Emui 10 1 Membawakan Banyak Fungsi Ciri Menarik Agar Pengguna Boleh Hidup Tanpa Gms
EMUI adalah sistem operasi tersendiri daripada Huawei. Ia dibina berasaskan Android. Tetapi kelak, EMUI mungkin akan dibina berasaskan Harmony OS pula. Semalam, semasa pelancaran Huawei P40 – Huawei turut mengumumkan versi EMUI yang terkini iaitu EMUI 10.1 yang dibina berasaskan Android 10.
Dua perkara baru dalam EMUI 10.1 sudah pun kami jelaskan dalam artikel asing, iaitu Celia dan MeeTime. Celia adalah pembantu digital Huawei tersendiri untuk pengguna global, bagi menggantikan Google Assistant. Manakala, MeeTime pula adalah aplikasi panggilan video/suara seakan Face Time atau Google Duo.
Seterusnya, Huawei turut memperkenalkan aplikasi galeri baharu mereka yang kini menyokong akses rentas-peranti. Pengguna boleh mengakses segala imej/video dari aplikasi galeri pada mana-mana peranti. Asalkan peranti tersebut menggunakan WiFi yang sama. Pengguna turut boleh mencari menggunakan kata kunci seperti bunga, kucing, dan lain-lain. Jelas di sini, ini adalah alternatif kepada Google Photos. Cuma tidak pasti jika akaun Huawei diwajibkan untuk fungsi ini digunakan ataupun tidak.
Always-On Display serba baharu turut diperkenalkan. Fungsi ini adalah fungsi yang wajib bagi sesebuah peranti dengan skrin OLED. Kini dalam EMUI 10.1, ia menggunakan kurang kuasa bateri – tetapi paparannya lebih terang dan jelas.
Fungsi multi-tugasan serba baharu. Secara teknikal, ia bukannya yang terbaru. Fungsi ini pertama kali diperkenalkan untuk Mate XS dan MatePad Pro. Cuma ini pertama kali diperkenalkan dalam telefon pintar. Pengguna hanya perlu menggunakan kawalan gestur untuk akses dock aplikasi dan kemudian lakukan drag & drop untuk menggunakan dua aplikasi serentak. Jika pembangun menggunakan API Huawei App Multiplier, ia akan mudah digunakan. Jika tidak, sokongannya adalah terhad.
Kemudian adalah panel kawalan multi-peranti. Fungsi ini dilihat seakan yang terdapat pada Android 11 yang terbina pada butang kuasa. Cuma, pada EMUI ini boleh diakses melalui kawalan gestur dengan tatalan dari bawah ke atas. Panel kawalan ini akan memaparkan peranti-peranti berhubung yang digunakan dan pengguna boleh membuat kawalan dengan mudah.
Huawei Video, Huawei Music, dan Huawei News. Tiga aplikasi ini jelas sekali adalah alternatif kepada YouTube Music, Google News dan Netflix/Google Play Movies. Huawei bekerjasama dengan pelbagai syarikat untuk akses mudah pelbagai kandungan video, muzik dan berita. Untuk muzik, kandungan dari Universal Music, Napster, Warner Music Group akan ditawarkan; berita pula adalah dari News UK, The Times, The Sun, dan talkSPORT; akhir sekali untuk video adakah kandungan dari Discovery, FilmBox, eOne, BBC News, Youku, Lionsgate, Universal, Paramount, dan Sony.
Nampaknya Huawei telah menemui alternatif kepada banyak aplikasi Google. HMS tidak lagi akan boleh digunakan sepenuhnya, tanpa perlu bergantung kepada GMS. Cuma, kami faham. Untuk berhijrah dari GMS ke HMS adalah perkara yang sukar. Jadi, ia akan mengambil banyak masa untuk membiasakan diri.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://penlawak.blogspot.com/2020/03/emui-101-membawakan-banyak-fungsi-ciri.html