Guru Wajar Diberi Keutamaan Dalam Pemberian Vaksin Covid 19




Warga pendidik juga wajar diberi keutamaan dalam pemberian vaksin COVID-19, memandangkan golongan ini adalah individu yang paling banyak menghabiskan masa bersama anak murid apabila sekolah dibuka kelak.


Pakar Pendidikan dan Pengembangan Prof Dr Ismi Arif Ismail berkata, pengumuman sebelum ini bahawa kanak-kanak dan remaja berusia 18 tahun ke bawah tidak akan diberikan suntikan vaksin COVID-19 buat masa ini, kerana buat permulaan barisan hadapan dan warga emas akan diberi keutamaan dikhuatiri akan merisikokan mereka.


“Jadi, kita hendak memastikan yang anak-anak ini terpelihara daripada wabak itu. Oleh itu, warga pendidik ini perlu diberikan pertahanan diri.


“Tambahan pula, guru dan anak murid akan menghabiskan masa yang agak lama dalam sesi persekolahan, jadi sewajarnya guru ini dilindungi supaya anak-anak murid yang akan bersama mereka berasa selamat,” katanya kepada Bernama.


Pun begitu tegasnya, mereka (guru dan murid) perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, seperti mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan mencuci tangan, serta elakkan berhimpun sebagai usaha memerangi pandemik itu.


“Saya suka mengingatkan dalam keadaan apa sekali pun, SOP harus terus dipatuhi, dan tidak boleh diambil mudah walaupun sudah ada vaksin yang dikemukakan. Kita tidak mahu, hanya kerana kelalaian mematuhi SOP secara berterusan, menyebabkan tercetusnya gelombang baharu nanti,” katanya.


Secara tidak langsung, Ismi Arif yang juga Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Putra Infoport, Universiti Putra Malaysia berkata, keadaan itu sekali gus akan membuang perasaan takut ibu bapa, untuk menghantar anak mereka ke sekolah.


“... dan ibu bapa juga harus diyakinkan bahawa sekolah telah mengambil langkah-langkah awal keselamatan, sebelum anak-anak ini diberi kebenaran untuk ke sekolah,” katanya.


Pada Selasa, Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Henrietta Fore mengesyorkan guru diutamakan untuk memperoleh vaksin COVID-19, selepas petugas barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi.


Beliau dilaporkan berkata di New York langkah itu dapat memastikan usaha untuk meneruskan pembelajaran kanak-kanak di seluruh dunia.


Turut senada, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan yang berpendapat, kesiapsiagaan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya atau dalam talian 'belum cukup sempurna'.


Selain itu, katanya, guru juga lebih selesa mengadakan sesi PdP secara konvensional, iaitu dengan bersemuka bersama murid-murid.


“Terdapat pelbagai masalah dan halangan bagi sesi PdP secara dalam talian, antaranya masalah peranti, jaringan internet yang lemah, selain bukan semua murid mempunyai kemudahan yang mencukupi, terutama di kawasan luar bandar.


“Bahkan, ada juga murid yang tidak serius dalam mengikuti pembelajaran secara dalam talian, selain guru juga tidak tahu sejauh mana kefahaman anak muridnya dalam sesuatu subjek yang diajarkannya,” katanya.


Malah, Mohamad Ali juga menyifatkan warga pendidik sebagai golongan barisan hadapan, kerana mereka berjuang dalam membantu memperkasakan pendidikan negara.


“Sumbangan dan peranan mereka amat besar kerana pendidikan adalah satu sektor utama yang penting, dalam membentuk masa depan negara,” katanya.


Beliau menyarankan agar golongan pendidik terutama yang mempunyai masalah kesihatan, bekerja di luar bandar atau yang berada di kawasan sesak menjadi kriteria utama sebagai penerima vaksin ini.


Tidak ketinggalan, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) yang berpandangan, pemberian vaksin itu akan memberi perlindungan kepada warga guru sekali gus dapat meneruskan sesi PdP dalam kadar segera.


“Kita mendapati sesi pembelajaran secara pembelajaran di rumah dalam talian mempunyai banyak kelemahan, seperti peranti atau gajet yang tidak mencukupi, kelemahan jaringan internet, masalah disiplin dan kehadiran pelajar yang menyebabkan sesi PdP secara dalam talian terganggu.


“Langkah ini bagi memastikan murid-murid tidak terus tercicir dan sesi persekolahan dapat dibuka semula,” katanya dalam kenyataan.


Sehubungan itu, katanya, NUTP memohon pertimbangan khas daripada kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM), agar warga pendidik diutamakan untuk pemberian vaksin COVID-19 demi meningkatkan dan memperkasakan sistem pendidikan negara.


Sumber: Bernama


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/12/guru-wajar-diberi-keutamaan-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Satgas Mulai Mendata Warga Yogyakarta Yang Masuk Kategori Penerima Vaksin Covid 19

Satgas Mulai Mendata Warga Yogyakarta Yang Masuk Kategori Penerima Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 255 hits
Satuan Tugas Penanganan Covid 19 Yogyakarta mulai menyiapkan data terkait calon penerima vaksin Termasuk yang akan diprioritaskan Yakni warga yang masuk dalam data keluarga sasaran jaminan perlindungan sosial
Dokter Reisa Ingatkan Pencegahan Covid 19 3m Dan Vaksin

Dokter Reisa Ingatkan Pencegahan Covid 19 3m Dan Vaksin

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 365 hits
Keberadaan vaksin akan sempurna jika protokol kesehatan 3M dijalankan dengan disiplin
Vaksin Covid 19 Kerajaan Tandatangan Perjanjian Dengan Astrazeneca

Vaksin Covid 19 Kerajaan Tandatangan Perjanjian Dengan Astrazeneca

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi memperolehi sebanyak 6 4 juta dos vaksin COVID 19 Muhyiddin berkata kerajaan juga sedang dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac CanSin...
Bangsa Lain Cari Vaksin Covid 19 Kita Cari Dna Babi Dalam Vaksin

Bangsa Lain Cari Vaksin Covid 19 Kita Cari Dna Babi Dalam Vaksin

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 220 hits
Kata rakan saya yang tidak berminda konservatif Seluruh dunia sibuk berlumba menghasilkan vaksin tetapi Malaysia dan bani Melayu khususnya luar biasa sibuk mencari BABI di dalam vaksin Secara kolektif pemikiran masharakat kita bermasalah Sa...
Hasil Uji Klinis Tahap Iii Vaksin Covid 19 Di Jabar Meleset Dari Target

Hasil Uji Klinis Tahap Iii Vaksin Covid 19 Di Jabar Meleset Dari Target

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 165 hits
Jadi yang tadinya kita sampaikan pengumuman berhasil atau tidaknya vaksin Covid ini di bulan Desember kemungkinan akan diundur ke bulan Maret karena BPOM ingin memastikan kandungan dari antibodi kita itu berlimpah di rentang waktu yang lebi...
Agenda Awani Ikhtiar Penawar Penjelasan Fiqah Vaksin Covid 19

Agenda Awani Ikhtiar Penawar Penjelasan Fiqah Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 202 hits
Penjelasan dari segi fiqah mengenai vaksin COVID19 bersama nazrikh dan Ustaz Fauwaz Fadzil Noor Konsultan Syariah Telaga Biru Sdn Bhd dalam AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani com SUBSCRIBE now Astro Awani https www yout...
Terkini Perutusan Khas Pm Mengenai Vaksin Covid 19

Terkini Perutusan Khas Pm Mengenai Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 239 hits
Ikuti sekarang Perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai vaksin COVID 19 AWANIterkini HapusCOVID19 SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani ...
Anggota Dprd Dki Ajak Warga Jakarta Ikut Sukseskan Penyuntikan Vaksin Covid 19

Anggota Dprd Dki Ajak Warga Jakarta Ikut Sukseskan Penyuntikan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 226 hits
Ketua Fraksi NasDem DPRD DKI Jakarta Wibi Andrino siap menerima suntikan pertama untuk meyakinkan warga Jakarta terhadap vaksin Covid 19
Ketua Umum Mui Secara Zahir Vaksin Covid 19 Buatan Sinovac Halal

Ketua Umum Mui Secara Zahir Vaksin Covid 19 Buatan Sinovac Halal

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 285 hits
Ketua Umum Majelis Ulama Indonesia Miftachul Akhyar menyampaikan bahwa vaksin COVID 19 buatan perusahaan Sinovac China yang sudah tiba di Indonesia secara zahir halal Kendati begitu keputusan resmi belum diambil MUI karena masih dikaji seca...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba