Guru Dituntut Perkasa Pengajaran Dalam Talian Pm Muhyiddin


UMNO ONLINE

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut guru di negara ini supaya mendalami kemahiran pengajaran secara dalam talian dan ‘home-based learning’, kebiasaan baharu dalam bidang perguruan pada masa kini, yang berubah ekoran penularan wabak COVID-19.
Perdana Menteri berkata sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dijalankan secara bersemuka, sebaliknya guru terpaksa menggunakan pelbagai kaedah lain untuk berhubung dengan pelajar.
“Ramai menggunakan aplikasi dalam talian seperti Google, Classroom, cikgooTUBE dan Zoom untuk melaksanakan pembelajaran di rumah atau home-based learning. Tidak kurang juga cikgu menggunakan aplikasi Whatsapp dan Telegram. Saya diberitahu ada juga cikgu yang menyampaikan latihan sukan secara online.
“Namun saya sedar bahawa masih ada kekangan dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian di rumah kerana tidak semua murid mempunyai akses internet yang baik. Ramai juga yang tidak memiliki peranti yang sesuai.
“Untuk pelajar kumpulan ini, saya tahu cikgu menggunakan pelbagai kaedah lain, sebagai contoh ada yang mencetak soalan untuk kerja rumah murid dan bekerjasama dengan PIBG bagi menghantar soalan ke rumah murid,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Guru 2020 bertemakan ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’ yang disiarkan di stesen televisyen hari ini.
Sementara itu, Muhyiddin turut menzahirkan rasa terharu dan sangat menghargai kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru-guru dan ibu bapa dalam perkara tersebut.
Sehubungan itu, beliau berkata proses pendigitalan dengan menggunakan platform dalam pembelajaran maya akan terus diperkasa kerana yakin pembelajaran maya adalah masa depan dalam pendidikan.
Beliau turut percaya ramai yang tertanya-tanya bilakah sekolah akan kembali dibuka selepas hampir dua bulan ditutup untuk mengelakkan penularan pandemik COVID-19.
Katanya sepertimana diumumkan Menteri Kanan merangkap Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini, tarikh pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka selain turut bergantung kepada nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Apabila sekolah dibuka nanti, untuk permulaan, kita berikan keutamaan kepada murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk ke sekolah dahulu.
“Ini untuk memastikan SOP (prosedur operasi standard) mengenai jarak sosial dan penjagaan kebersihan diri yang ditetapkan Kementerian Pendidikan dapat dipatuhi. SOP ini meliputi prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, susunan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain,” katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut melahirkan rasa gembira dan lega kerana hasil pelbagai inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, berjaya membawa Malaysia keluar daripada kelompok satu pertiga terbawah dalam penarafan sistem pendidikan di peringkat antarabangsa.
“Saya terlibat dalam merangka pelan ini ketika menjadi Menteri Pendidikan dahulu. Pada ketika itu kita amat bimbang dengan pencapaian pendidikan di negara kita yang dikatakan berada dalam kelompok satu pertiga terbawah,” katanya.
Perdana Menteri berkata hasil pelan itu, pencapaian murid di negara ini dalam ujian Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) bagi mata pelajaran Matematik juga meningkat daripada 421 mata pada 2012 kepada 440 mata pada 2019.
“Pencapaian murid kita dalam mata pelajaran Sains telah meningkat daripada 420 mata pada 2012 kepada 438 mata pada tahun 2019. Tahniah saya ucapkan kepada semua guru-guru kita semua,” kata beliau.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata pencapaian negara secara keseluruhannya masih berada di bawah paras pencapaian purata negara-negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
Sehubungan itu, beliau menuntut guru-guru supaya melipatgandakan lagi usaha untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara ini agar setanding dengan kualiti pendidikan peringkat antarabangsa.
“Saya tahu usaha ini akan memakan masa, kerana itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dirangka untuk dilaksanakan dalam tempoh 12 tahun, iaitu bermula 2013 hingga 2025.
“Kita ada lima tahun lagi untuk melonjakkan kualiti pendidikan di negara kita supaya berada dalam kategori sepertiga teratas atau ‘the top third’ dalam penarafan kualiti sistem pendidikan antarabangsa,” katanya.
Beliau percaya dengan semangat, komitmen dan dedikasi semua guru di negara ini, Malaysia akan berjaya mencapai matlamat itu.
Semasa mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di negara ini, perdana menteri merakamkan ucapan setulus penghargaan kepada mereka atas segala jasa dan pengorbanan mendidik anak bangsa dan menyumbang kepada kemajuan negara.
Katanya tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat yang amat besar maknanya kepada semua yang bergelar guru dan kebiasaannya disambut meriah dengan pelbagai aktiviti di sekolah selain dihujani ucapan menerusi Whatsapp, Twitter atau Instagram daripada anak murid.
Namun tahun ini, beliau berkata suasana sambutan Hari Guru jauh berbeza kerana negara masih lagi menangani penularan wabak COVID-19.
“Bagaimanapun, ini tidak bermakna hari istimewa untuk guru tidak dapat diraikan. Sumbangan, jasa, bakti dan pengorbanan guru selama ini tidak akan pernah dilupakan, bahkan akan terus dihargai dan tetap subur dalam hati sanubari kita semua,” katanya. – BERNAMA




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/guru-dituntut-perkasa-pengajaran-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Suara Muhyiddin Tular Khianat Najib Atok Tersengih Nampak Gigi Kini Suara Muhyiidin Dikatakan Khianat Atok

Dulu Suara Muhyiddin Tular Khianat Najib Atok Tersengih Nampak Gigi Kini Suara Muhyiidin Dikatakan Khianat Atok

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 396 hits
Rakaman suara didakwa milik Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap dalam satu mesyuarat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia beberapa jam sebelum berlangsung Langkah Sheraton pada 23 Februari lalu tular lewat malam tadi Menerusi rakaman...
Muhyiddin Takut Sah Tiada Majoriti

Muhyiddin Takut Sah Tiada Majoriti

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 601 hits
Speaker Parlimen Mohamad Ariff Md Yusof memaklumkan Sidang Parlimen pada 18 Mei ini hanya untuk istiadat pembukaan dan Titah Diraja oleh Yang Dipertuan Agong saja Tiada sama sekali sidang Parlimen selepas Titah Diraja selesai dilangsungkan ...
Video Audio Rakaman Mirip Suara Muhyiddin Matlamat Utama Ialah Halang Anwar Dari Menjadi Pm

Video Audio Rakaman Mirip Suara Muhyiddin Matlamat Utama Ialah Halang Anwar Dari Menjadi Pm

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 339 hits
Rakaman suara mirip Muhyiddin beredar di Internet13 Mei 2020Rakaman suara yang dikatakan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu sebelum parti itu keluar Pakatan Harapan kini beredar di Internet Dalam rakaman itu suara yang mirip dengan presiden...
Kedah Jatuh Pertarungan Sebenar Mahathir Muhyiddin Bermula

Kedah Jatuh Pertarungan Sebenar Mahathir Muhyiddin Bermula

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 394 hits
Ipohmali Dari minggu lepas antara berita paling hangat pasal usul undi tidak percaya Tun Mahathir kepada Muhyidin Yasin walaupun ramai dari penyokong PH teruja Sebenarnya aku tidak lah berminat dengan langkah tersebut Cumanya dari sudut str...
Setelah Anaknya Dipancung Di Kedah Apa Langkah Mahathir Seterusnya Terhadap Muhyiddin

Setelah Anaknya Dipancung Di Kedah Apa Langkah Mahathir Seterusnya Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 398 hits
Mukhriz Mahathir kini sah sudah hilang sokongan majoriti untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Kedah Selepas dua Adun PKR mengisytiharkan diri mereka menjadi Bebas dan menyokong PN yang menjadi kerajaan di peringkat Pusat difahamkan ada e...
Rakaman Suara Muhyiddin Bawa Bersatu Keluar Ph Tanpa Mandat

Rakaman Suara Muhyiddin Bawa Bersatu Keluar Ph Tanpa Mandat

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 336 hits
Hujah pemimpin Bersatu kononnya pengerusi parti itu Tun Mahathir bersetuju untuk meninggalkan Pakatan Harapan dipatahkan dengan pendedahan rakaman suara mirip presiden parti berkenaan Muhyiddin Yassin Rakaman itu dikatakan mesyuarat terakhi...
15 Pemimpin Dan Ahli Bersatu Mahu Ambil Tindakan Disiplin Ke Atas Muhyiddin

15 Pemimpin Dan Ahli Bersatu Mahu Ambil Tindakan Disiplin Ke Atas Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 377 hits
Ambil tindakan disiplin terhadap Muhyiddin Sekurang kurangnya 15 pemimpin dan ahli Bersatu menulis surat kepada Lembaga Disiplin bagi mendesak tindakan diambil terhadap presiden Muhyiddin Yassin kerana mengumumkan keluar daripada Pakatan Ha...
Muhyiddin Bakal Kena Pecat Pulak

Muhyiddin Bakal Kena Pecat Pulak

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 314 hits
Wah kecoh betul ni kali ni PM kena pecat dengan parti sendiri dan ini memang lah sesuatu yang amat mengejutkan Adakah PM bakal menjadi PM bebas selepas ini
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara