Vivo Lancar V50 Dengan Keupayaan Zeiss Profesional Potret Bateri 6000 Mah Fotografi Di Dalam Air Pada Harga Mampu Milik


VIVO LANCAR V50 DENGAN KEUPAYAAN ZEISS PROFESIONAL POTRET, BATERI 6000 MAH, FOTOGRAFI DI DALAM AIR PADA HARGA MAMPU MILIK | Assalammualaikum semua! vivo V50 telah dilancarkan dengan penuh berprestij baru-baru ini. Mendengar keinginan pengguna yang menginginkan kamera depan dan belakang lebih tinggi mega pixel, potret bokeh yang lebih kemas, kalis air, boleh ambil gambar dalam air dan jangka hayat bateri yang lebih lama. Memperkenalkan vivi V50 yang serba lengkap untuk anda merakam setiap mempro bermakna dengan perincian potret bertaraf profesional.  

vivo Malaysia melancarkan telefon pintar bertaraf mercu potret paling maju setakat ini iaitu vivo V50, yang mentakrifkan semula pengalaman pengguna dalam ekspresi kreatif. Dilengkapi dengan keupayaan ZEISS Professional Portrait yang canggih, V50 membawa kualiti visual ke tahap baharu, membolehkan pengguna merakam dan berkongsi kenangan dengan gaya unik serta kejelasan luar biasa. Selain kehebatan fotografi, V50 menampilkan reka bentuk yang elegan dan estetik, serta bateri 6000 mAh (TYP) BlueVolt yang tahan lama dengan 90W FlashCharge ultra pantas. Direka untuk pengalaman penggunaan yang lancar dalam pelbagai situasi, V50 menawarkan gabungan prestasi mantap dan kecekapan tenaga yang unggul.

vivo memperkenalkan vivo V50 baharu, menampilkan potret bertaraf profesional untuk mengabadikan setiap detik bermakna.


"Siri vivo V sentiasa direka untuk membantu pengguna merakam detik berharga dalam hidup mereka,"kata Mike Xu, CEO dari vivo Malaysia. "Dengan vivo V50, kami melangkah lebih jauh dalam fotografi mudah alih. Keupayaan potret yang maju, reka bentuk premium dan prestasi berkuasa mentakrifkan semula jangkaan untuk telefon pintar dalam julat harga ini. Kami komited untuk menyediakan ciri yang meningkatkan setiap aspek kehidupan digital pelanggan kami."

50 MP PADA SETIAP LENSA: POTRET PROFESIONAL ZEISS YANG MENGAGUMKAN
Dikuasakan oleh Sistem Pengimejan Kejuruteraan Bersama vivo dengan ZEISS, vivo V50 menonjol sebagai flagship potret tahun ini. Dengan kerjasama ZEISS, vivo menetapkan piawaian optik dan prestasi pengimejan yang memenuhi kualiti ZEISS. Kamera 50 MP ZEISS All Main Camera menawarkan prestasi bertaraf profesional pada semua lensa kamera belakang, menjadikannya gajet yang sempurna untuk merakam dan mengabadikan memori berharga dengan sentuhan sofistikasi.

Kamera Utama ZEISS 50 MP OIS menampilkan Sensor Flagship 1/1.55" untuk keupayaan menangkap cahaya yang luar biasa walaupun dalam keadaan mencabar. Teknologi VCS Camera-Bionic Spectrum inovatif vivo meningkatkan kualiti imej dengan meniru mata manusia untuk menghasilkan warna yang lebih tulen dan semula jadi. Gimbal mini terbina dalam dan sistem penstabilan bebas mencapai CIPA 4.0 DSLR-Level Stabilization, mengurangkan gegaran tangan dan membolehkan pendedahan malam lebih lama untuk menghasilkan imej malam yang lebih jelas

V50 turut memperkenalkan teknologi pencahayaan maya generasi baharu, AI Aura Light Portrait 2.0. Menggunakan algoritma AI dan lampu isian ultra-lembut 143x, ia memberikan pencahayaan berkualiti studio dari pelbagai sudut. Dua gaya pencahayaan potret sinematik baharu, Rembrandt Lighting dan Butterfly Lighting, menambah keunikan pada potret anda. Rembrandt Lighting mencipta kesan dramatik tiga dimensi dengan cahaya sisi lembut, manakala Butterfly Lighting menonjolkan kontur wajah untuk penampilan yang lebih glamor

Menampilkan ZEISS Multifocal Portrait, V50 menawarkan panjang fokus 23 mm, 35 mm dan 50 mm. Setiap panjang fokus dipadankan dengan tujuh gaya ZEISS Style Bokeh ikonik, termasuk ZEISS Biotar Style Bokeh, ZEISS B-Speed Style Bokeh, ZEISS Distagon Style Bokeh, ZEISS Sonnar Style Bokeh, ZEISS Planar Style Bokeh, ZEISS Cine-Flare Portrait dan ZEISS Cinematic Style Bokeh. Pilihan ini memberikan kesan bokeh yang unik dengan pemprosesan warna bertaraf sinematik.

Untuk gambar berkumpulan yang lebih jelas dan terperinci, V50 dilengkapi Kamera Swafoto Berkumpulan ZEISS 50 MP dengan lensa sudut lebar 92° dan autofokus. Disokong oleh AI 3D Studio Lighting 2.0, ia memastikan kejelasan optimum dan gangguan minimum walaupun dalam pencahayaan belakang. Ia turut disertakan dengan kamera belakang ultra-lebar 119° yang mudah menangkap kumpulan besar dan pemandangan luas. Dengan sensor 50 MP, setiap gambar diambil dengan perincian yang luar biasa, memberikan skala dan kedalaman pada setiap tangkapan.

Sama ada merakam potret, pemandangan panorama, atau gambar berkumpulan menggunakan kamera hadapan, belakang atau ultra-lebar, setiap detik boleh dirakam dalam video 4K ultra-jelas dengan ketepatan warna yang menakjubkan. vivo V50 juga memperkenalkan ciri menarik untuk ekspresi kreatif, termasuk AI Image Studio dengan AI Photo Enhance dan AI Erase 2.0 untuk menghilangkan objek yang mengganggu dengan hanya satu sentuhan. Film Camera Mode pula membawakan elemen fotografi klasik dengan meniru tekstur dan estetik filem vintaj. Ciri Live Photo membolehkan pengguna merakam detik dinamik dengan Live Color-Adaptive Borders dan ZEISS Border Watermark eksklusif.

GABUNGAN ELEGAN DAN TEKNOLOGI: REKA BENTUK ANGGUN DENGAN KEUPAYAAN OPTIMUM 
vivo V50 membawa pengalaman fotografi dan prestasi ke tahap yang lebih tinggi. Dilengkapi dengan reka bentuk ringan yang selesa dan bergaya, Skrin Flagship Quad Curved menawarkan pengalaman visual menyeluruh dengan paparan tanpa bingkai yang hampir tidak kelihatan. Ini memberikan tontonan lebih imersif untuk penstriman, permainan, dan menikmati kandungan visual yang terang serta tajam. 


Dikuasakan oleh teknologi penyusunan komponen ultra-nipis khas vivo serta bateri 6000 mAh (TYP) BlueVolt yang tahan lama, vivo V50 menggabungkan prestasi hebat dengan reka bentuk bergaya. Lengkungan Emas 41° serta bingkai tengah yang lebih nipis memberikan genggaman selesa untuk penggunaan menegak dan mendatar—sama ada anda menonton filem, bermain permainan, atau melayari media sosial kegemaran anda. Reka bentuk sudut melengkung bukan sahaja meningkatkan keselesaan, tetapi juga menambah sentuhan elegan. Teknologi kawalan sentuhan tidak sengaja daripada vivo membantu mengurangkan ketikan tersalah tekan, menjadikannya pilihan ideal untuk sesi permainan intensif yang memerlukan kawalan lebih stabil



V50 hadir dalam pilihan warna baharu yang memukau, diinspirasikan oleh keindahan alam semula jadi. Ancora Red menampilkan rona merah keemasan yang diinspirasikan daripada lembah batu pasir, menggabungkan elemen kehangatan dan kelas. Mist Purple pula membawakan suasana tenang dan romantik, manakala Satin Black menampilkan keanggunan abadi dengan kemasan logam yang moden. Modul Kamera Dwi-Gelang menggabungkan fungsi dan estetika dengan ukiran berkualiti tinggi, corak berlian matte yang halus, serta potongan berkilat pada bucu—memperlihatkan ketelitian vivo dalam aspek reka bentuk.

HAYAT BATERI LUAR BIASA DAN KEUPAYAAN MENYELURUH
Prestasi bateri V50 yang luar biasa dicapai melalui gabungan perkakasan dan perisian canggih. Memuatkan bateri 6000 mAh (TYP) BlueVolt ke dalam tubuh yang ultra-nipis adalah pencapaian reka bentuk yang mengagumkan, direalisasikan menerusi pelbagai inovasi baharu. Ini termasuk anod silikon-karbon generasi kedua yang termaju dalam industri serta teknologi kapsul bateri khas vivo.

Telefon ini dengan mudah memenuhi keperluan harian anda—sama ada untuk sesi permainan yang panjang, panggilan kerja berterusan, atau penstriman hiburan tanpa henti. Dengan 90W FlashCharge, V50 mampu memberikan sehingga 6 jam waktu berbual hanya dengan 10 minit pengecasan daripada 1%. Untuk kecekapan tenaga yang lebih baik, AI Sleep Mode mengurangkan penggunaan bateri semasa waktu malam, manakala Smart Charging Engine menyesuaikan corak pengecasan mengikut tabiat pengguna, memastikan ketahanan bateri yang boleh dipercayai walaupun selepas empat tahun penggunaan.

vivo V50 dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon® 7 Gen 3 Mobile Platform, menawarkan peningkatan 15% dalam prestasi CPU serta 50% kecekapan GPU yang lebih baik. Unit Neural AI dan ISP-nya memastikan pelancaran aplikasi lebih pantas, visual permainan yang lebih lancar, dan pengalaman harian yang lebih efisien. Berdasarkan ujian perisian dalaman, sistem ini direka untuk menawarkan pengalaman penggunaan lancar sehingga 60 bulan. Dengan 12GB RAM dan tambahan 12GB RAM maya, vivo V50 membolehkan anda menjalankan lebih 40 aplikasi serentak dengan mudah. Pengurusan storan pintar juga memastikan prestasi kekal pantas dan multitasking lebih lancar, memberikan pengalaman pengguna yang selesa walaupun dalam penggunaan berat. Selain itu, V50 menawarkan ketahanan debu dan air IP68 serta IP69, menjadikannya ideal untuk pelbagai persekitaran


TINGKATKAN GAYA HIDUP ANDA BERSAMA RAKAN EKSKLUSIF VIVO
vivo V50 adalah lambang gaya dan inovasi, selari dengan kerjasama bersama BONIA Malaysia. Warna Ancora Red, salah satu warna gaya terkini tahun 2025, melengkapi keanggunan abadi BONIA — menjadikannya vivo V50, padanan berfesyen yang sempurna bersama BONIA.

Turut memeriahkan pelancaran ini adalah penaja eksklusif vivo V50: Royal Enfield Malaysia, CLEF Skincare, Ogawa Malaysia, Golden Jaguar Jewellery, Clinique, Vanilla Crepe, Poh Kong, Redbox, dan HWC Coffee. Setiap jenama ini berkongsi visi vivo untuk meningkatkan gaya hidup dengan pengalaman premium. 
DAPATKAN VIVO V50 SEKARANG!

vivo V50 akan tersedia di Malaysia pada harga bermula RM1,999 (12GB+256GB) dan RM2,399 (12GB+512GB). Pengguna juga boleh menikmati pilihan pembelian berikut:

Pelan Ansuran Tanpa Faedah 0%
● Tersedia di semua stor konsep vivo.
● Pelanggan boleh memiliki vivo V50 melalui pelan ansuran tanpa faedah 0%, bermula dari RM83.30 sebulan.

Diskaun Pelan Ansuran SPayLater (Kempen SPayLater Raya)
● Tempoh promosi: 1 Mac – 30 April 2025
● Tersedia di semua stor konsep vivo.
● Pelanggan yang membeli V50 melalui pelan ansuran SPayLater layak mendapat diskaun sehingga RM100.
● Diskaun hingga 15%, tertakluk pada had maksimum RM100.

Pra-tempah bersama Maxis
● Tempoh pra-tempah: 14 Mac – 20 Mac 2025
● Tersedia di semua kedai Maxis.
● Pelanggan yang mendaftar untuk Maxis Postpaid 199 boleh mendapatkan vivo V50 secara percuma.
● Hadiah eksklusif: Setiap pra-tempah akan menerima DJI OSMO MOBILE SE, sementara stok masih ada.

Promosi Tukar Beli (Trade-in)
● Tempoh promosi: 22 Mac – 30 April 2025
● Tersedia di semua stor konsep vivo.
● Pelanggan yang menukar model telefon pintar terpilih dan membeli vivo V50 layak mendapat diskaun tambahan sehingga RM400.

Promosi Pembelian dengan Pembelian (PWP) vivo Watch 3
● Tempoh promosi: 22 Mac – 30 April 2025
● Tersedia di semua stor konsep vivo.
● Pelanggan yang membeli vivo V50 dan menambah vivo Watch 3 layak menikmati diskaun 30% untuk jam pintar tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi vivo atau kunjungi kedai vivo yang terdekat yang mengambil bahagian.

Laman Rasmi: https://www.vivo.com/my
Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/03/vivo-lancar-v50-dengan-keupayaan-zeiss.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vivo V50 Mentakrifkan Semula Fotografi Potret Dengan Zeiss Pada Kamera Utama

Vivo V50 Mentakrifkan Semula Fotografi Potret Dengan Zeiss Pada Kamera Utama

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 172 hits
VIVO V50 MENTAKRIFKAN SEMULA FOTOGRAFI POTRET DENGAN ZEISS PADA KAMERA UTAMA Assalammualaikum semua vivo Malaysia sangat teruja untuk mengumumkan ketibaan vivo V50 yang akan datang ditetapkan untuk mentakrifkan semula fotografi telefon pint...
Macbook Air Baharu Kini Rasmi Cip M4 Harga Bermula Rm4 499

Macbook Air Baharu Kini Rasmi Cip M4 Harga Bermula Rm4 499

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 159 hits
Apple secara rasmi hari ini mengumumkan MacBook Air baharu yang dilengkapi cip M4 jangka hayat bateri sehingga 18 jam naik taraf kamera serta harga permulaan yang lebih rendah MacBook Air M4 didatangkan dalam saiz 13 inci dan 15 inci bersam...
Xiaomi Lancar Buds 5 Pro Audio Premium Dengan Ciri Ai Harga Bermula Rm799

Xiaomi Lancar Buds 5 Pro Audio Premium Dengan Ciri Ai Harga Bermula Rm799

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 130 hits
Xiaomi melancarkan Xiaomi Buds 5 Pro dan Xiaomi Buds 5 Pro membawa pengalaman audio tanpa wayar premium dengan teknologi terkini Dilengkapi Snapdragon Sound Technology Suite dan Qualcomm aptX Lossless Xiaomi Buds 5 Pro menawarkan audio berk...
Apple Perkenal Ipad Air Dengan Cip M3 Harga Bermula Rm2 799

Apple Perkenal Ipad Air Dengan Cip M3 Harga Bermula Rm2 799

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 144 hits
Apple hari ini secara rasmi memperkenalkan iPad Air baharu yang hadir dalam dua pilihan saiz iaitu 11 inci dan 13 inci Menyentuh spesifikasi iPad Air baharu ini dilengkapi cip Apple M3 dengan 8 teras CPU dan 9 teras GPU serta 16 teras Neura...
Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik

Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 199 hits
MIDEA MENCATAT PERTUMBUHAN DUA ANGKA UNTUK BERTAHUN TAHUN DI MALAYSIA DENGAN INOVASI RUMAH PINTAR MAMPU MILIK Assalammualaikum semua Produk perkakas elektrik Midea menjadi pilihan utama rakyat Malaysia kerana jenama ini menang dalam penjima...
Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 191 hits
Bukan lagi teka teki vivo V50 bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi Ini susulan update terkini di laman sesawang vivo Malaysia yang memaparkan model vivo V50 dengan warna eksklusif Ancora Red Jika anda ada mengikuti sosial media k...
Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 215 hits
Xiaomi secara rasmi melancarkan Xiaomi 15 Ultra sebuah peranti andalan yang menggabungkan reka bentuk klasik kamera dengan teknologi canggih Hadir dalam tiga warna Black White dan Silver Chrome model Silver Chrome menampilkan gabungan genti...
Pm Anwar Lawat Bazar Ramadan Seksyen 2 Nasihat Peniaga Jaga Harga Jualan

Pm Anwar Lawat Bazar Ramadan Seksyen 2 Nasihat Peniaga Jaga Harga Jualan

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 140 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama peniaga ketika hadir membuat lawatan ke Bazar Ramadan Seksyen 2 Shah Alam pada 13 Mac 2025 Foto RTMSHAH ALAM 13 Mar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan ...
Hiburan Kedai Serbaneka Terkenal Sudah Naik Harga Daripada Rm2 40 Naik Kepada Rm2 60

Hiburan Kedai Serbaneka Terkenal Sudah Naik Harga Daripada Rm2 40 Naik Kepada Rm2 60

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 110 hits
Kenaikan harga barangan sering menjadi buah mulut orang ramai terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu Faktor utama yang sering dikaitkan dengan kenaikan harga termasuklah peningkatan kos pengeluaran inflasi serta pemintaan dan ...
Understand Your Target Audience

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Tema Hijau Menjadi Pilihan

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sma Car Rental Perkhidmatan Kereta Sewa Profesional Di Kuantan Pahang

Tips Santai Untuk Mengatasi Tekanan Kerja Dan Kehidupan

Miniatur Bus Jetliner Tronton

Miniatur Bus Rosalia Indah Scorpion King

Falsafah Kaca Kosong

Digital Assets Vault Backup Step By Step