Guru Dibenar Berpolitik Pm


agendaily.com22/1/2022
Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kerajaan membenarkan guru di bawah Kementerian Pendidikan dan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) terlibat dalam politik berkuat kuasa serta-merta, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada sidang media di Kota Bharu hari ini, Perdana Menteri berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet sebagai menghormati prinsip demokrasi kerana sebelum ini golongan berkenaan dilarang berpolitik.

Untuk rekod, semua guru sebelum ini secara rasmi tidak dibenar berpolitik, kecuali beberapa tahun lalu apabila guru siswazah dalam gred tertentu dibenarkan aktif dalam politik. Hakikatnya sejak awal perjuangan kemerdekaan ianya digerakkan oleh kesatuan guru yang menjadi ejen pembangunan.

Namun, kebenaran kepada semua guru untuk aktif dalam politik dilihat bakal memberi kesan, khususnya di sekolah, apabila wujud fahaman berbeza dalam kalangan guru-guru.

Bagaimanapun, Ismail Sabri menjelaskan kebenaran itu tertakluk kepada peraturan jabatan masing-masing dan sekiranya ada yang berpolitik sehingga mengabaikan tugas, tindakan boleh diambil terhadap mereka.

Justeru, beliau mengarahkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, untuk mengeluarkan surat pekeliling supaya guru dibenar berpolitik, lapor Bernama.

“Saya telah pun membawa perkara ini ke Kabinet dan memutuskan dalam menghormati prinsip demokrasi iaitu kebenaran rakyat untuk berpolitik maka kami telah membuat keputusan membenarkan guru-guru berpolitik.

“Kakitangan Kemas, dahulu dibenarkan berpolitik seperti rakyat biasa namun ketika era Pakatan Harapan (PH) mereka tidak dibenarkan berbuat demikian justeru, saya ingin umumkan bahawa petugas Kemas juga bebas dan dibenarkan berpolitik.

“Jika pekeliling belum dikeluarkan, saya harap Kementerian Pendidikan segera mengeluarkan pekeliling tersebut agar tiada lagi tekanan dilakukan terhadap guru-guru ini,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan sebelum ini ada pekeliling menyekat guru-guru daripada berpolitik sehingga ramai dalam kalangan pendidik berkenaan diberi amaran untuk diambil tindakan.

Bagaimanpun jelas Ismail Sabri, guru-guru dan petugas Kemas berkenaan masih tertakluk terhadap peraturan jabatan masing-masing.

“Seperti guru misalnya jika berpolitik hingga meninggalkan tugas mereka boleh diambil tindakan disiplin dan sebagainya, itu terserah pada jabatan (membuat penilaian),” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/01/guru-dibenar-berpolitik-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Makin Hampir Guru Kakitangan Kemas Dibenar Berpolitik

Pru15 Makin Hampir Guru Kakitangan Kemas Dibenar Berpolitik

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 253 hits
ATRIZA UMARJika tiada angin masakan pokok bergoyang Barangkali peribahasa ini sesuai dikaitkan dengan isu yang hangat diperkatakan dalam kalangan guru baru baru ini Pada 22 Januari lalu guru dan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat dibena...
Kabinet Putuskan Guru Dan Petugas Kemas Di Benar Berpolitik Berkuat Kuasa Serta Merta

Kabinet Putuskan Guru Dan Petugas Kemas Di Benar Berpolitik Berkuat Kuasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 270 hits
KOTA BHARU Guru sekolah di seluruh negara serta petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat dibenarkan untuk berpolitik berkuat kuasa serta merta Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan Kabinet bagi menghormati...
Guru Kemas Berpolitik Amalan Lama Dijangka Tak Timbul Masalah Kata Mahdzir

Guru Kemas Berpolitik Amalan Lama Dijangka Tak Timbul Masalah Kata Mahdzir

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 271 hits
Guru dan penyelia Kemas bukanlah daripada kategori gred DG berbanding guru guru di bawah Kementerian Pendidikan yang mempunyai struktur perjawatan membabitkan jawatan di peringkat pengurusan kata Mahdzir Khalid GUA MUSANG Kebenaran kepada g...
Ismail Sabri Batalkan Sekatan Kerajaan Terdahulu Guru Kini Dibenarkan Berpolitik

Ismail Sabri Batalkan Sekatan Kerajaan Terdahulu Guru Kini Dibenarkan Berpolitik

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 238 hits
KOTA BHARU Kerajaan memutuskan untuk membenarkan guru dan petugas Institut Latihan Jabatan Kemajuan Masyarakat kembali berpolitik dan arahan berkenaan berkuat kuasa serta merta Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebelum ...
11 000 Guru Kemas Bakal Bakal Dinaik Taraf Miliki Ijazah

11 000 Guru Kemas Bakal Bakal Dinaik Taraf Miliki Ijazah

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 331 hits
B Pelaksanaan naik taraf guru itu yang bakal memberi lonjakan terhadap pendidikan di tabika Kemas Kanak kanak membuat aktiviti bersama guru ketika berada dalam kelas Tabika Kemas di Ampang Kira kira 11 000 guru Tabika Jabatan Kemajuan Masya...
Menakjubkan Hebat Guru Ini Melukis 4 Potret Serentak Guna Semua Kaki Dan Tangan Video

Menakjubkan Hebat Guru Ini Melukis 4 Potret Serentak Guna Semua Kaki Dan Tangan Video

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 226 hits
Menakjubkan Hebat Guru Ini Melukis 4 Potret Serentak Guna Semua Kaki Dan Tangan VIDEO MAGIK Begitulah reaksi mereka yang menyaksikan bakat luar biasa seorang lelaki yang melukis empat potret menggunakan kedua dua tangan dan kakinya Empat po...
Tangani Segera Isu Guru Interim

Tangani Segera Isu Guru Interim

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 258 hits
Oleh ARIF AIMAN ASROL MOHD AZIZEE HASANPETALING JAYA Kementerian Pendidikan perlu mengutamakan guru interim yang terlatih untuk ditempatkan ke perjawatan tetap bagi memastikan pengalaman dan kemahiran pengajar sandaran tidak disia siakan Pr...
Kpm Akan Selesai Isu Ambilan Khas Guru One Off

Kpm Akan Selesai Isu Ambilan Khas Guru One Off

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 247 hits
Perlu bantuan SPP untuk penempatan guru BANGI Kementerian Pendidikan pada masa ini menumpukan untuk menyelesaikan sepenuhnya pengambilan khas secara one off bagi 18 702 pegawai perkhidmatan pendidikan Menterinya Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin...
Baju Sekolah Lengan Pendek Jadi Lengan Panjang Labuh Bawah Lutut Guru Kongsi Kisah Dvka Murid Dia Bagus Tak Segan Pun

Baju Sekolah Lengan Pendek Jadi Lengan Panjang Labuh Bawah Lutut Guru Kongsi Kisah Dvka Murid Dia Bagus Tak Segan Pun

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 994 hits
PERANAN seorang guru tidak terhad kepada tugas mendidik semata mata sebaliknya golongan ini juga menjadi ibu bapa kedua kepada pelajar ketika di sekolah Maka tidak hairanlah para guru melayani anak murid tidak ubah seperti anak sendiri Sebu...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi