Ya Baru Serlah Peranan Istana Apa Kata Mereka



Selesai kemelut politik serlah peranan Institusi Istana

KL: Keterlibatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam isu politik negara yang berlaku sepanjang minggu lalu telah menyerlahkan fungsi Institusi Diraja.

Malah, proses serta langkah penyelesaian yang dimuktamadkan Baginda dalam memperkenankan pelantikan Perdana Menteri telah menzahirkan terjemahan dan hakikat berkenaan peranan sangat penting sistem Raja Berpelembagaan.

Timbalan Presiden PAS

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man selaku juga Ahli Parlimen Kubang Kerian ketika mengulas hal tersebut berkata, Baginda Tuanku telah mengambil inisiatif yang tidak mudah untuk menyelesaikan kemelut itu.

“Yang inilah sistem Raja Berperlembagaan. Saya fikir hari ini baru rakyat memahami bagaimana peranan Institusi Diraja, yang mana Raja-raja turut terlibat, bincang, cari jalan penyelesaian kepada kemelut yang berlaku ini,” ujarnya.

Presiden PAS.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut menyifatkan bahawa keputusan Yang di-Pertuan Agong telah memecahkan segala keraguan yang ditimbulkan sepanjang tempoh kemelut politik itu berlangsung.

“Baginda telah mendapat pandangan Wakil-wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi berparlimen dan mengambil kira jumlah parti politik yang mendukung Perdana Menteri di mana itu sudah cukup menghilangkan keraguan (berkaitan).

“Cukup dengan kenyataan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Dipertuan Agong. Merupakan kuasa yang ada mengikut Perlembagaan. Dalam demokrasi, biasalah ada yang tak puas hati. Tak ada yang dapat sokongan 100 peratus seluruh dunia.

“Yang penting ialah, setelah mendapat pandangan yang dilihat oleh Baginda, merupakan pandangan yang terbanyak, yang terbaik, untuk negara dan rakyat. Itu yang dipilih,” ujarnya.






Dr Muhammad Fathi Yusof

Felo Penyelidik Undang-undang dan Perlembagaan, Dr Muhammad Fathi Yusof dari Universiti Teknologi Malaysia juga ketika mengulas peranan dan fungsi tersebut telah memperincikannya berdasarkan peruntukan sedia ada.

Katanya, ketetapan Yang di-Pertuan Agong berkaitan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri melegakan politik negara dan ibarat penutup tirai kepada polemik yang menggemparkan hampir seminggu.

Nasihatnya, seluruh rakyat terutamanya pemimpin politik dan para penyokong wajar menghormati keputusan berkenaan, serta menerimanya dengan hati yang terbuka kerana ketetapan YDPA tentunya tidak boleh dipersoal dan dirayu.

Jelas beliau, pelantikan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang tertentu termasuklah melantik seorang Perdana Menteri.

“Budibicara Baginda adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana tribunal atau mahkamah. Bahkan dalam melaksanakan budibicara ini, YDPA mempunyai kuasa yang amat luas. Hal ini boleh difahami dari perkataan yang digunakan dalam Perkara 43(2)(a).

“Peruntukan Perlembagaan itu menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang ‘pada hematnya mungkin’ mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

“Perkataan ‘pada hematnya’ dan perkataan ‘mungkin’ menggambarkan betapa luasnya budibicara YDPA. Baginda sebenarnya boleh membuat keputusan berdasarkan pertimbangan umum atau secara subjektif. Jika Baginda berbuat demikian ia tetap tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa.

“Namun, kita semua tahu, walaupun Perlembagaan memberikan banyak kelonggaran, Baginda tetap memilih cara yang amat teliti dan objektif termasuklah melalui pertemuan bersemuka dengan hampir semua 222 orang Ahli Parlimen.

“Amat mendukacitakan, jika ketelitian dan keprihatinan Baginda ini dibalas dengan pertikaian dan usaha untuk membuat rayuan atau cadangan balas. Jika ingin mencabar sekali pun, pentas yang disediakan adalah persidangan Dewan Rakyat, melalui usul tidak percaya. Itupun jika ahli politik masih mahu meneruskan episod percakaran politik seperti yang disaksikan dalam tempoh seminggu ini,” ujarnya.

Menurut Dr Fathi, rakyat sebenarnya sudah bosan dengan polemik dan pergolakan politik di mana penuh episod-episod bolak-balik, perundingan sokongan dan perebutan pengaruh antara ahli politik yang hampir-hampir menghilangkan keyakinan rakyat.

Jika berlaku usul tidak percaya di Dewan Rakyat katanya, dipercayai pilihan terbaik ialah pembubaran Parlimen bagi memberikan hak kepada rakyat untuk memperbaharui mandat bagi membentuk kerajaan baharu.

