15 Pemimpin Dan Ahli Bersatu Mahu Ambil Tindakan Disiplin Ke Atas Muhyiddin




‘Ambil tindakan disiplin terhadap Muhyiddin’
Sekurang-kurangnya 15 pemimpin dan ahli Bersatu menulis surat kepada Lembaga Disiplin bagi mendesak tindakan diambil terhadap presiden Muhyiddin Yassin kerana mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) tanpa persetujuan parti itu.
Ini berikutan laporan berita mengenai rakaman audio yang bocor di mana suara mirip Muhyiddin didengar memberitahu Majlis Tertinggi Bersatu agar memberi mandat kepada pengerusi parti, Dr Mahathir Mohamad untuk memutuskan sama ada parti itu perlu meninggalkan PH atau sebaliknya.
Ahli akar umbi juga mendakwa Muhyiddin menawarkan dirinya sebagai calon perdana menteri setelah Majlis Tertinggi memutuskan pada 24 Februari untuk meneruskan sokongan kepada Mahathir, yang mengundurkan diri sebagai perdana menteri pada hari yang sama.
Dalam surat-surat yang dilihat oleh Malaysiakini, mereka mengatakan Muhyiddin telah melanggar perlembagaan parti dan polisi asal Bersatu sejak penubuhannya untuk bersama menganggotai PH dalam pilihan raya umum ke-14 dan PRU seterusnya..
Menurut mereka, keputusan Bersatu keluar daripada PH untuk bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) dibuat tanpa pengesahan dan kebenaran majoriti ahli majlis pimpinan tertinggi.
“Beliau mengambil tindakan tidak sah untuk bergabung dengan parti Barisan Nasional dan PAS bagi tujuan penubuhan Kerajaan Persekutuan mulai 01.03.2020, yang bercanggah dengan polisi asal parti Bersatu semasa penubuhan untuk bersama-sama menganggotai Pakatan Harapan dalam perjuangan PRU-14 dan mewujudkan kerajaan persekutuan bersama Pakatan Harapan.
“Kami amat berharap agar tindakan disiplin berkaitan perenggan 2 di atas, akan dimulakan oleh pihak Lembaga Disiplin pada kadar segera, kerana ia keingkaran beliau terhadap peruntukan perlembagaan dan polisi parti yang sah selama ini,” tegasnya.
Portal berita ini dimaklumkan bahawa sebilangan ahli Bersatu tidak dapat menghantar surat mereka kerana ibu pejabat parti itu hanya akan beroperasi semula pada 9 Jun.
Namun, satu sumber mengatakan sebilangan kecil daripada mereka berjaya mengemukakan aduan setelah menghubungi pegawai yang ditempatkan di ibu pejabat parti itu.
“Orang lain yang tidak dapat melakukannya akan menghantar e-mel atau mengirimkan soft copy kepada parti,” tambah sumber berkenaan.
Ketika dihubungi, timbalan ketua Bersatu Kedah, Anuar Abdul Hamid dan ahli Bersatu dari Kota Melaka, Ahmad Faisal Mohd Yunos mengesahkan mereka telah membuat aduan terhadap Muhyiddin.
“Saya mengirim (surat) melalui pos laju ke markas parti dan salinan PDF (soft copy) kepada kakitangan parti.
“Rakaman audio menunjukkan Muhyiddin mengatakan dia akan membiarkan Mahathir membuat keputusan. Tetapi dia berbohong kepada majlis tertinggi apabila dia bertindak sebaliknya,” kata Anuar.
Katanya, lembaga disiplin mesti memanggil Muhyiddin kerana ini merupakan hal yang sangat serius.
Ini merupakan surat kedua yang dikemukakan Anuar.
Beliau merupakan salah seorang daripada enam pemimpin Bersatu yang mahukan siasatan terhadap mereka yang meminta mesyuarat Majlis Tertinggi diadakan pada 11 Mei lalu.
Mesyuarat itu, yang kemudian ditangguhkan, dijadualkan diadakan tanpa kehadiran Mahathir dan timbalan presidennya, Mukhriz Mahathir.
Bersatu berpecah antara kumpulan menyokong Muhyiddin selaku presiden dan penyokong Mahathir yang juga pengerusi parti itu.
Kem Muhyiddin mahu tindakan terhadap Mahathir dan Mukhriz berikutan kritikan terbuka mereka terhadap keputusan Muhyiddin meninggalkan PH dan menjalin kerjasama dengan Umno, PAS dan lain-lain parti.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/14/15-pemimpin-dan-ahli-bersatu-mahu-ambil-tindakan-disiplin-ke-atas-muhyiddin/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=15-pemimpin-dan-ahli-bersatu-mahu-ambil-tin

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Muhyiddin Jadi Penyebab Bersatu Bakal Lenyap

Tindakan Muhyiddin Jadi Penyebab Bersatu Bakal Lenyap

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 393 hits
ARIF ATAN Bersatu bakal lenyap disebabkan tindakan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Februari lalu membawa keluar parti itu dari Pakatan Harapan Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata penubuhan parti berlogokan bunga raya i...
Tiada Salahnya Tun M Dan Ahli Ahli Bersatu Mahu Sokong Ph Atas Kapasiti Individu

Tiada Salahnya Tun M Dan Ahli Ahli Bersatu Mahu Sokong Ph Atas Kapasiti Individu

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 365 hits
Di dalam politik kita mesti mencari seramai mungkin kawan dan mengurangkan seramai mungkin musuh Di dalam politik juga kena ada percaturan dan strategi serta maslahahnya tetapi setiap percaturan itu mesti dilakukan dengan penuh kebijaksanaa...
Masalah Dengan Umno Johor Boleh Tular Ke Negeri Lain Kata Pemimpin Bersatu

Masalah Dengan Umno Johor Boleh Tular Ke Negeri Lain Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 694 hits
Mohd Farhan Darwis PERTELINGKAHAN dengan Umno di Johor perlu diselesaikan segera untuk mengelakkan masalah itu merebak ke negeri lain kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan Katanya masalah itu boleh menular memandang...
Kemelut Umno Bersatu Di Johor Dan Perak Sedang Ancam Kedudukan Muhyiddin

Kemelut Umno Bersatu Di Johor Dan Perak Sedang Ancam Kedudukan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 473 hits
Dua negeri yang mengikut arus perkongsian kuasa di peringkat Pusat antara Bersatu pro Muhyiddin Yassin dengan UMNO kini sedang dilanda badai yang menunjukkan ia boleh runtuh pada bila bila masa Di Johor di mana perkongsian kuasa itu menyeba...
Pemimpin Umno Ajak Muhyiddin Sertai Umno

Pemimpin Umno Ajak Muhyiddin Sertai Umno

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 451 hits
Pemimpin Umno Ajak Muhyiddin Sertai Umno Di sebalik pelbagai kenyataan yang menggambarkan kerjasama Bersatu dalam Perikatan Nasional dalam keadaan tidak kukuh salah seorang anggota Majlis Tertinggi Umno berpendapat Muhyiddin Yassin masih bo...
Muhyiddin Akan Pecat Penentang Dalam Bersatu

Muhyiddin Akan Pecat Penentang Dalam Bersatu

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 359 hits
Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir menjangkakan presiden parti itu Muhyiddin Yassin akan mengikut langkah presiden Umno Najib Razak pada 2016 memecat penentangnya dalam parti Bercakap dalam sesi webinar Facebook yang dianjurkan oleh...
Jururawat Pakai Baju Dalam Rawat Pesakit Covid 19 Dikenakan Tindakan Disiplin

Jururawat Pakai Baju Dalam Rawat Pesakit Covid 19 Dikenakan Tindakan Disiplin

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 444 hits
RUSIA Seorang jururawat di wad lelaki untuk pesakit Covid 19 sebuah hospital dalam wilayah Tula dikenakan tindakan disiplin apabila gambarnya hanya memakai pakaian dalam disebalik gaun perlindungan menjadi viral Walaupun tindakannya itu tid...
Penyingkiran Tun M Daripada Bersatu Tidak Beri Keuntungan Kepada Muhyiddin

Penyingkiran Tun M Daripada Bersatu Tidak Beri Keuntungan Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 490 hits
Walaupun penyingkiran Tun Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Bersatu melalui keputusan yang dibuat oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS masih boleh dipertikaikan tetapi itulah sebenarnya satu satunya pilihan yang ada di tangan Muhyidd...
Program Pemerkasaan Usahawan Wira Ltat Catat Peningkatan Pendapatan 216 Dalam Kalangan Veteren Atm

Vietjet Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia Untuk Pengalaman Pelanggan

Semakan Sara 2026 Kadar Bantuan Tarikh Bayaran

Beramallah Dengan Surah Al Insyirah

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Ramai Salah Pilih Ini Cara Betul Pilih Tayar Motor Sesuai

Karakter Muslim Selalu Menebar Manfaat Dan Memberi Dampak Positif

10 Questions To Ask A Mover Company In Kl Before Hiring Them


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bajet Bulanan Mak Tip Jimat Bijak Untuk Mak Anak Ramai

Monolog Jiwa Bila Sakit Itu Datang Tanpa Dijemput

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Masak Nasi Ayam Hainan Goreng Pisang

Hiburan Budak Sekolah Sekarang Perangai Macam Monyet Beruk Ungka Che Ta Pertimbang Home School Aaisya Dhia Rana

Lunch Lauk Kering Kering Aje