Pertahanan Sabah Fk Kacukan Sepanyol Dalam Radar Harimau Malaya
Di fahamkan pemain dari Liga Azerbaijan, Sabah FK, Jon Irazabal salah seorang dari 3 pemain berdarah warisan yang bakal sertai kem latihan kebangsaan 17 Mac ini- FinaNasrom.
( 📸 ©@fnasrom )
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Tiga pemain warisan terbaru, pertahanan Sabah FK dalam radar Harimau Malaya?

Pertahanan Sabah FK yang beraksi dalam liga Azerbaijan, Jon Irazabal Iraurgui, dilaporkan merupakan salah seorang daripada tiga pemain warisan yang memiliki kerakyatan Malaysia.
( 📸 ©Astro Arena)
Persoalan selepas kenyataan ketua jurulatih skuad kebangsaan yang baru, Peter Cklamovski, mengenai tiga pemain warisan yang akan menyertai Harimau Malaya dalam masa terdekat semakin mendapat perhatian warganet yang berteka-teki siapa dan dari manakah asal-usul bintang tersebut.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh pengendali dari Australia itu yang mengumumkan senarai skuad 'sulung'nya menjelang perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia Arab Saudi 2027 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), 25 Mac ini.
Terdahulu, Cklamovski menyenaraikan barisan pemain berstatus tonggak utama bagi melangsaikan misi berdepan Nepal.
Ia sekali gus, menyaksikan penyerang Selangor, Faisal Halim, kembali mewarnai kem negara selepas sekian lama sejak insiden tragedi simbahan asid, tahun lalu.
Namun, apa yang mencuri tumpuan ialah, difahamkan tiga pemain warisan bakal mengisi kekosongan untuk membantu Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Di fahamkan 3 pemain berdarah warisan bakal tiba di Msia dim masa tdekat. 2 drp mereka berasal dari Uzbek & Sepanyol akan melengkapi bahagian tengah & pertahanan Harimau Malaya.
Masih dim status 'final doc' & di jangka bersama pasukan jalani latihan hari pertama 17 Mac ini 🔥🔥 pic.twitter.com/FKhiJmpKTs
— FinaNasrom (@fnasrom) March 13, 2025
Menurut laporan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, dua bintang dari Uzbekistan dan satu dari Sepanyol akan melengkapkan proses pendokumentasian dan akan memperkuat Harimau Malaya bersama pemain tempatan yang lain.
Apa yang lebih menarik ialah, pertahanan Sabah FK yang beraksi dalam liga Azerbaijan, Jon Irazabal Iraurgui, dilaporkan merupakan salah seorang daripada tiga pemain warisan yang memiliki kerakyatan Malaysia.
Di fahamkan pemain dari Liga Azerbaijan, Sabah FK, Jon Irazabal salah seorang dari 3 pemain berdarah warisan yang bakal sertai kem latihan kebangsaan 17 Mac ini pic.twitter.com/ACBYvnAP6A
— FinaNasrom (@fnasrom) March 13, 2025
Pemain berusia 28 tahun itu bermain di bahagian pertahanan dan sudah berkelana di Eropah terutamanya liga Sepanyol.
SOURCE:
stadiumastro.com
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2025/03/pertahanan-sabah-fk-kacukan-sepanyol.html