“Ringkasnya, rakyat mahukan pentadbiran yang lancar bagi memacu pembangunan negara. YDPA telah membuat keputusan yang jelas. Oleh itu, dinasihatkan agar semua pihak menerima dengan hati yang lapang dan tidak mempersoal ketetapan YDPA.

“Rakyat dan pemimpin perlu sama-sama melihat ke hadapan dan memadamkan sengkata silam bagi memberikan fokus kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara,” seru beliau. – HARAKAHDAILY 2/3/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/07/ya-baru-serlah-peranan-istana-apa-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Bekerja Semasa Pkp Kurangkan Cuti Tak Iktiraf Peranan Mereka

Guru Bekerja Semasa Pkp Kurangkan Cuti Tak Iktiraf Peranan Mereka

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 240 hits
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia menyifatkan perubahan takwim dengan mengurangkan cuti persekolahan sebagai tidak mengiktiraf tugas guru ketika perintah kawalan pergerakan Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata ini kerana ...
Istana Ungkap Alasan Baru Rilis Video Jokowi Tegur Keras Menteri

Istana Ungkap Alasan Baru Rilis Video Jokowi Tegur Keras Menteri

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 323 hits
Video arahan keras Presiden Jokowi kepada jajarannya itu berselang 10 hari dipublikasikan setelah Sidang Kabinet Paripurna berlangsung secara tertutup pada 18 Juni 2020
Agama Yang Baru Mereka Peluk Itu Bernama Neo Ateisme

Agama Yang Baru Mereka Peluk Itu Bernama Neo Ateisme

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 466 hits
Jika kita menyayangi agama yang dianut marilah beragama dengan sejuk dan damai Jauhkan agama kita dari tafsir kebencian dan brutalitas caci maki Karena begini hampir semua ateis yang sudah saya temui menyatakan belakangan ini sulit menemuka...
Perjanjian Baru Dengan Dr M Ialah Pilihan Terbaik Anwar Jadi Pm Kata Kit Siang

Perjanjian Baru Dengan Dr M Ialah Pilihan Terbaik Anwar Jadi Pm Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 1101 hits
June 23 2020 2 29 PMLim Kit Siang berkata PH membuat kesilapan sepanjang 22 bulan berkuasa dan perlu mengelak mengulanginya jika ia berjaya mengembalikan mandat yang diberikan kepadanya pada PRU14 lalu PETALING JAYA Veteran DAP Lim Kit Sian...
Unilever Indonesia Dukung Lgbtq Ini Kata Mereka

Unilever Indonesia Dukung Lgbtq Ini Kata Mereka

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 303 hits
Dukungan Unilever terhadap gerakan lesbian gay biseksual transgender dan queer telah menuai kecaman di dunia maya Tak sedikit seruan untuk memboikot produk Unilever Governance and Corporate Affairs Director Unilever Indonesia Sancoyo Antari...
Pegang Phone Waktu Dukung Anak Kata Pakar Tabiat Ini Dapat Cederakan Mereka

Pegang Phone Waktu Dukung Anak Kata Pakar Tabiat Ini Dapat Cederakan Mereka

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 314 hits
Ibu ayah menyedari bahaya sekiranya anak anak terdedah secara berlebihan pada skrin gajet Jika anak anak minta untuk pinjam sebentar pun banyak syarat yang kita kenakan Bimbang anak anak terlalu obses dengan gajet Namun pernahkah anda terfi...
Apa Kata Kita Lihat Nanti Pencawang Di Chini Keh Keh Keh

Apa Kata Kita Lihat Nanti Pencawang Di Chini Keh Keh Keh

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 1827 hits
MOHD SHAH RIM10 menara Telekom untuk penduduk Chini aku cadangkan setiap rumah penduduk di Chini disediakan satu menara telekom setiap seorang
Prof Muhaya Pesan Jangan Racun Otak Anak Dengan Kata Tak Elok Sampai Besar Anak Ingat

Prof Muhaya Pesan Jangan Racun Otak Anak Dengan Kata Tak Elok Sampai Besar Anak Ingat

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 437 hits
Cuba bayangkan kalau orang layan kita teruk Apa perasaannya dan bagaimana kita nak hadapi semua ini Mungkin paling tidak pun kita akan diam dan jika yang berani akan membalasnya semula Namun pernah tak kita terfikir cara kita layan anak den...
Face Mask Vs Face Shield Yang Mana Lebih Sesuai Untuk Anak Ini Kata Pakar

Face Mask Vs Face Shield Yang Mana Lebih Sesuai Untuk Anak Ini Kata Pakar

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 305 hits
Penggunaan pelitup separuh muka bagi kanak kanak berumur bawah 5 tahun sepanjang berada di dalam kelas adalah tidak digalakkan kerana boleh mengundang risiko keselamatan kata Pakar Perunding Kanan Pediatrik Datuk Dr Amar Singh Risiko Fac
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo