Guru Bekerja Semasa Pkp Kurangkan Cuti Tak Iktiraf Peranan Mereka


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyifatkan perubahan takwim dengan mengurangkan cuti persekolahan sebagai tidak mengiktiraf tugas guru ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).
Presiden NUTP Aminuddin Awang, berkata ini kerana guru telah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian ketika PKP dikuatkuasakan bagi mengekang penularan Covid-19.
“Guru tetap bekerja (ketika PKP) melaksanakan pengajaran secara “online”. Memendekkan cuti seolah-olah kerja guru tak diktiraf.
“Bukan itu saja, guru-guru dari Sabah dan Sarawak juga telah merancang jadual mereka pada cuti persekolahan itu. Jadi ini telah mengganggu perancangan mereka khususnya untuk pulang ke kampung.
“Bahkan lebih dari itu sebenarnya cuti persekolahan menyumbang kepada kerancakan ekonomi negara,” katanya kepada Malaysiakini.
Pada 24 Jun lalu, Aminuddin Awang (gambar bawah) berharap Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin mempertimbangkan semula pindaan Takwim Penggal Persekolahan tahun 2020.
Katanya, langkah memendekkan cuti penggal dua dan akhir tahun itu menimbulkan kekecewaan dan kegelisahan, khususnya guru dari Semenanjung yang mengajar di Sabah dan Sarawak.
“Kita harap pihak Kementerian Pendidikan dapat mempertimbangkan semula keputusan tersebut. Keputusan yang dibuat oleh KPM memendekkan cuti tersebut akan menimbulkan kekecewaan dan kegelisahan, selain mengganggu banyak perancangan yang telah dibuat (guru).
“Ramai guru terutamanya di Sabah dan Sarawak yang sudah lama tidak balik ke kampung dan merancang untuk balik ke kampung pada tarikh cuti sebagaimana yang asal tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana perubahan yang baru ini.
“Harapan kita semoga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat membuat penilaian semula terhadap keputusan tersebut dan kembalikan kepada cuti yang asal,” katanya kepada Malaysiakini.
Terdahulu, KPM mengumumkan pindaan takwim persekolahan itu melibatkan cuti pertengahan penggal dua yang dikurangkan daripada sembilan hari kepada lima hari bagi sekolah-sekolah di seluruh negara.
Cuti akhir tahun bagi sekolah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) pula dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari, manakala kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari.
Mengulas lanjut Aminuddin berharap menteri sedia mengadakan pertemuan dengan pihaknya bagi membincangkan isu berkenaan yang menimbulkan keresahan dalam kalangan guru.
Jelasnya, pihaknya telah menghantar surat kepada menteri memohon untuk mengadakan pertemuan.
“Surat telah dihantar kepada menteri namun, sehingga kini belum ada jawapan balas, kita amat berharap agar dapat mengadakan perbincangan.
“Begitu juga surat rayuan berhubung perubahan takwim ini juga turut dihantar kepada menteri,” katanya lagi.
Mkini
The post ‘Guru bekerja semasa PKP, kurangkan cuti tak iktiraf peranan mereka’ appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/30/guru-bekerja-semasa-pkp-kurangkan-cuti-tak-iktiraf-peranan-mereka/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=guru-bekerja-semasa-pkp-kurangkan-cuti-tak-iktiraf-pe

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Kecewa Kerajaan Kurangkan Cuti Sekolah

Guru Kecewa Kerajaan Kurangkan Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 360 hits
Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik mempersoalkan Kementerian Pendidikan kenapa tidak berbincang dengan guru sebelum meminda kalendar akademik 2020 dengan memendekkan cuti akhir tahun berbaki 2 minggu Katanya beliau dihujani luahan guru ...
Rumah Jiran Dipecah Masuk Semasa Pkp

Rumah Jiran Dipecah Masuk Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 470 hits
Assalamualaikum MALAM tu kami tiga beranak sedang menikmati tosei dan roti canai yang dibeli dari Restoran Ashoka Jam dah pukul 10 malam Terdengar riuh rendah babak filem tamil yang ditayangkan di tv Kalau di rumah Sk ni memang selalu la bu...
Bil Elektrik Melambung Tinggi Semasa Pkp Apa Yang Perlu Anda Tahu Apa Yang Boleh Anda Buat

Bil Elektrik Melambung Tinggi Semasa Pkp Apa Yang Perlu Anda Tahu Apa Yang Boleh Anda Buat

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 631 hits
Hai semua Kecoh di media sosial berkenaan dengan kenaikan caj bil elektrik yang agak luar biasa dan melambung tinggi Ramai netizen meluahkan rasa tidak puasa hati Antara rungutan adalah caj bil melambung tiga kali ganda berbanding sebelum P...
Ya Baru Serlah Peranan Istana Apa Kata Mereka

Ya Baru Serlah Peranan Istana Apa Kata Mereka

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 356 hits
Selesai kemelut politik serlah peranan Institusi IstanaKL Keterlibatan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dalam isu politik negara yang berlaku sepanjang minggu lalu telah menyerlahkan fungsi Instit...
Perkara Romantik Yang Boleh Suami Isteri Lakukan Bersama Semasa Arahan Pkp Covid 19

Perkara Romantik Yang Boleh Suami Isteri Lakukan Bersama Semasa Arahan Pkp Covid 19

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 472 hits
Duduk di rumah selama berminggu minggu sangat sangat membosankan lebih lebih lagi apabila kita tidak dapat keluar bersama seisi keluarga untuk bersosial di luar kerana arahan dari kerajaan untuk membendung wabak Corona Virus yang semakin me...
Kukuhkan Peranan Ph Dan Biar Mahathir Meroyan

Kukuhkan Peranan Ph Dan Biar Mahathir Meroyan

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 225 hits
Nama shafie pemimpin parti berbagai kaum di Sabah yang ada 9 Ahli Parlimen dan bukan parti dari PH akan dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH sebagai calon PM InsyaAllah di dalam PH akan ada parti dan pemimpin yang bermaruah se...
6056 Masjid Main Peranan Kempen Budaya Bersih Harian Metro 27 06 2020

6056 Masjid Main Peranan Kempen Budaya Bersih Harian Metro 27 06 2020

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 372 hits
MASJID disaran memainkan peranan penting untuk membudayakan kebersihan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan penumpuan kepada penjagaan diri serta kawasan sekitar khususnya ketika negara berdepan pandemik Covid 19 Ketua Aktivis Persatuan Pe...
Ryan Reynolds Akan Mengulangi Peranan Green Lantern Dalam Filem Justice League Versi Zack Snyder

Ryan Reynolds Akan Mengulangi Peranan Green Lantern Dalam Filem Justice League Versi Zack Snyder

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 419 hits
Ada banyak sebab kenapa peminat harus menantikan filem Justice League suntingan Zack Snyder Salah satunya Ryan Reynolds mungkin kembali sebagai Green Lantern Setakat ini sumber dari YouTuber Grace Randolph masih dianggap khabar angin dan lu...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur