Gunalah Banyak Mana Pun Jangan Risau Tentang Bil Luah Pengguna Webe



Gunalah Banyak Mana Pun, Jangan Risau Tentang Bil - Luah Pengguna Webe - "Apa yang parah sangat bil Ayang ni? Sampai RM300-RM400?"
Sengih saja saya setiap kali suami komplen tentang bil Celcom saya dulu. Buat muka tak bersalah. Hihi. Saya jarang buat call menyembang dengan sesiapa sangat. Orang call pun saya malas angkat. Kalau ada pun yang boleh sembang lama dengan saya cuma mak sahaja. Yang itu, kadang-kadang berjam-jam lamanya.
Gunalah Banyak Mana Pun, Jangan Risau Tentang Bil - Luah Pengguna Webe
Tetapi yang membuatkan bil telefon saya tinggi ialah data. Saya memang pengguna internet tegar. Especially bila nak menulis. Search sana, search sini. Jadi. data cepat habis. Guna billing pun data asyik kena top up lagi, top up lagi. Dapat bil, memang hanya mampu senyum manja sambil kelip-kelipkan mata depan hubby. Haha. Takut kena marah. 
Akhirnya hubby tukarkan ke prepaid One Xox, lebih jimat. Tetapi saya pula yang selalu meradang sebab setiap kali nak top up, suami yang kena buatkan. Kalau kebetulan dia sedang sibuk, terpaksalah saya menunggu. Kadang-kadang hal seperti itu pun boleh membuatkan saya merajuk. Tiada dah kelip-kelip mata. Yang ada cuma muncung sedepa. Kah!
No, no, no! Saya tak suka line internet terganggu. Sebagai penulis, idea selalu datang secara spontan dan saya mesti segera tuliskan. Jadi, jika ada hal-hal yang melibatkan gangguan untuk menulis atau buat rujukan ini memang mudah hilangkan mood saya. Sebab biasanya idea itu akan berlalu begitu sahaja. 
"Yang, abang dah tahu dah line apa yang paling sesuai dengan ayang," 
Suatu hari nan indah, suami sarankan sesuatu. Saya cuma dengar dan segera bersetuju. Kami segera pergi ke Telekom Malaysia, mendaftar line baharu. Webe, ya, Alhamdulillah sudah berbulan-bulan saya menggunakan line ini. Pakej RM79 sebulan untuk penggunaan tanpa had! Call, SMS, internet banyak mana pun, bayaran bulannya masih dan tetap RM79. 
Okey, ini perkongsian saya tentang Webe. 
1. Setakat ini, Webe adalah line yang paling memuaskan hati saya. Sebagai seorang yang selalu bermusafir dan berprogram di sana sini, liputan Webe paling kurang maslah. Kalau biasanya saya lalu di sesetengah kawasan berhutan dan biasanya di situ tiada line jika saya menggunakan telco lain. Tetapi dengan Webe, masih ada dan cuma perlahan. Maksudnya, tidak terputus terus dan saya masih boleh menerima mesej WhatsApp. Cuma kalau ada gambar, loading lama sedikit. Gangguan setakat itu sahaja. 
2. Seingat saya, setakat hari ini tidak sampai lima kali Webe terganggu. Itupun dalam masa beberapa minit sahaja. Alhamdullah. Sebab itu saya puas hati. 
3. Dari segi data pun saya memang enjoy giler! Sesuka hati guna. Setakat anak-anak nak tengok kartun itu, saya buka YouTube tanpa rasa risau langsung tentang data. Downlad itu ini, buka website itu ini bila-bila masa di mana-mana. Gitu. 
4. Dan satu yang saya berterima kasih kepada Webe ialah, oleh sebab ianya di bawah syarikat Telekom Malaysia, maka cawangannya bersepah dan banyak kaunter masih dibuka sehingga lewat malam. Contohnya semasa telefon saya hilang di Kuala Lumpur baru-baru ini. Saya masih dapat menguruskan tentang kehilangannya dan mendapat sim kad baru pada jam 10 malam. 
Kesimpulannya, bagi mereka yang bertanya tentang telco Webe, tanpa menafikan kebaikan syarikat telco yang lain, saya boleh katakan yang setakat ini memang puas hati dengan perkhidmatan Webe. 
Buktinya, ini sim kad kedua saya daftar dengan Webe di bawah nama saya. Telah selamat saya poskan kepada mak di Melaka beberapa minggu yang lalu. 
"Mak gunalah banyak mana pun mak, tak payah risau tentang bil lagi sekarang, ya," 
Untuk mak, bayaran bil bulanan hanya RM69 sahaja. Kenapa? Sebab Webe buat pakej lima line yang didaftarkan di bawah nama yang sama akan menerima penurunan kadar harga pakej.  Contohnya:Saya: RM79Mak: RM69Suami: RM59Along: RM49Kadar bayaran berkurangan tetapi penggunaannya masih sama. Unlimited call, SMS, Data, gunalah sebanyak mana pun. 
Untuk yang nak mendaftar Webe, boleh semak dulu kekuatan liputan Webe di tempat masing-masing ya. Walaupun line sentiasa ada dan jarang putus, tetapi masih kita sentiasa mengharapkannya laju dan sentiasa memberi kepantasan internet 4G, kan? Jadi, boleh minta pegawai yang bertugas di kaunter Webe buat semakan terlebih dahulu. 
Apa pun, untuk saya, Alhamdulillah, puas hati. Tahniah Telekom Malaysia. 
PENAFIAN: Ini cuma perkongsian peribadi saja. Saya bukan duta Webe dan tidak dibayar untuk berkongsi pengalaman penggunaan ini.

Sumber: Puan Nor

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaomg.blogspot.com/2017/06/gunalah-banyak-mana-pun-jangan-risau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
13 Pengetahuan Soal Fashion Sehari Hari Yang Belum Banyak Diketahui Please Jangan Asal Lagi

13 Pengetahuan Soal Fashion Sehari Hari Yang Belum Banyak Diketahui Please Jangan Asal Lagi

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 225 hits
Dari mulai cara menyebut nama nama potongan rambut sampai jenis bra kamu harus paham mulai sekarang
Covid 19 Jangan Balik Kampung Kekal Di Mana Anda Berada Pakar

Covid 19 Jangan Balik Kampung Kekal Di Mana Anda Berada Pakar

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 364 hits
KUALA LUMPUR Jangan balik kampung kekal di kawasan masing masing Ini pesan ahli Pasukan Petugas COVID 19 Selangor Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman kepada rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan perintah kawalan pergerakan bermula 18 Ma...
Jangan Pulang Ke Kampung Tindakan Akan Dikenakan Kekal Di Mana Anda Berada

Jangan Pulang Ke Kampung Tindakan Akan Dikenakan Kekal Di Mana Anda Berada

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 283 hits
SHAH ALAM Orang ramai diingatkan untuk tidak tergesa gesa pulang ke kampung sebaliknya kekal berada di tempat tinggal masing masing Jangan pulang ke kampung Tindakan Akan Dikenakan kekal di mana anda berada
Elak Kan Terlalu Banyak Membaca Tentang Covid 19 Jika Anda Cepat Panik

Elak Kan Terlalu Banyak Membaca Tentang Covid 19 Jika Anda Cepat Panik

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 675 hits
Hi semua saya sangat faham dengan kerisauan orang ramai tentang penyebaran virus covid 19 yang kita sendiri tak tahu bilakah pengakhiran nya Sehingga ke hari ini 19 March 2020 sudah 900 kes dicatatkan Walaupun setiap hari jumlah pesakit yan...
Emui 10 1 Membawakan Banyak Fungsi Ciri Menarik Agar Pengguna Boleh Hidup Tanpa Gms

Emui 10 1 Membawakan Banyak Fungsi Ciri Menarik Agar Pengguna Boleh Hidup Tanpa Gms

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 290 hits
EMUI adalah sistem operasi tersendiri daripada Huawei Ia dibina berasaskan Android Tetapi kelak EMUI mungkin akan dibina berasaskan Harmony OS pula Semalam semasa pelancaran Huawei P40 Huawei turut mengumumkan versi EMUI yang terkini iaitu ...
Tu Lah Ana Cakap Jangan Cakap Banyak Kalau Tak Tahu

Tu Lah Ana Cakap Jangan Cakap Banyak Kalau Tak Tahu

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 518 hits
Nizam AkaKalau tak tahu jadi menteri letak ajalah jawatan ni enta boleh tanya solution kat rakyat lak apa nak buat cukuplah tok pa je semalam tanya tambah enta lak lagi aduiii kalau semua nak tanya baik letak je jawatan menteri weyyy geram ...
Perintah Kawalan Pergerakan Kekal Di Mana Anda Berada Dan Jangan Balik Kampung Pakar

Perintah Kawalan Pergerakan Kekal Di Mana Anda Berada Dan Jangan Balik Kampung Pakar

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 323 hits
Salah seorang ahli Pasukan Petugas COVID 19 Selangor Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman menasihatkan agar orang ramai agar kekal di mana anda berada dan kurangkan perjalanan khasnya pulang ke kampung Ia berikutan dengan Perintah Kawalan Perg...
Jangan Panik Banyak Lagi Restoran Buka Sebenarnya Boleh Didapatkan Secara Delivery Melalui Aplikasi Ini

Jangan Panik Banyak Lagi Restoran Buka Sebenarnya Boleh Didapatkan Secara Delivery Melalui Aplikasi Ini

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 548 hits
Sepertimana yang kita semua tahu Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Pergerakan Kawalan disebabkan wabak Covid 19 sejak 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 ini Maknanya semua orang diarahkan untuk mengurangkan p...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn