12 00 pagi Alamat Sesawang https worldtradecentrekl com Tarikh Lawatan 14 Januari 2017 01 Mei 2018 02 Apri...
Dury Dury Lands In Petaling Street Kuala Lumpur A Must Visit For Durian Lovers

Dury Dury Lands In Petaling Street Kuala Lumpur A Must Visit For Durian Lovers

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 124 hits
IF you re a durian enthusiast there s exciting news for you Dury Dury a brand known for delivering top quality Malaysian durians has just opened its newest outlet in Petaling Street Kuala Lumpur Located at this new branch is set to become a...
Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Cbd Pouches Vs Traditional Nicotine Pouches Which One Is Right For You

Menangi Kereta Raya Impian Di Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2025

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pesanan Mudah Untuk Jadi Usahawanm Yes Or No Sahaja

Jkm Jaga 9 Kanak Kanak Dikait Gisbh Hingga 18 Tahun Kata Nancy

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Zamri Mocks Jakim

Di Masjid Tiada Kasta

Kuih Seri Muka Yang Tidak Berseri